Showing posts with label life in saudi arabia. Show all posts
Showing posts with label life in saudi arabia. Show all posts

Tuesday, January 6, 2009

Tadaa!!



Dunia rasa gelap gelita bila internet takde. Mati kutu masing-masing. Ingatkan problem apa. Bila call telecom provider, punyalah susah nak dapat cakap dengan operator. Give up sekejap. Tapi bila dah masuk hari ke2 takde internet lagi, terpaksalah tahan telinga dengar pakcik arab tu membebel english sorang-sorang bla bla bla.... (if you bla bla.. press 1, if you bla bla... press 2.. cam tu laaa...)


Barulah kami tahu punca masalahnya semalam. Baru 5 minit lepas settle problem. Alhamdulillah. Dapatlah buat apa yang patut dengan internet ni ;).


Tinggal beberapa hari lagi Neeza nak masuk hospital. Itupun kalau takde problem sebelum tu. Sedih sebenarnya sebab ini juga bermakna, Neeza akan miss class arabic, tajweed dan fiqah. Sayang betul rasanya. Setakat ni Neeza tak pernah lagi ponteng. Nak aje rasa pergi kelas bila keluar hospital. Tapi ada orang tak bagi (sape lagi kalau bukan kawan-kawan malaysian satu kelas tu). Nanti bahaya lah.. badan nak pakai lama.. takut ini.. takut itu.. Memang betul pun apa diorang kata. Tapi Neeza ni agak degil sikit. Tengoklah, kalau larat Neeza pergi aje.. huhuuu!!! Mesti ada yang teruk kena bebel nanti ;).


Kan best kalau ustazah-ustazah tu boleh datang rumah dan ajar. Ye lah tu!!! Banyaklah songel makcik blogger ni.. :P.






Tuesday, December 23, 2008

Makan banyak = mengantuk?



Pada kebiasaanya, Neeza enjoy kelas tajweed sebab dapat belajar banyak benda yang kebanyakkannya Neeza dah lupa. Disini, ustazah mengajar mengaji dan betulkan tajweed semasa mengaji. Jadi, senang sikit rasanya nak ingat. Berbanding dengan masa sekolah dulu, ustaz/ustazah ajar hukum lepas tu refer ayat Quran. Memang Neeza tak ingat. Bermacam hukum dan berjenis-jenis Mad.


Pagi tadi, Neeza enjoy juga cumanya yang tak enjoy ialah rasa mengantuk yang amat sangat. Errr.. bukan mengantuk sebenarnya tapi asyik menguap saja. Jadi, masa bacaan ramai-ramai tu, banyak kali Neeza stop sebab sibuk nak menguap. Astaghfirullah.. seronok sakan syaitan kan. Ada yang kata, kita menguap sebab tak cukup oxygen. Mungkin juga. Tak pasti pulak scientific explanation kot situ ;).


Yang Neeza tahu, pagi tadi, Neeza breakfast dengan banyaknya! Hehehhh.. Karipap rasanya lebih 5 ketul dan sandwich butter + strawberry jam lagi. Memang kenyang sangat. Sekarang perut memang asyik mintak makan saja dan badan pun rasanya dah naik berkilo kilo :D. Akibatnya... mengantuk dan menguap didalam kelas. Betul ke gitu?


Balik kelas tadi, tengok ikan yang Abang beli dalam fridge. Ikan Kembong kecik! Comel sungguh. Semenjak Abang kata, Kembong kecik (ada orang panggil Mabong rasanya) tu sedap dan manis, Neeza baru perasan. Kalau tidak, selalu beli kembong besar. Sekarang ni, almost hari-hari goreng ikan tu. Of courselah ada lauk lain sekali. Ikan tu jadi ulam hehee.. Anak-anak pun suka bila goreng garing. Part yang garing tu yang diorang suka. Yang tak garing diorang tak nak. Gitu pulak!! So, sekarang, bila nak beli ikan, mesti Neeza order kembong kecik tu selalu. 2 kilo dalam 4 5 hari je kot. Ayam daging dah agak kurang dalam rumah ni.



Kalau di Malaysia, ikan dah naik harga, Alhamdulillah, di sini ikan masih maintain harganya. Mungkin sebab Pak Arab tak reti sangat makan ikan. Kalau makan pun, ikan yang besar gedabak tu. Pada Neeza boleh lah sekali sekala sebab isi dia tak sedap sangat. Kalau masak pun, budak2 kurang makan. Membazir aje.


Ikan apakah pilihan anda???

Saturday, December 20, 2008

Hari-hari yang sejuk


Suhu di Jubail semakin rendah sekarang. Tak pasti pulak berapa suhu diluar tapi 3 4 hari lepas, ada ternampak kat tepi jalan tu, dalam 11 Celcius. Dalam rumah perlu sentiasa di on kan heater. Kalau tidak, sakit kepala sebab terlalu sejuk. Kalau keluar, memang lah lagi sejuk especially waktu pagi. Baju 2 3 lapis sudah semestinya perlu dipakai. Kalau ikutkan nak keluar pun malas. Lebih best duduk dalam rumah dan tidur berkelubung saja. Tapi, kalau langsung tak keluar, nak makan apa kan? Groceries kena jugak beli. Sejuk-sejuk macam ni, perut lagi lah cepat lapar.


Semalam, kami keluar ke grocery store favorite kami di Huwaylat. Banyak lagi grocery stores lain tapi P@nda lah yang paling Neeza suka. Tak tahu lah kenapa. Mungkin arrangement dia lebih teratur. Mungkin juga Neeza dah terbiasa dengan arrangement dia. Jadi, Neeza tahu dimana letak benda yang Neeza nak cari. Lagipun ianya tak crowded sangat macam sesetengah tempat lain. Semuanya nak di cramp di satu tempat. Bukan setakar orang boleh lemas, barang-barang tu pun lemas rasanya hehehee...


Kalau nak kata murah sangat, tak semua barang murah. Biasalah tu. Setiap grocery store ada barang yang murah dan ada yang mahal. Jadi, kalau nak beli barang specific, kena cari tempat yang specific lah. Macam formula milk Shahmey, kami tak beli di P@nda. Kami cari di S@meway. Kalau nak beli buah, P@nda kira okay jugak. S@meway pun okay. Kalau nak beli daging, Neeza sangat lah prefer P@nda sebab daging dia tak berbau lembu! Kalau di Gi@nt dan S@meway, daging bau lembu.. tak larat.... :(.


Since anak-anak Neeza suka makan fruits dan sekarang ni mereka still cuti sekolah, banyak lah jugak kami beli buah semalam termasuklah buah merah ini. Gambar ni diambil bila teringat nak ambik gambar. Dah nak habis pun ;).





Sebelum ni pernah beli sekali tapi sangatlah tak comel rupanya. Jadi kali ni Neeza beli 2 biji sajalah sebab takut dapat yang tak comel lagi. Bila balik rumah, Neeza belah dan makan dengan anak-anak dan Abahnya. Alhamdulillah.. manis rasanya. Ulas-ulasnya merah menyala. Tak mengecewakan. Ralit betul diorang makan. Shahmey pun makan sama dengan biji-bijinya dia telan. Anak dara 2 orang tak makan biji. So, jenuhlah diorang asingkan bijinya lepas gigit isi lembut yang kecik tu ;). Dah habis sebiji, Sophea mintak lagi sebiji. Memang besar buah Delima ni tapi since manis dan sedap, mungkin dia tak puas. Jadi, belah lah lagi sebiji. Dah habis! Nanti nak beli lagi lah.. Hopefully dapat yang comel lagi :).


Neeza memang suka kalau beli something dan tengok anak-anak makan dengan seleranya sebab anak-anak Neeza ni susah nak makan sebenarnya kalau diorang tak betul-betul suka. So, Neeza akan beli things yang diorang minat makan saja. Biarlah Umminya tak suka sangat pun...




Friday, December 19, 2008

Untungnya kami :)



Entry ini adalah entry untuk menjeleskan sesiapa yang berkaitan (read: malaysian di Jubail).


Kelmarin hari Rabu. Seperti selalu, setiap 2 minggu kami akan adakan sesi 1 jam ceramah agama daripada ustaz yang telah kami (Kelab Rakyat Malaysia Jubail / KRMJ) lantik. Tujuan utama majlis begini ada 2 iaitu untuk merapatkan hubungan sesama kami dan juga sebagai pengisian rohani. Walaupun ada ceramah agama, malaysian yang bukan beragama Islam ada juga datang tapi diorang tak join lah ceramah ni. Join makan saja.


Haaa... yang nak bagi jeles ni ialah bab makan. Ish.. gambar tak ambik pulak. Tapi takpe lah. Semalam punyalah tak ramai orang datang. Rasanya problem communication sebab ada yang ingat, program ni akan disambung pada Januari. Neeza cuma tahu yang program ni berlangsung semalam, dalam 2 hari sebelum tu. Dengar kata email dah dihantar tapi tak pasti pulak kesahihannya sebab biasa lah.. email cuma dihantar kepada breadwinner. Kalau kebetulan breadwinner is a female, dapat lah email tu. Kalau tidak, rabbatul manzil-rabbatul manzil (surirumah dalam bahasa Arab) ni memang lah tak tahu. Nasib baik Kak M (wife president) ada bagi tahu Neeza masa dalam kelas Arab tu.


Kaum rabbatul manzil yang datang cumalah 6 orang termasuk Kak M. Kaum breadwinner lelaki tak pasti pulak. Lebih sikit daripada kami sebab ramai yang datang tak bawak the princess of the house (makna rabbatul manzil secara bahasa) mereka.


Ada seorang sahabat baru balik haji. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang sememangnya hanya dia yang dapat rasa. Bertuah kami yang belum pergi haji ni dapat dengar pengalaman yang sudi beliau kongsikan. Terima kasih...


Food??? Banyak sesangat. Makanan berat yang Kak M masak ialah meehoon goreng merah sedap. Kak S pulak order paratha (ala ala roti canai) sebanyak 200 keping!!! Banyakkan.. 3 minggu lepas order separuh dari tu rasanya tapi tak cukup sebab orang ramai. Jadi, ingatkan orang lebih ramai datang sebabnya ramai malaysian baru telah sampai ke Jubail ni. Tapi tidak rupanya.. Again, neeza rasa masalah komunikasi and misunderstanding.


Food lain ialah kuih muih yang sememangnya menarik dan mempunyai pelbagai warna. Kak Z buat kuih gulung yang comel. Z pulak buat karipap. Yang lain-lain ada lagi tapi tak pastilah sape yang buat.


Bila dah food berlebih gitu, sesi tapau pun dijalankan diakhir program. Masing-masing bawak balik meehoon dan roti paratha yang memang banyak tu. Kak S buat kuah Dal mamak style. Sedap sungguh. Breakfast Brunch semalam, kami makan meehoon dan roti paratha. Kenyang sampai petang. Tak lunch dah la.. Terus dinner je ;).


Moral of the story - lain kali datang tau yang lain-lain tu ;).

Tuesday, December 16, 2008

Apa istimewanya kita?



"Berapa gaji awak?"

"Tak banyak. $2300 saja.."

"Aik! kenapa awak datang sini ya. Kan sikit tu.."

"Habis tu.. kalau dah gaji saya dikampung lebih rendah, baiklah saya datang sini"


Pada sesetengah orang, mungkin sikit. Tapi, bagi sesetengah yang lain, besar nilainya. Bagi orang yang bergaji 5 angka, $2000 memang sikit. Tapi bagi yang bergaji 3 angka, $2000 ialah satu angka yang tidak pernah terfikir oleh minda.


Persoalannya:


  1. mengapa mesti kita beri syarat kepada sesiapa sahaja untuk mencari rezeki dimana yang dia suka dan selesa?

  2. Perlukah kita pandang rendah pada orang yang bergaji kurang daripada kita?

  3. Apa istimewanya kita hinggakan kita rasa kita sahaja yang boleh mencari rezeki disesuatu tempat - orang lain tak layak sebab orang lain tak setaraf dengan kita?



Mungkin ada yang tak nampak apa kaitannya 3 soalan di atas dengan dialog yang diberi. Biarlah Neeza sahaja yang tahu.


Cuma, apa yang Neeza nak tulis disini ialah, manusia sama sahaja di sisi Allah. Tiada seorang manusia pun diperbuat daripada emas atau intan berlian. Kalau kita tengok isi daging masing-masing dan asal kejadian, semuanya sama.


Tapi, bila manusia mula mempunyai harta, ada yang sombong dan lupa diri. Dia rasakan dia lebih baik daripada yang lain. Dia merasakan orang lain tak setaraf dengannya. Orang lain tak sesuai untuk berdampingan dengannya.


Bila cerita bab rezeki, kita tahu ada orang dikurniakan Allah dengan rezeki yang lebih dan ada orang dengan rezeki yang kurang. Memang tak dapat dipersoalkan benda ni. Tapi, tahukah kita bahawa orang yang mendapat rezeki yang kurang mungkin jauh lebih bahagia daripada kita yang mempunyai rezeki yang lebih?


Sesetengah orang, bila duit banyak, idea untuk menggunakan duit itu lebih luas. Contohnya, nak beli kereta besar, rumah besar, baju branded dan sebagainya. Lepas tu, bila tengok orang lain dapat beli benda yang lebih besar/mahal, hati pun mula tak senang. Since duit tu ada, jadi, apa salahnya beli jugak. Nanti orang kata tak standard pulak. Lepas tu, rasa tak layak nak berkawan dengan orang lain yang tak mampu untuk mengadakan semua tu. Nanti, kalau berkawan, kawan yang banyak duit tu pandang rendah pulak kat dia. Walhal mungkin tidak sama sekali pun...


Tapi, kalau dah takde duit, nak beli dengan apa? Jadi, duduk diam-diam sudahlah. Bahkan, hati rasa tenang sebab tak perlu ada rasa untuk berlumba dengan orang lain. Orang nak kata apa, biarlah. Dah rezeki kita banyak tu kan. Teringat pulak baru-baru ni ada sorang kawan tanya pasal kufur nikmat. Agaknya itulah yang dikatakan kufur nikmat. Bila dah banyak sangat duit/harta, mulalah kita lupa diri. Nauzubillah.


Kita juga perlu ingat bahawa tanpa sumbangan si bergaji yang lebih rendah daripada kita, tak mungkin kita akan bergaji tinggi. Contohnya pemilik banglo dan pekerja buruh yang membina banglo tersebut. Agak-agaknya, ada ke pemilik banglo buat sendiri rumah dia? Adalah kot sorang dua yang memang kerjanya buat rumah. Tapi rata-rata tak akan buat sendiri. Mesti akan upah ataupun kotrakkan pembuatan rumah tu. Jadi, tak payahlah kita berlagak macam "I own everything!".


Lagi satu contoh, CEO dan pemandu sebuah syarikat pengangkutan. Kalau barang-barang yang dimuatkan ke atas lori tak di bawa oleh pemandu, macam manalah CEO tu nak dapat duit (keuntungan) dari perniagaan yang dibuat?


Neeza cuma nak tunjukkan yang setiap orang daripada kita adalah penting didalam aspek tersendiri. Tiada siapa yang lebih dan tiada yang kurang. Tiada gunanya kita sombong dan bongkak. Tiada istilah, "Hanya aku yang layak berada disini.."


Untuk diri ini, Neeza sentiasa berdoa pada Allah agar dijauhkan daripada rasa dengki khianat dan riak takabbur ni sebab apa yang kita ada didunia ini hanyalah sementara. Kita pinjam sahaja semua ini kerana ianya bukan milik kita pun. Kita cuma berusaha untuk mendapatkannya. Yang kekal adalah akhirat... Wallahu'alam.


Sama-samalah kita fikirkan...

Monday, December 15, 2008

Semangat sungguh la.. ;)



Semalam sepatutnya kami dah start kelas di Da'wah Centre. Pagi-pagi lagi dah bersiap. Ada 3 bas kesemuanya dari 3 tempat berbeza mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah tu. Dalam bas yang Neeza naik, cuma ada 5 orang termasuk Neeza. Mungkin ramai yang masih beraya ataupun bercuti.


Driver bas tu lambat sikit sebab dia tak tahu yang kelas dah start. Kak N call dia tanya. Kelam kabut dia bangun. Agaknya mengantuk dan tidur semula lepas Subuh. Driver ni bawak orang pergi haji baru-baru ni dan dia tiba di Jubail pada Jumaat lepas. Mestilah penat sebab dia yang bawak bas!


Sampai aje kami di kelas, rasanya adalah dalam 10 orang yang datang. Takpelah tu. Lagi sikit orang lagi bagus sebab kelas semalam ialah kelas mengaji. Jadi, kalau tak ramai, cepat sikit sampai turn untuk mengaji tu. Kami tunggu dan tunggu dalam 10 minit. Administrator datang bagi tahu yang Ustazah kami tak dapat dihubungi. Ada student kata, dia bercuti. Tapi, memang dia tak call pun administrator tu.


Setelah beberapa kali dia call tapi tak dapat, dia kata, most probably memang Ustazah kami tak akan datang. Maknanya... kami keluar rumah sesaja lah. Ambil angin sejuk saja. Tapi takpelah. Niat kami untuk belajar dah ada. Semoga mendapat pahala sama seperti orang yang belajar. Insyaallah..


Kami beramai-ramai (tak ramai pun sebenarnya) turun kelas dan naik bas semula. Bas hantar kami. Neeza orang pertama di hantar. Tiba dirumah lebih kurang jam 9.30 pagi. Memang lah awal. Kalau tidak, 11 pagi baru tiba rumah. Since tak tahu nak buat apa, macam terajin lah pulak nak kemas closet. Lipat semula baju-baju Abang dan Shahmey. Baju-baju Shahmey kena susun semula untuk tinggalkan space untuk baju-baju orang baru ;). Insyaallah...

Tuesday, December 2, 2008

Kenapa mimpi gitu?



Semenjak dua menjak ni, Neeza selalu mimpi dapat baby lah, ada kat hospital lah, kena operate lah dan sewaktu dengannya. Semalam, mimpi lagi. Neeza pergi hospital dan nurses prepare untuk Neeza bersalin. Tapi, Neeza terperasan diorang ingat Neeza ni bersalin normal. Then ada lah yang cakap, dia ni bersalin caeserian. Ngeri pulak kalau betul-betul diorang tersilap. Mungkin terlalu fikirkan sangat pasal ni kot. Tu yang mimpi bukan-bukan aje.


Macam mana ya rasa bersalin di sini? Takutnya la bila nak fikir sebab first time kan. Setakat bersalin 3 anak ni, Neeza memang opt untuk 100% anaesthetic. Kali ni pun rasanya nak macam tu jugak sebab tak sanggup nak tengok doctor belah perut. Tapi kan, macam mana lah agaknya masa tengah operation tu Neeza terjaga? Aduh!!! Tak sanggupnyaaa... Dah la, tak nak fikir lagi. Baik doa je kan.. :)


Monday, December 1, 2008

Bulan berubah, cuaca bertukar



Akhirnya, Neeza decided to use this link for my new backgorund. Thanks to Raihah and everyone else yang bagi idea tu :). Jazakallahu Khairan.. Dah tak geram dah walaupun letih juga nak type semula link yang hilang lesap di alam maya tu.


Hari ni dah masuk 1 December 2008. Kalau 2 bulan dulu, cuaca sangatlah panasnya diluar, sekarang tidak berapa lagi. Dalam bilik ni pun, suhu hanyalah 23 Celcius walaupun tak pasang air cond. Sejuk memang sejuk cuma belum sampai tahap untuk pasang heater sebab bila tengahari menjelang, kat luar matahari terik. Jadi, tak lah sejuk sangat. Winter dah datang! Ehemmm.. winter sini takde snow lah ya. Kalau nak merasa snow pergilah ke arah utara sikit. Ada lah sikit-sikit snow disitu ;).


Satu benda yang Neeza suka tentang waktu sekarang ialah, siangnya pendek dan malamnya panjang. Subuh habis 6.10 am dan Maghrib pula pukul 4.44 pm. Isyak pukul 6.18 pm. Lepas Isyak, aktiviti bebas. Kalau ada aktiviti di luar seperti membeli belah senang sebab tak payah risau kedai kena tutup time solat. Lagi satu, pada sesiapa yang nak berpuasa atau kena ganti puasa, inilah masa yang terbaik sebab siang pendek. Jadi, puasa tak lama dan tak berapa mencabar hahahaa!!! Tak aci betul kan.. ;).


Tapi kan... tak lama lagi, bila cuaca betul-betul sejuk, mula lah tak best sebab sejuk dia tu sejuk sesangat. Kalau rumah ada centralized heater okaylah. Kalau takde, kenalah pasang indiviual heater tu yang panas macam tak berapa sekata. Takkanlah nak duduk aje dekat heater tu kan macam berdiang kat api. Tak buat kerja lain lah jawabnya..


Okaylah itu sahaja.. bye... :)



Friday, November 28, 2008

Talk about cleanliness (kebersihan)



Semua orang tahu apa itu cleanliness (kebersihan) tapi tak semua yang betul-betul menghayati apa itu kebersihan. Semua orang nak nampak bersih dan cantik (kebersihan diri). Sekurang-kurangnya ramai yang suka peribadi mereka nampak kemas melainkan orang itu ada sikit tak betul kat kepala dia lah kot :). Tak dinafikan ada orang yang suka nampak selekeh supaya orang tak kata dia tu berlagak kaya ataupun takde peminta sedekah datang mintak duit darinya :P. Sebenarnya takde orang kata kita berlagak pun kalau kita berpakaian kemas. Lain lah kalau disamping pakaian kemas tu, kita pergi cerita pula kat orang brand setiap helai pakaian kita tu luar dalam. Tu belum termasuk accessoriesnya lagi ;).


Tapi, bersih bukan setakat diri kita sahaja sebenarnya. Cara kita handle sesuatu juga menunjukkan samada kita ni jenis yang bersih atau tidak.


Semalam, kami sekeluarga keluar untuk bersantai di satu tempat di salah satu kawasan di Arab Saudi ni. Ingatkan nak lepak disitu dan pasang tent untuk rehat-rehat. Boleh juga solat disitu. Disini, biasalah solat di tengah park. Cuma, Neeza segan lah nak solat di tempat terbuka. That's why minta En. Abang pasang tent. Sebelum kami pasang tent, helper kami ke hammam (toilet) di situ untuk *toot*. Tak berapa lama kemudian, dia datang nak cerita,

"penuh b*r*k!! disemua tempat. Kotor!"

Yuck!! Gelinya laaaa.. nasib baik lah Neeza tak masuk ke situ lagi. Kalau masuk agaknya, mahu tak makan 5 hari hehee.. (boleh caya ke?). Tapi memang menjijikkan betul. Bila Neeza perhati sekeliling, kebanyakan pengunjung berbagsa ar@b sebab wanitanya berkelubung sampai tutup mata. Kalau bangsa lain macam Ind1a ke, ada juga yang pakai tutup muka tapi mata still nampak. Ar@b je yang tutup muka habis ni. Ada ar@b s@udi dan ada sikit lah kot ar@b bukan s@udi.


Air di toilet tu pula kecik (kata helper kami), jadi tak boleh lah nak dijirus najis-najis tu. Geli sungguh laaaa. Langsung terbantut niat kami untuk buka tent dan lepak di situ. Lagipun, tent tu tak boleh pasang pun sebab first time nak try pasang kat situ hehehehh.. Kami berangkat dan pergi ketempat lain yang menyediakan tempat solat.


Persoalannya, kenapa lah diorang ni tak menjaga kebersihan. Neeza rasa, mungkin ada cleaner yang ditugaskan untuk mencuci tapi rasanya cleaner tu pun tak larat kalau setiap kali orang keluar toilet, kena cuci sisa sisa buangan aje. Mungkin dia tunggu petang, baru lah di basuh. Tapi, memang suffer lah siapa yang masuk toilet tu. Mak mak arab (sesetengahnya) ni pandai cakap je sebenarnya tapi tak praktik pun.


Teringat cerita seorang kawan disini yang masuk ke toilet di kawasan berdekatan. Anak kakak ni nak masuk untuk p**. Kakak ni cuma tunggu di luar. Lepas tu seorang mak arab tegur kakak ni dan tanya samada budak tu anak kakak ni. Kakak ni mengiyakanlah. Then, mak arab ni suruh (bagi arahan gitu) kakak ni tengok anak dia p**. Katanya, nanti anak dia p** bersepah-sepah. Kakak ni pun apa lagi, 'sekolah' kan lah mak arab ni. Kakak ni kata, anaknya pandai uruskan diri dia. Lepas ni mak arab ni insist Kakak ni tengok juga anak dia. Katanya nanti kotor toilet. Kakak ni geram, dia tegaskan yang anak dia memang tahu cara-cara nak p** di toilet. Dia akan basuh dan melepaskan di tempat yang disediakan dan bukanlah dilantai. Dia akan flush dan sebagainya lah. Then Kakak ni tambah lagi, anaknya bukan macam kaum bangsa mak arab ni yang buat benda-benda kotor macam tu termasuklah sepah-sepah kan diapers walaupun tong sampah tu kat sebelah aje. Banyak lah lagi kakak ni bebel. Mak arab tu macam bengang dan bebel balik dalam bahasa arab. Kakak ni terus keluar je toilet.


Bangsa diorang ni memang pandai menegur orang bangsa lain tapi bila tiba bangsa dia, tak nak pulak dia tegur. Diam aje pulak. Tak faham sungguh la...

Thursday, November 27, 2008

Sekolah mana yang terbaik?



Sometimes ago, Neeza ada cerita pasal sekolah di blog ni. Mungkin caranya berbeza kali ini. Lagipun, setelah setahun lebih sikit berada di sini, Neeza boleh ulas lebih sikit daripada dulu. Sekali lagi Neeza perlu ingatkan kepada sesiapa yang bertanya, apa yang Neeza tulis disini hanyalah applicable untuk Al Jubail sahaja. Di tempat-tempat lain di Arab Saudi ni, keadaan mungkin berbeza sedikit atau banyak :).


Biarlah Neeza senaraikan nama sekolah yang terdapat (setakat yang Neeza tahu) disini sebagai perbandingan. Walau bagaimanapun, ada yang Neeza tahu yurannya ada ada yang Neeza tak tahu.


  1. Al H00sam Arabic School

    Sekolah ini sudah agak lama di tubuhkan dan agak establish di Al Jubail. Ia adalah international school tapi bahasa penghantarnya ialah 100% arabic. Kalau anak-anak ada asas bahasa arab, mungkin membantu. Kalau tiada asas bahasa arab, mungkin susah sikit sebab memang segala subjek diajar dalam bahasa arab. Tapi, rasanya mungkin ada 1 subjek English di ajar. Tenaga pengajar, sudah tentunya berbangsa arab juga.

    Yuran, Neeza tak pasti. Rasanya tak sampai SR15K setahun. Kebanyakan pelajar sekolah ini adalah arab yang bukan dari Arab Saudi.


  2. Mar1ya International School

    Usia sekolah ini baru mencecah 1 tahun lebih sikit. Memang sangat baru. In fact, anak-anak Neeza dulu masuk sekolah ini. Ada beberapa sebab kami masukkan anak-anak sekolah ini dulu. Pertama ialah, ia adalah yang paling dekat dengan kediaman kami. Cuma 10 minit jalan kaki (kalau nak jalan la.. tapi diorang naik bas). Tahun ni ada seramai 5 orang pelajar Malaysia disekolah ini.

    Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari pelbagai negara. Guru-guru pula adalah dari India dan Filipino. Ada guru bahasa arab juga yang datangnya mungkin dari salah satu negara arab. Tahun lepas sekolah ni ada ajar asas French. Tahun ni tak pasti pula sebab anak-anak Neeza tak sekolah disitu lagi. Kurikulumnya banyak mengikut kurikulum sekolah Pakistan sebab Vice Principlenya adalah Pakistan. Pelajaran Agama Islam asas ada diajar.

    Yurannya, kalau tahun lepas, setahun hanyalah SR10K bagi pelajar bawah 9 tahun. Ini termasuklah yuran bas dan baju sekolah. Kami tak pasti tahun ini dia cover atau tak lagi baju sekolah tu.

    Ada personal opinion yang kurang best didengar mengenai sekolah ini tapi biarlah ianya tidak ditulis disini. Lagipun personal opinion kan :). Kalau sesiapa yang berkenaan nak tahu, datang nanti boleh bercerita panjang :).


  3. Eqra International School

    Sekolah ini lebih besar daripada Mariya Int School dan telah agak lama ditubuhkan. In fact, kami pernah tengok ada iklan di sekolah ini yang menghantar pelajar mereka ke Malaysia untuk sertai 1 exhibition. Scince exhibition kalau tak silap. Tenaga pengajar datang dari pelbagai negara tapi yang ramainya Filip1na dan Ind1a lah.

    Jumlah pelajar pun lebih ramai dan nampak lebih terbuka berbanding dengan Mar1ya Int School. Rasanya sekolah ini ada pelajar sekolah menengah juga. Kurikulumnya Neeza tak pasti ikut negara mana.

    Yurannya ialah SR12K ke atas bergantung kepada umur. Bus fee tak termasuk kalau tak silap. Sekolah ini agak dekat Jubail Town.


  4. Pakistan International School

    Seperti namanya, kebanyakan pelajar sekolah ini datang dari Pakistan dan rasanya guru-guru juga dari sana. Yuran Neeza tak pasti pula. Setakat ni takde Malaysian yang hantar anak kesini lagi.

    Location sekolah ini jauh sikit je dari Jubail Town tapi dekat dengan kedai kereta Toyota hehee..


  5. Indian Internatioanl School

    Sama seperti Pakistan Int School juga. Cuma, sekolah ini lebih besar dan lebih ramai sebab masyarakat Ind1a di sini memang ramai. Yurannya tak pasti pula. Setakat ni memang tiada pelajar Malaysia disini.


  6. Jubail International School (JIS)

    Sekolah ini antara favorite school Malaysian disini. Kenapa? Tak pastilah pula. Sekolah ini dulunya ada beberapa branch tapi semenjak tahun lepas, selepas kerajaan Arab Saudi mewajibkan sekolah mengasingkan lelaki dan perempuan, branchnya dipecahkan kepada sekolah lelaki dan sekolah perempuan sahaja.

    Kurikulumnya adalah mengikut British curriculum tapi tenaga pengajar kebanyakannya datang dari India. Tak pasti sama ada sekolah tu ada western teachers atau tak. Pelajaran agama Islam (asas) ada diajar disekolah ini.

    Disebabkan teachers kebanyakannya dari Ind1a, mereka juga result oriented. Ada juga personal opinion tentang sekolah ini tapi tak sesuai untuk cerita disini.

    Yuran sekolah ini bermula dari SR14K ke SR20K setahun (kalau tak silap). Lokasi sekolah ini dekat dengan Fanateer (Royal Comission). Lebih kurang 15-30 minit dari Jubail Town.


  7. International Scool Group (ISG)

    Sekolah ini mempunyai pelajar antarabangsa yang paling ramai (dari semua pelusuk dunia). Tenaga pengajarnya pula dalam 80% adalah westerners yang datang dari US, UK dan South Africa.

    Kurikulumnya adalah 100% American/British. Tiada pelajaran agama Islam kepada pelajar primary di ajar buat masa ini tapi ada diajar asas bahasa arab. Sekolah ini lain daripada sekolah yang lain sebab pelajarnya bercampur lelaki dan perempuan (macam di Malaysia lah). Oleh sebab itu juga lah rasanya setiap pelajar yang hendak mendaftar disini perlu mendapatkan muslim approval daripada kementerian pelajaran arab saudi di Riyadh. Proses ni cepat saja kalau kita pergi sendiri ke Riyadh tu. Tapi, kalau tunggu pihak sekolah yang tolong hantar, mungkin memakan masa berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun selama-lamanya ;).

    Boleh dikatakan sekolah ini adalah yang paling leisure sebab tiada uniform khusus. Hanya t-shirt putih dan dark blue pants. Pelajar primary ada yang pakai jeans biru pun :). Memang santai pelajar-pelajarnya.

    Yuran pula adalah dari SR40K - SR60K setahun bergantung kepada umur. Sekolah ini ada pelajar sampai Grade 9 (junior high).


Itu sahaja lah sekolah yang Neeza tahu. Mungkin ada beberapa sekolah lain yang kecil-kecil tapi memang tiada Malaysian disitu. Kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin boleh datang sendiri ke sekolah berkenaan dan bertanya dengan administrator di situ.

Juga, setiap pelajar perlu menduduki placement test sebelum masuk sekolah untuk menentukan grade yang sesuai.


Wednesday, November 26, 2008

Nak cari rumah ke?



Kelmarin dalam kelas Bahasa Arab, kami belajar conversation (temubual) antara mustakjir (tenant) dan muajjir (landlord) - Sorry! kami tak install character arabic di laptop ni. Jadi tak boleh tulis arab lagi disini :). Baiti ialah rumah (yang didirikan di atas tanah dan Shaqqah ialah apartment ataupun flat. Tapi entry ni bukanlah untuk belajar bahasa arab sebenarnya.


Tujuan entry ini ditulis ialah untuk menjawab pertanyaan seorang insan yang mungkin akan kesini tak lama lagi. Bertambah lagi rakyat Malaysia di Al Jubail. Ahlan Wasahlan :).


Since pertanyaan itu berkaitan dengan Al Jubail, biarlah Neeza tulis secara category. Itupun setakat pengetahuan Neeza lah ya. Bila Neeza kata Al Jubail, ini bermakna, ianya relevant di sini sahaja. Kalau tempat-tempat lain di Saudi ni, memang lain lah. Banyak juga bezanya.




  1. Rumah (Baiti)

    Kebanyakan rumah ditempatkan di area lebih kurang 15-30 minit dari Jubail Town. Kami panggil area tu Fanateer. Ada juga yang panggil Royal Commmission area. Ada rumah teres, berkembar, banglo (single storey atau double storey). Triple storey mungkin ada tapi rasanya tuan dia duduk sendiri. Yang pastinya semua penempatan untuk rakyat luar adalah secara SEWA. Warga luar memang tak boleh ada real estate disini. Lagipun, bukannya murah nak buat rumah disini. Kalau takde SR1 juta ke atas, duduk diam-diam aje lah. Lagi pun bukan besar pun rumah yang dibuat dengan nilai SR1 juta tu.

    Range harga rumah sewa adalah dari SR40K - SR60K setahun. Kalau bernasib baik, mungkin dapat yang SR30K dan yang sekitarnya tapi sejak ekonomi tak berapa nak okay ni, rumah dah naik sewa.

    Ada rumah kosong (unfurnished), ada yang partly furnished (mungkin dia bagi sikit-sikit furniture ataupun alat elektrik yang asas seperti washing machine, fridge dan aircond. Ada juga yang fully furnished. Semuanya bergantung kepada landlord. Kadang-kadang rumah tu memang dia pernah duduk sebelumnya dan dia tak nak ambil furniture lama. Jadi, penuh lah furniture dan segala mak nenek dalam rumah tu :).

    Nak sewa rumah atau apartment, perlu melalui real estate. Di sini memang banyak real estate. Pergi aje tanya yang mana berkenan.


  2. Apartment (Shaqqah)

    Apartment memang banyak di Jubail Town. Kalau tinggal di Jubail Town, meriah sikit sebab kedai-kedai banyak di sini. Happening lah sikit especially kepada encik encik yang suka nak menge'teh' tu :). Kalau tinggal di Fanateer, ada juga tempat menge'teh' tapi mahal lah sikit sebab area rumah mahal kannnn... ;).

    Range harga Shaqqah ni daripada SR15K - SR30 setahun bergantung kepada jumlah bilik, size rumah dan beberapa aspect lain. Biasanya apartment ni adalah apartment untuk family dan biasanya unfurnished. Disini apartment tak campur family dan single. Single apartment ini adalah untuk lelaki sahaja. Tiada apartment untuk bujang perempuan sebab perempuan tak boleh datang duduk sini seorang diri melainkan mereka adalah lecturer, nurse ataupun tukang cuci (buruh kasar). Mereka memang disediakan penempatan tersendiri.

    Ada juga furnished apartment (kebanyakannya untuk single) dan harganya memang 'murah sangat' hehee.. Sebulan (BUKAN SETAHUN) dalam SR4K-SR6K. Kalau untuk sementara okaylah kot. Kalau untuk lama-lama, faham-faham aje lah kan :). Lainlah kalau memang company bagi duduk situ dan diorang tak bagi allowance.


  3. Compound area

    Rumah di compound mahal sikit sebab ada security jaga. Ada yang mencecah SR80K setahun. Pada kebiasaannya rumah compound ni company bagi kepada those yang dia tak bagi allowance rumah. Memang tak kisahlah harga dia berapa sebab company yang bayar.


  4. Cabin

    Cabin ni adalah untuk pekerja buruh. Rasanya takde lagi rakyat Malaysia yang datang sini tinggal di cabin. Tapi, kena explain juga sebab manalah tahu kot ada yang ternampak cabin santai kat tepi jalan kan... :)


  5. Tidur tepi jalan

    Siapa yang sanggup, boleh lah cuba. Kalau tak kena tangkap dengan murur (polis) kira nasib baik la.. hehee.. gurau aje tau... :)


Sekian untuk kali ini. Kami? Kami tinggal di Shaqqah saja buat masa ni. Jimat duit sikit. Biarlah orang nak kata kami kedekut ke, sayang duit ke, kami tak kisah. Yang penting kami bahagia :)). Alhamdulillah...

Tuesday, November 25, 2008

Chestnuts / Buah Berangan (Daydream fruit? ;))



Beberapa hari lepas, Kak M bawak buah berangan yang dah di bakar dalam oven ke kelas. Syukran Jazilan... Neeza ada nampak buah berangan atau chestnuts ni di jual di Panda (grocery store di sini). Murah sangat kalau nak dibandingkan dengan yang kita beli di Genting Sempah tu ;). Sebungkus yang rasanya ada dekat 30 biji baru SR7.50 (kalau tak silap la). Tapi... dan tapi lagi... ianya mentah! Belum di masak. Kalau nak masak, kena cari pasir atau cara yang lebih mudahnya bakar saja dalam oven. Neeza pun baru tahu cara ni. Jadi lepas ni, boleh lah beli buah berangan dan toast aje!


Dalam bas, on the way balik rumah, Neeza berborak dengan Kak N tentang buah berangan ni. Katanya, anak dia tak suka buah berangan. Mungkin sebab ianya adalah buah orang kampung. Neeza kata, bukan makanan orang kampung tapi makanan tupai! hehee.. Selalu dalam cartoon, tengok tupai chipmunks tu selalu makan buah berangan ni kan.






Balik rumah pulak, Neeza cakap lagi pasal buah berangan ni dengan Encik mister. Dia kata, tak main lah makan buah berangan. Tu buah hutan. Dia cuma makan buah bandar aje. Elehhh.. ngada ngada betul...


Tak kisah lah, buah kampung ke, buah hutan ke, makanan tupai ke, Neeza tetap suka buah berangan ni. Tapi satu benda yang Neeza musykil, kenapa nama dia buah berangan? dan dalam English pulak chestnuts? Boleh tak kita panggil dia daydream fruit (buah berangan) atau kacang dada (chest nuts)?? hahaha!! sesuka hati Neeza aje kan :P.


Edited to post:

Di atas permintaan my dearest adik yang katanya my beloved niece and nephew suka makan buah berangan ni, neeza tuliskan cara-cara nak masak buah berangan ni. Oh well... bukan lah bermakna Neeza pernah buat ya. Tadi, g00gle dan dapat cara toast dia. Sila lah ikut kalau rasa best hehehhh..

Cara membakar buah berangan ada 2:

1. Bakar dalam oven

Basuh buah berangan tu. Kemudian, hiris sikit kat bahagian yang ada macam circle (bulatan) kat muncung buah tu. Sikit saja tau. Ini untuk elakkan buah tu daripada meletup macam mercun bola kat dalam oven tu. Lepas tu, susunkan buah berangan dalam oven. Seelok-eloknya alas lah sikit dengan baking pan. Then sprinkle buah tu dengan air garam. (Kak M ajar, rendam dulu buah berangan dengan air garam sebelum bakar. Tapi Kak M tak kerat pun buah tu rasanya). Boleh cuba lah. Lepas tu bakar pada suhu 400 F selama 20 minit. Kalau ikut cara Kak M yang tak kerat buah tu, dia bakar dengan suhu 350 F selama sejam. Logiklah kot sebab tak kerat kan. Jadi, lama lah sikit nak masak.


2. Goreng guna pasir

Ambil pasir pantai atau apa apa pasir yang bersih (Jangan pulak curi pasir kat kawasan binaan ya. Nanti kena kejar dengan bangla kerja kat situ). Lepas tu masukkan buah-buah berangan dan goreng sampailah masak. Yang ni leceh sebab kena berdiri kat kuali tu macam pak pacak!


Itu aje ye dik. Cuba lah.. nanti kalau jadi, tolong post ke Jubail ni hehehhh...



Monday, November 24, 2008

tanya soalan..



Ada orang tanya kat message box,

"Kereta kat Al Jubail berapa?"

Subjektif sungguh soalan tu. Dia tanya Neeza ada berapa kereta ke? Tapi macam tak logik sebab apa hal pulak nak tanya kereta orang kalau dia tak kenal kita kan.. :). Mungkin juga dia nak tahu berapa harga kereta disini.


Kalau harga, dalam dunia ni rasanya takde satu negara pun yang jual satu jenis kereta yang sama di seluruh negara. Walaupun Malaysia ada mengeluarkan kereta Proton, ia masih lagi jual berpuluh-puluh jenis kereta jenama lain.


Samalah macam di Al Jubail ni. Harga kereta bergantung pada jenis kereta. Cuma, apa yang Neeza boleh kata, harga kereta baru di sini rata-rata hampir 50% kurang daripada harga kereta di tanah air. Mungkin sebab tax nya sangat rendah. Untuk confirm sebab sebenar kenapa harga dia lebih rendah ni, Neeza kena pergi tanya kementerian yang uruskan hal penjualan kereta lah heheee.. Tapi, Neeza tak pergi lah tanya sebab takdek lah kerjanya kan. Bukannya Neeza ada business import export kereta pun :P.


Bila beli kereta disini, perlu bayar insurance (biasalah tu..). Tapi di sini takde road tax / cukai jalan. Maknanya takdelah terlekat kertas comel berwarna-warni kat cermin kereta tu :). Biasanya cermin depan kosong aje melainkan ada pas-pas masuk tertentu.


Lesen memandu pula, bergantung kepada tempat. Kalau di Al Jubail, international license tak boleh convert kepada lesen tempatan. Laa'! (Tak boleh). Kalau di Yanbu (daerah di sebelah barat laut Arab Saudi), boleh pulak. Padahal Al Jubail dan Yanbu berada di negara yang sama. Jangan lah tanya kenapa ya sebab Neeza pun lupa tak tanya pada Menteri Pengangkutan dia.. kenal pun tak.. hehee..


Itu sahaja cerita hari ni. Hehehe.. ngelat sebenarnya sebab tak tahu nak tulis apa. Jadi, ulas aje lah benda ni secara panjang lebar.. kehkehkehhhh..

Friday, November 21, 2008

A feast for our big family


We rarely, rarely... had our gathering with all of us in Al Jubail are invited. Recently, the guys (of course it has to be the men - since when women have a power of saying here? - okay, I am just kidding) have launched our own communitee in this small city . . It happened spontaneously in an occasion whereby they men decided to have a Malaysian Club in Al Jubail.


Firstly, I don't know if the club's name is right. Second of all, I don't really know who were appointed as who and who (the committee). What I do know is, everytime 'the men' decided on anything, 'the women' had to settle on preparing the food.. uuuwwaaaa!!! Oh well, I know there are a few (or perhaps one or two) who let their wives relax, don't do anything about the food. They prepared the food themselves. Bravo!!


I just gotta know from someone in the club, the actual name of our club is 'Kelab Rakyat Malaysia Jubail'. Notice the word rakyat malaysia? Currently, we have Indians, Chinese and Malays. Not to forget Melanau. We do have 2 of them here :). We are so Malaysian ;).


For everyone who doesn't know much about us, the malaysian communitee is getting bigger in Al Jubail. More malaysians are coming. The exact figure is not finalized yet. Let the committee does the tedious work - locate them, get the names and bla bla bla..


Yesterday, we had our first gathering (after the club launching). We planned to have it at a beach camp but all are fully booked. So, we had it at a park very close to our president's residence. In fact, it was actually next to the house - how convenience...


We had a huge meal with lots of dishes. Everyone was assigned on a task. On top of that, they also brought pot luck! From the main dishes to the most light one like 'bledho'. Hey! That's the name of my blog!! hehee.. but, it wasn't me who prepared the bledho. By the way, 'bledho' is jelly or some people call it as agar-agar. There were BBQ (the best part) done by the men! Beef, chicken and seefood were BBQed. There was beef sate too! I can't write all food here since they were a lot.


I didn't even take a picture of the food. I guess to fill my tummy is much more important than taking pictures nowadays ;). My mister took the pictures (that explains why he wasn't in any of the picture taken). The committee has assigned a photographer (a young and available one hahaha!! - he's in Grade 8..) to capture the event.


Almost a day was spent there. We started at 12 noon (many, including us came much much later hehehee...) and ended at 10.00 pm. There were still a few who mingled around to do some accounting job - calculated money in and out (yikes!!).


We (a few of us) also invited our friends in Al Khobar but some of them couldn't make it. Perhaps, we would able to invite many of them to join our feast in the future. The more the merrier right :).


Overall, we especially the ladies had joy and fun yesterday. I don't need to mention that, only in that kind of event all ladies are able to meet with each other and exchange our daily activities (gossiping??) Naaaahhhhh!!!


Lets look at the pictures. Do you recognize any of them?


















Wednesday, November 5, 2008

Hujan di Al Jubail


Takde apa yang pelik pun sebenarnya. Semenjak Neeza berada setahun di sini, memang pernah ada hujan tapi hujannya tak selebat malam kelmarin.


Dari petang lagi, langit dah gelap. Bila masuk maghrib, guruh dan kilat pula. Terasa seperti berada di Malaysia. Lepas tu hujan turun dengan lebatnya. Perancangan kami nak keluar untuk beli barang dapur pun tergendala. Tak sanggup nak meredah hujan. Bukan tak biasa hujan lebat di Malaysia tapi tak biasa hujan lebat disini. Pak arab ni kalau hujan, bawak kereta pun tak tahu lah nak cakap sebab diorang tak biasa drive dalam hujan.


Sangkaan Neeza tak meleset rasanya. Tak lama lepas hujan lebat, dapat dengar siren polis di jalan raya. Rumah Neeza dekat juga dengan jalan besar. Bila bunyi siren, Neeza boleh agak, ada accident lah tu. Walaupun tak nampak, rasanya betul la sebab semalam, masa kami keluar, nampak kaca bersepah dijalan raya.


Semalam, hujan lagi waktu siang, di beberapa tempat. Air masih banyak atas jalanraya. Ada yang hampir 1/2 kaki tinggi. Macam tak surut. Mungkin sebab takde longkang. Maklumlah, kat sini jarang hujan jadi longkang untuk saliran hujan tak perlu. Mungkin kerajaan Saudi kena fikirkan akibat sekiranya hujan lebat tak henti dan longkang takde. Apa akan jadi nanti??

Tuesday, November 4, 2008

Jadual baru dan bayar hutang


Lama betul delay pasal jadual baru ni. Banyak sangat benda nak tulis tapi masa tak ada sangat. Jadi tu lah jadinya. Kena postpone selalu. Hutang pun tak bayar lagi. Bukan hutang duit tapi hutang tag heheee.. Memula cerita pasal jadual baru lah.


Selepas hampir 2 bulan menanti, akhirnya permohonan Sophea diluluskan oleh Kementerian Pelajaran di Saudi (di Riyadh). Disebabkan sekolah itu ialah sekolah American/British, pelajar-pelajar muslim wajib memohon Muslim Approval daripada kementerian. Tak tahulah kenapa.


Kalau nak diikutkan macam tak logik sebab suka hati kita lah nak hantar anak sekolah mana kan. International School lain tak perlukan Muslim Approval pun. Kenapa lambat kelulusan tu? Sebab bulan puasa dan bulan raya... Permohonan Sobhan dah lulus before puasa lagi. Sophea punya ada silap nama sikit (sekolah lama yang silap tulis). Bila kami submit semula, ia mengambil masa yang sangat lama... Well, itulah kehidupan di Saudi. Terima aje lah hakikat tu.


Pendek cerita, since kedua-dua anak dara tu dah mula bersekolah since 26 Oktober baru ni, jadual Neeza juga bertukar. Bertambah pula dengan statu baru Neeza sebagai pelajar! Hehehee.. tak lah.. bukannya sambung Master (tak kuasa nak belajar cam tu.. letih laaa.. hehee). Neeza cuma ambik kelas arab, tajweed dan fiqh - 5 hari seminggu iaitu hari-hari anak-anak sekolah.


Pagi-pagi, lepas subuh, Neeza perlu bergegas kedapur untuk prepare lunch box anak-anak. Sekolah tu takde canteen. Students wajib bawak lunch box atau mereka akan kelaparan. Bagus jugak in a way sebab kita tahu apa anak kita makan kan.


Jam 7 pagi, anak-anak ke sekolah. Neeza pula kena bersiap untuk sekolah Neeza. Lebih kurang 7.40 pagi, bas sekolah Neeza pula sampai. Kelas tu dari 8.30 - 10.30 pagi. Tapi, travelling time lebih kurang 1/2 pergi dan 1/2 jam balik (since bas kena ambik students lain lagi).


Shahmey pun Neeza bawak. Dia duduk di nursery di sekolah tu. Nak bagi dia mix dengan orang sikit. Orang-orang yang seumur dengan dia laaa.. Bagus jugak sebab caretaker kat situ berbangsa saudi. Memang they speak English tapi ada jugak rasanya dia speak arabic. Good for Shahmey! Kalau duduk rumah jawabnya, pandang dinding ajelah dia hehehe...


Neeza sampai rumah semula lebih kurang jam 11 pagi. Dah letih. Biasanya tidur.. hehee.. Kalau tak pun, masak dulu sebab nanti anak-anak balik at 3pm nak makan.


Lepas anak-anak makan, kena tengok homework diorang pulak. Di sekolah baru ni banyak reading material yang mana the parent kena duduk sama-sama untuk tengok diorang baca. Then kena sign the school diary. Jadi, Neeza perlu spend at least 2 jam dengan diorang ni.


Bila jadual berubah, masa blogging pun berubah. Dah tak se free dulu lagi. Entry pun terpaksa pendek-pendek aje. Blog hop pun kejap aje. Tu je lah nak cerita pasal jadual berubah tu... Walaupun gitu, bagus juga sebab ada jugak lah pengisian kan. Walaupun Neeza mungkin tak lah 100% akan terer cakap arab, at least boleh belajar sikit-sikit.


************************************************

Ni kisah nak bayar hutang pulak. Tag ni dah lama sangat tertangguh. Kesian kat Yani. Sorry ya Yani. Baru hari ni akak sempat buat... Okay, kita tengok ya jawapannya...


The rules of the game get posted at the beginning
Each player answers the questions about themselves
At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names,
then goes to their blogs and leaves a comment,
letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog



Starting time : 6.19 pm
Name : Neeza Ramli
Sisters : 1
Brothers : 3
Shoe size : 4 or 5 (keciknyeee hehee)
Height : 152cm (kemetotnyeee)
Where do you live : Al Jubail, Saudi Arabia
Have you ever been on a plane : yupp
Swam in the ocean : only snorkelling?? (tak reti berenang langsung!)
Fallen asleep at school : pernah sangat. Masa sekolah menengah. cikgu tak kisah pun hehee..
Fell off your chair : tak ingat la..
Saved e-mails : banyak! sebab tak sempat nak baca
What is your room like : A bed, a closet, a dressing table and a computer desk!
What’s right beside you: what? meaning a thing kan. I guess nothing..
What is the last thing you ate: I ate sandwiches and chicken sausage this afternoon
Chicken pox : When I was in form 5
Sore throat : always
Stitches : yupp. 3 big ones (had C-sec)
Broken nose : never
Do you Believe in love at first sight : not sure..
Like picnics : if only I don't have to prepare anything
Who was/were…The last person you danced with : my hero - Shahmey!
Last made you smile : again, my hero - Shahmey
You last yelled at : my girls - time ajar ngaji! (not really yell - tinggi suara sikit je hehehhh)


Today did you…
Talk to someone you like : I did - my love ones in the house
Kiss anyone : yes, everyone I love in the house
Get sick : Alhamdulillah, takde
Miss someone : yes... my family in Malaysia


Do you like your hand-writing : not really. I always admire others'
Are your toe nails painted : Tak!
Whose bed other than yours would you rather sleep in : tak suka tido katil orang!
What color shirt are you wearing now : light blue
Are you a friendly person : Insyaallah
Do you have any pets : Nope
Do you sleep with the TV on : rarely.
What are you doing right now : writing this entry
Can you handle the truth : Insyaallah
Are you closer to your mother or father : hard to say
Do you eat healthy : I eat everything


If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : my kids
Are you loud or quiet most of the time : depending on situation
Are you confident : sometimes


5 things I was doing 10 years ago
(I was 24 then..)

- worked as an HR Exec in USJ
- struggled to choose for an exact date for my marriage - dah tunang masa tu
- Convinced the staff to agree with company always changing policies
- Tengok wayang bila free
- Selalu makan kat luar sebab malas masak - duduk bujang kan..


5 things I would do if I were a billionaire
dah jawab Q ni di tag yang lepas...


5 of my bad habits
- procrastination
- cepat naik angin pada my love ones
- jealousy...
- berangan tak sudah
- mudah kesiankan orang..


5 places I’ve lived/living
- Ketereh, Kelantan
- Jengka Pahang
- Gombak Selangor
- Kemaman Terengganu
- Kuantan Pahang

banyak lagi.. Saudi pun tak masuk.. tapi mintak 5 je kan.. cukup la tu..


Finish! I'm not tagging anyone...

Friday, October 31, 2008

Patut ke tak patut?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entry ni pendek aje (rasanya la.. kita tengok camne hehehh). Ada rasa bengang dan sedih sebenarnya. Kenapa Neeza tak keudara (amboiiii.. macam le awak ni selebriti kan che' kiah. Tak malu betolll..) selama hampir seminggu?


Sedih dan geram sebab akhirnya terjawab juga persoalannya. Ingatkan STC (telecom provider di Saudi) yang buat hal. Tiap-tiap hari telefon. Lepas hari ke 4, dia kata, takde problem sebenarnya. Semuanya okay. Aik?? Kalau okay, kenapa line internet tak dapat lagi. Nak kata tak bayar bill, bila check, outstanding 0. Memang pun. Bill dah lama settle. Tapi kenapa??? Jeng jeng jeng...


Kalau kita kata ada sesetengah orang yang bila dapat kemudahan, bukan setakat gunakan kemudahan tapi siap buat macam harta sendiri, mungkin ada orang marah kan. Tapi itulah yang terjadi.


Kami guna wireless modem untuk surf internet. Bila guna wireless, maknanya 'ramai' lah yang boleh tumpang surf. Kami tak kisah pun. Memang takde set password. Tapi, bila problem internet ni dah berhari-hari, kami (abang sebenarnya... Neeza manalah reti nak check... :P) discover, configuration dah ditukar. Bila check lagi, username dah tukar jugak!! Hahahaa... Ada 2 user yang sememangnya bukan kami. Abang dah delete 2 user yang tak diiktiraf tu. Tapi configuration dah jadi lintang pukang. Rupanya, ada user yang tak diiktiraf tu dengan sesuka hatinya configure balik dan pandai-pandai buat entah apa-apa.


Tadi, Abang discover and dah configure semula. Itupun setelah bersusah payah jugaklah (kena call kawan untuk tanya procedure - ada number-number unik yang dah diubah oleh orang tak bertauliah tu). Barulah okay tadi. Alhamdulillah... Selama hari ni STC yang jadi mangsa. Bila nampak internet signal tu merah, tak check pun. Assume problem dengan line lah. Anyway, kalau STC tak cakap yang memang takde problem, mungkin kami masih lagi marahkan provider... kesian pulak hehee..


Sekarang ni, kami cuma harap user yang tak bertauliah tu (rasanya jiran depan ni sebab jiran bawah memang ada internet...) janganlah buat macam tu lagi. Awak dah dapat surf internet free patutnya bersyukurlah kan... Jangan lah menyusahkan tuan punya pulak..


Okaylah. Since hari pun dah malam, Neeza kena stop dulu. Esok kena bangun pagi. Sekarang ni schedule dah bertubah. Nantilah cerita pasal schedule tu ya. Salam sayang untuk semua...

Tuesday, September 23, 2008

Day 23 - kira hari nak balik lah pulak :)


Dah 23 hari umat Islam berpuasa (maknanya lagi 6 hari nak terbang balik). Kebetulan tahun ni, 1hb Ramadhan bagi Malaysia sama dengan Arab Saudi. Hmmm.. agak-agaknya raya nanti sama jugak tak? Mungkinkah Arab Saudi akan raya dulu? Hehee..


Bila jalan-jalan ke blog kawan-kawan, nampak betul suasana raya dah semakin terasa. Dengan gambar biskut raya. Dengan gambar kedai-kedai shopping. Seronoknya rasa. Di sini, tak tahu nak kata. Tak nampak pulak diorang ni bershopping raya. Ke diorang tak shopping? Kalau shopping pun, sama saja kot sebab sepanjang tahun arab-arab ni memang suka shopping. Tak caya, pergi lah KLCC tengok. Betapa ramai mak mak arab yang berkelubung hitam tu shopping sakan. Sini pun sama lah juga. Tak ada beza langsung.


Bestnya bila tengok gambar biskut raya. Masa kat Malaysia tahun lepas, tengok biskut raya, macam takde nafsu aje. Tak terliur pun sebab dah selalu tengok. Tapi, kali ni, bila tengok kat blog kengkawan, biskut yang belum eram (bak kata Kak zany hehee..) - maknanya belum masuk oven lah tu.. ;) pun nampak sangat menggiurkan... *yummy*


Semalam, Ma Neeza hantar sms bagi tahu yang Ma dan Ayah serta adik berada di kampung kami di Kadok, Kota Bharu Kelantan. Mereka ada misi - menjemput sanak sedara di Kelantan untuk kenduri sambut menantu pada 11 Oktober nanti. Yang lebih membuat Neeza teruja ialah bila Ma kata,

"durian tengah banyak kat sini"

Wahh!!!! best tuuu.. Sempatlah Neeza balik raya makan durian.. Memang durian di kampung kami tu lambat sikit gugur, berbanding dengan tempat lain. Neeza tahu tempat lain dah habis musim dah. Kira rezeki Neeza dan baby lah tu ;).


Hari ni takde gambar makanan berbuka semalam. Takkkk.. Neeza dah tak marah kat Shahmey pasal camera tu.. walaupun hati masih bengkak tapi tak marah Shahmey.. cuma gereeeemm sikitttt jeeee heheee.. Semalam, makan food recycle. Jadi, kalau letak gambar, macam lah makanan kelmarin.. Nanti ada orang kata aik!! makanan serupa ke? Memang poonnnnn!!! hehee.. Cuma, semalam takde beryani lah. Dan Neeza tambah dengan cucur udang.. terpengaruh dengan Elisa ni sebenarnya.. sedap pulak rupanya makan cucur udang buka puasa ni hehee..


Wednesday, September 17, 2008

Cuti umum di Saudi



Public Holiday tu cuti umum kan! Takut tersilap nanti ada orang marah hehee.. Neeza selalu confuse, umum dan am ni sebab sebutan dekat-dekat sama. Hari ni cuti umum di Malaysia, di kebanyakan negeri rasanya, bersempena Nuzul Quran. Tidak di Arab Saudi ni. Tiada cuti untuk Nuzul Quran di sini :).


Kalau di Malaysia dulu (masa kerja), Neeza selalu tunggu cuti umum. Memang best cuti yang tak payah apply ni. Nak nak kalau cuti tu berderet dengan hujung minggu. Lagi lah best. Lepas tu tambah lagi dengan cuti apply (annual leave lah tu). Silap-silap cuti umum sehari, jadi seminggu huhuuuu... Tapi itu time-time bosan kerja lah. Kalau ada task yang urgent, tak best lah pulak bila cuti ni. Nanti banyak benda tertangguh.


Macam yang Neeza cakap tulis tadi, di Saudi tiada cuti Nuzul Quran. Bukan Nuzul Quran saja. Hari Agong ke hari sultan ke, takde cuti. Cuti yang ada hanyalah 3 jenis iaitu:

1. Hari Raya Puasa - 5 hari
2. Hari Raya Haji - 5 hari
3. Hari Kebangsaan - 1 hari

Itu sahaja. Tapi tengoklah, 5 hari tuuuuu.. Kalau campur dengan cuti tahunan (annual leave), bertambahlah lagi.


Psst.... nak kepoh sikit ni. Bulan puasa (ramadhan) ni patutnya jadi bulan ibadat kan. Kerja pun ibadat juga. Tapi, di Saudi ni kelihatannya macam bulan untuk berehat. Office hour bagi staff yang tak kerja shif ialah 9.30 pagi - 3.30 petang. Kalau hari-hari biasa, office hour start pukul 7.00 pagi. Lewat 2 1/2 jam!!


Kenapa lewat? Dari sumber sumber yang boleh dipercayai, orang-orang sini biasa bangun malam. Solat tarawih tu ada yang buat 10 rakaat di masjid dan 10 rakaat di rumah. Di rumah tu setelah diorang bangun selepas tidur. Dekat-dekat sahur lah kiranya. Lepas solat tarawih, diorang sahur then solat subuh. Lepas tu tidur!!! Bangun jam 9 pagi, untuk pergi kerja. Ada sesetengah company, start pukul 10 pagi!.


Cuma 1 benda yang best - waktu clinic / hospital di lanjutkan hingga ke 11.30 atau 12 malam (diorang start lambat lah tu maknanya). Jadi, senang lah kan kalau nak pergi hospital untuk jumpa doktor. Of courselah, kalau emergency tu, anytime lah kan. Office hour government sector yang lain, Neeza kurang pasti sebab tak deal dengan diorang kan :).


Oh ya! Gambar iftar semalam lupa nak ambik. Masa sahur pun lupa. Kurang dah 1 gambar. Tapi takpelah. Kami makan simple aje semalam. Sambal udang, ikan bakar cecah asam kicap dan sambal daging (serunding import khas dari Kemaman). Neeza buat kuih lopes. Rupa memang out. Rasa okaylah. Taklah perfect. Maklumlah, anak murid baru belajar ;).


Semalam Shahmey selesai final dose nebulizer. Hopefully dia fully recover soon. Ummu Shahmey?? Masih tak sihat. Sabar aje la..

Friday, September 12, 2008

Driving license 102 and Eastern Province gathering

DRIVING LICENSE 102
~~~~~~~~~~~~~~~~~


When you're heading to a place that is alien (never been before) to you, kindly follow these steps:


  1. Look for the place in a map. If possible, get a detail one so that you won't miss any important landmark.

  2. Ask someone who has been to the place before. Let him/her describe to you the feature of the location that you're looking for. This would help especially if there's no building name featured.

  3. Make sure you carry the map with you.

  4. Be careful by looking at every road sign. By missing 1 road sign, there would be a chance for you to end up in nowhere. You may also have to make a long turn back to come back to the place. This will not be good to others especially if you lead a convoy of many cars.

  5. Driving in peace. Do not rush and never get too excited because overdose of excitement may lead you to miss any important landmark.

  6. Have a telephone number of the correct person handy. You may need to ask a person who is familiar with the place once in a while while you're driving. You may look like a standard 1 child by keep asking whether you're at the right path. But, you will look like the dumbest person in the world if you take 5 hours of time for a 1/2 hour journey!

  7. You may take into consideration your wife/husband/co pilot thoughts/suggestions. That is the used of having 2 brains instead of 1.

  8. If you lead a convoy, it doesn't mean you should know everything. If you think you're lost, stop. Discuss with the rest. They may have a different idea or understanding. You're not a superperfect anyway :).

  9. A GPS navigator is helpful provided the place that you're looking for has a name. If it doesn't (like many buildings in the Saudi), it won't be that helpful.


***********************************************
***********************************************



Malaysian in Saudi Arabia Eastern Province Gathering
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


The Malaysian Embassy in Saudi Arabia has organized a gathering with Malaysian in Eastern Province, yesterday evening. The ceremony is meant to have Iftar together and to observe our 51st Independence Day. I guess, about 100 guests came, inclusive the kids (which is not many). Perhaps people were comfortable to have Iftar at their own houses.


All of us came from different places - Al Jubail, Al Khobar, Rastanurah and Ad Dhahran. I hope I didn't miss any other place. There were nurses from Saad Hospital too. I met with Elisataufik, one of the bloggers. Gee, who was a junior of mine in PPP who is also a blogger, was there too. Not everyone from Al Jubail was around because a few of them had to work.


Lots of food was served. We didn't finish them all. So, the caterer packed the food for those who wanted to bring them back. I know the 'Jubail bujangs' (wife is not here) did bring the food back ;).


Let's look at the pictures :).