Showing posts with label flashback. Show all posts
Showing posts with label flashback. Show all posts

Saturday, December 13, 2008

Cikgu yang disayangi, cikgu yang dibenci tak berapa disayangi



Mula-mula Neeza nak panjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t sebab Abang dapat balik dengan selamat semalam. Abang tiba pada jam lebih kurang 1.45 di rumah. Flight dari Taif jam 10.50 pagi. Tiba di Dammam Aiport lebih kurang jam 12.50 pm rasanya. Kalau ikutkan jadual dan boarding pass, flight Abang sepatutnya pada jam 9.00 am. Tapi memang semua flight delay. Abang kata, ada group tu, flight dia sepatutnya 8.00 malam hari sebelumnya telah ditunda ke 8.00 pagi. 12 jam delay!! Kalau lah Abang pun 12 jam delay, maknanya flight Abang hanya akan bergerak 9 malam semalam. Huhuuuu... lambatnyaaa... Tapi, Alhamdulillah, tiba aje di aiport (masa tu dah jam 9.30 pagi pun sebab bus tak dibenarkan masuk), tunggu dalam 20 minit kot, terus dapat boarding pass. Syukur Alhamdulillah...


Habis cerita tu, kita sambung cerita lain. Tapi takde kena mengena dengan cerita semalam pun. Tapi, caution sebab entry ini sangat panjang. Kalau tak larat nak baca, tak payah baca. Senang cerita :).


Dalam beberapa hari lepas, Neeza teringatkan cikgu-cikgu yang pernah mengajar Neeza masa kecil-kecil dulu. Kecil tu maknanya masa sekolah rendah especially darjah 1 - 4. Masa tu memang apa yang cikgu ajar (kalau Neeza suka cikgu tu lah) akan melekat di kepala. Kalau tak suka, Neeza tak ingat pun. Mungkin ada sikit lah ingat tapi Neeza lebih ingat betapa tak bestnya cikgu tu hehee..


Kenapa ya tiba-tiba aje ingat cikgu? Mungkin sebab ramai kawan-kawan blogger Neeza merupakan cikgu-cikgu, bakal cikgu ataupun bekas cikgu. Lecturer pun cikgu jugak kan. Kalau dalam bahasa Arab, takde beza cikgu sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, pensyarah ke mahupun makcik ajar ngaji tu. Semua nya gelaran yang sama iaitu Mudarris/Mudarrissah, Muallim/Muallimah ataupun Ustaz/Ustazah. Cikgu sekolah pun kita boleh panggil Ustaz. Tapi Neeza tahu, kalau di M'sia, ustaz tu untuk guru agama sahaja.


Bila ingatkan cikgu, cikgu pertama yang Neeza ingat ialah Cikgu Sidek. Tak tahulah dia ada lagi ke tak sebab dia ajar Neeza masa Darjah 1. Dia ajar muzik kalau tak silap. Mungkin Neeza silap sebab Neeza ingat satu lagu yang dia ajar ialah "Tepi Gunung". Badan Cikgu Sidek besar. Mungkin Neeza rasa besar sebab Neeza sangatlah kemetot masa Darjah 1. Tapi suara dia sedap especially masa nyanyi tu. Cikgu Sidek pakai spek mata. Dia tak handsome pun. Biasa-biasa aje tapi dia baik. Tak pernah marah. Hehheee.. kalau tak pernah marah aje, baik lah ye. Tak lah jugak. Kalau lah Cikgu Sidek ada lagi, nak aje Neeza jumpa dia. Kalau dia dah takde, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...


Sorang lagi cikgu yang Neeza ingat ialah Cikgu Florence. Dia ajar English. Uishhhh!! Dia memang garang. Tapi dia tak pernah pukul pun. Kalau salah spelling, 1 word kena tulis balik 20 words. Lenguh nya tangan. Ingat lagi masa nak cuti raya. Neeza kena buat homework tulis beribu-ribu lemon beratus-ratus words sebab..... dapat banyak salah lah untuk spelling! Apa lagi. Memang la kena buat. Tapi, dah cuti kan.. sape nak buat homework. Balik pada cuti tu, kelam kabut Neeza buat. Sampaikan pagi-pagi nak sekolah tu tak siap lagi. Menggelabah habis Neeza. Ayah Neeza tengok kesian lah pulak. Dia lah tolong tulis.. hehehe.. Maklumlah budak darjah 3 menulis. Slow lah kan. Kalau orang tua, laju lah sikit. Tapi akibat daripada didikan Cikgu Florence lah, Neeza jadi lebih peka bab spelling ni.


Masa darjah 5 pula, ada 1 cikgu yang Neeza geram sangat. Cikgu Khalid nama dia. Dia ajar Math. Dia ajar best tapi bila budak-budak tak buat homework, dia suka menyakitkan hati kami. Dia suka bebel! Ada sekali tu, dia masuk kelas dengan muka yang masam mencuka. Dia tulis kat board something macam 2a+3x=?. Benda-benda macam tu lah yang manalah kami tahu nak jawab sebab tak pernah belajar pun. Tapi, ada sorang Chinese girl dalam kelas kami dapat jawab. Dia memang pandai pun. Ayah dia seorang doctor famous di Kemaman. Semua soalan Christine dapat jawab. Kami yang lain rasa lega sebab ada savior! Hehhee.. Lepas tu, Cikgu Khalid pun bok bek bok bek la pada kami yang lain-lain ni. Anyway, disebabkan itu juga, Neeza dan lain-lain jadi lebih rajin untuk buat Math.


Masa sekolah menengah pula, Neeza dapat sorang cikgu Moden Math. Nama dia Cikgu Haron. Dia ni kelakar betul. Ada yang tak suka ada yang suka dia. Neeza dan geng-geng Neeza biasa-biasa aje. Takdelah kami benci dia. Setiap kali masuk kelas, Neeza memang duduk depan sekali sebab senang nak tanya dan kami memang lah antara yang suka bertanya. Hasilnya, Alhamdulillah, masa SPM kami dapat grade yang membanggakan cikgu. Cikgu pun senyum saje. Beberapa tahun lepas, Neeza ada jumpa dia di 1 sekolah di Kuantan. Ada program yang dianjurkan di sekolah tu. Tapi segan nak tegur. Dia mesti tak ingat dah muka Neeza maklumlah students sekolah yang dia ajar tu bukannya sikit. Lagipun masa jumpa tu waktu malam dan orang punyalah ramai. Tak sesuai lah kan.


Ada sorang lagi cikgu Add Math. Baik sangat dia tapi disebabkan kebaikan dia tu, Neeza langsung tak ambik berat Add Math. Students tidur dalam kelas pun dia senyum saja. Kesian pulak Cikgu Rashidah. Dia boleh kata, "Hahaha!! tidur dah". Lepas tu dia sambung ajar. Boleh gitu? Kalau cikgu lain, agaknya dah kena pelangkung dengan marker pen tu.. hehehe.. Bila Neeza tak ambik berat, result untuk Add Math Neeza sangatlah tak best :(. Neeza rasa Add Math lah subject paling tak best masa tu.


Walaupun gitu, lepas aje SPM, masa Neeza di ESL, Neeza pick up balik Add Math. Puan Zarina memang baik tapi dalam baik-baik dia, dia tegas. Dia ajar senang faham. Sebijik-sebijik. Yang bosan tapi membantu ialah, dia suka sangat bagi exercise untuk buat kat rumah. Bukan sikit. Banyak!!!! Disebabkan cara pengajaran dia, Neeza sampai dapat jadi tutor untuk subject Math tu (macam Add Math jugak) dan mengajar balik kawan-kawan yang lain. Ada lah 5 6 orang kot tutor dalam kelas tu. Lagi satu, Neeza ada geng untuk berlumba-lumba. Setiap kali quiz ataupun test, mesti kami compete among each other. Kadang-kadang beza 1 markah pun kami dah jealous sangat. Baguskan kalau macam tu selalu.


Neeza paling tak suka subject Chemistry (Kimia). Tapi kena ambik juga masa Form 4 & 5 sebab science stream. Tapi disebabkan cikgu yang ajar tu - Cikgu Zamri seorang yang kelakar dan pandai ambik hati kami, Neeza jadi suka. Result Neeza tak lah bagus mana pun tapi okaylah sebab subject tu memang Neeza tak berkenan langsung. Tapi kan, yang Neeza suka, cikgu Zamri ingat Neeza lagi. Masa jumpa dia di satu majlis keraian (kebetulan kami berkerja di bawah bumbung MARA), dia datang tegur Neeza. Memang Neeza dah perasan dia tapi segan nak tegur. Lagipun dia duduk di kerusi VIP. Neeza ni duduk kerusi tak berapa nak VIP hahahaa!! Dia siap kata, "kamu bukan nak tegur saya ya..". Hehee.. ber kamu kamu tu, macam masa form 5 dulu. Tapi best rasanya bila cikgu ingat kita kan..


Subject Economy juga menjadi favorite Neeza masa buat persedian untuk ke oversea. Kedua-dua level Neeza score sebab lecturer tu memang best. Puan Aishah mengajar memang senang nak faham, bagi Neeza la. Mungkin juga sebab Neeza duduk depan jadi kalau tak faham, boleh terus tanya. Cara dia menjawab soalan pun membuatkan Neeza selesa. Tak lah rasa macam tanya soalan bodoh. Tapi, masa di University, Neeza tak suka subject Economy lagi. Lecturer tak best :(.


Masa di University, fokus Neeza memang lari sikit. Mungkin sebab Neeza buat part time job. Mungkin juga Neeza selalu sangat hooked up dengan internet - chatting dan sebagainya. Belajar dah kurang. Neeza pun dah lupa semua lecturer yang mengajar sebab takde satu pun subject yang Neeza rasa betul-betul interesting. Oh ya! Mungkin ada 1 lah kot - Women in Media. Macam mana women di eksploitasi dalam media.


Lagi satu subject yang Neeza suka. Chemistry! Jadi favorite lah pulak masa di Univeristy. Ala.. itu pun sebab Chemistry 101 aje. Kalau Chemistry higher level memang tak tahu la nak kata hehee.. Lecturer tu American. Cara pengajaran dia best. Dah tua sangat dia tu masa tu. Neeza rasa dia dah jadi hari ini dalam sejarah kot. Dia ada tulis buku text dan memang dia gunakan buku yang dia tulis tu untuk mengajar. Dia sangatlah kelakar. Kelakar sebab dia sendiri yang kelakar dan dia suka buat jokes dalam kelas. Jadi, kami tak bosan dan selalu score subject dia.


Cikgu-cikgu yang Neeza tak berapa sayang pula ada lah sorang dua. Tapi yang paling Neeza ingat ialah sorang cikgu ni. Nama dia pun Neeza lupa tapi dia ajar Geografi. Dia terlalu pentingkan bawak buku teks ke kelas. Kalau tak bawak, kena berdiri diluar kelas. Kalau tak pun, berdiri atas kerusi. Neeza tak suka betul denda macam tu sebab tak beri pengajaran langsung. Kalau dia bagi denda macam suruh lukis peta dunia ke, mungkin okaylah kot. Ada kaitan dengan pelajaran tu. Ini suruh berdiri. Letih tau. Dah lah sepanjang kelas pulak tu. Lepas tu dia buat dek aje dengan kita. As if kita tak wujud. Sebab tu lah, kalau aje Neeza tertinggal buku teks (kalau Neeza sedar awal), cepat-cepat mintak permission dengan Penolong Kanan untuk balik rumah ambik buku. Berlari lah Neeza. Rumah Neeza dengan sekolah dalam 2 km. Memang pecut lah kiranya. Berpeluh-peluh sampai sekolah. Tak suka cikgu tu!!!


Itu sajalah cerita untuk hari ni. Kesimpulannya, untuk jadi cikgu yang disayangi, tak semestinya kena jadi baik macam agar-agar. Boleh aje garang tapi mesti kena pada tempatnya. At least itu pendapat Neeza sebagai seorang anak murid lah. Orang lain mungkin berpandangan berbeza...


Thursday, September 18, 2008

Nak masak apa lagi yek?


Hari ni dah 18 hari kita berpuasa. Bukan nak mengeluh sebab puasa tapi mengeluh sebab idea nak masak hilang entah ke mana. Padahal banyak aje resepi tapi biasalah, orang yang 'sangat terer' cam Neeza ni bukan boleh adventurous sangat. Nanti ada yang tak makan apa yang di masak tu. Free free aje bagi En Tong Sam Pah makan ;).


Semalam, buat cheesecake. Tak plan pun nak buat. Tapi, since bahan-bahan tu dah lama beli, baiklah buat. Nanti dah expired, saje je. Belum letak strawberry topping jadi tak boleh ambik gambar lah sebab tak comel lagi. Ada 2 bekas dalam fridge. 1 bekas dah terkorban 1/4 bekas masa sahur pagi tadi. Anak-anak dan Abah anak nak makan. Tapi diorang tak nak topping. Makan gitu aje. Kakak dan Coan suka crustnya. Neeza buat crust bawah dan keliling dan yang keliling tu tinggi sampai sama tinggi dengan bekas baking. Lepas berbuka semalam, diorang mintak crust tu. Neeza pun kerat lah crust yang terlebih tu bagi diorang. Coan mintak nak makan cake tu, Neeza minta dia tunggu sebab cake tu baru sangat dalam fridge. Texture dia tak cantik lagi. Jadi, sahur tadi, kira dah okay sikit. Belum cukup 24 hours lah (as suggested by Kak Ummi). Yang balance tu boleh lah tunggu sampai 24 hours ataupun lebih supaya lebih gebu :).


Bila takde idea nak masak ni, selalu Neeza ingat masa belajar kat US dulu. Neeza tinggal di apartment 2 bilik, share 4 orang. Kami ada turn masak. Kenapa kena buat turn? Sebab selalunya orang yang sama akan ke dapur. Kesian kat orang tu. Dia masak, orang lain makan. Orang lain masak, dia tak makan pun sebab orang lain tu masak sikit je hehee.. Jadi, nak bagi fair, ada schedule masak. In fact beli grocery pun memang kami share duit.


Masa belajar dulu, manalah ada blog resepi macam sekarang ni. Kalau ada senang kan, g00gle aje. Walah!! dah dapat beribu menu. Dulu kalau nak masak, main ingat apa yang pernah dimakan kat rumah aje lah. Masakan yang ibunda masak. Memang lah tak tahu resepi. Kadang-kadang tu sampai call ke Malaysia semata-mata nakkan resepi. Sesambil tu bertanya khabar lah. Padahal, almost every week rasanya Neeza call Malaysia. Masa tu rate murah aje. Seminit 45sen. Murah lah rasanya. Kalau tak silap, kadang-kadang tu lebih murah daripada tu terutamanya time-time yang tak peak. Tapi tak ingatlah. Lama sangat dah. Tahun 1994-1997 - dah 11 ke 13 tahun yang dulu.


Apa yang Neeza ingat, bila time Neeza masak, resipi biasa Neeza ialah daging goreng kunyit dan ayam masak kicap. Ada juga Neeza masak ayam masak apa entah. Kuah merah cair.. hehee.. hantam sajaaa.. janji ada rasa masin, pedas sikit dan manis sikit. Yang lain-lain Neeza tak ingat tapi memang lah limited sangat. Tapi kami tak kisah sangat. Asalkan kenyang cukup. Disamping tu, adalah goreng sayur. Ada sorang housemate tu memang rajin dan pandai masak. Jadi, bila turn dia, kami memang tunggu-tunggu sangat. Banyaklah sikit kami makan hehee.. Ada sorang lagi pandai buat cheesecake. Rajin sungguh dia. Kalau dia buat cheesecake, Neeza lah orang pertama akan mengadap. Kat US masa tu, tak payah buat crust sendiri sebab memang dah ada jual bekas yang ada crust tu. Senang banget!!


Memang seronok bila dikenangkan balik. Ye lah.. kenang aje. Kalau masa tu, menghadapinya memang tak best. Apa tak nya. Bila kena masak tu. Malas sungguh laaaa.. hehee.. Sekarang ni baru tahu. Tapi takpelah, kalau malas, boleh beli saja. Ataupun makan aje diluar. Dulu, mana boleh buat gitu. Budget kurengggg jadi kenalah jimat cermat :).


Oh ya! Lagi satu kan, kalau lah ada makanan exotic dari Malaysia macam tempoyak, budu, cencalok dan serunding tu.. memang laku sangat. Kejap aje habis. Kesian kat kawan yang bersusah payah parents dia hantar benda-benda tu hehee.. Tapi kami ni tak berkira sangat. Sama-sama makan. Dan sebagai perempuan, kami takdelah mengambil kesempatan macam sesetengah lelaki tu heheh.. Habis dibedalnya makanan kawan dia macam hakmilik peribadi yang mutlak. Nak bising, nanti kena buli pulak. Alhamdulillah, kami serumah takde buli-buli orang ni :).




Semalam, Neeza malas masak lagi. Bukanlah malas tapi dah tak tahu nak masak apa. Ada ke patut hari sebelum tu, masa Neeza masak sambal udang dan ikan bakar, Kakak boleh kata "ini aje ke?". Banyak cantik muka dia. Macam lah dia makan pun. Habis-habis pun dia makan telur goreng dan serunding daging dengan kicap. Jadi, semalam, takde masak-masak lauk. Beli aje Beryani Dajaj (ayam) dari Almanakh Restaurant. Kakak pun memang suka Beryani Dajaj. Kalau Beryani Laham (lamb), dia kurang minat sikit. Ummi dia pun suka Dajaj. Tapi Abah dia suka Laham. 2 lawan 1, jadi Dajaj lah menang! hehehh.. Coan tak puasa. Alasannya - bangun tu Shahmey tepuk belakang dia. Sakit. Jadi, tak boleh puasa. Bijak sungguh idea!

Tuesday, September 16, 2008

Cendol dan Beko



Semua orang tahu cendol kan. Beko tu apa? Hehehe.. Beko tu adalah nama saintifik untuk Bengkang! Percaya ke? Jangan percaya lah. Arwah nenek yang Neeza panggil Mok panggil Beko - bahasa kelantan. Somehow, Beko yang Mok buat memang sedap. Tapi, tak yah lah tanya resipi sebab Neeza sendiri pun tak pernah tanya dia. Bukan rahsia pun tapi Neeza yang saja tak tanya.


Bila bulan puasa aje, Neeza mesti teringat pengalaman menjual kuih di gerai masa kami sekeluarga tinggal di Kg Binjai, Kemaman. Mok dan Ma berpakat-pakat buat kuih muih dan jual. Kadang-kadang ada jugak makanan lain macam mee goreng (eh! ada ke ek? lupa la pulak. Bada, ada ke mee goreng?).


Bila Neeza balik bercuti (dulu Neeza sekolah asrama), Mok akan suruh Neeza dan adik Neeza, Bada (Shima), jaga gerai tu. Neeza suka tapi Bada tak berapa suka. Tak tahu lah kenapa. Dia malas lah tu hahahaha!!! Sebenarnya seronok tengok kuih-muih tu dibeli orang. Lagi seronok bila ada repeat customer yang datang lagi esoknya. Kadang-kadang tu, bukan esoknya. Baru aje nampak muka mamat tu beli tadi, tak lama kemudian, datang lagi beli benda lain pulak. Heheee.. dalam hati perasan lah, mesti kuih yang dibeli tu sedap. Padahal bukan Neeza yang buat pun. Ada juga masa-masa yang Mok dan Ma (mak neeza) buat kuih lain-lain. Hari ni kuih lain, esok kuih lain. Ada customer datang tanya, kuih 'yang semalam ada hari ni takde' tu takde ke? Kesian lah pulak kan. Manalah kita tahu dia suka kuih tu. Kalau tahu, senang lah sikit. Tapi, cendol memang tiap-tiap hari ada. 1 bungkus RM1 aje. Tapi banyak isi cendol dalam tu dan boleh tahan berhari-hari. Kami pun naik jemu makan cendol tu (masa tu lah). Cendol yang Mok buat ni cantik dan tak hancur macam sesetengah cendol tu.


Kalau Mok buat cendol, Neeza jadi tukang kacau. Bukan kacau cendol tapi kacau Mok memasak. Dia berpeluh-peluh la mengacau adunan nak buat cendol tapi Neeza sibuk la bertenggek kat sebelah dia tanya itu ini. Tapi, tak pulak Neeza tanya resipi cendol tu hehee.. Mok pernah suruh Neeza belajar buat cendol tapi biasalah kan. Masa tengah sekolah manalah nak terfikir pasal nak belajar masak ni. Sekarang baru lah terkial-kial mencari resipi sana sini.


Antara kuih-kuih yang kami jual di gerai tu ialah Cendol, Bengkang, Puteri Mandi, Badak Berendam, Butir Nangka, Buah Melaka, Puding Jagung, Agar-agar dan entah lah. Neeza pun tak ingat dah. Masa tu mana lah terfikir nak ambik gambar nak letak kat blog. Blog pun tak kenal. Maklumlah, hampir 20 tahun yang lampau. Neeza pun tak ingat dapat ke tidak upah untuk jual kuih tu hehee..




Habis kisah si penjual kuih, kita tukar ke cerita berbuka semalam. Hari ke 15, idea nak masak pun macam dah hilang. Bukanlah excited nak raya tapi mungkin sebab badan pun tak sihat. Jadi, otak pun agak kureng sikit berfungsi hehe.. Neeza masak simple sangat. Lepas tu ditambah dengan cucur udang yang letak udang seketul-seketul dalam tu. Bukan Neeza yang buat cucur udang tu. Takkanlah Sophea, Coan atau Shahmey kan. Sape lagi yang ada dalam rumah ni. Haaa.. dia lah! hehee..


Oh ya, semalam Coan puasa lagi walaupun dia ada makan sebiji coklat. Dia kata, dia lupa. Jadi, Neeza suruh dia teruskan puasa.


Lepas berbuka dan selesai segala kewajipan, kami pergi klinik Al-lulu. Dose kedua nebulizer untuk Shahmey. Neeza pula ke doctor ENT untuk selsema dan sakit tekak yang Neeza alami beberapa hari ni. Sebenarnya nak jumpa GP aje tapi kat sini, bila cakap je flu, sore throat, terus receptionist tu bagi jumpa ENT. Well, lebih baguslah kan gitu. Doktor pesan, ubat ni makan 3 kali sehari. Neeza bagi tau yang Neeza puasa. Sedap-sedap je doktor tu kata, tak payah puasa lah. Amboiii... senang aje kan. Macam dia nak tolong gantikan puasa Neeza. Kalau kat Malaysia, payah nak jumpa doktor nasihat gitu. Mesti doktor akan cakap, makan ubat masa sahur dan berbuka. Tapi doktor ni lain sikit walaupun dia Islam. Mungkin bagi dia kesihatan lebih penting agaknya. Tapi betul juga. Kalau dah sakit sangat macam mana nak puasa. So, pendek cerita, Neeza balik dengan 4 jenis ubat!


Thursday, September 11, 2008

Kisah puasa tapi tak puasa



Bila bulan puasa macam ni, Neeza selalu teringat kisah Neeza masa kecik-kecik dulu yang jarang Neeza ceritakan pada sesiapa termasuk lah parents Neeza. Mereka kena tahu ni sebab ada kisah tersirat ;).


Masa darjah 1 dan darjah 2, Neeza dah di ajar berpuasa. Tapi, tak pernah dapat puasa penuh. Sebabnya, on the way balik sekolah (Neeza jalan kaki sebab dekat je sekolah tu), ada satu pokok ceri. Ceri ni bukanlah ceri merah menyala yang jual kat sini dan yang Neeza tunjuk kat blog hari tu. Ni ceri kecik-kecik yang pokok dia rimbun tu. Rasanya ada yang tahu kot. Jap eh nak g0ogle gambar ceri tu kalau ada. Ini pun dia gambar ceri tu tapi ni masa muda dia.



Bila lalu aje depan pokok tu, apa lagi, Neeza pun akan panjat pokok tu dan kutip buah ceri sambil makan kat atas pokok tu. Jadi, batal lah puasa. Bila balik rumah, Neeza pun makan lah sebab dah batal puasa. Bila Ayah dan Ma balik kerja, Neeza bagi tau yang Neeza tak puasa sebab makan ceri. Tapi Neeza akan kira puasa tu 1/2 hari. Esok puasa lagi 1/2 hari. Jadilah sehari! hehee.. Sabar ajelah kan.


Bila masuk darjah 3, Neeza berpindah ke Gombak. Oh ya, darjah 1 dan 2 Neeza di Jengka Pahang. Bila dah darjah 3, patutnya dah besar lah kan. Ma dan Ayah memang assume Neeza puasa. Ayah tak bagi duit belanja sebab puasa. Bila pergi sekolah, tengok kat kantin, macam-macam food ada jual. Sekolah tu memang tak tutup kantin.


Ingat lagi, kantin ada jual pau kukus inti kacang hitam, kaya dan ayam rasanya. Memang menyelerekan terutama bagi budak darjah 3 macam Neeza masa tu. Tapi duit tak bawak. Habis camne ye? Kawan Neeza lah yang jadi mangsa. Nama dia Norita tapi ejaan nama dia tak ingatlah. Norita memang bawak duit ke sekolah. Tak pastilah dia puasa ke tak tapi yang pasti, Neeza tak puasa. Norita lah tempat Neeza pinjam duit untuk beli pau tu. Neeza cakap kat dia, nanti nak bayar balik duit dia. Tapi, Neeza tak ingat yang Neeza ada bayar. Kira hutang lah kan. Neeza tak pasti Norita dah halalkan atau tak duit tu.


Norita ni dulu jiran Neeza semasa di Gombak. Pergi balik sekolah dengan dia lah. Dia tinggal dengan nenek dia. Parents dia ada di Melaka rasanya. Lepas Neeza pindah ke Terengganu, Neeza tak contact dia lagi. Dapat tahu dia dah pindah ke Melaka. Sampai sekarang memang lost contact. Kalau lah Norita atau kawan Norita ada baca blog ni, Neeza mintak sangat supaya contact Neeza sebab nak bayar hutang tu disamping nak jumpa sebab lama sangat tak jumpa. Camanalah rupa Norita sekarang kan. Kalau jumpa, tak kenal rasanya sebab masa tu darjah 3 dan 4 kan.


Oh ya! Berbalik pada cerita tak puasa tadi. Ayah dan Ma memang tak tahu yang Neeza tak puasa. Diorang ni ingat anak dia ni puasa lah. Balik rumah memang lah puasa balik hehee.. Kalau tidak, tak dapat duit raya nanti. Tu lah bahaya bila berjanji macam tu kan. Kalau puasa, dapat upah. Untuk pastikan Neeza dapat duit raya, Neeza cakap lah yang Neeza puasa. Muka macam penat aje. Tak larat habis. Baring aje. Orang pun kesian aje.


Ada satu hari tu Ma buat majlis berbuka puasa, ajak sedara mara datang. Masa tengah siapkan juadah untuk berbuka atas meja, Neeza tersendawa - burrpppp!!. Abang sepupu Neeza cepat aje cakap, "hah! tak puasa ke?". Neeza pun terkejut jugak. Ishhh!! camanalah boleh sendawa ni. Tu lah kan. Allah tu nak tunjuk. Padan muka Neeza. Tapi, Neeza mestilah menafikannya. Teruk betul. Kisah ni Ayah dan Ma tak tahu pun. Tapi kalau cerita pun, diorang mesti akan gelak aje. Lagipun masa tu Neeza tak akil baligh pun lagi. Masih tak wajib puasa. Tapi bab menipun tu, memang tak baik betul bila ingat balik. Anak-anak Neeza tak baca blog ni lagi. Dah besar esok, kalau diorang baca, Neeza tak nak diorang pun ikut buat cam tu jugak.


Tapi, start darjah 4, memang Neeza puasa . Memang letih sangat. Hari-hari balik sekolah, mesti melepek atas katil. Tidur. Petang baru bangun. Macam nak pengsan rasanya. Cuma ada 1 hari je yang Neeza tak tahan sesangat. Masa tu dah dekat berbuka dah. Neeza mandi petang tu. Air paip dalam toilet tu rasa sangat menyelerakan. Sejuk. Bila kumur-kumur, macam manis aje. Apa lagi, Neeza pun telan lah hahahaha!!! Padahal memang dah tak lama nak berbuka. Sabar aje lah kan. Tak elok betul perangai.


Kiranya, start darjah 5 lah yang Neeza puasa dan tak pernah ponteng walaupun masa tu tak wajib lagi puasa. Dah masuk tingkatan 2 baru lah wajib puasa dan bila tak puasa (tak boleh sebab dot dot), kena lah mengganti. Masa tu kat asrama jadi seronok lah bila ganti puasa dengan kawan-kawan.


Habis cerita tak puasa tu, kita tengok juadah berbuka semalam. Oh ya, semalam gas habis masa tengah kukus creme caramel. Nasib baik memang dah masak. Kalau tidak, ada lah yang makan creme caramel mentah. Neeza kukus dalam 2 bekas. 1 tu guna electric dan 1 guna gas. Yang guna gas tu lah jadi mangsa. Nasib baik lah ada jemputan berbuka petang tu. Alhamdulillah :). Terima kasih ya Mr and Mrs Zachary sebab sudi menjemput kami makan berbuka. Jazakallah. Semoga rezeki tuan rumah bertambah-tambah lah hendaknya. Ameeennnn....



Tengok lah kat atas meja tu. Ada Nasi minyak hujan panas, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Pajri Nenas, Acar Timun dan Carrot, Air Laici dan Air Teh O Ais. Dah beberapa hari teringin nak makan Pajri nenas sebenarnya. Dapat jugak. Alhamdulillah. Rupanya tuan rumah pun teringin jugak ;). Lupa nak mention, ada roti jala. Sedap betul. Shahmey makan banyak roti jala tu. Sampaikan balik rumah, dia tak nak minum susu dah heheee.. Shammam (tembikai susu color oren) tu ada jugak tapi belum dikeluarkan lagi masa gambar ni di snap. Walaupun kat rumah orang, model tetap tu nak jugak masuk gambar. Ish ish ish....

Tuesday, August 12, 2008

Neeza asal mana?



Bila orang tanya,

"Neeza asal mana?"

Selalunya Neeza akan senyum dulu. Takpun, gelak hehehe.. Kenapa? Sebab Neeza tak tahu nak jawab apa. Kalau orang yang biasa, Neeza akan jawab,

"Malaysia!!"

Tapi, kalau orang tak biasa, Neeza akan explain satu-satu. Letih juga sebenarnya. Tapi takpe sebab kalau tidak, orang kata Neeza tipu pulak kan. Nanti orang kata, kata asal sini, tapi tak reti cakap sini. Cam tu lah lebih kurang.


Neeza lahir di Kuantan, Pahang (di hospital besar). Masa Mak Neeza sakit nak bersalin, terus aje Ayah bawak Mak Neeza ke hospital terdekat. Masa tu Ayah dan Ma tinggal di Jengka 2 (mereka kerja di Bandar Pusat Jengka). Perumahan sementara tu sebenarnya. Lepas tu, arwah nenek (Neeza panggil dia Mok) bawa Neeza ke Kelantan. Besar di sana sampai Neeza nak masuk tadika. Ada lah on and off dia bawa Neeza balik Bandar Pusat Jengka jumpa Ayah dan Ma. Tak pun, Ayah dan Ma balik Kelantan, jumpa anak sulung dia ni :). Kenapa Mok tak tinggal sekali dengan Ayah dan Ma? Sebab, Mok ni busy. Dia berniaga kain baju. Ambik stok di Kelantan, jual di Jengka. Neeza besar dalam keretapi sebab Mok ulang-alik naik keretapi.


Lepas tu, Neeza bersekolah di Bandar Pusat Jengka, Pahang dari tadika (6 tahun) sampailah darjah 2. Then Ayah dapat kerja baru di KL. Kami sekeluarga pindah pula ke Gombak. Kami tinggal di Gombak sampai pertengahan tahun 1984. Ayah kena transfer ke Kemaman Terengganu. Kalau Ayah terus dengan company tu, mungkin kami pindah lagi. Ayah apply kerja di company lain di Kemaman. Jadi, kami terus tinggal di Kemaman sehinggalah sekarang.


Bila orang tanya Neeza asal mana, Neeza cerita lah semua tu. Kadang-kadang Neeza cakap, Neeza orang Pahang. Kadang-kadang Kelantan. Kadang-kadang Terengganu. tapi Neeza tak pernah lah cakap Neeza orang KL. Hahahaha!!! Yang Neeza pasti, Neeza faham dan boleh cakap semua loghat negeri2 tersebut walaupun tak 100%. Cuma bahasa Pahang pekat Neeza memang tak faham sikit. Tapi, dalam family, Neeza dan adik-adik bercakap bahasa campur-campur. Semua masuk. hehehee.. sebab tu orang susah nak tahu kami ni orang mana. Lagipun kami 5 beradik, semuanya lahir di 5 negeri yang berlainan (Pahang, Kelantan, Perak, KL dan Terengganu). Semuanya disebabkan Ayah bertukar tempat kerja. By the way, Ayah Neeza bukan bekerja dengan kerajaan. Dia bukan polis, bukan askar dan bukan juga bomba hehee..


Ingat lagi, masa kami baru-baru pindah Kemaman. Neeza, Fuad dan Bada duduk bersembang di meja makan dan bercerita betapa kelakarnya bahasa Terengganu yang ada 'ang' dibelakangnya. Kami pun mengajuk la.. 'ikang', 'makang', 'pinggang'. Sekarang ni, adik-adik Neeza kalau bercakap dengan orang Terengganu, selamba aje cakap macam tu. Takde rasa pelik pun dah.. hehehe.. Neeza pun sama juga kadang-kadang hahahaha!!! Satu lagi benda kelakar, kami dapat kawan baru disitu. Kawan kami ni nak sangat ikut bahasa yang kami guna sampaikan perkataan yang sepatutnya ada 'ng' di belakang, dia buang 'ng' tu. hehehee.. kesian dia...

Bada, dik ingat N** tak? Dia lah yang kakok cakap tu.. hehehe..

Monday, August 11, 2008

Mak Keho



Mak Keho ialah gelaran seorang perempuan c1na tua yang tinggal di kampung tempat Neeza dibesarkan. Kalau sebut Mak Keho di K3tereh lebih kurang 30 tahun yang lepas, tentu ramai yang kenal. Mak Keho ni baik hati orangnya. Cuma, dia tak berapa waras dan selalu mundar-mandir di sekitar Kedai K3tereh. Dia tak pernah kacau orang pun sebenarnya.


Tapi, Neeza takut sangat dengan dia. Mungkin memang perangai budak kecil kot memang takut akan orang yang tak waras. Kalau ternampak aje Mak Keho, memang Neeza akan menyorok belakang Mok (arwah nenek Neeza). Maklumlah, kemana sahaja, Neeza pasti bersama Mok sebab Mok lah yang besarkan Neeza seawal 3 bulan hinggalah masuk tadika. Kalau Ma dan Ayah tak insist untuk ambil Neeza sekolah di J3ngka, Neeza mungkin terus bersekolah di K3tereh.


Ingat lagi, kalau Neeza buat perangai, sepupu-sepupu Neeza yang lebih tua atau Mok akan takutkan Neeza dengan nama Mak Keho.

"Ja, Mak Keho maghi tuh!"

Neeza pasti akan kelam kabut menyorok. Ada sekali tu, Neeza menyorok belakang pintu dalam rumah. Macam nak terk**c**g pun ada rasanya hahahaha!! Kelakar sungguh bila ingat balik. Mak Keho tak pernah pun masuk rumah tapi Neeza takut sangat. Kalau lalu depan rumah dia sewaktu nak ke kedai, Neeza akan paksa sepupu Neeza lintas jalan cepat-cepat supaya jauh sikit dari rumah Mak Keho. Yang pastinya, mata Neeza tak nak langsung pandang ke rumah Mak Keho tu. Sabar aje la...


Mak Keho dah takde lagi sekarang. Kalau tak silap, dia meninggal dunia masa Neeza dah bersekolah di J3ngka. Tapi nama Mak Keho masih Neeza ingat. Bukan Neeza saja. Adik-adik Neeza juga. Mereka cukup masak dengan perangai Neeza yang takutkan Mak Keho tu.














(Kadang-kadang dengan mengingat kembali cerita lucu, hati yang pilu akan tenang seketika. Semoga segala kedukaan akan terbang bersama angin lalu...)

Friday, August 1, 2008

Tags by Nadia and Noniey

Do you notice something? Last 3 days, I completed tags by Aliya and Akuni. Today, I'm doing tags by Nadia and Noniey. The earlier were Double 'A' and the later were Double 'N'. What a coincidence. The different is, Aliya and Akuni's tagging were different from each other. Nadia and Noniey has tagged me about the same thing though Nadia and Noniey never met each other before, I guess :).


We'll see the things that Nadia and Noniey requested from me this time ;).


**RULES***

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.

Lets look at the questions...


  1. What were you doing 5 years ago?

    Counting back - 2007, 2006, 2005, 2004, 2003! 1st July 2003, I've got an offer to work in KPTM Kuantan as a College Counselor. Today's date - 1st August 2003, I was catching up my new task with my new employer. It was fun since I've got to mix with a different kind of client then. My client were the students - neat huh?


  2. What are 5 things on your to-do list for today?

    1. Masak jemput manis untuk anak-anak
    2. Basuh kain - rutin ni :)
    3. On internet - baca news, blogs and emails
    4. Tidur Afternoon nap
    5. Beli groceries at P@nda!


  3. What are 5 snacks you enjoy?

    1. Macam Nadia, I love Cadbury chocolate too.. with or without nuts
    2. Any kind of chocolaty biscuits - yummy!
    3. Keropok keping yang dah di goreng hehehe...
    4. Potato fries - letak chilli sauce and mayonaise.. sedapnya!!
    5. Any kind of nuts especially cashew, pistachio and almond


  4. What are five things you would do if you were a billionaire?

    1. Invest into Islamic related business to let it grow secara halal
    2. Send my kids to further their studies in Islamic related field
    3. Build a tahfiz school for the poor
    4. Buat haji, buat umrah dan upah haji untuk orang-orang tersayang
    5. Travel 1 dunia 1 family


  5. What are five jobs you've had?

    1. Waitstaff at IMU di Indiana University of Bloomington (95-97)
    2. Cashier at Oriental Market di Bloomington (96)
    3. HR Exec at Fr1tz Logistics, USJ (97-2001)
    4. College Counselor at KPTM Kuantan (2003-2007)
    5. Bibik dirumah En. Shahril (2007-now) hehehee...


I'm tagging,

  1. Yusztiey

  2. As

  3. Leeza

  4. Wan Hidayat

  5. Abahnajwa



Sudi-sudikanlah ya.. :)

Sunday, June 15, 2008

my 100th post!


After about 6 months of involving myself in this blogging world, I finally managed to write the 100th post. Hahahaha!!! Nothing to be proud actually (bukan ada award pun hehee..).


I guess for this post, I wanna put something personal. Personal??? Have a look at these...


Can you recognize the girl in that lady's arm?



Wonder who she resembles with? Hmmm..


What about this one? Who's that little girl yang macam nak tercabut kain nenek dia, dikerjakan besides that woman?



I just realized, she posed well in front of the camera hehehe... no wonder her 2nd girl is like that too..


Who's that girl in front of the 'N' cake then?



Sitting at her left is her quite close friend, A*** S*****a. Wonder where she's now...


and who's that girl tersengih macam kera sumbang in the pink dress?



That's the only picture she had with her close friend and also her neighbor, Echah. Where're you Echah??


Lastly, who's that toddler who lembik macam agar-agar didn't want to look at the camera?




Who is she?


She is.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ME!! heheee... can guess from the wordings huh!!

Sunday, April 13, 2008

Bibik oh Bibik... (Part 3)



Lagi cerita Bibik pinjam dari Ma Neeza

Selepas Gangsa takde, Bi lah yang duduk dirumah Neeza. Pada mulanya nampak okay. Tapi lama-kelamaan macam nampak kemalasan dia sikit. Ada 1 hari tu, Neeza belum masuk tidur lagi. Anak-anak pun belum tidur. Bi hidangkan makan di atas meja dan terus masuk bilik tak keluar-keluar. Neeza heran juga. Neeza masuk bilik panggil dia. Mulanya dia kunci pintu. Neeza ketuk-ketuk pintu, dia buka tapi lambat.


Neeza tengok dia macam menangis. Neeza tanya, "kenapa Bi?" Dia kata "takde apa. Cuma pening kepala". Neeza suruh dia makan. Dia kata, "takpelah". Neeza suspect ada benda lain yang Bi rahsiakan. Selepas banyak kali Neeza tanya, Bi pun bercerita, "Sophea marah2 saya kak. Dia kata, saya ni tak sedar diri. Saya ni cuma orang gaji saje". Masa dengar cerita Bi, Neeza heran sikit sebab Neeza tak rasa Sophea pandai cakap macam tu. Tapi, takpelah. Mungkin Sophea ada cakap. Neeza cakap pada Bi, "ala Bi.. budak budak. Jangan lah ambil hati". Bi kata, "Saya sedih kak".


Neeza keluar dan tanya Sophea. Sophea macam tak berapa faham apa yang Neeza cakap. Neeza perasan juga Bi ni berat sebelah. Bila Sobhan minta apa-apa, cepat aje dia buatkan tapi bila Sophea minta, dia buat tak dengar aje. Mungkin Sophea ada cakap something ataupun gesa dia kot. Sophea dan Sobhan cuma beza 2 tahun. Tentulah Sophea nak dapat layanan macam Sobhan juga kan. Tapi, Neeza tak boleh buat apa bila Sophea mengadu "Ummi, bila kakak mintak dengan bibik, dia tak buat pun tapi kalau Coan mintak, dia buat je". Neeza sekadar minta Sophea bersabar. Bila Bi mengadu hal tu pada Neeza, Neeza terpaksa suruh Sophea minta maaf walaupun Neeza rasa tak logik sebenarnya. Ada ke kecik hati dengan budak umur 7 tahun. Hmmm...


Lepas pada tu, nampak sangat sikap Bi berbeza. Dia mula buat cerita yang ada lelaki selalu panggil dia. Neeza nampak tangan Bi macam melecur. Bila Neeza tanya, dia kata kena air panas yang digunakan untuk difroze susu Shahmey (breastmilk). Nampak lecur tu macam teruk. Air panas yang dah tuang dalam cawan takkan lah panas sangat, Neeza terfikir. Tapi mungkin juga betul. Biarlah. Dia kata, air tu tertumpah sebab dia terkejut ada orang ketuk pintu rumah. Dia ingat Neeza yang balik. Bila buka, tengok ada 2 orang lelaki yang dia tak kenal. Heran jugak, sepanjang Neeza duduk situ, tak pernah ada orang masuk sampai ke pintu. Salesman pun sampai gate saja walaupun gate tak lock. Cuma tutup aje dengan selak tu. Tapi, Neeza masih percaya dia.


Bi dah mula cakap pada Neeza, dia nak duduk rumah Ma Neeza (dia panggil ma Neeza, Ibu). Dia kata, kesian Ibu. Ibu penat. Ibu tak sihat. Ibu yang penat, ataupun dia yang penat melayan kerenah anak Neeza yang 3 orang tu. Sebelum ni, dia ada cerita yang Ita (bibik first) pernah mengadu tak tahan dengan kenakalan anak-anak Neeza. Dia kata Ita pernah cakap "2 orang pun susah berantakan. Ini pulak 3!". Dan Bi kata, dia balas "Ala.. nama pun budak.." Itu yang Bi cerita pada Neeza lah. Tak tahu lah apa yang sebenarnya. Bila tengok cara Bi layan Sophea dan Sobhan, dia pun sama tak tahan. Kadang-kadang tu, budak-budak tu okay aje. Dia pulak yang lebih-lebih nak marah tak tentu pasal.


Bila Neeza telefon Ma Neeza, Ma bagi tahu "Bi tu nak balik rumah Ma Ja. Lambat lagi ke dapat pengganti?" Neeza kata, tak tahu lah Ma. Tapi pada suatu hari, Ma memang tak berapa sihat. Fuad datang ambil Bi dari rumah Neeza. Kelam kabut juga Neeza untuk arrange anak-anak untuk tinggal di nursery. Keesokannya Neeza hantar anak ke nursery. Lepas tu dapat call dari agen bahawa dia akan hantar pengganti sementara. Lega rasa.


Kisah Bibik 3

Petang tu, agen dah tunggu di luar dengan pengganti sementara. Nama dia Endak (nama tipu ni). Neeza tak kisah macam mana rupa bibik ni sebab Abang dah ke S@udi. Takde apa nak risau sangat hehehehh.. Bila tengok rupa dia, memang dia tak menarik pun. Kurus sangat. Dalam hati Neeza berkata, larat ke dia nak buat kerja rumah ni.


Bila berbual buat kali pertama, Neeza dapat tahu, dia bukan Islam. Dia Kr1stian. Neeza tak kisah pasal agama dia. Yang penting, kami saling hormat menghormati. Yang buat Neeza risau ialah, dia sebenarnya dah berkahwin dan suami dia ada di Temerl0h. Bayangkan. Kua@ntan dan Temerl0h tu dalam 2 jam perjalanan saja. Agen nasihatkan dia untuk kerja baik-baik.


Bila agen dah balik, Neeza sambung perkenalan dengan dia. Dia setuju untuk kerja sementara sebab agen janji untuk renew pasport dia. Rupanya dia kerja illegal!! Aduuhhh.. takutnya Neeza. Dia kawin pun tak daftar dan dah lama dia duduk di Temerloh tu sebagai pendatang tanpa izin. Suami dia Ind1a.


Endah tak pernah kerja sebagai pembantu rumah. Di Temerloh pun dia bekerja sebagai pembantu restoran. Jadi, memang dia tak biasa buat kerja rumah. Dia tinggal bersama-sama mertuanya. Semua kerja rumah, mertua yang buat. Tapi, bila Neeza guide Endak, dia boleh buat kerja. Dia jaga Shahmey dengan baik cuma dia agak takut sebab dia tak biasa. Neeza tak pressure dia pun dalam bab kerja ni. Tapi, dia bertahan seminggu aje. Neeza tak salahkan dia sebab agen janji dia kena kerja dalam masa 2@3 hari tapi ni dah berlarutan sampai seminggu. Dia pinjam telefon untuk call husband dia. Neeza bagi sebab ingatkan dia rindukan suami. Rupanya, dia suruh suami dia datang untuk bawa dia balik.


Dipendekkan cerita, malam tu bagai lipas kudung dia. Kejap2 call husband dia yang tak sampai2. Husband dia sampai dah malam dan duduk di rumah agen dulu. Dia ugut suami dia, kalau husband dia tak datang ambil, dia akan keluar sendiri dan balik. Neeza pun tentunya risau. Dibuatnya dia tinggal anak-anak Neeza dirumah masa Neeza pergi kerja, tak ke haru. Dah puas Neeza pujuk minta dia duduk dulu dirumah tapi dia tak nak. Jadi, keesokan paginya, Neeza hantar Endak kerumah agen. Memang husband dia ada disitu. Husband dia telefon Neeza minta maaf sebab Endak buat macam tu. Neeza memang tak salahkan Endak sebenarnya.


Dekat 2 minggu juga Neeza hantar anak-anak ke nursery sehinggalah pembantu yang seterusnya tiba. Masa tu dah masuk bulan puasa. Agaknya itu lah juga sebab Endak tak nak duduk di rumah Neeza. Mungkin dia takut kena puasa. Tapi memang Neeza dah cakap awal2, Neeza tahu Endak tak puasa dan Neeza tak kisah. Mungkin Endak tak biasa duduk dirumah orang Islam agaknya. Takpelah, kita proceed ke kisah bibik seterusnya.


Kisah Bibik 4

PH dan KI datang hantar Peah (nama samaran) pada suatu petang. Menurut PH, Peah ni pernah bekerja selama 3 tahun di Ar@b S@udi. Jadi, Neeza buat assumption, dia memang pandai lah bab menguruskan rumah tangga ni. Badan Peah agak besar. Dia nampak sedikit gementar. Neeza beritahu dia supaya jangan risau sangat. KI ada beritahu Neeza yang Peah dah 3 hari tak makan semenjak dia tiba dari Indonesia. Dia minta Neeza suruh Peah makan. Masa berbuka, Peah makan sikit sangat. Neeza suruh dia makan lagi tapi dia tak nak.


Pada keesokan harinya, masa bersahur, Peah makan sikit juga. Neeza tanya kenapa tak makan lagi, dia kata memang tak makan banyak. Pada petang tu, sebelum berbuka puasa, Peah muntah2. Sophea yang beritahu, "Ummi, bibik muntah banyak dalam toilet" Neeza pergi tengok. Ingatkan sebab perut dia masuk angin.


Neeza saje tanya dia, "Kamu ada datang period tak?" To my surprise, Peah kata "Dah 3 bulan tak datang". Alamak!! ni kes berat ni. Tapi, Neeza masih positif. Neeza tanya lagi "dah lama ke kamu balik dari Ar@b?". Dia kata, "Dalam 5 @ 6 bulan". Neeza nak kata yang dia mungkin di belasah majikan Ar@b tapi tak mungkin. At last dia mengaku yang dia buat kerja dengan boyfriend dia. Neeza tak bagi tahu apa yang dia cakap pada agen.


Peah minta untuk pergi berjumpa doctor. Neeza telefon agen, minta agen bawa dia ke clinic. Agen minta Neeza yang bawakan. Neeza kata, macam mana Neeza nak bawa sedangkan anak-anak ada yang dah tidur. Takkan Neeza nak tinggalkan anak-anak. Akhirnya, agen datang juga untuk ambil Peah. Peah packing baju seolah-olah tak akan datang semula ke rumah Neeza. Ada baju Peah yang dia basuh dalam baldi. Dia minta dengan agen untuk ambil tapi agen kata, biar lah dulu. Mungkin agen berfikiran untuk hantar Peah semula ke rumah Neeza.


Pada malam tu, Peah tak pulang. Neeza call agen dan agen kata, dia belum bawa Peah ke clinic lagi. Pada petang tu, bila Neeza call agen, agen beritahu yang dia akan cari pengganti lain. Bila Neeza tanya kenapa dengan Peah, agen kata, dia mengandung. Agen tambah lagi, dia pernah kawin sekejap. Cewahh.. agen tu nak tipu Neeza. Agen yang cakap tu bukan PH dan KI. Ni agen lain, atas daripada PH dan KI. Dia tak tahu yang Neeza dah tahu cerita sebenar. Tapi Neeza diam aje.


Memang kebetulan agaknya. Itu lah hari terakhir Neeza bekerja. Keesokan harinya, Neeza dah start habiskan cuti tahunan sementara menunggu masa untuk pergi ke Ar@b S@udi. Jadi, Neeza duduk dirumah bersama anak-anak. Memang takut juga tinggak bertiga tapi tawakkal kepada Allah. Alhamdulillah, takde apa yang jadi.


Beberapa hari selepas tu, agen telefon Neeza, bertanyakan Neeza masih perlukan bibik atau tak. Neeza kata, tak nak dan Neeza nak duit semula. Agen datang pulangkan semua duit Neeza. Alhamdulillah...


Cerita bibik sementara tu (bibik Ma Neeza yang nama Bi) pulak ya. Makin menjadi-jadi dia. Tapi Ma masih sabar sebab Ma perlukan bibik. Bila Neeza dan Bada sekeluarga balik kerumah Ma pada hari raya, nampak sangat perubahan dia. Main pilih2 untuk lipat kain. Macam2 lagi lah yang dia buat. Neeza dan Bada perasan dan kami beritahu Ma tapi Ma bersabar lagi.


Sehinggalah semasa Ma pergi Mekah untuk buat haji, Bi jaja cerita dalam rumah kepada orang luar. Ma dapat tahu semua tu bila Ma balik dari Mekah. Ma perli Bi dengan mengatakan Ma pelik macam mana orang luar boleh tahu cerita dalam rumah. Bi diam. Tak lama lepas tu, masa Ma pergi jaga stokis (Ayah ke KL), Bi lari dari rumah tinggalkan Afir (Adik Neeza number 4. Dia down syndrome tapi boleh berdikari sikit2). Geram betul bila Neeza dengar Ma cerita kisah Bi tu. Ma pun buka cerita yang Bi dah mula melawan Ma Neeza bila Ma balik dari Mekah. Dia asyik bergayut telefon dan tak habis2 pakai inai. Sampaikan, Ma Neeza dah tak suruh dia buat kerja. Mungkin dia rasa bersalah dan sebelum dia dihalau, dia rasa, baik lah dia lari.


Pada malam dia lari tu, Fuad telefon dia dan ugut untuk report polis yang dia lari dari rumah. Dia takut agaknya. Dia telefon Ma dan minta maaf. Ma Neeza, tahu aje lah. Dia ungkit masa2 yang Bi pernah buruk2kan bibik2 Neeza (Ita dan Gangsa). Ma kata "kamu burukkan Ita dan Gangsa, kamu tu lebih teruk dari diorang tu.."


Sampai situ lah kisah bibik-bibik. Ma Neeza, memang dia penat sebab takde bibik tapi dia memang serik dah. Bagi Neeza pula, selagi mampu, memang takut nak ambil bibik lagi. Memang tak dinafikan, ada yang baik. Macam Ita dulu tu, rajin sangat. Tapi, kena hasut pulak.


Jadi, kepada kawan-kawan, berhati-hatilah. Jangan percaya 100% kepada bibik2 tu. Perlu ada rasa cemburu, tak kira lah dari segi perasaan ataupun tingkah laku bibik tu sendiri (sentiasa berwaspada), bak kata Bada adik Neeza....


Fooh!!... panjang betul kisah bibik. Kesian kawan2 kena baca cerita yang panjang lebar ni...

Saturday, April 12, 2008

Bibik oh Bibik... (Part 2)


Kesian pulak kat kawan-kawan yang terpaksa cerita tak habis. Entry sebelum ni, Neeza tulis dah tengah malam. Since mengantuk sangat, dah lak larat nak sambung. Hopefully, this one dapat habiskan.. Insyaallah..


Kisah Bibik pinjam dari Ma Neeza

Nama dia Bi (nama rekaan ni). Bi bekerja di rumah Ma neeza lebih kurang 2 bulan sebelum Neeza sendiri ada bibik. Pada hari Ita meninggalkan rumah, Neeza sekeluarga pergi rumah Ma untuk pinjam Bi. Bi ikut aje apa kata Ma. Jadi, dia pun bersiap untuk ikut kami balik.


Bi bekerja dengan baik sebab memang dijanjikan Bi sekejap saja di rumah Neeza, sementara menunggu bibik Neeza yang tetap. Dia bekerja dalam 2 minggu. Bila bibik Neeza yang ke2 tiba, Ma datang untuk ambil Bi semula.


Kisah Bi tak tamat disini sebab ada lagi yang Neeza pinjam Bi selepas ni...


Kisah Bibik 2

Nama Bibik kedua ni Gangsa (saje nak bagi nama ni). PH dan KI yang hantar Gangsa ke rumah. Dia agak berumur. Rasanya dekat 40 kot umur dia. Neeza rasa lega bila melihat Gangsa buat kali pertama. Dia tak cantik macam Ita dan kulit dia tak macam Ita. Tak payahlah Neeza decribe detail tentang rupa dia, tak baik pulak kita kutuk rupa orang kan. Itu kejadian Allah.


Yang membuatkan Neeza lebih suka (buat masa tu) bila PH dan KI beritahu Neeza yang Gangsa ni pandai mengajar mengaji. Dia kata, takde masalah untuk ajar anak-anak Neeza. Lagipun, Gangsa pandai menjaga budak, kata PH. Tentang kerja rumah, memang Gangsa pandai. Hari pertama tu, Neeza minta Bi (Bi masih ada dirumah Neeza masa tu) mengajar Gangsa apa yang perlu dia buat dirumah Neeza. Since Neeza masih berpantang, benda-benda macam kena sediakan air mandian orang lepas bersalin tu Gangsa kena buat.


Lepas seminggu Gangsa di rumah Neeza, tibalah masanya Abang perlu berangkat ke Ar@b Saud1. Neeza bawa Gangsa sekali ke rumah Mak mertua di T@njung Sep@t. Pada hari kami tiba di rumah mak mertua Neeza, mereka sibuk memotong bawang dan lauk-lauk sebab nak diadakan kenduri pada malam tu. Neeza tak tolong sangat sebab Neeza masih dalam pantang. Diorang tak bagi tolong pun (Untung orang lepas bersalin hehehee...). Gangsa ada menolong.


Pada malam tu, adik ipar Neeza, Ayu tanya Neeza "Gangsa tu dah kawin ye?". Neeza kata, "Belum.. errr... dia cakap belum. Agen kata pun belum". Menurut Ayu, Gangsa bercerita dengan Mamat (adik ipar bapa saudara Abang) yang datang menegur Gangsa bahawa dia dah kawin. Kononnya dia diculik oleh seorang lelaki. Lelaki tu buat tak senonoh pada dia dan akhirnya dia dipaksa kawin. Tapi sekejap aje perkahwinan tu. Lepas tu bercerai. Cerita tu tak pernah Gangsa cerita pada Neeza. Jadi, naturally, memang Neeza terkejut bila Ayu cerita macam tu. Lagi satu, Neeza terfikir jugak, baru jumpa sekali dengan Mamat, Gangsa dah boleh cerita macam tu sedangkan Neeza yang tinggal dah seminggu dengan dia, tak pernah pun dia cerita. Neeza ni perempuan. Dia boleh cerita pada lelaki yang dia tak kenal pulak.. hmmmm..


Pada malam Abang berangkat, Gangsa tak banyak bercakap di airport. Dia banyak duduk. Jaga Shahmey pun tak. Bila Neeza minta dia tengok Shahmey (dalam stroller) baru lah dia tengok. Kalau tidak, dia duduk termenung. Sophea dan Sobhan, tak yah cerita lah. Dah berlari kesana kemari, Gangsa buat tak tahu aje. Bada bagi amaran pada Neeza, "Kakak, kenapa Gangsa tu duduk aje. Tak jaga budak2. Kakak kena tegur dia tu." Neeza kata kat Bada, "Biarlah dulu dik. Dia tak biasa kot..". Memang Neeza banyak defend Gangsa.


Selepas Abang pergi (malam yang sedih), Ayah drive kereta Neeza dan bawa kami ke rumah Bada di Kuala Kubu Baru. Neeza tidur disitu malam tu. Gangsa tidur dibilik kecil dirumah Bada (banyak barang-barang Azman - adik ipar Neeza, disimpan disitu). Memang kami sampai agak lewat dirumah Bada pada malam tu.


Keesokan harinya, masa Neeza bangun (dah lewat pun), Gangsa duduk dalam bilik. Tak tahu lah apa dia buat. Bila Neeza suruh dia pergi dapur tolong Ma, baru lah dia keluar. Ma dah bangun seawal 6 pagi lagi sedangkan Gangsa tak bangun Subuh pun.. By the way, lupa nak cakap, Neeza tak pernah tengok rambut Gangsa. Dia sentiasa pakai tudung walaupun dalam rumah. Sebelum tu, okaylah. Mungkin tak nak Abang tengok rambut dia kan. Tapi, bila Abang takde dirumah pun, dia pakai tudung juga.


Tiba di Kuantan, Gangsa masih seperti dulu. Dia masih sentiasa bertudung sedangkan Abang dah ke S@udi pun. Dia masih tak mandikan Shahmey dan tak siapkan Shahmey. Kerja rumah, Neeza selalu kena suruh. Dia macam blur. Sebelum ni Neeza tak perasan. Mungkin Neeza bagi peluang sebab dia baru. Tapi, lepas tu dia nampak sangat tak experience. Heran jugak. Umur dah banyak, takkan tak tahu nak buat apa kan. Semua benda Neeza kena suruh. Letih jugak rasa. Dah lah Neeza masih berpantang. Dia memang tak masak. Neeza yang masak. Dia cuma tolong siapkan bahan aje.


Lebih kurang 2 minggu lepas Abang pergi, Mak mertua Neeza datang melawat Neeza dan anak-anak. Dia datang dengan abang-abang dan adik ipar Neeza. Mak mertua Neeza ni memang rajin. Kalau dia datang rumah Neeza, dia lah yang akan masak. Kalau Neeza balik rumah dia pun, dia yang masak juga (apa lah punya menantu hehehee..). Pagi tu, Neeza tengah bersiap dalam bilik. Neeza dengar riuh rendah di dapur. Bila Neeza kedapur, Neeza perasan Gangsa berhenti bercakap sedangkan sebelum tu, Neeza nampak dia rancak sangat bercakap dengan Mak Mertua, adik ipar dan biras Neeza. Something is not right, fikir Neeza. Then Neeza masuk bilik.


Biras Neeza nak tumpang mandi dalam bilik Neeza. Neeza ambil kesempatan tanya dia, "Apa yang Gangsa bercerita tadi Kak?". Pada mulanya, dia tak cakap. Tapi, bila Neeza tanya "Kenapa bila Neeza kedapur, dia diam dan terus keluar?" Lepas tu baru lah dia cerita "Dia bagi tahu, lepas hantar Adik hari tu, sampai rumah adik Neeza lambat. Dia kata, dia bangun pagi lagi sedangkan orang lain tak bangun lagi". Nampak tak dia menipu? Sedangkan Ma Neeza kata, Gangsa tak bangun sampailah pukul 10 pagi.


Bukan itu saja. Dia siap cakap "Kakak tak nak bagi Mak dia jaga rumah ni sebab dia kata Mak dia suka ambil barang". Kakak tu Neeza lah. Walaupun dia lebih tua dari Neeza (dekat 10 tahun beza), dia panggil Neeza kakak. Tak kisah pun. Tapi, bab yang dia burukkan Ma Neeza pada Mak mertua tu yang Neeza bengang sikit. Dah lah burukkan, cerita benda yang tak betul pulak tu. Neeza ada bercerita dengan Bada tentang Neeza nak sewakan rumah dan tak nak Mak Neeza jaga rumah. Rasanya dia curi2 dengar perbualan Neeza dan Bada. Dan apa yang dia dengar tu, terpesong dari apa yang kami bualkan.


Bukan itu saja, dia boleh burukkan Neeza juga depan Mak mertua. Dia kata, Neeza ni suka beli barang makan tapi tak makan. Kisahnya terjadi bila mak mertua tanya dia, sape yang beli sagun banyak2 yang ada dalam cabinet dapur. Then dia cakap lah macam tu pada mak mertua. Padahal, sagun tu, adik ipar neeza yang beli di Ku@la Terengg@nu dan bagi pada kami. Neeza dah cakap pada dia hal tu. Tak tahu kenapa dia buat cerita lain.


Bila Mak mertua Neeza berangkat balik, Neeza tanya Gangsa apa yang Neeza dapat tahu. Of courselah Neeza tak cakap biras Neeza yang bagi tahu nanti buruk pulak nama biras Neeza tu. Neeza pancing dia. Neeza kata, Mak mertua Neeza yang bagi tahu. Dia siap sebut nama Allah dan menafikan apa yang Neeza cakap. Dan dia boleh bagi statement yang lain pula. Kat situ, memang Neeza dah start tak percayakan dia. Tapi, bukan lah tak percaya 100%. Neeza cuma conclude yang dia ni suka bawa mulut dan buat2 cerita.


Neeza juga pelik bila tak pernah pun Neeza tengok Gangsa offer diri untuk mandikan Shahmey. Pakaikan Shahmey baju pun dia tak buat. Dia sediakan air mandi Shahmey saja. Neeza yang mandikan dan siapkan Shahmey. Bila Neeza tanya Gangsa, dia kata, dia tak biasa buat. Aik!! Rasanya PH bagi tahu, dia biasa. Atau mungkin dia tipu PH lah tu, Neeza berkata dalam hati. Tentang ajar mengaji pulak, sekali pun tak pernah dia ajar anak-anak Neeza. Pernah sekali Neeza minta dia ajar Sophea tapi dia tak buat pun. Takpelah, lagipun mungkin bukan dalam jobscope dia kan.


Lebih kurang 2 minggu sebelum Neeza habis pantang, Fairuz (adik Neeza nombor 3) perlu mendaftar di Pulap0l. Neeza pun tak ketinggalan untuk pergi menghantarnya. Kami konvoi, kereta Ayah dan kereta Neeza. Masa tu Bi, bibik Ma Neeza ikut sekali. Bi dan Gangsa tidur di bilik kecil rumah Bada. Semasa di Pulap0l, Bada lah yang banyak cakap pada Neeza, "Kakok, suruh lah Gangsa tu jaga budak2 tu. Berlari kesana kemari". Memang Neeza nampak pun, Gangsa duduk aje kat kerusi termenung. Shahmey memang dia tak pegang sebab Shahmey dipegang oleh bapa2 saudara dan mak saudara dia (adik-adik Neeza). Neeza pun suruh lah dia tengok budak2. Tapi, sekali suruh, sekali buat. Geramnya rasa.


Lepas hantar Fairuz, kami balik ke rumah Bada dulu. Esoknya baru bertolak balik ke Kuantan. Ayah tak drive kereta Neeza sebab dia ada conference di KL. So, Fuad (adik Neeza yang bawah pada Neeza) drive kereta Neeza dan Ma drive kereta Ayah. Ma Neeza datang dengan Fuad dan Afir kerumah. Kebetulan pada malam tu, sepupu Neeza yang baru kawin pun datang bawa wife dia. Kami makan didapur dan Gangsa tengok Shahmey. Shahmey tidur masa tu. Adik Neeza pada mulanya ada didepan tengok tv tapi tak lama lepas tu dia keluar.


Bila semua orang balik, Neeza tergerak hati nak check wallet. Aik! Kurang 2 keping note RM50. Neeza memang ingat di rumah Bada, Neeza ada keluarkan duit. Dan lepas pada tu memang tak belanja langsung. Sepatutnya ada RM300 tapi tinggal RM200 aje. Hmmm.. Neeza tak terfikir langsung nak cakap Gangsa yang ambil. Neeza syak adik Neeza sebab dia keluar malam tu. Bila Neeza tanya Gangsa, "Bibik nampak tak Fuad masuk bilik Kakak?". Muka Gangsa pucat, gelabah semacam masa dia cakap "Ada lah Kak. Dia masuk. Masa tu ada kunci dipintu." Neeza heran sikit sebab mana ada kunci dipintu sebenarnya. Tapi, hati Neeza masih percayakan Gangsa. Dan malam tu, tak pasal pasal adik Neeza jadi mangsa tuduhan melulu. Neeza telefon Ma bagi tahu yang Fuad ambil duit Neeza. Kesian Fuad...


Beberapa hari lepas tu, Fairuz telefon. Dia minta tolong tengokkan rantai dia (silver) yang tercicir di rumah Neeza. Dia kata mahal rantai tu (exgf bagi sebenarnya). Then, Neeza minta tolong Gangsa cari. Neeza siap mention pada dia "Mahal rantai tu Bik. Tolong lah cari ya..". Neeza sama2 cari dengan dia. Tapi Neeza perasan yang dia tak berapa bersungguh nak cari. Bila Neeza suruh tengok atas peti ais, barulah dia tengok. Itu pun tengok gitu aje. Tapi, memang Neeza pesan suruh dia cari.


Tiba masa Neeza perlu bekerja sebab pantang dah habis kan. Neeza dah mula risau. Shahmey macam mana sebab Gangsa cakap, dia takut nak mandikan Shahmey. Kesian kat Shahmey kalau nak mandikan dia pagi2 buta sebab seawal pukul 7 pagi, Neeza dah keluar rumah untuk pergi kerja. Jadi, sekali lagi, Neeza minta ihsan Ma Neeza untuk pinjam Bi. Tugas Bi ialah semata2 jada Shahmey. Gangsa perlu buat yang lain-lain.


Pada suatu petang (hari ketiga Neeza start kerja), Bi cerita pada Neeza "Kak, Gangsa ni kan suka berbual dengan orang belakang. Dia bukan buat kerja. Dia duduk di belakang, berbual dengan jiran di belakang." Neeza dah tak sedap hati bila dengar macam tu sebab Neeza dah tahu yang Gangsa ni suka buat cerita. Kebetulan, masa Neeza kedapur, Neeza tengok dia sedang rancak berbual dengan Kak Sara belakang rumah. Memang rancak. Bukan dia siram pokok pun. Dia memang purposely berdiri di tepi pagar dan borak dengan Kak Sara yang sedang menyiram pokok.


Neeza panggil Gangsa masa tu juga dan tanya "Apa yang Bibik bualkan tu?". Gangsa cakap "Takdelah kak, saya cuma tanya pasal rumput tu" Cait!! Tipu sungguh! Punyalah lama dia berdiri takkan cerita pasal rumput. Neeza dengar juga sikit2 perbualan dia dan takde langsung pasal rumput. Lagipun Neeza marah sebab dia biarkan anak-anak main kat luar pagar. Neeza cakap "Bibik tahu tak kaki Sophea berdarah?" Dia diam. Neeza tanya lagi "Kenapa Bibik tak jaga dia kat luar?" Dia kata "Diorang tak nak kak. Saya dah suruh masuk dalam tapi diorang tak nak". Neeza sambung lagi "Laaaa... kalau dia tak nak masuk, Bibik la keluar tengok dia main. Kenapa Bibik duduk dalam dan borak lagi tu?" Dia tunduk dan minta maaf. Neeza cakap "Okay.. lepas ni kakak tak nak lagi benda macam ni ya".


Keesokan harinya, Sophea telefon dan minta nak main di playground. Neeza memang selalu bawa anak-anak pergi playground tu yang tak sampai 300 meter dari rumah pun. Tapi, Neeza tak benarkan anak-anak pergi sendiri. Kalau nak pergi mesti ada orang dewasa yang bawa. Since Bi ada dirumah menjaga Shahmey, Neeza minta Gangsa bawa anak-anak ke playground.


Apabila Neeza tiba di rumah, Gangsa dah bawa anak-anak ke playground dan Bi ada dirumah. Tak tahu kenapa hati Neeza tergerak nak buka almari dia dan tengok baju dia. Sebenarnya Neeza nak tunjuk pada Bi (masa tu Neeza percaya habis Bi ni) napkin Shahmey yang Gangsa dah koyak2 kan untuk jadikan pad. Sabar aje kan. Neeza ada tanya pada Gangsa bila dia period dan dia ada pad tak. Dia kata, ada. Jadi, Neeza tak lah risau. Tapi, bila Neeza tengok dia guna napkin Shahmey untuk jadikan pad, Neeza tak sedap hati. Memang lah napkin tu guna untuk alas2 aje sebab Shahmey guna diapers. Tapi, tak sedap lah bila barang2 kita dia ambil sesuka hati macam tu.


Petang tu, Neeza masuk bilik Gangsa dan buka almari. Neeza cuma belek2 aje baju dia. Tak punggah pun. Sekali Neeza nampak wallet dia. Tak semena2 Neeza ambil wallet dan buka. Terkejut badak bila Neeza jumpa rantai zilver Fairuz yang hilang tu ada dalam wallet dia. Bila macam tu, Neeza pun terfikir terus, "entah entah, duit Neeza yang hilang tu, dia yang ambil". Neeza terdiam sekejap. Lepas tu baru lah Bi buka cerita yang dia nampak Gangsa ada camera sedangkan masa dia tiba di rumah Neeza, camera tu tak wujud pun. Bi yang kemaskan baju Gangsa jadi dia tahu barang apa yang Gangsa ada dan barang apa yang takde. Belek punya belek, ada camera tu. Neeza tak pernah tengok camera tu. Ada apple dalam 5@6 biji. Kenapa dia simpan apple dalam almari ya. Heran..


Neeza telefon agen dan bagi tahu apa yang Neeza jumpa. Neeza minta agen datang sebab Neeza nak punggah semua baju, mana tahu dia sorokkan di pelipat baju kan. Dan Neeza tak nak agen kata, Neeza sengaja nak tuduh Gangsa pula. Bila agen tiba, kami masuk kebilik Gangsa. Masa tu, Gangsa dah balik kerumah. Gangsa masih tak syak apa apa lagi masa tu. Bila Neeza punggah semua barang, Neeza jumpa tudung sekolah Sophea yang ada batch sekolah, pouch yang penuh dengan coins 50sen tempat Sophea simpan coins untuk bawa sekolah buku-buku cerita Sophea dan buku-buku yang Neeza rasa dia ambil dari rumah Mak mertua Neeza.


Agen asingkan barang2 yang Neeza syak kepunyaan Neeza. Bi beritahu, ada sejadah dan tuala yang dia rasa bukan Gangsa punya. Tapi disebabkan barang2 tu bukan Neeza punya, Neeza tak berani ambil. Bila agen panggil Gangsa dan tanya, dia kata rantai tu dia jumpa tapi tak berani nak bagi tahu Neeza sebab semalam Neeza marah dia. Aik?? Takkan dia baru jumpa rantai tu semalam dan alasan Neeza marah tu tak masuk dek akal langsung. Bila tanya pasal duit syiling yang banyak tu, dia boleh kata dia kutip duit tu untuk belanja. hahahah!!! senangnya kutip duit orang untuk belanja. Sebenarnya, memang Neeza ada simpan coins (abang memang suka simpan coins terutamanya 50sen) dalam tin didalam bilik. Neeza suspect, dia masuk bilik dan ambil duit tu. Tak tahu lah dah berapa banyak dia ambil.


Pasal buku2 pula, dia kata dia nak baca. Alahai... kalau nak baca, kenapa disorok dalam baju kan. Pelik betul. Tudung Sophea tu, dia kata, dia takut nak cakap tudung tu koyak terkena iron. Neeza tak pernah salahkan pembantu rumah kalau baju koyak kena iron. Lagipun yang koyak tu bahagian dalam. Dan kalau betul dia takut nak bagi tahu, kenapa tak buang aje tudung tu kan. Agen juga jumpa tanah, batu dalam bungkusan. Takut Neeza bila tengok benda-benda tu. Rasanya Gangsa ni amalkan ilmu tak elok...


Pada malam tu, agen tanya juga, dia ada duit tak. Dia kata ada.. then dia keluar rumah ambik duit yang dia simpan dalam cabinet kasut di depan. Heran tak? Dalam RM30. Sebelum agen tu hantar Gangsa kerumah Neeza, dia dah check wallet Gangsa. Tak sampai RM15 pun ada. Mana datang RM30 tu? Agen suspect dia ambil duit Neeza. Tapi, Neeza tak berani nak tuduh sebab Neeza tak perasan pun duit RM30 hilang. Then Neeza tanya "mana duit note RM5 yang kakak nampak atas katil Bibik hari tu?" sebab duit yang dia tunjuk kat agen tu takde yang note RM5. Semuanya note RM1. Dia memang tak mengaku langsung. Dia kata, takde. Okay, fine. Tentang camera tu, dia kata dia beli di Johor. Dia siap quote nama agen yang di Johor tu, "kalau tak percaya tanya lah Man". Memang malam tu agen tu tanya Man dan Man menafikan yang Gangsa beli camera tu.


Agen tanya lagi, "awak ada duit lagi tak?" Dia kata, "ada. seratus!" Bila agen cari, tak jumpa. Yang ada cuma duit rupiah. Bila agen tanya "takde pun", Gangsa kata "eh.. saya ingat ada". Takpe, benda tu tak habis disitu. Disebabkan Bi suspect camera tu Gangsa ambil dirumah Bada, Neeza telefon Bada. Bada tak ingat pasal camera tu.


Malam tu juga, agen bawa Gangsa keluar dari rumah Neeza. Neeza pun tak nak simpan dia lama-lama. Sesampai aje dirumah agen, semua barang-barang Gangsa di punggah semula. Keluarkan 2 keping note RM50 dari dalam Quran kecil kepunyaan Gangsa. Terus agen telefon Neeza bagi tahu dia dah jumpa duit Neeza yang hilang. Memang pada mulanya, Gangsa beritahu agen duit tu dia yang punya. Tapi dia cakap juga "kalau kata kakak punya, bagi lah pada kakak". Agen call Neeza malam tu juga minta datang rumah dia. Tak jauh rumah dia tapi takut juga nak pergi sebab dah malam sangat. Neeza minta kawan Neeza temankan.


Tiba aje di rumah agen, Neeza tengok duit tu macam terperonyok sikit. Mungking malam yang dia ambil duit Neeza, dia simpan duit tu dalam bra dia sebab masa tu Neeza dan yang lain2 ada didapur. Jadi, tak boleh lah dia nak kebilik dia untuk simpan duit tu. Bada telefon Neeza lepas tu tanyakan mengenai camera. Camera yang Bada describe tu memang lah kepunyaan Azman. Camera tu murah aje. Azman dapat dari supplier (Azman ni freelance photographer) dan dia nak hadiahkan camera tu pada Aaina (anak Azman dan Bada). Bada tanya lagi mengenai sejadah. Neeza ambil gambar barang2 yang agen dah keluarkan dan mms pada Bada. Bada call balik bagi tahu sejadah tu ialah hadiah hantaran kawin dia dan towel tu adalah milik Mak Azman. Towel tu memang Mak Azman sengaja tinggalkan di rumah mereka supaya senang kalau Mak Azman datang, towel dia dah ada. Tapi, Bada tak sanggup nak ambil towel tu sebab dah diconteng oleh Gangsa dan diragui Gangsa mungkin dah gunakannya pun.


Tentang duit RM100 tu, agen suruh Neeza ambil. Neeza reluctant at first tapi agen kata, memang duit Neeza ni. Ambik je la. Itu tak termasuk duit2 lain yang dia ambil dan Neeza tak perasan. Neeza punt teringat yang Abang ada letak banyak duit ringgit (note 10, note 5 dan note 1) dalam kereta Kembara untuk kegunaan Abang. Memang Neeza tak pernah usik duit tu. Tapi bila Neeza tengok balik, dah tinggal note 1 saje kat dalam tu. Mungkin Gangsa dah belasah lah tu masa dia basuh kereta pada suatu hari tu. Tapi, tak berani lah Neeza nak mintak sebab Neeza tak pasti.


Malam tu, bila balik dari rumah agen, macam-macam cerita yang Bi sampaikan pada Neeza. Cerita tentang Gangsa beriya2 nak tutup beg dia yang rosak zipnya dengan strap yang dia ambil dari rumah Bada hinggalah kepada cerita Gangsa panggil lelaki yang tengah berjalan di jalan besar dari dapur rumah Neeza (rumah Neeza corner lot yang mengadap jalan masuk ke perumahan tu). Hati Neeza berkata2 juga, kenapa Bi tak ceritakan benda ni awal2 dulu kan...


Nanti kita sambung lagi. Penat nak type. Dah 2 jam dok menaip. Sabar ye kengkawan nanti Neeza sambung lagi.....


Friday, April 11, 2008

Bibik oh Bibik... (Part 1)

Bagi memenuhi permintaan Kak pB yang ceria dan vogue (kak pb vogue ke? kena jumpa dulu baru boleh cakap hehehe..) beberapa hari lepas, hari ni Neeza nak bercerita mengenai kisah pembantu rumah yang Neeza alami sendiri. Sebelum Neeza meneruskan cerita, suka diingatkan bahawa ini adalah pengalaman peribadi Neeza sahaja. Tiada maksud untuk menghasut ataupun memberi tanggapan buruk terhadap mana-mana pembantu rumah. Seperti biasa, tujuan Neeza adalah untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang sudi menjenguk :). Untuk memudahkan cerita, Neeza tukarkan terms pembantu rumah ni kepada terms bibik. Okay tak? mestilah okay sebab Neeza yang tanya dan Neeza sendiri yang jawab hehehee...


Memang Neeza tak pernah terfikir untuk mempunyai bibik di rumah. Sebelum itu, selalu Neeza bercerita dengan kawan-kawan tempat kerja yang Neeza inginkan privacy. Dengan adanya bibik, banyak benda terpaksa dikawal. Contohnya, tak boleh lah nak bagi goodbye kiss pada Abang dimana sahaja dalam rumah kan. Mesti kena buat dalam bilik ataupun ditempat yang bibik tu takde. Pakaian pun kena jaga juga. Memang lah kita kena jaga aurat. Tapi kadang kadang terasa juga nak pakai baju yang jarang2 sikit (hehehee... acah aje laaa). Dah tak boleh buat kalau ada bibik. Perbualan pun kena jaga. Tak boleh sebarang. Lain lah kalau bibik tu sedara sendiri ataupun kita dah buat macam sedara, lain sikit kisahnya.


Adik Neeza, Bada pun dah cakap "banyak problem kakak dengan bibik ni". Oh ya, bila cakap pasal bibik ni, Neeza maksudkan bibik yang kita ambil dari agency dan biasanya mereka ni datang dari Ind0nesia lah. Bukan bibik tempatan. Kalau tempatan orang tak panggil bibik la pulak kan.. hehehe..


Tetapi (cewah! ada juga tetapi tu..), oleh kerana hal yang agak tidak dapat dielakkan, Neeza terpaksa juga mengambil bibik. Satu-satunya hal yang mengubah pendirian Neeza dari tak nak ambil bibik kepada nak ambil ialah apabila Abang mendapat tawaran bekerja di sini (Ar@b Saud1). Sophea dan Sobhan memang tengah menakal membesar dan Neeza pula pregnantkan Shahmey. Bayangkan, Neeza kena menjaga 3 anak dengan suami yang berjauhan. Neeza juga bekerja dan kerja Neeza selalu memerlukan Neeza kesana kemari (out station pun ada juga).


Panjang pulak cerita. Okaylah, dipendekkan cerita, Abang pun setuju mengambil bibik. Lagipun bibik ni boleh jadi teman Neeza semasa Abang di Ar@b Saud1. Sepanjang 8 bulan berada di Ku@ntan (sebelum ke sini), Neeza telah 'merasa' 4+1 bibik (hehehe.. macam jumlah bilik pulak). 1 tu ialah bibik pinjam dari Ma Neeza sementara nak dapatkan pengganti. Biar Neeza cerita yang 4 tu ajelah ya sebab yang 1 tu akan masuk di mana-mana 4 tu aje. heheee..


Kisah Bibik 1

Nama dia Ita (nama samaran atas sebab2 keselamatan). Pertama kali berjumpa Ita Neeza agak terkejut. PH dan KI bawa Ita pada suatu petang pada tarikh hari ni lah di tahun lepas (11 April 2007 - lebih kurang sebulan sebelum Shahmey lahir), Ita masuk rumah tapi mata Neeza mencari wajah lain diluar. Tetapi, hanya muka PH dan KI saja. Dah mereka agen kan. Tentulah wajah mereka saja. Neeza tanya, "yang mana satu" pada KI dan KI tunjuk pada Ita. Neeza senyum sendiri. Nak tahu kenapa?


Hehee.. (gelak dulu ni..). Bagi Neeza, Ita terlalu cantik bagi seorang bibik. Kulitnya putih bersih dan senyumannya memang berseri. Macam muka Z1zie Ez3tte pun ada. Sekali tengok, orang tak akan kata dia tu bibik. Hati Neeza dah risau "Alamak! takkanlah bibik cantik macam ni". Sape yang faham, faham lah ye. Sape yang tak faham, buat2 faham aje lah.. heheee..


Ita dah mulakan kerja sebaik saja tiba di rumah Neeza. Neeza tengok aje dia ambil baju untuk gosok. Dalam hati Neeza kata "rajin juga budak ni. Tapi.... dia comel sangat laaaa... hmmmm". Memang lah risau.


Neeza ialah Neeza. Neeza tak akan senang selagi sesuatu perkara tidak 'settle' dan setiasa membelenggu fikiran. Dalam bilik, bila orang dah nak masuk tidur, Neeza mulakan perbualan dengan Abang.

"Abang, cantikkan Ita tu."

Abang kata,

"Alah!! apalah cantiknya.. dot dot dot..."

Ada lah Abang sebut sesuatu tentang Ita tapi tak payah lah Neeza tulis sebab tak baik la kan. Neeza tak puas hati dan cakap lagi,

"Cantik lah tu. Dia putih, kulit gebu. Macam muka pelakon tu.."

Then Abang kata,

"Cantik lah kot.. sebagai bibik. Tapi takdelah cantik sangat dot dot dot..."


Tu diaaa.. Abang pun admit dia cantik walaupun ada tapi kat belakang statement Abang. Neeza memang tak senang duduk. Padan muka Neeza. Memang niat Neeza nak suruh Abang admit Ita tu cantik. Tapi, bila Abang dah admit, Neeza pulak yang risau.. hehehee.. Lepas tu, tak semena-mena Neeza cakap pada Abang,

"Lepas ni, Abang jangan balik rumah selagi Neeza tak balik tau.. dan kalau Neeza nak pergi kolej (lepas waktu kerja), Abang kena keluar sama"

Hahahhaa!!! Neeza bagi syarat pada Abang untuk elakkan perkara yang Neeza tak suka berlaku. Padahal, kalau apa-apa nak jadi, tetap jadi kan... well, asalkan hati Neeza puas. Then Abang kata,

"Ish Neeza ni. Apa lah. Sampai kesitu Neeza fikir"


Abang faham maksud Neeza lah tu. Nak tahu tak, adik-adik Neeza yang datang rumah terkejut juga tengok Ita. Fuad kata, Ita macam muka Neeza. Dia kata, macam kembar. Dia siap panggil Ita "Neeza.. oh Neeza..." untuk menyakat. Aduhhh... sabor aje lah. Fairuz pun kata macam tu.


Students Neeza yang datang tengok Shahmey pun kata "kami ingat dia tu adik puan". Hahahaha!!! Tapi of courselah Mak dan Ayah Neeza tak kata macam tu. Abang? Abang tak cakap macam tu pun. Dia mesti lebih kenal wife dia kan. Bila Neeza bagi tahu Abang apa yang Fuad dan Fairuz kata, Abang kata "takde lah sama.. lain laaa..". Happy sikit rasa.. hehee..


Ita baik budaknya. Neeza suruh dia panggil Neeza kakak je. Lebih mesra rasanya. Dan dia tak pula pijak kepala. Bila Neeza bagi tahu dia, ramai orang kata muka Ita macam muka Neeza, dia senyum aje. Dia kata, takdelah. Neeza pun kata memang tak sama. Mana sama! Bagi Neeza dia memang comel. Dah la muda (21 tahun kan!). Neeza, tak lah comel dan dah tua pun hehehee...


2 @ 3 hari lepas Ita mula kerja di rumah Neeza, Neeza kena attend function kat hotel. Neeza suruh Abang hantar (padahal before that Neeza pergi sendiri aje sebab Neeza kan boleh drive). Dah lah Neeza suruh Abang hantar, Neeza suruh Abang pergi minum dengan kawan-kawan dia sementara Neeza dinner tu. Hehehee... kejam betul la Neeza ni kan. Abang ikutkan aje.


Actually, jauh disudut hati, Neeza percayakan Abang. So far, Abang tak pernah buat perkara yang Neeza tak suka (semenjak kahwin lah). Tapi, disebabkan rasa jealous Neeza yang tak tentu arah ni, Neeza macam nak control pula. Anyway, kita tak tahu kan. Mungkin husband kita baik tapi kita tak tahu pihak yang 1 lagi. So, baik lah berhati-hati.


Malam tu, kami tinggalkan anak-anak dengan Ita. Masa tu cuma ada Sophea dan Sobhan aje. Shahmey still dalam perut :). Memang Ita jaga anak-anak dengan baik. Abang pula malam tu terpaksa call sana sini mencari kawan untuk minum. Abang siap pergi beli grocery lagi untuk habiskan masa heheheee.. (Takpe my dear, its better that way. Hati Neeza tak risau). Balik rumah, dah agak lewat. Ita sampai tertidur dengan anak-anak di ruang tamu. Then dia tolong angkat anak-anak masuk bilik.


Ita memang rajin. Dia lap tingkap dari luar rumah, siap naik tangga lagi. Dia basuh curtain, lap atas closet dan macam-macam lagi yang Neeza pun tak pernah buat.. hehehee..


Sampailah 1 masa... jeng jeng jeng....


Heheheee...


Ita mula tunjuk lain macam (dia masih rajin) selepas dia ada handphone. Memang dia minta nak guna handphone (nak beli sendiri). Neeza tanya, dia ada duit ke? Dia kata ada. Banyak duit dia. Dalam RM300. Mula-mula dia kata ada RM200 aje. Tapi tak lama lepas tu, dia kata ada lagi duit. Neeza tahu, dia tak ambik duit Neeza sebab Neeza tak pernah ada note RM100. Dia ada 3 keping note RM100! Abang tak kisah dia ada handphone asalkan dia tak bergayut (mula mula tak.. bila dia dekat-dekat nak keluar tu, selalu dia bergayut..)


Dia dihasut (sesuai ke tak guna perkataan tu ye..) oleh suami kepada makcik dia (makcik dia tu pun 3@4 tahun aje lebih tua dari dia. Oh ya, umur Ita ni 21 tahun rasanya. Pakcik dia mintak gaji lebih tinggi. Neeza tanya pada dia, apa agreement dia dengan agen. Dia kata gitu gini gitu gini... pada dia agen mungkir janji la. Neeza cakap pada agen tapi agen kata, tak macam tu. Pendek kata, pakcik dia tak suka Ita teruskan kerja dirumah Neeza.


Ita ada bagi tahu Neeza yang pakcik dia suruh berhenti tapi Neeza minta supaya dia tangguhkan dulu. Sekurang-kurangnya sehingga Neeza pergi Ar@b Saud1. Ita nampak setuju tapi pakcik dia tak benarkan juga.


Pada pagi tu, Ita terima call dari pakcik dia. Pakcik Ita dah on the way nak ambil dia dari rumah Neeza. Kebetulan, hari tu cuti (hari Ahad rasanya). Abang takde pulak (main golf). Lepas Ita beritahu Neeza yang pakcik dia on the way, Neeza terus call Abang. Abang kata, try lah pujuk dulu. Tapi kalau dia tak nak, biarkan aje lah sebab takut dia buat apa-apa pula. Neeza call agen juga. Agen suruh ugut tentang pasport dia (pasport Ita agen yang pegang). Agen dah call Ita pun tapi pakcik dia berkeras (berani betul diorang ni kan..)


Bila pakcik Ita sampai, dia duduk diluar saja. Dia tak masuk dalam rumah. Takut juga Neeza kalau-kalau pakcik dia nak masuk cakap apa-apa kan. Tapi tak, alhamdulillah. Neeza mintak Ita cakap pada pakcik dia untuk mohon tinggal sehinggalah Neeza berlepas ke sini. Ita jumpa pakcik dia diluar tapi pakcik dia berkeras tak setuju.


Sebelum keluar rumah, Ita minta maaf dengan Neeza. Dia rasa bersalah sebab terpaksa berhenti mengejut membiarkan Neeza yang masih dalam pantang lepas bersalinkan Shahmey. Dia sempat kerja dengan Neeza dalam sebulan setengah saja.


Pada hari tu, Neeza pening, tak tahu nak buat macam mana. Neeza call agen. Agen kata, ambil masa untuk dapatkan pengganti. Buat sementara waktu, dia minta Neeza bersabar. Macam mana nak sabar? Neeza ni beranak caeserian. Baru lagi dalam 3 minggu. Mak Neeza memang duduk dalam 2 minggu aje hari tu dan Neeza tak nak balik pantang di Kemaman sebab anak-anak sekolah.


Nak tak nak, terpaksalah pinjam bibik Mak Neeza... Petang tu, lepas Abang balik main golf, kami pergi Kemaman untuk pinjam bibik Mak Neeza. Mengenangkan keadaan Neeza dan cucu-cucunya, Mak Neeza bagi lah pinjam bibik dia....


Panjang sangat lah.. Nanti Neeza sambung dalam part 2 pulak. Nanti lah ye...


Wednesday, March 12, 2008

Kisah di rasuk pelesit...


Apabila membaca blog kawan-kawan yang memperkatakan mengenai bomoh, Neeza teringat satu peristiwa yang terjadi di depan mata Neeza sendiri yang mana sehingga kini masih segar diingatan.


Kisah ini berlaku lebih kurang 23-24 tahun yang lepas. Ketika itu, Neeza baru berumur 9 tahun. Biasanya, apabila tiba cuti sekolah, Mok (nenek sebelah Ayah) akan bawa Neeza balik kampung di Ketereh, Kelantan. Jadi, pada waktu cuti sekolah ketika itu, Neeza berada di Ketereh lah. Ingat lagi, masa tu Neeza sedang leka tengok cerita melayu di TV1 (Masa tu TV3 tak masuk Kelantan lagi hehehee...). Tajuknya Sumpah Semerah Padi. Neeza memang perasan Adik I, adik sepupu Neeza (masa tu umur dia belum setahun rasanya) dok menangis dan menangis. Tapi, dalam hati Neeza berkata 'biasalah budak kecik. kalau menangis, maknanya nak susu atau nak tidur la tu'. Jadi, Neeza buat tak tahu aje lah sehinggalah...

"WAAAAAAAAA!!!!!! Aku beciii!!!"

Satu suara jeritan yang sangat lantang. Neeza terkujat. Heheee... Terkejut sebenarnya. Betul betul terkejut. Neeza pusing kan kepala dari tv kearah bunyi jeritan tadi. Neeza tengok Mok tengah menjerit dan meracau. Satu perbuatan yang Neeza tak pernah tengok Mok buat. Muka Neeza terasa kebas. Pandangan Neeza kabur. Hanya warna kemerahan yang Neeza lihat. Badan Neeza kaku. Tak mampu untuk bergerak walau 1mm sekalipun. Abang J, sepupu Neeza yang tadinya baring disebelah Neeza, terus Neeza pegang (eh! tadi kata tak mampu bergerak. Boleh pulak tangan bergerak ya.. hehehee..). Tangannya Neeza pegang kemas. Neeza takut sangat. Takut yang tak terhingga.


Abang J hendak bangun tapi tangan Neeza masih erat memegang tangannya. Dia lantas berkata,

"Ja gi duduk dengae Abae K dulu. Abae J nok kelih Mok sbeta"

Dengan perlahan Neeza pergi dekat dengan Abang K. Mata Neeza terkelip kelip tengok Mok. Dalam hati Neeza berkata 'Kenapa lah pelik sangat Mok ni? Macam budak budak pulak menjerit dan melompat lompat'. Abang K suruh Neeza baca ayat-ayat Quran. Neeza cuba untuk membaca surah Al-Fatihah dan ayat ayat lazim yang lazim tapi rasa berat sangat nak buka mulut. Macam kena kepit dengan penyepit baju aje. Ada pulak gitu yek Hehehe... Tapi memang susah. Rasa terketar-ketar. Tapi Neeza gagahkan juga. Terkeluar juga ayat ayat Quran dari mulut dalam keadaan menggigil. Warna merah didepan mata tadi hampir hilang. Tapi, rasa takut masih tebal dalam diri.


Neeza nampak Kak N tolak Mok. Mok jatuh ke lantai. Macam pengsan. Tapi Neeza tak berani nak pergi dekat. Tak berapa lama selepas itu, Neeza dengar Adik I menangis lagi. Makcik M puas memujuk Adik I supaya berhenti menangis. Tiba-tiba,

"WAAAAAAA!!!!!! WAAAAAA!!!! Gi mu!! Gi mu!!"

Makcik M menjerit. Lebih kuat dari jeritan Mok tadi. Makcik M hampir melepaskan Adik I yang berada didalam pangkuannya. Nasib baik Adik I cepat dicapai oleh Kak N.

"Aku beci!! aku beci kko mu M! Aku beci!!!"

Jerit Makcik M lagi.

"Soh doh nih. Takdok laen doh. Yo doh. Bangak la.. gi panggae tok bomoh nuh. M ni doh keno hok demo tu doh nih"

Abang K akhirnya bersuara. Neeza lihat, Mok masih lemah di lantai manakala Adik I telah diam. Tapi, Makcik M masih meracau dan menjerit-jerit. Kain Makcik M hampir tercabut. Nasib baik Kak N nampak dan terus ambil tali untuk ikat kain Makcik M. Apa yang Neeza dengar, Makcik M banyak menyebut mengenai seorang perempuan yang dibenci dan namanya adalah nama Makcik M sendiri. Neeza pun tak faham pada mulanya.


Tak lama selepas itu, Tok Bomoh pun tiba. Ketika itu, Makcik M masih lagi meracau. Hati Neeza, Allah saja yang tahu. Sangat takut dan tak keruan. Ke dapur salah, ke depan pun salah. Nak masuk dalam bilik lagi lah takut sebab takde orang dalam bilik. Neeza asyik ikut kemana saja Kak J dan Kak M pergi. Mulut Neeza tak henti-henti membaca ayat ayat lazim walaupun dalam keadaan terketar ketar.


Neeza tengok Tok Bomoh naik ke rumah (rumah papan yang ada tangga) dan mula membaca sesuatu (ayat yang Neeza tak berapa dengar sebab dia seolah olah berbisik). Dia minta Kak N ambilkan telur ayam dan beras. Kak N ke dapur dan ambil beberapa biji telur ayam dan beras. Tok Bomoh duduk dan menjampi telur dan beras tersebut. Kemudian, dia panggil Makcik M. Makcik M disuruh duduk dihadapan Tok Bomoh tersebut. Selepas selesai Tok Bomoh menjampi telur dan beras tadi, dia menyuruh Abang J letakkan telur tadi di luar rumah manakala beras tadi ditabur diseluruh rumah.


Abang J akur. Pada masa yang sama, Makcik M yang berperangai sebijik macam budak budak duduk di hadapan Tok Bomoh dan ketawa, mengilai-ngilai. Seram Neeza rasa. Makcik M dah gila ke? Hati Neeza berkata. Tok Bomoh bertanya banyak soalan kepada Makcik M dan semuanya dijawab Makcik M, satu persatu. Kesimpulan yang dibuat Tok Bomoh, Makcik M telah dirasuk pelesit yang di hantar oleh tuan punya pelesit. Mengikut kata Tok Bomoh, pelesit akan masuk kedalam badan manusia untuk makan isi dalam manusia yang tidak disukai tuan punya pelesit. Pelesit (atau hantu) perlu di beri makan, katanya lagi. Jika tidak, dia akan mengganggu manusia. Neeza tak tahu lah kebenaran kata kata Tok Bomoh tersebut tapi sebagai budak yang berumur 9 tahun, Neeza terima saja apa yang dikatakan Tok Bomoh.


Tak lama kemudian, Makcik M mula sedar. Dia mula mengucap dan menyebut "Astaghfirullahaladzim". Apabila dia pulih sepenuhnya, Tok Bomoh bertanya kepada Makcik M apa yang sebenarnya terjadi. Makcik M pun memulakan cerita.


Tuan punya pelesit memang sangat dikenali di kampung tersebut kerana memang beliau ada 'memelihara' pelesit yang 'diturunkan' oleh orang tuanya. Pada suatu hari, beliau datang ke rumah Makcik M. Makcik M sedang memerhatikan orang menebang pokok kelapa yang telah condong ke rumahnya. Ketika tuan punya pelesit (kita namakan dia Makcik B la..) berbual dengan Makcik M, ada perkara yang telah membuatkan Makcik B kecil hati. Perkara itu tidak habis disitu sahaja. Rupanya Makcik B menyimpan perasaan dendam terhadap Makcik M.


Pada malam kejadian rasukan tadi, Abang J telah ke rumah Makcik B untuk megambil notanya yang dipinjam anak Makcik B. Abang J pulang ke rumah semula pada waktu Maghrib. Ketika itulah Makcik B hantar pelesitnya ke rumah kami, melalui Abang J. Pelesit tadi mengikut Abang J pulang (seram pulak rasa...). Bila kami ingat semula, memang ketika itulah Adik I menangis dengan tiba-tiba. Puas semua orang meredakannya tapi Adik I tak mahu diam. Mereka ingat Adik I hendak b*r*k tapi bukan. Tangan Adik I menggenggam seolah olah memegang sesuatu.


Mok mendukung Adik I untuk meredakan tangisannya tapi Adik I tak mahu diam sehinggalah tiba kepada kejadian Mok menjerit-jerit. Kak N perasan, Mok seakan akan mahu mencekik leher Adik I. Kak N segera mengambil Adik I. Kalau tidak, tak tahu lah apa akan jadi. Nauzubillah...


Makcik B marahkan Makcik M sebab telah mengecilkan hatinya. Jadi, dengan menghantar pelesit dan mengganggu keluarga Makcik M seolah-olah membalas balik perbuatan Makcik M terhadap Makcik B.


Pada malam itu, Neeza tak dapat tidur. Neeza minta dengan Kak M dan Kak Ja untuk tidur di antara mereka. Mereka tak kisah. Tapi, Neeza tak dapat tidur juga. Neeza minta yaasin untuk diletakkan di kepala. Masih tak dapat tidur. Malam itu Neeza rasakan sangat lama. Masih belum siang. Akhirnya, Neeza tertidur jugak.


Keesokan harinya, Neeza turun ke tanah melihat Makcik M membakar Kuih. Neeza bertanya kenapa Makcik M,

"Che' M, bakpo smale Che' M jjadi lagu tuh?"

Makcik M tersenyum dan berkata,

"Tok tahu lah Ja. Che' M tok sedar"


Sejak daripada peristiwa itu, Neeza rasa takut nak balik Ketereh lagi (tapi balik jugak). Setiap kali balik, mesti Neeza akan bertanya pada Mok mengenai Makcik B. Mok kata, Makcik B tak buat hal dah.


Sekarang, Neeza tak tahu apa dah jadi pada Makcik B. Anak-anak dia pun semuanya dah besar. Mungkin dia dah buang agaknya pelesit yang dia 'bela' tu. Harap-harapnya la sebab tak elok kita 'berkawan' dengan pelesit ni. Kalau nak mohon pertolongan, biarlah dengan Allah s.w.t, bukannya dengan pelesit. Wallahu'alam...


Thursday, March 6, 2008

Dag Dig Dug...





Today is 6th March 2008 and another 2 days (8th March 2008) will be the 12th Election Day for my beloved home country, Malaysia. I have nothing much to say about it (so much have been said in my friends' blogs, anyway) because I'm not good in elaborating political issues. Added to that, I don't get a chance to go back and vote due to a few inevitable constraints.


Of course, everyone's heart must have been beating so hard when the 'judgment day' is getting closer. I know I should not say judgment day because if it's really a judgment day, there shouldn't be any campaign whatsoever. Okay, I won't continue about this.


What I want to write today is about heart beat. Hehehee... of course not in a medical way. It is normal for our heart to beat (only the dead has no heart beat! - though some of them are forced to wake up from the grave and cast their vote kwang! kwang! kwang! Heheheee..).


My heart beat too, really fast especially when I'm expecting something or waiting for a result. I remember when I was in standard 5, I had to take a Standard Examination for Standard 5 that called Penilaian Darjah 5. Now, they call it UPSR and the students have to sit for it when they are in standard 6 instead of standard 5.


It was in 1985 (I forgot the exact date and month) that the school (my school then was Sultan Ismail School in Kemaman) announced the result (Actually that was the 2nd year I was in that school. I was in 2 other schools before for standard 1 till part of standard 4). All of us (who took the exam) didn't know that they wanted to announce about it that day.


I had my dancing practice for a Gift Presentation Ceremony a few days after that with other dancers (huhuuu!!! it was just a Tarian Zapin) in 1 of the classrooms. Then, our trainer (1 of the staff in the school) told us,

"Cikgu suruh semua pergi kantin. Dia nak bagi tahu keputusan Penilaian!"

Danggg!!! I felt a huge punch on my chest. My heart beat so fast. Dag dig dug! Dag dig dug! I laid my hand on the chest but it kept beating faster and faster. I said to myself, 'what's the result? Do I pass? Do I get 5A's? What if I don't get 5A's? What would ayah say? Ayah has sent me to after class tuition that he paid for it. Ayah has bought many revision books. Oh God, please help me. Let me pass with flying colors..'. By the way, I spoke to myself in bahasa melayu and not english hehehe...


I looked at my friends. They were not eager to go to the canteen. Perhaps, they didn't really care. I went to the canteen and sit on 1 of the chairs there, waiting for the announcement. Many of other friends were there too, talking like they were in pasar ikan. It was noisy, couldn't hear a thing but the buzzing of human mouth.


I looked around and thought, 'where's the teacher? who's supposed to announce the result? Is there really a result or its just a gimmick from irresponsible person?' It was quite a while (about 15 minutes) that we waited there patiently (not really I guess).


A teacher (I don't recall, was it a teacher or the Vice Principal), went to the front with a long list. A messy one. The pages were here and there. He had to rearrange the pages before he could say anything to us. Then he said,

"Saya akan bagi tahu nama murid murid yang dapat 5A dulu ya. Dengar betul-betul"

My heart beat really fast. All pictures came to my mind. My father, my mother, my beloved grandma (Mok), my full of hope teachers and the result itself. I kept imagining how's my certificate looked like. Scary!! Then, the teacher announced names one by one. It was neither according to alphabet nor Birth certificate hehehee.. So, we had to listen carefully. During that time, everyone was so quiet, eager to know his/her result.


As the list went on, my heart reduced its beat. My name was not announced. I was a bit frustrated. I must have got 4A's or below. I just waste my time waiting so long in here, I thought. Then, I listened,

"....Nor Raneeza Ramli 5A!..."

What? Did I listen him correctly? I asked my friend who sit beside me.

"eh! betul ke saya dengar tadi?"

She verified and nodded.

"Best nya awok dapat 5A..."

I told her,

"tak tahu lagi betul ke tak. entah entah cikgu salah baca"

Hehheee... me in denial state! I was so happy actually. I couldn't wait to go back and tell Ma about it. Unfortunately, Mok (my grandma) was in Kelantan. I would definitely call her to inform, I thought.


After class that day, I went back home. I was thinking to surprise Ma,

"Ma, hari ni dapat keputusan Penilaian. Ma teka Ja dapat berapa.."

Then Ma said,

"5A ya?"

A bit frustrated when she said that. Perhaps she could guess by looking at my reaction. Well, who can lie to a mom right. Then I said,

"Haah ma... tadi cikgu bagi tahu kat sekolah"

Then Ma said,

"Betul ke? Meh Ma cium sikit"

Hehehee.. Ma kissed me on my cheek. I felt embarrass then coz' Ma rarely kissed me (I kiss my kids a lot though).


When Ayah came back home, I told Ayah about it. He was happy and asked me,

"Ja nak hadiah apa?"

My Ayah was always like that. He's the man of reinforcement. He always rewarded us (my siblings and I) whenever we did anything good. Compared to Ma, we prefer Ayah better partly for that reason hehehee... Ayah like to pamper instead of scold us. I know it was not good for us. Well, it compensated with what Ma did to us... fair and square!!


That evening, I called Mok to inform about the result. Surely, she was happy though she didn't really understand what 5A's means. She promised to make nasi kunyit for me.


For getting 5A's, the school gave each of us a seminar bag (standard 5 and seminar bag? mistakenly chosen gift I guess) and a trip to Penang. That was the first time I went to Penang. Also, the state itself (Terengganu) rewarded each of us RM150. I went to the ceremony that was held in Kuala Terengganu with Ayah (only myself and Ayah). On our way back, Ayah got summoned for speeding. Ayah didn't have enough cash at that moment. Previously, when we were summoned by the police, we had to pay there and then, unlike present. So, he borrowed my money (part of the RM150) to pay the summon. He refunded me a few days after that...