
Sometimes ago, Neeza ada cerita pasal sekolah di blog ni. Mungkin caranya berbeza kali ini. Lagipun, setelah setahun lebih sikit berada di sini, Neeza boleh ulas lebih sikit daripada dulu. Sekali lagi Neeza perlu ingatkan kepada sesiapa yang bertanya, apa yang Neeza tulis disini hanyalah applicable untuk Al Jubail sahaja. Di tempat-tempat lain di Arab Saudi ni, keadaan mungkin berbeza sedikit atau banyak :).
Biarlah Neeza senaraikan nama sekolah yang terdapat (setakat yang Neeza tahu) disini sebagai perbandingan. Walau bagaimanapun, ada yang Neeza tahu yurannya ada ada yang Neeza tak tahu.
- Al H00sam Arabic School
Sekolah ini sudah agak lama di tubuhkan dan agak establish di Al Jubail. Ia adalah international school tapi bahasa penghantarnya ialah 100% arabic. Kalau anak-anak ada asas bahasa arab, mungkin membantu. Kalau tiada asas bahasa arab, mungkin susah sikit sebab memang segala subjek diajar dalam bahasa arab. Tapi, rasanya mungkin ada 1 subjek English di ajar. Tenaga pengajar, sudah tentunya berbangsa arab juga.
Yuran, Neeza tak pasti. Rasanya tak sampai SR15K setahun. Kebanyakan pelajar sekolah ini adalah arab yang bukan dari Arab Saudi. - Mar1ya International School
Usia sekolah ini baru mencecah 1 tahun lebih sikit. Memang sangat baru. In fact, anak-anak Neeza dulu masuk sekolah ini. Ada beberapa sebab kami masukkan anak-anak sekolah ini dulu. Pertama ialah, ia adalah yang paling dekat dengan kediaman kami. Cuma 10 minit jalan kaki (kalau nak jalan la.. tapi diorang naik bas). Tahun ni ada seramai 5 orang pelajar Malaysia disekolah ini.
Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari pelbagai negara. Guru-guru pula adalah dari India dan Filipino. Ada guru bahasa arab juga yang datangnya mungkin dari salah satu negara arab. Tahun lepas sekolah ni ada ajar asas French. Tahun ni tak pasti pula sebab anak-anak Neeza tak sekolah disitu lagi. Kurikulumnya banyak mengikut kurikulum sekolah Pakistan sebab Vice Principlenya adalah Pakistan. Pelajaran Agama Islam asas ada diajar.
Yurannya, kalau tahun lepas, setahun hanyalah SR10K bagi pelajar bawah 9 tahun. Ini termasuklah yuran bas dan baju sekolah. Kami tak pasti tahun ini dia cover atau tak lagi baju sekolah tu.
Ada personal opinion yang kurang best didengar mengenai sekolah ini tapi biarlah ianya tidak ditulis disini. Lagipun personal opinion kan :). Kalau sesiapa yang berkenaan nak tahu, datang nanti boleh bercerita panjang :). - Eqra International School
Sekolah ini lebih besar daripada Mariya Int School dan telah agak lama ditubuhkan. In fact, kami pernah tengok ada iklan di sekolah ini yang menghantar pelajar mereka ke Malaysia untuk sertai 1 exhibition. Scince exhibition kalau tak silap. Tenaga pengajar datang dari pelbagai negara tapi yang ramainya Filip1na dan Ind1a lah.
Jumlah pelajar pun lebih ramai dan nampak lebih terbuka berbanding dengan Mar1ya Int School. Rasanya sekolah ini ada pelajar sekolah menengah juga. Kurikulumnya Neeza tak pasti ikut negara mana.
Yurannya ialah SR12K ke atas bergantung kepada umur. Bus fee tak termasuk kalau tak silap. Sekolah ini agak dekat Jubail Town. - Pakistan International School
Seperti namanya, kebanyakan pelajar sekolah ini datang dari Pakistan dan rasanya guru-guru juga dari sana. Yuran Neeza tak pasti pula. Setakat ni takde Malaysian yang hantar anak kesini lagi.
Location sekolah ini jauh sikit je dari Jubail Town tapi dekat dengan kedai kereta Toyota hehee.. - Indian Internatioanl School
Sama seperti Pakistan Int School juga. Cuma, sekolah ini lebih besar dan lebih ramai sebab masyarakat Ind1a di sini memang ramai. Yurannya tak pasti pula. Setakat ni memang tiada pelajar Malaysia disini. - Jubail International School (JIS)
Sekolah ini antara favorite school Malaysian disini. Kenapa? Tak pastilah pula. Sekolah ini dulunya ada beberapa branch tapi semenjak tahun lepas, selepas kerajaan Arab Saudi mewajibkan sekolah mengasingkan lelaki dan perempuan, branchnya dipecahkan kepada sekolah lelaki dan sekolah perempuan sahaja.
Kurikulumnya adalah mengikut British curriculum tapi tenaga pengajar kebanyakannya datang dari India. Tak pasti sama ada sekolah tu ada western teachers atau tak. Pelajaran agama Islam (asas) ada diajar disekolah ini.
Disebabkan teachers kebanyakannya dari Ind1a, mereka juga result oriented. Ada juga personal opinion tentang sekolah ini tapi tak sesuai untuk cerita disini.
Yuran sekolah ini bermula dari SR14K ke SR20K setahun (kalau tak silap). Lokasi sekolah ini dekat dengan Fanateer (Royal Comission). Lebih kurang 15-30 minit dari Jubail Town. - International Scool Group (ISG)
Sekolah ini mempunyai pelajar antarabangsa yang paling ramai (dari semua pelusuk dunia). Tenaga pengajarnya pula dalam 80% adalah westerners yang datang dari US, UK dan South Africa.
Kurikulumnya adalah 100% American/British. Tiada pelajaran agama Islam kepada pelajar primary di ajar buat masa ini tapi ada diajar asas bahasa arab. Sekolah ini lain daripada sekolah yang lain sebab pelajarnya bercampur lelaki dan perempuan (macam di Malaysia lah). Oleh sebab itu juga lah rasanya setiap pelajar yang hendak mendaftar disini perlu mendapatkan muslim approval daripada kementerian pelajaran arab saudi di Riyadh. Proses ni cepat saja kalau kita pergi sendiri ke Riyadh tu. Tapi, kalau tunggu pihak sekolah yang tolong hantar, mungkin memakan masa berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun selama-lamanya ;).
Boleh dikatakan sekolah ini adalah yang paling leisure sebab tiada uniform khusus. Hanya t-shirt putih dan dark blue pants. Pelajar primary ada yang pakai jeans biru pun :). Memang santai pelajar-pelajarnya.
Yuran pula adalah dari SR40K - SR60K setahun bergantung kepada umur. Sekolah ini ada pelajar sampai Grade 9 (junior high).
Juga, setiap pelajar perlu menduduki placement test sebelum masuk sekolah untuk menentukan grade yang sesuai.


