Wednesday, July 30, 2008

Selamat Bertunang Ad!







Kalau nasi, dah lama basi dah. Kalau kuih, memang dah jadi kulat. Tapi kalau serunding, masih elok. Berita ni pulak tak tahu lah kategori mana sebab dah hampir seminggu kisahnya. Cuma disebabkan penulis blog dan insan berkaitan cerita ni berapa pada jarak beribu batu, data-data penting tu lambat sikit sampai ;) (Bada, lain kali terus hantar je. Tak yah peram2 heheee..)














Pada Jumaat (25 Julai 2008) yang lepas, adik lelaki Neeza, Mohd Nazri Fuad Bin Ramli (kami panggil dia Ad) yang pertama telah selamat melangsungkan pertunangan bersama Ayu (alamak! tak ingat nama penuh dia laaa), gadis pilihan dari Set1u, Terengganu (Disebabkan Set1u dekat dengan Kelant@n, dia lebih cenderung kaecek Klate hehee..)



Kakak doakan pertunangan kali ni bakal membawa Ad ke gerbang perkahwinan dan akhirnya berkekalan ke akhir hayat. Insyaallah.





Majlis pernikahan dan perkahwinan dijangka diadakan pada 3 Oktober 2008 (3 Syawal) di Setiu Terengganu. Majlis sambut menantu pula dirancang pada 11 Oktober 2008 di Kemaman Terengganu. Semua yang sudi dijemput hadir.

17 sugar & spice:

noniey said...

selamat bertunang. moga kekal dan selamat hingga ke hari perkahwinan. insyaallah kalau tiada aral, saya gi kelate tuh..kak neeza balik ke nanti?

ummu asiah said...

neeza..sekeluarga minat biru ke sama warna dgn blog ni..

seronok la neeza pun bakal menerima adik ipar :)..

Balik lagi lah neeza and family raya nanti ye..sempatla kot makan durian n rambutan..

Kak Elle said...

selamat bertunang semoga ke jinjang pelamin:)

Jie said...

comel2...manis2 neeza. moga berkekalan ke akhir hayat.

teringat pula saat manis kakjie..tapi tak de la meriah mcm skrg ni.... cik abg mana boleh ikut rombongan...dia tunjuk jalan je..kehkeh..tak mcm org skrg

:: Leeza Joe :: said...

aaa..nak tanye saya dijemput ke tak???:)hihi

Neeza Shahril said...

Noniey,

Thanks noniey.. bukan klate la noniey.. Setiu.. hehee..
jemputlah ya noniey.. kak neeza balik raya ni Insyaallah..

===================================

Kak Ummu Asiah,

hehe.. rasanya bakal adik ipar tu peminat biru cam neeza.. adik2 neeza tak pulak..
harap2nya durian banyak lagi lah masa tu kak.. hilang kempunan hehe..

===================================

Kak Elle,

thanks kak elle.. :)

===================================

Kak Jie,

tu lah kan.. zaman sekarang dah ala ala nikah lah pulak..
dulu2 yang lelaki memang tak pergi langsung..
zaman dah berubah Kak Jie..

===================================

Leeza,

ish.. mestilah dijemput.. tetamu istimewa tu..
kalau boleh pergi 2 2 sekali.. Setiu dan Kemaman.. okay kan hehee..

Zahraa George said...

selamat bertunang Ad...tambah lagi satu adik ipar akak nnti!! hikssss.....oo...nih mmg buat kenuri tungu akak balik yer....raya ada family baru!!

silversarina said...

Selamat Bertunang buat Ad... manis dan ayu je wajah Ayu, semoga persiapan perkahwinan berjalan lancar .

pB said...

kelik kor?

Neeza Shahril said...

As,

thanks As. bertambah meriah lah rumah akak dan bertambah tukang masak hehehe..
kenduri menyambut menantu tunggu kena tunggu kakak sulung hehehh..

===================================

Kak Rina,

Thanks Kak RIna.. Insyaallah..

===================================

Kak pb,

Insyaallah.. kelik.. kelik.. :)

Sofira said...

salam ziarah.

YuszTieY said...

insyalllah..kalau taka der aral n dah ablik mesia ore akan menyudikan diri ke setiu....
majlis tunnang pon dah beso tuh..mesti majlis kawennya lagi beso kan k.ja..tumpang tgk gamba jer la yer k.ja...cam ore la jugak...adik ipo baru tunang baru22 ni jenuh dok tunggu kami tak balik22 last2 dia kater kami tunang dulu..kawin baru tungggu kami balik..huhuhuuu

Neeza Shahril said...

Aidura Sofiee,

salam.. terima kasih sudi menjengah :)

===================================

Tiey,

nok wak lagu mano Tiey.. kito dok jauh.. huhuuuu.. sedih dih..
tapi adik Kak Ja soghae lagi terpakso jugok nikoh bulae 8 ni.. tok leh tunggu Kak Ja doh sebak mok ayoh hok ttino nok suruh wak cepak.. huhuuuu..

KakNi said...

Tahniah...

Kassim Selamat said...

Selamat mendapat adik ipar.

Sama cantik sama padan...bagaikan Laila dan Majnun...hehehe

Tahun depan dapat anak sedara lak yer (^_^)

Neeza Shahril said...

Ahni,

thanks :)

===================================

KS,

thank you... :)

harap2nya gitu lah.. bertambah rakyat malaysia hehe...

maklang said...

tahniah..semuga berkekalan ke akhir hayat...bukan tunang...lepas nikah nanti kekal sampai akhir hayat..:)