Showing posts with label life at home. Show all posts
Showing posts with label life at home. Show all posts

Sunday, December 28, 2008

Semoga lebih baik


Ada orang komen mengenai entry semalam,

"Dah takde menda nak tulis ke? Apalah tulis macam tu. Nanti orang kata bla bla bla..."

bla bla bla tu, tak boleh didetailkan atas sebab-sebab peribadi :).


Mohon maaf kepada sesiapa yang rasa tak senang dengan entry tu. Mohon maaf juga kepada sesiapa yang tertanya-tanya kenapa entry tu timbul. Tapi, bagi sesiapa yang memahami keadaan Neeza sekarang, mungkin boleh agak kenapa entry yang tak sepatutnya keluar tu keluar.


Q: Betul ke orang mengandung ni mood dia ups and downs?
A: Tak tahulah. Mungkin alasan saja untuk jadi ups and downs tu...


Setelah 5 hari 'sidia' pergi, kami dapat pengganti 'sidia'. Kali ni dengan agen lain.
Temporary juga sebab nak dapatkan permanent memang makan masa sikit. Lagipun kalau ambik dengan agen saudi, mahu berbelas ribu deposit. Mahal tuuuuu... Sayanglah duit. Dia tiba petang tadi. Orangnya... tak tahu nak cakap apa. Tak boleh comment banyak sebab dah phobia kot. Semua perasaan ada tentang golongan mereka ni. Lebih baik tunggu dan lihat saja.


Encik dirumah ni kata,

"tak boleh expect lebih-lebih sangat. Asalkan dia boleh jaga budak, okay la... kalau tidak, diorang tak kerja macam tu pulak.."


Bagi Neeza, memang tak boleh nak cakap banyak sangat lagi sebab masanya sudah dekat sangat. Tak sampai 3 minggu lagi.. berdebar ni.. berdebar sangat.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semua benda! Insyaallah...

Friday, December 26, 2008

Terapi minda = Pocket kering?



Ada orang kata shopping boleh jadi terapi minda untuk mereka. Betul juga sebenarnya bagi sesetengah orang lah. Bila shopping, kita dapat barang baru. Rasa happy dan puas sebab barang tu mungkin adalah barang yang memang dah lama diinginkan. Jadi, fikiran pun happy sikit. Tapi, di sebaliknya, bila dah bershopping tu, of courselah wallet pun berkurangan isinya. Unless lah ada orang yang tersangat baik hati nak tolong bayarkan semua tu kan ;).


Macam Neeza, walaupun mungkin (mungkin yang 95%) Abang yang bayar, Neeza masih kena fikir. Income Abang, income Neeza (cewahh!!). Senang Abang, senang Neeza. Kalau susah Abang, susahlah jugak Neeza. Jadi, kena lah berpada-pada kan (mesti abang mencebik kalau baca statement ni hahahaa!!).


Semalam, kami bershopping. Bukan sesaja shopping. Memang ada benda yang perlu dibeli. Bila ahli nak bertambah, persiapan untuk ahli itu perlulah dibuat. Tapi taklah semuanya nak beli baru. Mana yang elok lagi, kami tak beli pun. Macam napkin kami tak beli sebab Shahmey punya yang dulu masih elok lagi. Lagipun bukan pakai sangat napkin. Setakat untuk alas-alas je biasanya. In fact, ada barang yang kami beli untuk Shahmey dulu tak pakai pun lagi!


Disamping beli barang untuk orang baru, ada juga benda lain yang kami beli untuk orang lama hehehh.. to cut it short, kami keluar dekat tengahari dan balik malam, semalam. Sebenarnya tak lah malam - Jam 6.30 petang. Since sini Isyak pukul 6.30, memanglah malam kan! Penatnya la. Pelvic bone dah sakit-sakit pun still berjalan lagi. Orang kata elok untuk bersalin. Bagi Neeza sama je kot sebab memang dah compulsory C-Sec kan :).

Thursday, December 25, 2008

Hari yang sibuk..


Semalam, Neeza kami bangun awal pagi sebab nak siapkan segala keperluan. Telah bermula hari tiada bibik. Neeza ada kelas jadi anak-anak terpaksa lah berangkut ke suatu tempat. Kak M telah bermurah hati untuk menumpangkan anak-anak Neeza dirumahnya. Shahmey kena bawak pergi nursery di kelas. Lagipun memang Shahmey pernah duduk di nursery pun.


Sesampai di tempat belajar, Neeza letakkan Shahmey. Menjerit dan meraung dia. Kesian pulak. Mungkin sebab dah lama tak tinggal di situ. Dari awal sampai sudah dia menangis. Tersedu-sedan sampaikan caretaker terpaksa panggil Neeza dikelas untuk tengok dia. Neeza masuk nursery Shahmey masih tersedu-sedu menangis. Neeza tidurkan dia tak nak. Last-last terpaksa bawak dia ke kelas. At first, dia diam aje. Bila dah rasa seronok, dia mula buat bising. Tak boleh lah gitu. Kalau pulak orang lain nak belajar kan. Neeza turun ke nursery semula bawak dia. Masa dia tengah leka main balloon, Neeza keluar dari nursery. Dengar jugak dia menangis tapi Neeza biarkan aje since tinggal lagi 15 minit aje kelas nak habis.


Habis kelas, Neeza ke rumah Kak M. Nampak macam anak-anak Neeza ada sedikit conflict dengan anak Kak M. Tak senang lah rasanya. Memang orang boleh kata, ala budak-budak.. Tapi Neeza tak suka kalau anak Neeza cari pasal. Since anak Neeza tu berdua dan anak Kak M seorang, Neeza rasa sangat yang anak-anak Neeza mungkin buat perangai. Tak lama lepas tu diorang okay.


Lepas Zohor, kami bergerak ke rumah Kak Z. Ada lunch disitu. Ingatkan dalam 3.30pm nak balik rumah tapi biasalah, tak pernahnya kami ni balik on time. Husband-husband memasing sampai dan dinner pulak. Kami tak lah sebab lunch kami pun lewat dah. Memang kenyang sesangat...


Pagi ni, anak-anak mintak pancake. Neeza tengok resepi Drno baru-baru ni. Macam senang aje nak buat dan ingredients nya semua ada kat rumah. Maka pagi ni jadilah homemade pancake. Memang sedap betul. Lebih sedap dari readymix pancake yang jual tu. Seriously.. cumanya... rupanya tak comel macam yang Drno buat. Biasalah kan.. penyalin resepi punya tangan tak sama dengan pencipta resepi tu ;). Ingat nak ambik gambar tapi belum sempat stack kat pinggan, dah habis. Oh ya, benda tu sedap bukan lah pasal Neeza yang buat tapi sebab resepi tu lengkap :).


Mulai semalam, laundry dah takde orang lain nak buat melainkan kami sendiri. Memang Neeza nak buat laundry tapi ada orang lain dah buat dulu hehehee... Terima kasih ya encik!

Wednesday, December 24, 2008

She's gone!!!



"Ummi, bibik takde!"

Yes.. she's gone! Gone with the wind. She... the one that I wrote about in here and here has left my house without informing anyone of us.


Sophea went to her room to perform Asar prayer yesterday evening. I guess she went to the bathroom for wudhu' and noticed the bibik wasn't anywhere in the house. She came to me and informed me about the missing. I went out of my room and checked the closet. Her bags weren't there. She has left with unlocked door but the house keys were still at the door knob.


I noticed the difference this morning. She woke up really late. She was more quiet than usual. Whenever she did housechores, her mind was in somewhere else. When I asked her to do something, she didn't do it right. She kept repeating the mistakes. She looked really blur especially today!


After confirming she wasn't in the house, I locked the door and went to my room. I rang Abang up, informed him about what had happened. Abang contacted the agent. The agent has promised to get us a replacement a.s.a.p. Meanwhile, we are back to a square one. Back to the previous 2 months. I have to accept there is a hikmah for this to happen.


She has told me before that she had runaway from one of the employers. The reason given - she was almost raped by the employer. She said, she's not scared of being outside alone since she could converse in Arabic fluently. Now she did it again. I question about her story then. Noticing her smiling at a stranger (whom I think was a man) in the grocery store yesterday, has doubted me a lot! It is something that shouldn't be done by a woman in the Saudi.


Things had happened. Alhamdulillah, she didn't bring my kids with her. Also, I don't think she took any of our belongings since I was in my room when she left. Furthermore, everytime I went out, I always made a point to lock my room.


I have nothing else to do but pray to Allah to ease things for me and my family. Ameen...

Tuesday, December 23, 2008

Makan banyak = mengantuk?



Pada kebiasaanya, Neeza enjoy kelas tajweed sebab dapat belajar banyak benda yang kebanyakkannya Neeza dah lupa. Disini, ustazah mengajar mengaji dan betulkan tajweed semasa mengaji. Jadi, senang sikit rasanya nak ingat. Berbanding dengan masa sekolah dulu, ustaz/ustazah ajar hukum lepas tu refer ayat Quran. Memang Neeza tak ingat. Bermacam hukum dan berjenis-jenis Mad.


Pagi tadi, Neeza enjoy juga cumanya yang tak enjoy ialah rasa mengantuk yang amat sangat. Errr.. bukan mengantuk sebenarnya tapi asyik menguap saja. Jadi, masa bacaan ramai-ramai tu, banyak kali Neeza stop sebab sibuk nak menguap. Astaghfirullah.. seronok sakan syaitan kan. Ada yang kata, kita menguap sebab tak cukup oxygen. Mungkin juga. Tak pasti pulak scientific explanation kot situ ;).


Yang Neeza tahu, pagi tadi, Neeza breakfast dengan banyaknya! Hehehhh.. Karipap rasanya lebih 5 ketul dan sandwich butter + strawberry jam lagi. Memang kenyang sangat. Sekarang perut memang asyik mintak makan saja dan badan pun rasanya dah naik berkilo kilo :D. Akibatnya... mengantuk dan menguap didalam kelas. Betul ke gitu?


Balik kelas tadi, tengok ikan yang Abang beli dalam fridge. Ikan Kembong kecik! Comel sungguh. Semenjak Abang kata, Kembong kecik (ada orang panggil Mabong rasanya) tu sedap dan manis, Neeza baru perasan. Kalau tidak, selalu beli kembong besar. Sekarang ni, almost hari-hari goreng ikan tu. Of courselah ada lauk lain sekali. Ikan tu jadi ulam hehee.. Anak-anak pun suka bila goreng garing. Part yang garing tu yang diorang suka. Yang tak garing diorang tak nak. Gitu pulak!! So, sekarang, bila nak beli ikan, mesti Neeza order kembong kecik tu selalu. 2 kilo dalam 4 5 hari je kot. Ayam daging dah agak kurang dalam rumah ni.



Kalau di Malaysia, ikan dah naik harga, Alhamdulillah, di sini ikan masih maintain harganya. Mungkin sebab Pak Arab tak reti sangat makan ikan. Kalau makan pun, ikan yang besar gedabak tu. Pada Neeza boleh lah sekali sekala sebab isi dia tak sedap sangat. Kalau masak pun, budak2 kurang makan. Membazir aje.


Ikan apakah pilihan anda???

Friday, December 12, 2008

Sedikit perubahan dan Happy Face



Berbalik kepada cerita semalam, lepas pada sesi tinggi suara oleh penulis blog ni, helper tu mellow down sikit nampaknya. Dia tak menjawab lagi. Tak tahulah sama ada dia takut ataupun dia terkedu. Tapi, itu sama sekali tidak mententeramkan hati Neeza.


Bila difikir balik, agaknya helper yang jenis dia ni memang suka dilayan gitu. Garang-garang dan marah-marah. Baru lah dia dengar. Kalau lembut-lembut, dia ingat kita anggap dia macam anak-anak aje agaknya. Mungkin sebab tu lah diorang ni ikut kata bila duduk rumah pak arab. Pak Arab layan diorang tegas. Mak Arab lah kot. Pak Arab tak pasti sebab ada jugak yang jadikan diorang ni s*x slave. Mungkin jugaklah.. slave in everything kot.


Masa memula ambik minah ni dulu, Neeza tak nak lah garang sangat. Memang tak sampai hati nak bagi arahan jerit-jerit aje sebab Neeza pun tak suka kalau orang jerit-jerit. Jadi, setiap kali nak suruh buat apa-apa, Neeza akan cakap baik-baik saja. Baik in a sense tak jerit. Kadang-kadang Neeza berborak dengan dia. Nampak agak friendly lah kot. Tapi rupanya, bila Neeza buat macam tu, dia pijak kepala. Dia buat lebih kurang pulak kerja di rumah yang sememangya tugas dia sebagai helper. Bangun pun tiap-tiap hari nak dikejut.


Semenjak semalam, Neeza akan jerit aje kalau nak panggil dia. Sebelum ni bila Neeza jerit, dia jerit balik - "Iye!!" ataupun "Heii!!!". Mungkin sebab Neeza tak pernah jerit kot. Tapi lepas incident semalam, bila Neeza jerit, slow aje dia jawab. Jadi, memang Neeza nekad, no more lembut-lembut. Bagi arahan buat kerja pun tegas saja. Takde borak-borak lagi. Memang dia nak dilayan macam tu. Nasiblah...


Pagi ni, Neeza tak kejut dia. Lepas solat subuh Neeza stay aje dalam bilik. Lepas tu dengar bunyi buzzer washing machine. Maknanya dia dah bangun dalam 1 jam yang lepas. Hah! Boleh pulak bangun sendiri rupanya. Sebelum ni mesti nak kena kejut. Lepas ni, kalau dia tak bangun pada waktu yang dia patut bangun, memang Neeza nak jerit aje.


Walau bagaimanapun, impian untuk tukar maid tu masih ada. Neeza tak tahu kalau-kalau perubahan ni sementara saja. Esok-esok dia dah selesa balik, dia buat balik. Tak sanggup....


Habislah cerita sakit hati tu...


****************************************


Kita sambung cerita happy face pulak.


Hari ni, Insyaallah, Abang akan tiba dari Mekah. Sepatutnya flight jam 9 pagi dari Thaif tapi tadi masa Neeza call, bas yang bawak abang and the group stranded kat gate airport Thaif. Tidak dibenarkan masuk. Aiport congested. Mungkin flight delay.


Kesian pulak kat Abang. Dari jam 2 pagi duduk dalam bas. Bukannya jauh sangat tapi bas berlegar-legar di Mekah untuk ambik group members yang lain yang tak reti tepati masa. Sepatutnya semua orang kena naik bas at 2am tapi biasalah.. sampai pukul 4 bas masih berlegar menunggu orang. Sabar aje lah. Lepas bas jalan, ada lagi stop at a few places - isi minyak la, toilet la. Then sambung perjalanan lagi. Ni dah pukul 8.30, bas still tak boleh masuk.


Memang dah dijangka pun sebenarnya sebab semalam ialah hari Tasyrik terakhir. Hari last melontar jamrah. Jadi, lepas semalam, semua orang dah ready nak balik. Lagipun esok semua orang kerja di Saudi ni. Kalau jemaah dari tempat lain macam Malaysia, ramai yang tak balik lagi. Ada yang pergi Madinah pulak lepas pada menunaikan haji. Maklumlah jemaah Malaysia yang ikut TH package 40 hari kan.


Neeza sentiasa berdoa agak Abang selamat sampai kerumah. Kejap lagi nak masak pulak. Memang Abang mungkin akan makan dalam flight tapi manakan sama food flight dengan food yang dimasak isteri walaupun tak sedap puuuunnnn... hehehehhh...

Thursday, December 11, 2008

Sabar.. sabar..


Disclaimer:

Entry ini adalah entry lepas geram penulis blog. Sesapa yang tak suka baca, sila skip entry ini :). Lagipun banyak benda dalam ni agak sukar difahami bagi orang yang tak tahu keadaan disini.

************************************
************************************


Ada idea lain untuk entry hari ni tapi disebabkan hati ni tengah menggelegak, tunda dulu lah entry tu dimasa lain.


Di beberapa entry lepas, Neeza ada tulis mengenai helper/maid/pembantu rumah atau apa-apa aje lah yang kita panggil dia. Memang kalau ikutkan dah serik untuk ada helper ni. Dah banyak kali terkena dengan perangai yang mula-mula nampak bagus tapi akhirnya, hampeh!! Sama jugaklah macam yang ada kat rumah ni sekarang.


Masa mula-mula datang, rajin betul. Habis segala benda dilap, dibersihkan, disusun. Bila tanya, boleh buat ini ke, boleh buat itu ke? Semuanya boleh. Sudah biasa katanya. Tapi rupanya mulut manis macam gula tapi gula hangit.


Pagi ni seperti selalu, Neeza kejutkan helper ni bangun pagi. Bukan pagi mana pun dah. Dah dekat pukul 6 pagi. Subuh masuk jam 4.50 gitu. Kiranya pukul 6 tu dah nak habis Subuh lah. Lepas tu, slow aje dia bangun, masuk toilet, keluar. Then dah sudah solat, dia duduk aje. Berdoa ke (tapi tak nampak macam berdoa), berwirid ke, atau pun duduk saja tak tahulah (sebab boleh delay buat kerja kan..). Wallahu'alam...


Neeza tanya dia tentang something. Dia bagi tahu aje dimana letaknya. Dia expect, Neeza cari sendiri benda tu sedangkan benda tu memang Neeza bagi pada dia. Neeza tunggu lagi. Dia datang. Masa tu Neeza dah jumpa pun benda tu.


Lepas tu, Neeza suruh dia cuci toilet, berus lantai dan dinding. Rasanya tak sampai 10 minit, dah siap! Neeza tanya, dia sental tak lantai. Dia kata sudah. Bila tanya sental tak dinding, dia kata sudah. Tapi nampak macam tak berusik pun. Macam jirus-jirus air macam 2 3 hari lepas aje.. Dia kata, tak tanggal. Alasan! Kalau Neeza basuh toilet, paling kurang Neeza akan duduk dalam toilet selama 1/2 jam. Sebab bukan sekejap untuk menyental. Lainlah kalau setakat gosok sikit-sikit memang la sekejap. Takpe lagi.


Bila dia basuh toilet 1 lagi, Neeza tunggu dulu. Then Neeza ikut. Agaknya dia perasan Neeza pergi situ, dia pun cepat-cepat tutup pintu. Bila diketuk, dia kata "k*nc*ng lah!!" dengan kuat. Amboi.. Neeza tunggu lagi. Lepas tu, ketuk lagi. Dia buka. Neeza pun cakap suruh dia buat apa. Dia kata, nanti lah dia nak buat lah tu. Menjawab pulak.


Lepas tu, Neeza keluar statement, kenapa dia tak pernah bangun sendiri. Mesti nak kena kejut. Dia boleh kata, di rumah majikan lain, dia bangun pukul 7, pukul 8 pagi. Oooo.. gitu ya. Neeza cakap pada dia, memang lah. Rumah arab dia tidur pukul 2, pukul 3 pagi. Rumah Neeza, pukul 10 dah masuk tidur. Kadang-kadang pukul 9 dah siap semua benda. Dah boleh tidur. Tapi setiap kali dia masuk bilik untuk tidur, Neeza tengok dia dok sibuk bersms. Jadi, salah dia lah! Sape suruh tak tidur. Lagipun mana boleh nak bandingkan majikan lama, majikan baru. Dia kerja dengan kami ataupun kami yang kerja dengan dia. Sedap sungguh mulut dia menjawab.


Neeza tambah lagi, di rumah Neeza bukan banyak kerja sangat pun. Rumah pun kecik. Dia boleh jawab, di tempat lain, dia cuma basuh toilet, cuci sikit, sudah. Aik! Sebelum ni dia pernah cerita, macam-macam benda dia buat termasuklah memasak. Di rumah Neeza tugas memasak memang almost 95% Neeza yang buat. Kalau dia tolong pun, cuma menyiang ikan, potong daging. Paling teruk pun goreng nuggets and fries untuk anak-anak ni.


Then, bila Neeza cakap pada dia, jangan sampai neeza report pada majikan dia yang asal sudah. Sebenarnya dia ni Neeza ambil dari agen asal. Memang kerja dia 2 3 bulan rumah ini, 2 3 bulan rumah lain. Kiranya service dia di subkan pada sesiapa yang nakkan pembantu sementara. Bayaran kami terus kepada majikan dia sebanyak SR*000 sebulan. Memang banyak sebenarnya tapi disebabkan kami tak nak permanent helper yang mungkin akan bagi problem lepas tu terpaksa stuck dengan dia selama beberapa tahun, kami ambil yang jenis macam ni. Kalau ambik permanent, kena bayar SR8K - SR10K. Lepas tu, monthly bayar SR800 - SR1000 tanpa tolak deposit tu. Kalau di Malaysia, boleh tolak deposit kan. Disini tidak. That's why kami opt for 1 payment per month. Kalau ada problem, kami call majikan dia mintak tukar. Memang lah majikan tu tak ada ramai sangat maid untuk ditukar ganti. At least, dia akan cari dan tanya kat tempat lain sebab ramai pak arab buat business macam tu disini.


Bila diugut gitu, barulah dengar tone dia rendah sikit. Kalau tidak, tak habis-habis dia menjawab. Selama hari ni Neeza berdiam aje. Kata kawan Neeza, Neeza lembut sangat. Mungkinlah agaknya. Naik lemak lah dia. Dulu tak pernah pasang lagu kuat-kuat kat handphone dia, sekarang dah berani. Sampai rasa sakit telinga ni. Sudahlah gitu. 2 3 hari sekali mintak belikan prepaid. Bukan sikit-sikit pulak tu. Sekali beli SR50 atau SR100. Bila tanya, dia kata call mak dia. Call abang dia di Ind0n. Susah nak percaya. Lepas tu dia complain dengan kami, majikan dia tak bayar gaji sedangkan duit beli prepaid ada saja.


Banyak kerja sekarang kena disuruh. Kalau tak suruh, dia akan duduk relax saja. Sabar lah hati... Agaknya dia ingat, bekerja di rumah melayu ni boleh ambik kesempatan. Kalau dengan pak arab, jangan haraplah dia dapat berehat baca buku, bertelefon, bersms.


Neeza berdoa supaya dapat lah ganti dia ni secepat mungkin. Tak larat lah kalau macam ni. Nanti kalau Neeza masuk wad, siapa nak bangunkan anak-anak pergi sekolah sedangkan dia pun Neeza yang kejutkan. Memang tak boleh harap!




Saturday, November 29, 2008

Updates on us..


I don't know what to write today. Perhaps jotting an update on our little family would be a good entry for today since this blog is like a public diary to me :). Let me begin the updates on us from the youngest to the oldest ;).


Shahmey

Banyak updates on him tapi let it be in his blog. One thing I wanna write in my blog is, I'm so jealous when he always utters "Bibik.. bibik..". The helper has been with us for only about a month but he could say Bibik (very clear) already. I am with him for more than a year and 6 months and only recently that he utters "Mmi.. mmi.." (bukan Ummi pun uhukkk!!). I'm really envy! Only the good thing is, he always prefer me than anyone else :). Yes, that makes me such a proud mother ;).


Sobhan (Coan)

She's not feeling well starting from last Thursday. Her body felt warm and heaty. But, it was only at night (demam malam I think). She complained of headache and asked me to massage her forehead. While we were climbing up the stairs yesterday evening, she told me, "Ummi.. nanti tolong picit kaki Coan ya. Kaki Coan rasa gedar la..". I asked her "Gedar? apa tu?". Then she said "Gedar la..". My husband and I giggled as we really have no idea of what gedar actually means. By the way, this girl likes a create a new vocabulary :).


Sophea (Kakak)

After an almost every hour of nagging by Ummi and Abah, at last, she managed to complete her English workbook, a 90 pages of spelling exercises given by her teacher. It has to be completed and submitted before the winter break which will be on 5th December 2008. It wasn't that difficult (though there were times that I myself don't know what the questions required her to do) but she kept delaying the workbook. Yesterday, she completed it and today and the rest of 4 days more, she can enjoy watching her favorite channel or playing computer games, provided she doesn't have any other homework to be done :).


Neeza (the Ummi)

I've started my school vacation today! I'm gonna miss all the lovely teachers until 13th December 2008. Feels a bit weird actually since for the last whole month, I was not in the house during this time. Shahmey is sleeping at the moment and I'm in front of my laptop - checking and replying emails and also visiting blogger friends. Not to mention, updating my own blog :). Today's cooking? Well, I have some leftovers from yesterday night's kenduri doa selamat at Mr President's house. Reheating is the best thing to do. Perhaps, I'll add something to my own sambal ikan bilis leftover. Petai perhaps! yummy...


Abang (the Abah)

He's eagerly and busily preparing himself for the fifth pillar of Islam. He has finished the 5 day course (evening only) organized by the Da'wah Centre. I can't join him this time for a reason - I'm not fit for it yet!. He talks about it a lot and me, I just had to kinda ignore him since I'm actually sad. If I give comment or opinion about it further, I may end up crying since I know he'll be away for more than a day. After a year plus, this will be the first time we are gonna be temporarily separated. But, I have to accept the fact that he'll be away for a huge responsibility. I pray to Him for his safety and happiness. Also, I pray that he manage to complete his ibadah successfully. Ameen...


That's about it for today. By the way, this message is meant for you Abang. Thanks for the little something you bought me on the 27th Dec 2008. It'll surely save my eyes ;). I really appreciate it :).

Monday, November 17, 2008

Macam macam cerita.. layan aje laa.. :)


Cerita 1

Sejak akhir-akhir ni Neeza rasa banyak perubahan pada diri Neeza. Salah satunya ialah perubahan minat. Kalau dulu, Neeza malas sangat nak menonton tv, sekarang tidak lagi. Tak tahu kenapa, suka pulak tengok movie di tv especially waktu malam. Dah beberapa malam berturut-turut Neeza tidur lewat. Semalam paling lewat. Akibatnya, pagi tadi, Neeza rasa mengantuk sangat dalam kelas. Nasib baik tak jadi burung belatuk (terhangguk-hangguk). Nasib juga kelas tu cuma 2 jam. Kalau lah 3 jam atau lebih, ada yang memang tidur rasanya.. hehee..


Cerita 2

Baru nak tulis entry ni, dengar anak jiran depan melalak. Pintu bilik Neeza memang dekat dengan pintu masuk kedua dan dekat dengan pintu jiran depan. Dia baru dapat baby. Rasanya dalam 7 @ 8 bulan kot. Kuatnya dia menangis. Kesian pulak. Macam kena pukul pun ada bunyinya. Tapi, takkanlah dia pukul kot baby kecil hehee.. Oh ya, diorang ni dari negara Sh@h Rukh Kh@n tu.. :)

Bila dengar baby nangis, rasa takut dan serammm.. heheh.. turn Neeza akan tiba jua. Kena banyak berdoa ni agar Neeza tak di uji sebegitu. Stress sebenarnya bila dengar anak menangis tapi kita tak tahu nak buat apa untuk diamkan...


Cerita 3

Balik Malaysia hari tu, Neeza sempat snap gambar pokok pokok padi yang ditanam entah sape tak tahu kat depan rumah pakcik pakcik Neeza. Cantik pulak buah-buah padi tu. Rasanya, by now, padi tu dah boleh dituai kot. Bestnya makan beras fresh. Eh! best ke? pepandai aje..







Pas tu, diorang pun ada tanam pokok terung, pokok cili dan pokok-pokok lain. Tapi Neeza tak ambik gambar semua sebab ada orang bising, "tak habis-habis ambik gambar.."
















Pokok-pokok buah lain macam rambutan, durian, duku, salak tak payah post kat sini lah sebab dah post dalam entry cuti cuti malaysia hari tu.. :)


Friday, November 14, 2008

Cerewet (Fussy) vs Pelengkap (Perfectionist)



Setelah beberapa hari dipendamkan, akhirnya semalam dan hari ni Neeza 'mengamuk'. Mungkin disebabkan emosi sendiri yang tak stabil ataupun mata ni dah sakit sangat dengan apa yang Neeza lihat. Tak tahu lah nak kata sama ada Neeza ni seorang yang fussy ataupun struggling for perfection.


Kalau tengok rumah bersepah, memang rasa sakit sangat mata. Mulut pun mula lah bising. Masa dulu, takde siapa nak mengemas, anak-anak lah yang kena kemas. Itu pun kalau diorang tak sibuk dengan sesi menyusun barang untuk buat rumah lah, buat sekolah lah dan buat sepah yang lebih betulnya. Sekarang ni senang sikit sebab ada helper. Bab kemas rumah so far Alhamdulillah. Memang tak nampak lah sampah kat lantai tu.


Satu benda yang Neeza agak tak happy ialah bab menjemur baju. Kami takde dryer jadi baju perlu dijemur. Bukan di luar pun. Store tu kami jadikan laundry room - untuk menjemur dan mengiron baju. Dari awal lagi Neeza perhatikan cara sidia menjemur baju memang lah sangat menyakitkan mata. Neeza tak lah harap dia jemur baju ikut warna ataupun mesti sama panjang atas bawah. Tapi, kalau baju yang dijemur tak diterbalikkan dan main letak tanpa regangkan dulu baju tu, geram jugak tengok. Macam mana agaknya rasa bila tengok kain yang bergumpal dalam washing machine tu, bila dijemur, tak ubah rupa gumpalan tu? Main letak gitu aje. Lepas tu sidia complain pulak kain tu lambat kering. Memang lah tak kering kalau kain tu bergumpal.


Semalam, Neeza perasan sidia dalam bilik tv - melayan Shahmey sebenarnya. Neeza masuk store tengok pemandangan yang menyakitkan hati. Tempat jemuran masih banyak tapi dia boleh perap kain dalam bakul. Neeza pun apa lagi. Buka bilik tv. Ewah!! Dia boleh lepak depan tv sambil baring baring tu. Cepat cepat dia bangun dan duduk. Neeza panggil dia ke stor. Apa lagi, Neeza tegur lah. Tapi masih boleh control nada suara, rasanya la. Tapi nampak macam dia agak terasa sebab lepas pada tu dia tak duduk diam. Tapi, dia betul kan sikit sikit aje kain tu.


Pagi ni, Neeza masih tengok keadaan yang sama. Bayangkanlah, kain yang dah 5 hari masih tak kering lagi. Sebabnya, dia main letak aje kain tu dalam bakul. Grrrrrr!!! Memang nak jadi incredible hulk rasanya nih! Neeza pun terus betulkan semua kain tu seperti mana yang Neeza dah selalu cakap pada dia. Dah siap tu, Neeza panggil dia untuk tengok. Hampir 70% kain Neeza terbalik kan. Dan ada rupanya kain yang dah kering tapi dia tak angkat pun. Bila susun semula, memang cukup ampaian tu. Jadi, takdelah alasan nak perap kain dalam bakul.


Disebabkan Neeza sibuk membetulkan kain baju di hanger tu, nasi lemak yang Neeza jerang hangit 1 periuk! Padan muka Neeza sendiri. Mengamuk lagi sampai lupa yang Nasi lemak ada atas dapur. Neeza tak suka guna rice cooker sebab.. entahlah.. memang tak suka. Kalau guna pun, time nak masak banyak benda dan dapur tak cukup. Tapi, itu jarang terjadi sebab knowing me, bukannya rajin masak banyak pun... :)


Nampak gayanya, si dia ni rajin buat kerja yang nampak di mata sahaja. Yang macam dalam stor tu, dia ingat kami tak check, jadi tak payah kisah.


Rumah kami tak lah besar mana. Memang dia banyak berehat pun lately. Boleh baca buku. Boleh bergayut dan sms. Kalau dia jaga Shahmey, bermakna berehat juga sebab dia cuma duduk di bilik tv dan tak buat apa pun. Memang banyak sangat masa rehat. Sebab tu lah bila kain tu dia buat macam tu, Neeza rasa bengang sangat.


Oh ya! Hari tu Neeza perasan botol susu Shahmey tak dibasuh dengan betul. Bahagian atas botol yang ada puting tu, dia tak cabut dan cuci pun. Mungkin dia ingat, dia yang akan buat susu jadi Neeza tak perasa. No way.. Walaupun ada helper, hati Neeza tak percaya 100% pada helper. Neeza masih buat susu Shahmey sometimes. Jadi, bila Neeza tengok puting botol tu masih ada sisa susu dan memang tak berbasuh, terus Neeza panggil dia dan tanya. Depan dia jugak Neeza buka puting tu dan basuh. Siap bagi suggestion lagi dia tu, tak rebus air panas ke? Amboiiii... sedap betul dia kan..


Bila Neeza cerita kat Abang, Abang kata memang lah sikap diorang ni macam tu - sesetengah tu la. Kalau tidak, tak lah pulak itu kerjanya. Abang suruh sabar aje dulu. Memang dah serik kalau ikutkan ada helper ni. Kalau tak disebabkan keadaan Neeza yang tak larat ni, memang tak nak ambik pun. Buat sakit hati aje. Biar mata sakit tengok rumah bersepah. Jangan sakit hati, sakit mata dan sakit jiwa bila kita dah cakap banyak kali tapi tak ikut jugak. Dah lah bayar bukannya murah. SR*000 sebulan tu!!! Terasa juga nak tukar tapi takut pulak yang akan datang nanti lebih teruk lagi. Nak tak nak, sabar ajelah dulu.


Tapi, wonder jugak.. Neeza ni cerewet sangat ke yek? Entahlah...

Monday, November 10, 2008

24 jam tu cukup cuma...



Semua orang dapat 24 jam sehari. Tak lebih dan tak kurang. Neeza pun sama jugak. Ada orang complain masa tak cukup sebab banyak sangat kerja. Baguslah, sebab itu menunjukkan mereka comitted untuk buat kerja. Neeza tak complain tak cukup masa sebab masa Neeza sememangnya terlebih cukup (siap ada masa tidur 2 jam lepas balik kelas tuuuu...)


Tapi... aktiviti blogging agak terhad sekarang. Kenapa yek? Sebab badan dah tak larat kot. Dan season... hehee.. ke sebab badan dah besar? Macam giant ke? Tak lah sampai macam giant tapi kalau tengok, mungkin ada iras iras lah kot hahaha!!!


Bila tak larat, teman setia ialah bantal dan katil aje lah. Kalau tak pun, couch kat depan tv. Lepak, berlunjur kaki sambil tengok tv. Bestnya la... Santai habis. Lagi best kalau sambil tengok tv sambil mengunyah! Hehee.. Manalah badan tak naik bagai di pam pam kan...


Tapi, tak best jugak biarkan blog tak berupdate dan lagi tak best bila ada kawan-kawan datang menjenguk tapi Neeza tak sempat nak menjenguk kawan-kawan balik. Jadi, bila terasa badan okay sikit, barulah Neeza duduk depan laptop ni. Nak baring kat katil sambil surf the net takut tertidur pulak ;).


Kepada kawan-kawan Neeza yang baik hati, Neeza harap jangan lah ada yang berkecil hati kalau Neeza lambat 'menyinggah' rumah kawan-kawan. Bukan tak sudi tapi alasannya ialah seperti di atas.. :))


Salam sayang untuk semua... :)

Saturday, November 8, 2008

Lori garam tumpah bila kepala weng..


Cerita semalam yang dah hampir basi.


Alkisahnya, ada seorang minah yang perlu kedapur untuk memasak. Sebenarnya dia tak lah rajin sangat dan nak makan kat luar, dia rasa malas pulak. Dengan kaki yang agak berat dan badan yang agak lembik (sebab cuaca sejuk), dia kedapur. Dia keluarkan ayam dari frigde untuk di defroze. Dalam kepala dia, dah ada rancangan untuk masak lauk apa. Lepas keluarkan ayam, dia keluar dari dapur. Berehat...


Beberapa jam kemudian, dia kedapur semula. Dengan perancangan yang lengkap, dia keluarkan semua bahan untuk memasak. Mula lah acara memotong, mengetuk, menghiris dan sebagainya.


Mula-mula, dia masak sayur - kacang peas dan putik jagung yang dibeli di Kedai siam di Khobar. Di Jubail, memang tak pernah jumpa putik jagung. Makanan exotic lah katakan... Siap masak sayur, dia senduk dalam mangkuk. Simpan dulu.


Kemudian, masa untuk masak ayam. Dalam perancangan, nak masak Ayam masak tomato. Letak itu ini. Rasa garam. Hmmm... tak cukup masin. Letak lagi garam. Apa lah susah sangat garam nak keluar dari botol. Kecik sangat muncung garam tu. Guna dua-dua tangan, cuba keluarkan garam tu terus ke kuali. Sekali...... dush!!!! terbuka penutup tin garam tu. Semua Hampir 80% garam dari tin yang penuh (dekat 1/2 kilo) tu dah berada dalam kuali sekarang. Uwaaa!!!!! Tensennyaaa!!!


Geram, sakit hati dengan diri sendiri. Rasakan sekarang. Bila hati tu dah half hearted, nak jugak ke dapur. Sepatutnya kena ikhlas kan dulu hati.


Malas betul nak tengok kuali. Dah la cili kering yang siap blender dah habis. Nasib la ada pembantu. Boleh lah mintak tolong dia buat kerja yang agak membosankan tu - potong cili kering, rebus, blender... lecehnya la.. Then, minah tu pesan kat pembantu tu, dah siap nanti panggil ya. Wahhh.. banyak senang minah tu.


Dah siap cili tu, minah tu kedapur. Tumisan cili tadi tu diguna juga sikit. Bila masak semua dan campur dengan cili baru, mak oiii!!! masinnya!! Takpe, letak kentang. Masin lagi. Letak sos tomato lebih sikit. Masin juga. Letak lagi sebijik kentang. Masin lagi. Letak lagi sos tomato sampai setengah botol (botol besar tu..). Masih masih. Fikir punya fikir, letak air dengan banyaknya. Siap perah lemon lagi. Lepas tu rasa buat kesekian kalinya. Okaylah kot. Akhirnya jadilah Ayam Masak Tomato Entah Apa Apa Berkuah Banjir!


Bila makan, the husband of the minah kata,

"Kenapa masam sangat??"

Sebenarnya masam pun ada, masin pun ada. Malam tu, minah tu mabuk. Sakit kepala. Tak tahulah kenapa. Sebab minah tu makan masak ayam yang tersangat masam dan masin ataupun makan sayur kacang peas tu.

Thursday, November 6, 2008

You're not an expert!



'You' in the title above is me. Yes, I'm telling myself that I'm not an expert. I should act like an amateur or better be, like a kindergarten student. I should follow the steps by looking at the picture. I shouldn't have behaved like everything is in my mind.


What the h*ll am I writing about?


Here's the story...


I planned to bake a cheesecake yesterday. Since it was pretty late (I should have baked it a day earlier but due to some reasons, it can't be materialized), I didn't look at the recipe (it was in the laptop). I needed to rush to the Fiqh class. So, everything must be done by 7.30am.


I took everything out and mix all the necessary ingredients. I managed to put the cake in the oven at about 6.30am. I guess the cake should be nicely baked right before I left for the class. An hour later, the timer buzzed. It was time but when I looked at the texture, it didn't seem right. Then I thought, perhaps I should prolong the baking time. I baked it for another 10 minutes. Still, it looked the same. I touched the top of the cake and it seems really cooked. It wasn't burned. I've got not much time left. I baked for another 5 minutes and told the helper to let the oven lid slightly open after the timer stopped.


Then, I left for school. I came back and took the cake out. I put them in the fridge (that's what we are supposed to do with cheesecake). I was still wondering why the cake didn't look like it used to be.


Later in the afternoon, I went to kitchen to prepare lunch for the kids who usually came back by 3.00pm. I opened the fridge to take out tomatoes and lemon. Then my eyes stucked at something. The yogurt!!!! I forgot to put the yogurt in my cheesecake. That was the reason my cake didn't turn out well. Everything was done. The cake was already in the fridge. Nothing can be done except for accepting the handicapped cheesecake heheeee..


It upset me a lot since I wanted to bring the cake for yesterday night's program. We had 'ceramah agama' at Kak M's house. I chose to bake a cheesecake because Sophea was asking for it for quite sometime already. I thought, while fulfilling her wish, I could bring some to the program.


Of course, after being covered with strawberry topping, the cake looked pretty. But, I knew, the taste was not like a real cheesecake. Sedihnyaaaaa!!!!


Insyaallah, I'll bake another one again (next time - which I don't know when ;)). Hopefully I won't forget to mix any crucial ingredient. It was really a lesson to learn for me... That's whay, I'm telling myself that I'm not an expert. Nak berlagak pandai konon... cesssshhhh... heheee..

Tuesday, November 4, 2008

Jadual baru dan bayar hutang


Lama betul delay pasal jadual baru ni. Banyak sangat benda nak tulis tapi masa tak ada sangat. Jadi tu lah jadinya. Kena postpone selalu. Hutang pun tak bayar lagi. Bukan hutang duit tapi hutang tag heheee.. Memula cerita pasal jadual baru lah.


Selepas hampir 2 bulan menanti, akhirnya permohonan Sophea diluluskan oleh Kementerian Pelajaran di Saudi (di Riyadh). Disebabkan sekolah itu ialah sekolah American/British, pelajar-pelajar muslim wajib memohon Muslim Approval daripada kementerian. Tak tahulah kenapa.


Kalau nak diikutkan macam tak logik sebab suka hati kita lah nak hantar anak sekolah mana kan. International School lain tak perlukan Muslim Approval pun. Kenapa lambat kelulusan tu? Sebab bulan puasa dan bulan raya... Permohonan Sobhan dah lulus before puasa lagi. Sophea punya ada silap nama sikit (sekolah lama yang silap tulis). Bila kami submit semula, ia mengambil masa yang sangat lama... Well, itulah kehidupan di Saudi. Terima aje lah hakikat tu.


Pendek cerita, since kedua-dua anak dara tu dah mula bersekolah since 26 Oktober baru ni, jadual Neeza juga bertukar. Bertambah pula dengan statu baru Neeza sebagai pelajar! Hehehee.. tak lah.. bukannya sambung Master (tak kuasa nak belajar cam tu.. letih laaa.. hehee). Neeza cuma ambik kelas arab, tajweed dan fiqh - 5 hari seminggu iaitu hari-hari anak-anak sekolah.


Pagi-pagi, lepas subuh, Neeza perlu bergegas kedapur untuk prepare lunch box anak-anak. Sekolah tu takde canteen. Students wajib bawak lunch box atau mereka akan kelaparan. Bagus jugak in a way sebab kita tahu apa anak kita makan kan.


Jam 7 pagi, anak-anak ke sekolah. Neeza pula kena bersiap untuk sekolah Neeza. Lebih kurang 7.40 pagi, bas sekolah Neeza pula sampai. Kelas tu dari 8.30 - 10.30 pagi. Tapi, travelling time lebih kurang 1/2 pergi dan 1/2 jam balik (since bas kena ambik students lain lagi).


Shahmey pun Neeza bawak. Dia duduk di nursery di sekolah tu. Nak bagi dia mix dengan orang sikit. Orang-orang yang seumur dengan dia laaa.. Bagus jugak sebab caretaker kat situ berbangsa saudi. Memang they speak English tapi ada jugak rasanya dia speak arabic. Good for Shahmey! Kalau duduk rumah jawabnya, pandang dinding ajelah dia hehehe...


Neeza sampai rumah semula lebih kurang jam 11 pagi. Dah letih. Biasanya tidur.. hehee.. Kalau tak pun, masak dulu sebab nanti anak-anak balik at 3pm nak makan.


Lepas anak-anak makan, kena tengok homework diorang pulak. Di sekolah baru ni banyak reading material yang mana the parent kena duduk sama-sama untuk tengok diorang baca. Then kena sign the school diary. Jadi, Neeza perlu spend at least 2 jam dengan diorang ni.


Bila jadual berubah, masa blogging pun berubah. Dah tak se free dulu lagi. Entry pun terpaksa pendek-pendek aje. Blog hop pun kejap aje. Tu je lah nak cerita pasal jadual berubah tu... Walaupun gitu, bagus juga sebab ada jugak lah pengisian kan. Walaupun Neeza mungkin tak lah 100% akan terer cakap arab, at least boleh belajar sikit-sikit.


************************************************

Ni kisah nak bayar hutang pulak. Tag ni dah lama sangat tertangguh. Kesian kat Yani. Sorry ya Yani. Baru hari ni akak sempat buat... Okay, kita tengok ya jawapannya...


The rules of the game get posted at the beginning
Each player answers the questions about themselves
At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names,
then goes to their blogs and leaves a comment,
letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog



Starting time : 6.19 pm
Name : Neeza Ramli
Sisters : 1
Brothers : 3
Shoe size : 4 or 5 (keciknyeee hehee)
Height : 152cm (kemetotnyeee)
Where do you live : Al Jubail, Saudi Arabia
Have you ever been on a plane : yupp
Swam in the ocean : only snorkelling?? (tak reti berenang langsung!)
Fallen asleep at school : pernah sangat. Masa sekolah menengah. cikgu tak kisah pun hehee..
Fell off your chair : tak ingat la..
Saved e-mails : banyak! sebab tak sempat nak baca
What is your room like : A bed, a closet, a dressing table and a computer desk!
What’s right beside you: what? meaning a thing kan. I guess nothing..
What is the last thing you ate: I ate sandwiches and chicken sausage this afternoon
Chicken pox : When I was in form 5
Sore throat : always
Stitches : yupp. 3 big ones (had C-sec)
Broken nose : never
Do you Believe in love at first sight : not sure..
Like picnics : if only I don't have to prepare anything
Who was/were…The last person you danced with : my hero - Shahmey!
Last made you smile : again, my hero - Shahmey
You last yelled at : my girls - time ajar ngaji! (not really yell - tinggi suara sikit je hehehhh)


Today did you…
Talk to someone you like : I did - my love ones in the house
Kiss anyone : yes, everyone I love in the house
Get sick : Alhamdulillah, takde
Miss someone : yes... my family in Malaysia


Do you like your hand-writing : not really. I always admire others'
Are your toe nails painted : Tak!
Whose bed other than yours would you rather sleep in : tak suka tido katil orang!
What color shirt are you wearing now : light blue
Are you a friendly person : Insyaallah
Do you have any pets : Nope
Do you sleep with the TV on : rarely.
What are you doing right now : writing this entry
Can you handle the truth : Insyaallah
Are you closer to your mother or father : hard to say
Do you eat healthy : I eat everything


If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : my kids
Are you loud or quiet most of the time : depending on situation
Are you confident : sometimes


5 things I was doing 10 years ago
(I was 24 then..)

- worked as an HR Exec in USJ
- struggled to choose for an exact date for my marriage - dah tunang masa tu
- Convinced the staff to agree with company always changing policies
- Tengok wayang bila free
- Selalu makan kat luar sebab malas masak - duduk bujang kan..


5 things I would do if I were a billionaire
dah jawab Q ni di tag yang lepas...


5 of my bad habits
- procrastination
- cepat naik angin pada my love ones
- jealousy...
- berangan tak sudah
- mudah kesiankan orang..


5 places I’ve lived/living
- Ketereh, Kelantan
- Jengka Pahang
- Gombak Selangor
- Kemaman Terengganu
- Kuantan Pahang

banyak lagi.. Saudi pun tak masuk.. tapi mintak 5 je kan.. cukup la tu..


Finish! I'm not tagging anyone...

Wednesday, October 22, 2008

Pit stop


I thought of continuing the story about my vacation in Malaysia from yesterday onwards. But, accident happened. I need a break for that. I cut my ring finger yesterday. Nope! Actually the fish did it. The dead fish! I was holding the fish head and trying to cut it into half. As a sudden, something went into the tip of my left ring finger. I didn't feel the pain at first. But, when I saw the blood kept coming out, the pain began.


I put my finger under the water tap. The blood didn't seem to stop. I run to get an ice cube and pressed it on - still it didn't work. I covered the cut with bunch of tissues - still bleeding. Then, I took gamat oil and applied it on but it was still bleeding. Mulalah rasa nak nangis (manja lah tu konon..)


After about 10 minutes, nothing seems to work, I took my handphone and dialed Abang's number. While crying, I told Abang about what had happened. He wanted to come home since I told him the bleeding continued. I knew he was busy at work since he just came back from vacation. I looked again at my finger. I convinced myself it wasn't that bad. I phoned Abang again and told him, I felt better. I told Abang he doesn't need to come back home.


I wrapped my finger with a plaster - felt really pain. After suggested by friends of mine, I went to see a doctor. When I took out the plaster, my finger was still bleeding. Doctor asked me to soak my finger in some kind of colorless liquid - not sure whether it's pure water or something else. It turn red with my blood. Then, the doctor applied iodine (I think) on it. Pedihnya!!!! Then he put some gel that looks like glue. He wrapped my finger over with gauze dressing. He also told me not to wet the finger. He prescribed some kind of antibiotic and panadol for me.



Now, doing housechores is a bit difficult for me. I hope to recover soon. Betapa lah penting semua jari kita kan... Anyway, I should feel good that I'm still alive. Alhamdulillah..

Thursday, September 25, 2008

Nasi masak malas ;)


Tengok tajuk, macam nama resepi. Tapi sebenarnya bukan!! Nasi masak malas ialah nasi yang dimasak dikedai. Itu term yang direka cipta sendiri-sendiri. Takde pun dalam kamus dewan hehee.. Tak tahu kenapa, makin hari makin malas masak untuk berbuka puasa. Mungkin sebab semangat nak balik kampung dan mungkin juga kami dah stop dari membeli bermacam-macam lauk pauk mentah.


Nak tulis blog pun dah takde mood. Blog hopping pun dah kurang sebab masa tidur makin bertambah hehee.. Kain baju masih belum settle kemas. Tapi Neeza biasa bab kemas last minute ni. Lagi laju rasanya sebab main ambik aje kan. Tak sempat nak fikir dah. Kalau kemas awal-awal, mulalah terkial-kial nak pilih. Lagipun, balik raya bukan nak bawak balik banyak baju pun. Baju raya dah ada kat kampung. Terima kasih kepada Cik Puan Shimanoseki dan suami yang sudi tolong beli dan tolong tempahkan baju-baju raya kami sekeluarga. Baju basahan pun memang banyak kat kampung. Tapi dalam pada tak banyak tu, beg 2 3 buah jugak bila balik. Tu yang heran tuuu.. ;).


Semalam kami makan... tara!!! ada orang belanja lah semalam. ALhamdulillah. Murah rezeki Encik dan Puan Sahabat yang belanja tu.. Kami berbuka dulu dengan cekodok bawang kat rumah. Lepas solat, kami keluar ke... Pattaya! Makan nasi di Pattaya dengan macam-macam menu. Terima kasih kepada Encik dan Puan Sahabat. Baru teringat, tak ambik gambar pun semalam. Tapi, kalau ambik pun bukan senang nak upload. Guna camera hp memang tak best :(.


Rasanya dah ramai yang mula beransur balik kampung. Hari ni dah hari Khamis. Esok Jumaat. Sabtu mesti ramai dah mula bercuti. Kalau yang ada internet access walau dimana jua, best la kan. Boleh tulis dan baca blog tiap-tiap hari tahu perkembangan semasa setiap saat. Takdelah bosan sangat menunggu ketupat dan lemang nak masak.


Kepada sesiapa yang mungkin tak sempat nak baca blog lagi dah nak balik kampung, Neeza nak ambil kesempatan (mungkin awal tapi takpelah) untuk ucapkan,


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan didalam hati

(siapa lah yang simpan jarum patah dalam peti ek?? macam tak logik je bunyinya. kena alter sikit kot pantun tu hehee)


Pada sesiapa yang drive balik kampung tu (ada ke orang naik flight balik kampung? eh ada laaa!!! kami la tuuuu... hehehee...), drive safely and carefully. Don't speed sebab nanti kena speed trap.. kurang pulak duit raya untuk budak-budak ;). Cerita pasal duit raya, kenapa orang tak bagi duit raya pada orang orang tua dewasa macam Neeza ni? Tak aci betul laaaa... Dah la.. stop mengarut. Nak tidur jap lah layan Shahmey dulu lah.


Salam sayang untuk semua :).

Wednesday, September 24, 2008

Count down - 5 hari lagi

Terlalu cepat masa berlalu. Hari ini dah masuk hari yang ke 24 kita berpuasa. Kalau masa kecik dulu, memang Neeza tak sabar nak raya sebab masa tu rasa berpuasa ni macam satu beban. Letih dan lapar. Sekarang ni tak lagi. Rasa sedih pun ada bila Ramadhan nak pergi meninggalkan kita.


Tapi... bila mengenangkan yang kami akan balik kampung.. Insyaallah.. pada hari raya nanti, seronok lah pulak :). Walaupun turn tahun ini ialah di kampung suami :( at least kami akan berada di tanah air sendiri. Hari Raya kedua, Insyaallah kami akan berangkat ke Kemaman (drop by untuk 1/2 jam) and terus ke Setiu sebab pada malamnya adik lelaki sulung Neeza akan melangsungkan pernikahannya disana. Keesokan harinya majlis kenduri pulak. Lepas tu, kami akan beransur ke Kelantan - balik kampung makan durian!!!




Kalau musim buah, memang 3 jenis buah di atas ada kat kampung Neeza. Kali ni tak tahu lah pulak. Yang pasti, durian ada. Cukup dah tu :)).


Semalam kami berbuka dengan Meehoon soto. Gambar dah diambil (guna camera hp tu laa) tapi Neeza tak reti nak guna bluetooth feature untuk connect hp dengan laptop. Jadi, tak dapatlah upload gambar. Kena tunggu Encik Mr balik kerja lah jawabnya.


Sebagai tambahan menu (sebab kata Encik Mr, meehoon tak kenyang dan dia kureng sikit soto ni), Encik Mr masak nasi goreng. Rajin juga Encik Mr semalam. Dia tolong buat begedil (tolong bulatkan dan goreng jeee) dan rebus kuih buah melaka. Ooo.. semalam dia cuti sebab National Day untuk Arab Saudi. Sebab tu lah dia tolong kot... ataupun kesian kat Puan Mrs dia kelam kabut sorang-sorang kat dapur Mungkin tidakkkkk... hehee..


Monday, September 22, 2008

Mood hilang sekejap


Semalam mood untuk blogging hilang sekejap. Puncanya ialah hero kecil kat rumah ni lah. Shahmey main digital camera and rosakkannya!! Geram dan geram sangat. Neeza tengok saja muka dia. Dia boleh senyum saja. Memang dia tak bersalah pun. Yang bersalah ialah Neeza. Yang Neeza pergi bagi kat dia camera tu sape suruh? Tapi, sebelum ini, dia tak pernah rosakkan pun. Well, benda dah nak jadi kan. Nak buat camana. Takde rezeki lah tu.


Anyway, Neeza still hoping camera tu boleh repair. Sebab yang rosak ialah zomming in and out dia tu. Macam stuck sebab Shahmey jatuhkan camera on the floor yang ada carpet. So, jatuh tak teruk. Bila ketuk-ketuk, dia keluar zoom tu. Tapi takkanlah asyik nak ketuk kan. Hehee.. apahal la pulak. Hmm.. ada tak agak-agaknya 'orang tu' nak belikan camera lain? Hoping saja lah. Boleh aje nak beli sendiri tapi kalau orang bagi rasanya lagi best kan!


Since semalam, hati dah tawar. Sekarang ni nak ambil gambar dah jadi susah. Terpaksa Neeza guna N73 punya camera. Handphone tu memang tak pakai sangat di sini. Neeza tak suka sebab ianya lebih besar dari hp Neeza. The mister pulak tak boleh guna sebab the phone ada camera. Tak boleh bawak masuk plant. Jadi, semalam, dengan bengkak hati, Neeza menukarkan sim card ke handphone tu. Tak suka nya lah. Tapi since nak guna the camera feature untuk snap gambar juadah berbuka, terpaksalah juga guna :(.




Semalam, disebabkan miscommunication, kami berbuka dengan banyak lauk. The mister beli beryani sebab dia call Neeza tak dapat. The handphone duduk dalam bilik. House phone memang dalam bilik pun. Bunyi housephone tu pulak tersangatlah slow. Handphone memang tak dengar sebab once pintu dapur tutup, jawabnya memang lost communication dengan dunia luar lah hehee..


Neeza masuk bilik nak ambil handphone. Sekali tengok ada missed call. Tengok screen kat housephone pun ada missed call dari number yang sama. Neeza call balik. Beryani dah beli!!!! Jawabnya kami berbuka dengan Beryani, ikan bilis goreng berlada letak kacang dan kentang, ikan goreng dan sayur lemak kobis. Sayur lemak kobis tak jadi makan. So, simpan fridge. Buat berbuka malam ni lah pulak.


Pendek cerita, kami makan Beryani saja semalam. Nasi putih tak luak pun. Kesian nasi tu. Takpe, malam ni akan dimakan lah kamu wahai nasi putih :).


Lepas berbuka, kami pergi hospital. Neeza dan Coan nak jumpa doctor. First time didalam hidup Neeza, ada orang ingat Neeza ni Korean!! Sabar aje lah. Da muka cina ke Neeza ni yek? Hehee.. Yang tanya tu minah arab. Rasanya dia tak pernah pergi Korea kot. Jadi, dia agak2 saja.. hehee..


Coan pulak sakit gigi. Ingat nak cabut or filling aje tapi since ada inflammation, kena makan antibiotics dulu. After 3 days, baru pergi jumpa doctor semula. Tak tahu lah camana tu sebab Coan ni paling takut dengan doctor. Semalam pun dia dah merengek. Hopefully, dia akan okay nanti :).


Sunday, September 21, 2008

celoteh di pagi Ahad


Hari ni ada a few short bebelan yang Neeza nak tulis kat sini. Saja suka sebab rasa teringat nak tulis.


Bebel 1

Masa mula-mula blogging, Neeza buat comment moderation sebab banyak spam. Tapi dah takde spam (hopefully takde dah la). Setakat ni, alhamdulillah, belum ada lagi orang-orang yang tulis comment yang 'tidak sesuai' untuk di publish. Harapnya takde lah.

Pasal word verification pulak. Dulu, Neeza buat juga tu. Siapa nak comment, kena type dulu word yang di prompt tu. Neeza dah disable juga. Sebabnya, susah sebenarnya nak type. Mungkin senang bagi sesetengah orang yang mata macam microscope. Tapi, Neeza dah experience banyak kali, sampai 3 4 kali kena type sebab tertinggal / tersilap 1 letter (huruf). Ini membuatkan 'mood' untuk tulis comment tu hilang. Tapi tak pernah lagi lah, Neeza skip untuk comment disebabkan kes tu.


Bebel 2

Tag dan tag lagi. Bukan tak suka tag. Errr.. to be honest, ada sikit tak senang saja (only a little). Kita rasa obligated. Siapa lah agaknya yang memula initiate tag ni. Kesian kat orang yang kena. Dia pula rasa obligated untuk tag orang. Bila orang tak buat tag tu, dia sure rasa orang tak cooperative. Kan ke kesian tu. Padahal bukan orang tu tak cooperative. Bayangkan, kalau dia ada pembaca setia seramai 10 orang dah kesemua 10 tu tag dia. Takkanlah hari-hari entry dia pasal tag kot. Dia pun jadi takde mood nak baca blog sendiri sebab bukannya dia menulis tentang apa yang dia nak tulis tapi tulis tugasan. Macam tugasan kerja daaaa.... Bosan tak agaknya? hehehh..

Akhir-akhir ni, bila Neeza kena tag, Neeza dah tak nak tag orang. Tapi kalau award tu, Neeza bagi lah kat orang lain. Itu pun ikut mood juga. Bila dapat award, orang pulak kena buat entry pasal tu. Kesian jugak sebab banyak kali Neeza baca blog orang yang terima award tu, macam terpaksa tulis aje. Wordings pun lebih kurang sama dengan orang lain...

Cumanya kan, tag ni bagus masa kita kering idea nak tulis. Tapi, bila fikir balik sebenarnya orang malas nak baca apa yang kita tulis pun dalam task yang diberi tu.


Bebel 3

Walaupun bulan puasa ni, masa kita masih lagi 24 jam, tetapi aktiviti dah bertambah sikit. Tak payahlah Neeza huraikan sebab ramai yang faham tu. Jadi, aktiviti yang biasa dilakukan pada bulan-bulan lain (blogging terutamanya) akan menjadi tidak berapa prioirity lagi. Ramai yang sempat tulis entry tapi kurang (banyak kurang) masa untuk blog hop. Termasuklah Neeza sendiri. Jadi, pada sesiapa yang blognya belum sempat dilawat, diharap sangat-sangat untuk tidak berkecil hati. Neeza pun tak kecik hati pada siapa yang tak jenguk blog Neeza. Lagipun tujuan utama kita blogging bukanlah sebab nak suruh orang baca blog kita kan. Ke ada yang gitu? hehee.. *sowwwiiii*


Bebel 4

Kenapa Neeza rasa geram bila tengok anak-anak main pondok-pondok dengan menyusun kusyen untuk buat rumah sedangkan masa kecik dulu, Neeza selalu main macam tu? Habis semua kusyen dia turunkan untuk buat dinding, atap rumah. Lepas tu, dia siap tidur kat situ. Padahal, bilik diorang dah ada katil selesa untuk tidur. Tapi, hampir tiap-tiap hari, bilik tv lah yang jadi mangsa. Mata Ummi ni penat lah tengok. Tapi dulu, mata Opah, tak penat ke haa?? hehee.. tak adil betul Ummi awak orang ni kan :P.


Bebel 5




Baba Athirah bagi Neeza duit raya!! Tapi.... duit ni takleh guna... huhuuuuuu!!! Boleh tengok aje. Tapi, okaylah kan. Daripada tak dapat hehee.. Terima kasih En. Zul di atas duit yang menarik tapi tak leh beli baju raya ni :P.


Bebel 6




Bebel 6 ni ada gambar makanan laa :). Semalam malas masak. Jadi ini sahajalah yang Neeza masak (masakan paling senang didunia hehee..). Labu masak lemak diulangi untuk kali ke2 dalam minggu ini. Sebabnya, hari tu labu tu dibelah 2. Kalau tak masak semalam, jawabnya labu tu akan 'kecuk beghuuk' (bahasa klate ni) dan tidak sesuai untuk dimakan lagi. Ada daging jadi masak goreng kunyit daging sikit. Tambah sikit dengan telur goreng berlada.

Malamnya, ada tetamu datang. Tetamu ni bawak cherry cheesecake, tiramu cheesecake dan meehoon soup. Amboi!! rezeki sebelum sahur tu. Neeza cuma buat cucur udang saja. Tapi, since ada juadah yang tetamu ni bawak, maka makan macam buka puasalah juga kami. Kenyang betul Alhamdulillah. Gambar juadah yang tetamu tu bagi lupa nak ambik. Semua dah selamat dalam perut. Terima kasih ya Encik dan Puan serta adik comel :). Since semalam dah tahu location kedai siam tu, lepas ni boleh lah masak nasik lemak daun pisang pulak kan hehee..


Itu sahaja siri bebelan kali ini. Nak tidur lah pulak rasanya. Entry ini akan dischedule untuk di publish pada jam 9.33am pagi (waktu arab saudi) :).

Saturday, September 20, 2008

Day 20


Takde cerita menarik hari ni. Ingat tadi nak buat tag dari Adry tapi ada sikit problem. Jadi, kita tangguh dulu tag tu sampai dapat additional info dari Adry.


Hari ni takde gambar. Dah kali kedua sepanjang Ramadhan rasanya takde gambar. Hari tu sebab terlupa hehee.. kali ni sebab berbuka kat rumah orang. Jadi, seganlah nak ambil gambar. Kawan baru disini. Kalau dah lama tu, selamba aje snap snap tu.


Makan semalam sedap. Macam-macam ada. Macam buffet ramadhan pun ada jugak rasanya. Lepas ni kakak ni bakal jadi serbuan kami lagi lah jawabnya ;). Hopefully mereka sudi menerima kami lagi. Terima kasih kepada tuan rumah :).


Apa lagi ya yang terjadi semalam. Hmmm.. Coan puasa. Kakak as usual, puasa. Shahmey, as usual, tak puasa heheee.. Semalam hari tak aktif untuk Neeza sebab semalam tak basuh kain pun sebab nampak kain dalam bakul tu sikit aje. Tak berbaloi nak masuk mesin (petang kelmarin dah buat laundry banyak). So, hari ni nampaknya mesti basuh kain.


Rumah masih kemas sebab ada orang baru vacuum the carpet. Neeza tak tahan dengan habuk (dust) agaknya dan complain lah dekat orang tu. Baru-baru ni sand storm. Tu yang teruk sangat flu baru ni. Alhamdulillah sekarang okay sikit dah. Terima kasih untuk orang yang vacuum carpet tu :). Bukan senang dia nak vacuum carpet ni. Jadi, kena cakap terima kasih supaya nanti dia buat lagi ;). Neeza nak vacuum sendiri, tak larat sikit. Badan dah besar kan.... ;).


Itu sahaja buat hari ni. Pendek aje entry ni. Salam buat semua :).