Entry ini adalah entry lepas geram penulis blog. Sesapa yang tak suka baca, sila skip entry ini :). Lagipun banyak benda dalam ni agak sukar difahami bagi orang yang tak tahu keadaan disini.
************************************
Di beberapa entry lepas, Neeza ada tulis mengenai helper/maid/pembantu rumah atau apa-apa aje lah yang kita panggil dia. Memang kalau ikutkan dah serik untuk ada helper ni. Dah banyak kali terkena dengan perangai yang mula-mula nampak bagus tapi akhirnya, hampeh!! Sama jugaklah macam yang ada kat rumah ni sekarang.
Masa mula-mula datang, rajin betul. Habis segala benda dilap, dibersihkan, disusun. Bila tanya, boleh buat ini ke, boleh buat itu ke? Semuanya boleh. Sudah biasa katanya. Tapi rupanya mulut manis macam gula tapi gula hangit.
Pagi ni seperti selalu, Neeza kejutkan helper ni bangun pagi. Bukan pagi mana pun dah. Dah dekat pukul 6 pagi. Subuh masuk jam 4.50 gitu. Kiranya pukul 6 tu dah nak habis Subuh lah. Lepas tu, slow aje dia bangun, masuk toilet, keluar. Then dah sudah solat, dia duduk aje. Berdoa ke (tapi tak nampak macam berdoa), berwirid ke, atau pun duduk saja tak tahulah (sebab boleh delay buat kerja kan..). Wallahu'alam...
Neeza tanya dia tentang something. Dia bagi tahu aje dimana letaknya. Dia expect, Neeza cari sendiri benda tu sedangkan benda tu memang Neeza bagi pada dia. Neeza tunggu lagi. Dia datang. Masa tu Neeza dah jumpa pun benda tu.
Lepas tu, Neeza suruh dia cuci toilet, berus lantai dan dinding. Rasanya tak sampai 10 minit, dah siap! Neeza tanya, dia sental tak lantai. Dia kata sudah. Bila tanya sental tak dinding, dia kata sudah. Tapi nampak macam tak berusik pun. Macam jirus-jirus air macam 2 3 hari lepas aje.. Dia kata, tak tanggal. Alasan! Kalau Neeza basuh toilet, paling kurang Neeza akan duduk dalam toilet selama 1/2 jam. Sebab bukan sekejap untuk menyental. Lainlah kalau setakat gosok sikit-sikit memang la sekejap. Takpe lagi.
Bila dia basuh toilet 1 lagi, Neeza tunggu dulu. Then Neeza ikut. Agaknya dia perasan Neeza pergi situ, dia pun cepat-cepat tutup pintu. Bila diketuk, dia kata "k*nc*ng lah!!" dengan kuat. Amboi.. Neeza tunggu lagi. Lepas tu, ketuk lagi. Dia buka. Neeza pun cakap suruh dia buat apa. Dia kata, nanti lah dia nak buat lah tu. Menjawab pulak.
Lepas tu, Neeza keluar statement, kenapa dia tak pernah bangun sendiri. Mesti nak kena kejut. Dia boleh kata, di rumah majikan lain, dia bangun pukul 7, pukul 8 pagi. Oooo.. gitu ya. Neeza cakap pada dia, memang lah. Rumah arab dia tidur pukul 2, pukul 3 pagi. Rumah Neeza, pukul 10 dah masuk tidur. Kadang-kadang pukul 9 dah siap semua benda. Dah boleh tidur. Tapi setiap kali dia masuk bilik untuk tidur, Neeza tengok dia dok sibuk bersms. Jadi, salah dia lah! Sape suruh tak tidur. Lagipun mana boleh nak bandingkan majikan lama, majikan baru. Dia kerja dengan kami ataupun kami yang kerja dengan dia. Sedap sungguh mulut dia menjawab.
Neeza tambah lagi, di rumah Neeza bukan banyak kerja sangat pun. Rumah pun kecik. Dia boleh jawab, di tempat lain, dia cuma basuh toilet, cuci sikit, sudah. Aik! Sebelum ni dia pernah cerita, macam-macam benda dia buat termasuklah memasak. Di rumah Neeza tugas memasak memang almost 95% Neeza yang buat. Kalau dia tolong pun, cuma menyiang ikan, potong daging. Paling teruk pun goreng nuggets and fries untuk anak-anak ni.
Then, bila Neeza cakap pada dia, jangan sampai neeza report pada majikan dia yang asal sudah. Sebenarnya dia ni Neeza ambil dari agen asal. Memang kerja dia 2 3 bulan rumah ini, 2 3 bulan rumah lain. Kiranya service dia di subkan pada sesiapa yang nakkan pembantu sementara. Bayaran kami terus kepada majikan dia sebanyak SR*000 sebulan. Memang banyak sebenarnya tapi disebabkan kami tak nak permanent helper yang mungkin akan bagi problem lepas tu terpaksa stuck dengan dia selama beberapa tahun, kami ambil yang jenis macam ni. Kalau ambik permanent, kena bayar SR8K - SR10K. Lepas tu, monthly bayar SR800 - SR1000 tanpa tolak deposit tu. Kalau di Malaysia, boleh tolak deposit kan. Disini tidak. That's why kami opt for 1 payment per month. Kalau ada problem, kami call majikan dia mintak tukar. Memang lah majikan tu tak ada ramai sangat maid untuk ditukar ganti. At least, dia akan cari dan tanya kat tempat lain sebab ramai pak arab buat business macam tu disini.
Bila diugut gitu, barulah dengar tone dia rendah sikit. Kalau tidak, tak habis-habis dia menjawab. Selama hari ni Neeza berdiam aje. Kata kawan Neeza, Neeza lembut sangat. Mungkinlah agaknya. Naik lemak lah dia. Dulu tak pernah pasang lagu kuat-kuat kat handphone dia, sekarang dah berani. Sampai rasa sakit telinga ni. Sudahlah gitu. 2 3 hari sekali mintak belikan prepaid. Bukan sikit-sikit pulak tu. Sekali beli SR50 atau SR100. Bila tanya, dia kata call mak dia. Call abang dia di Ind0n. Susah nak percaya. Lepas tu dia complain dengan kami, majikan dia tak bayar gaji sedangkan duit beli prepaid ada saja.
Banyak kerja sekarang kena disuruh. Kalau tak suruh, dia akan duduk relax saja. Sabar lah hati... Agaknya dia ingat, bekerja di rumah melayu ni boleh ambik kesempatan. Kalau dengan pak arab, jangan haraplah dia dapat berehat baca buku, bertelefon, bersms.
Neeza berdoa supaya dapat lah ganti dia ni secepat mungkin. Tak larat lah kalau macam ni. Nanti kalau Neeza masuk wad, siapa nak bangunkan anak-anak pergi sekolah sedangkan dia pun Neeza yang kejutkan. Memang tak boleh harap!





