Hari ni ada a few short bebelan yang Neeza nak tulis kat sini. Saja suka sebab rasa teringat nak tulis.
Bebel 1Masa mula-mula blogging, Neeza buat comment moderation sebab banyak spam. Tapi dah takde spam (hopefully takde dah la). Setakat ni, alhamdulillah, belum ada lagi orang-orang yang tulis comment yang 'tidak sesuai' untuk di publish. Harapnya takde lah.
Pasal word verification pulak. Dulu, Neeza buat juga tu. Siapa nak comment, kena type dulu word yang di prompt tu. Neeza dah disable juga. Sebabnya, susah sebenarnya nak type. Mungkin senang bagi sesetengah orang yang mata macam microscope. Tapi, Neeza dah experience banyak kali, sampai 3 4 kali kena type sebab tertinggal / tersilap 1 letter (huruf). Ini membuatkan 'mood' untuk tulis comment tu hilang. Tapi tak pernah lagi lah, Neeza skip untuk comment disebabkan kes tu.
Bebel 2Tag dan tag lagi. Bukan tak suka tag. Errr.. to be honest, ada sikit tak senang saja (only a little). Kita rasa obligated. Siapa lah agaknya yang memula initiate tag ni. Kesian kat orang yang kena. Dia pula rasa obligated untuk tag orang. Bila orang tak buat tag tu, dia sure rasa orang tak cooperative. Kan ke kesian tu. Padahal bukan orang tu tak cooperative. Bayangkan, kalau dia ada pembaca setia seramai 10 orang dah kesemua 10 tu tag dia. Takkanlah hari-hari entry dia pasal tag kot. Dia pun jadi takde mood nak baca blog sendiri sebab bukannya dia menulis tentang apa yang dia nak tulis tapi tulis tugasan. Macam tugasan kerja daaaa.... Bosan tak agaknya? hehehh..
Akhir-akhir ni, bila Neeza kena tag, Neeza dah tak nak tag orang. Tapi kalau award tu, Neeza bagi lah kat orang lain. Itu pun ikut mood juga. Bila dapat award, orang pulak kena buat entry pasal tu. Kesian jugak sebab banyak kali Neeza baca blog orang yang terima award tu, macam terpaksa tulis aje. Wordings pun lebih kurang sama dengan orang lain...
Cumanya kan, tag ni bagus masa kita kering idea nak tulis. Tapi, bila fikir balik sebenarnya orang malas nak baca apa yang kita tulis pun dalam task yang diberi tu.
Bebel 3Walaupun bulan puasa ni, masa kita masih lagi 24 jam, tetapi aktiviti dah bertambah sikit. Tak payahlah Neeza huraikan sebab ramai yang faham tu. Jadi, aktiviti yang biasa dilakukan pada bulan-bulan lain (blogging terutamanya) akan menjadi tidak berapa prioirity lagi. Ramai yang sempat tulis entry tapi kurang (banyak kurang) masa untuk blog hop. Termasuklah Neeza sendiri. Jadi, pada sesiapa yang blognya belum sempat dilawat, diharap sangat-sangat untuk tidak berkecil hati. Neeza pun tak kecik hati pada siapa yang tak jenguk blog Neeza. Lagipun tujuan utama kita blogging bukanlah sebab nak suruh orang baca blog kita kan. Ke ada yang gitu? hehee.. *sowwwiiii*
Bebel 4Kenapa Neeza rasa geram bila tengok anak-anak main pondok-pondok dengan menyusun kusyen untuk buat rumah sedangkan masa kecik dulu, Neeza selalu main macam tu? Habis semua kusyen dia turunkan untuk buat dinding, atap rumah. Lepas tu, dia siap tidur kat situ. Padahal, bilik diorang dah ada katil selesa untuk tidur. Tapi, hampir tiap-tiap hari, bilik tv lah yang jadi mangsa. Mata Ummi ni penat lah tengok. Tapi dulu, mata Opah, tak penat ke haa?? hehee.. tak adil betul Ummi awak orang ni kan :P.
Bebel 5
Baba Athirah bagi Neeza duit raya!! Tapi.... duit ni takleh guna... huhuuuuuu!!! Boleh tengok aje. Tapi, okaylah kan. Daripada tak dapat hehee.. Terima kasih En. Zul di atas duit yang menarik tapi tak leh beli baju raya ni :P.
Bebel 6
Bebel 6 ni ada gambar makanan laa :). Semalam malas masak. Jadi ini sahajalah yang Neeza masak (masakan paling senang didunia hehee..). Labu masak lemak diulangi untuk kali ke2 dalam minggu ini. Sebabnya, hari tu labu tu dibelah 2. Kalau tak masak semalam, jawabnya labu tu akan 'kecuk beghuuk' (bahasa klate ni) dan tidak sesuai untuk dimakan lagi. Ada daging jadi masak goreng kunyit daging sikit. Tambah sikit dengan telur goreng berlada.
Malamnya, ada tetamu datang. Tetamu ni bawak cherry cheesecake, tiramu cheesecake dan meehoon soup. Amboi!! rezeki sebelum sahur tu. Neeza cuma buat cucur udang saja. Tapi, since ada juadah yang tetamu ni bawak, maka makan macam buka puasalah juga kami. Kenyang betul Alhamdulillah. Gambar juadah yang tetamu tu bagi lupa nak ambik. Semua dah selamat dalam perut. Terima kasih ya Encik dan Puan serta adik comel :). Since semalam dah tahu location kedai siam tu, lepas ni boleh lah masak nasik lemak daun pisang pulak kan hehee..
Itu sahaja siri bebelan kali ini. Nak tidur lah pulak rasanya. Entry ini akan dischedule untuk di publish pada jam 9.33am pagi (waktu arab saudi) :).