Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, December 31, 2008

Siapa yang ganjil?



Game ni antara game yang paling digemari oleh 2 kanak-kanak riang dalam rumah ni, Sophea (Kakak) dan Sobhan (Coan) terutamanya waktu lunch atau dinner. Salah seorang mesti akan start dengan,

"Siapa yang ganjil?"

dan akan dijawab oleh seorang yang lain. Kadang-kadang, game ni melibatkan Abah dan Ummi juga. Abah dan Ummi pun kena lah menjawab (kalau mood okay lah). Kalau mood tak okay, mesti kena marah budak-budak tu sebab tak habis-habis dengan 'siapa yang ganjil' time tengah sibuk mengunyah. Kadang-kadang tu sampai tersedak, tertumpah kuah dan macam-macal hal lagi lah di meja makan.


Tapi yang bestnya, dalam game ni, yang ganjil tu bukanlah seorang tapi kadang-kadang yang tak ganjil tu pulak seorang aje. Banyak kali Abah dan Ummi bagi tahu,

"Kalau dah ganjil, mestilah seorang saja... 2 orang atau lebih dah tak ganjil lah tu..."

Ada diorang ikut? Takde pun. Sesuka hati diorang aje lah nak tentukan siapa yang ganjil dan kriteria keganjilan tu... Petang semalam, masa dalam bilik, Neeza terdengar Coan start,

"Siapa yang ganjil?"

Diam. Tiada siapa yang jawab. Neeza diam sebab sibuk dengan laptop ;). Kakak pun diam. Mesti ada yang tak kena tu (kes gaduh sekejap lah tu). Then Coan sambung,

"Dinding... siapa yang ganjil? Haa?? Kakak? ooo.. bagus dinding.. A plus plus untuk dinding..."

Tak lama lepas tu, dengar Kakak pulak,

"Siapa yang ganjil?"

Coan diam. Balas balik lah tu. Then Kakak sambung,

"Tanya dinding la.. dinding.. siapa yang ganjil? Coan! A plus, eh! A double plus untuk dinding.."

Sophea selalu mengikut Coan. Tak tahulah kenapa. Lepas pada tu, kedengaran pulak...

"Coan.. boleh lah Kakak jadi adik Coan.. boleh lah ya.."

Diorang nak berlakon mak mak. Kakak nak jadi adik Coan dan Coan memang tak suka. Selalu macam tu. Bila Coan tak setuju, mesti Coan akan jadi mangsa kena ketuk ataupun tarik rambut dengan Kakak. Meraung-raung lah Coan. Tapi sekejap aje. Lepas pada tu, baik baik diorang. Yang geramnya ialah Neeza sebab masa meraung-raung tu, mesti Coan datang pada Neeza untuk mengadu. Bila Neeza kata, okay.. tak payah kawan Kakak lagi (hehehh.. jadi batu api), dia setuju. Tapi kawan balik. Budak-budak....


Sunday, December 28, 2008

Semoga lebih baik


Ada orang komen mengenai entry semalam,

"Dah takde menda nak tulis ke? Apalah tulis macam tu. Nanti orang kata bla bla bla..."

bla bla bla tu, tak boleh didetailkan atas sebab-sebab peribadi :).


Mohon maaf kepada sesiapa yang rasa tak senang dengan entry tu. Mohon maaf juga kepada sesiapa yang tertanya-tanya kenapa entry tu timbul. Tapi, bagi sesiapa yang memahami keadaan Neeza sekarang, mungkin boleh agak kenapa entry yang tak sepatutnya keluar tu keluar.


Q: Betul ke orang mengandung ni mood dia ups and downs?
A: Tak tahulah. Mungkin alasan saja untuk jadi ups and downs tu...


Setelah 5 hari 'sidia' pergi, kami dapat pengganti 'sidia'. Kali ni dengan agen lain.
Temporary juga sebab nak dapatkan permanent memang makan masa sikit. Lagipun kalau ambik dengan agen saudi, mahu berbelas ribu deposit. Mahal tuuuuu... Sayanglah duit. Dia tiba petang tadi. Orangnya... tak tahu nak cakap apa. Tak boleh comment banyak sebab dah phobia kot. Semua perasaan ada tentang golongan mereka ni. Lebih baik tunggu dan lihat saja.


Encik dirumah ni kata,

"tak boleh expect lebih-lebih sangat. Asalkan dia boleh jaga budak, okay la... kalau tidak, diorang tak kerja macam tu pulak.."


Bagi Neeza, memang tak boleh nak cakap banyak sangat lagi sebab masanya sudah dekat sangat. Tak sampai 3 minggu lagi.. berdebar ni.. berdebar sangat.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semua benda! Insyaallah...

Thursday, December 25, 2008

Hari yang sibuk..


Semalam, Neeza kami bangun awal pagi sebab nak siapkan segala keperluan. Telah bermula hari tiada bibik. Neeza ada kelas jadi anak-anak terpaksa lah berangkut ke suatu tempat. Kak M telah bermurah hati untuk menumpangkan anak-anak Neeza dirumahnya. Shahmey kena bawak pergi nursery di kelas. Lagipun memang Shahmey pernah duduk di nursery pun.


Sesampai di tempat belajar, Neeza letakkan Shahmey. Menjerit dan meraung dia. Kesian pulak. Mungkin sebab dah lama tak tinggal di situ. Dari awal sampai sudah dia menangis. Tersedu-sedan sampaikan caretaker terpaksa panggil Neeza dikelas untuk tengok dia. Neeza masuk nursery Shahmey masih tersedu-sedu menangis. Neeza tidurkan dia tak nak. Last-last terpaksa bawak dia ke kelas. At first, dia diam aje. Bila dah rasa seronok, dia mula buat bising. Tak boleh lah gitu. Kalau pulak orang lain nak belajar kan. Neeza turun ke nursery semula bawak dia. Masa dia tengah leka main balloon, Neeza keluar dari nursery. Dengar jugak dia menangis tapi Neeza biarkan aje since tinggal lagi 15 minit aje kelas nak habis.


Habis kelas, Neeza ke rumah Kak M. Nampak macam anak-anak Neeza ada sedikit conflict dengan anak Kak M. Tak senang lah rasanya. Memang orang boleh kata, ala budak-budak.. Tapi Neeza tak suka kalau anak Neeza cari pasal. Since anak Neeza tu berdua dan anak Kak M seorang, Neeza rasa sangat yang anak-anak Neeza mungkin buat perangai. Tak lama lepas tu diorang okay.


Lepas Zohor, kami bergerak ke rumah Kak Z. Ada lunch disitu. Ingatkan dalam 3.30pm nak balik rumah tapi biasalah, tak pernahnya kami ni balik on time. Husband-husband memasing sampai dan dinner pulak. Kami tak lah sebab lunch kami pun lewat dah. Memang kenyang sesangat...


Pagi ni, anak-anak mintak pancake. Neeza tengok resepi Drno baru-baru ni. Macam senang aje nak buat dan ingredients nya semua ada kat rumah. Maka pagi ni jadilah homemade pancake. Memang sedap betul. Lebih sedap dari readymix pancake yang jual tu. Seriously.. cumanya... rupanya tak comel macam yang Drno buat. Biasalah kan.. penyalin resepi punya tangan tak sama dengan pencipta resepi tu ;). Ingat nak ambik gambar tapi belum sempat stack kat pinggan, dah habis. Oh ya, benda tu sedap bukan lah pasal Neeza yang buat tapi sebab resepi tu lengkap :).


Mulai semalam, laundry dah takde orang lain nak buat melainkan kami sendiri. Memang Neeza nak buat laundry tapi ada orang lain dah buat dulu hehehee... Terima kasih ya encik!

Saturday, December 6, 2008

Kakak rindu Abah...



Sedih bila dengar Sophea (Kakak) cakap macam tu petang semalam. Dia masuk bilik dan bagi tau Neeza yang dia nak call Abah. Bila Neeza tanya kenapa, dia kata,

"Kakak rindu Abah..."

Kelmarin, selain Neeza, dia lah yang beriya-iya menangis lepas Abah bertolak ke airport. Kami tak hantar Abang ke airport sebab Abang pergi dengan kawan dia. Lagipun siapalah nak drive.


Masa Sophea mintak nak call Abah tu, Neeza tengok jam. Dalam pukul 7.10 pm. Kalau di Mekah, rasanya baru masuk Isyak. Dah tentu Abang sibuk untuk solat jemaah. Neeza bagi tahu Sophea, nanti Ummi call sebab rasanya Abah tengah sibuk nak solat. Sophea nampak frust tapi akur.


Walaupun dah selalu kena marah dengan Abah, dia tak pernah berdendam. Alhamdulillah. Sebelum Abang pergi kelmarin, seperti selalu Abang pesan pada Sophea supaya dengar cakap Ummi. Dia angguk. Bila nampak Neeza tersedu-sedan, dia kedapur. Nampak matanya merah. Dah agak dah. Dia menangis...


Masa kami dinner malam tadi, Sophea cakap, kesian Ummi tak dapat berbincang dengan Abah. Neeza tanya, apa yang dia maksudkan. Dia kata, kalau Abah ada, mesti ada saja Ummi berbincang, pasal kakak la, pasal sekolah la. Dia perasan / pasang telinga rupanya. Neeza bagi tahu dia, orang tua bercakap, tak baik pasang telinga.


Dalam pukul 8.20 pm semalam, Abang call. Neeza, Sophea dan Shahmey ada di bilik tv. Sobhan dan tidur. Nasib baik lah Sophea tak tidur lagi. Kalau tidak, pagi nanti mesti dia akan ungkit yang dia tak dapat cakap dengan Abah. Memang nampak yang memang dia rindukan Abah. Mungkin rindu sebab seharian tak kena marah dengan Abah ataupun tak dapat menyakitkan hati Abah hehee..


Sebenarnya kan Kakak, bukan Kakak saja yang rindukan Abah... Ummi juga.. :(.

Wednesday, December 3, 2008

Tag paksa.. :P

Someone in KPTM has tagged me. She knows I don't like to be tagged but she did! Nak kena babap dia ni.. jasa tuuu... :)). But, I'll do the tag since the was she has 'forced' me to do the tag me is kinda cute. Lieyn, here's the answer.. :)).


  1. Do you think you're hot ?

    I am cold... especially now with temperature 23 Celcius hahahha!!


  2. Upload your favourite picture of you!





  3. Why do you like that picture?

    I was small, I was young and I was cute then..

    BUT not anymore!!! huhuuuu..


  4. When was the last time you ate pizza ?

    About 2 months back rasanya..


  5. The last song you listen to?

    tak ingat la..


  6. What are you doing right now besides this ?

    Chatting with my lovely sister :)
    Susah sangat nak dapat chat dengan dia. It's either I was busy or she was somewhere else.. seperti memancing di Dorani Resort ke... huhuuuu....


  7. What name would you prefer besides yours?

    Sumaeyah!



People to tag :


1) Shimanoseki

2) Ainaa

3) Qawiem

4) Sophea

5) Coan

6) Shahmey




8. Who is number one ?

Adik yang suka melaram cantik dan hari ni Anniversary ke 9 dia.. Happy Anniversary dik.. :)


9. Number three is having a relationship with?

Nobody.. kecik lagi. Baru nak masuk 4 tahun, esok!


10. Say something about number five?

Anak manja abah!


11. How about number four?

Kakak sulung yang suka menyakat adik-adik :)


12. Who is number two?

Anak ibu yang sabar melayan adiknya tarik rambut dia ;)


13. Finally, number 6 is....

My HERO!!!


Trust me, nobody will do the tag but I don't mind at all!!! heheee...

Saturday, November 29, 2008

Updates on us..


I don't know what to write today. Perhaps jotting an update on our little family would be a good entry for today since this blog is like a public diary to me :). Let me begin the updates on us from the youngest to the oldest ;).


Shahmey

Banyak updates on him tapi let it be in his blog. One thing I wanna write in my blog is, I'm so jealous when he always utters "Bibik.. bibik..". The helper has been with us for only about a month but he could say Bibik (very clear) already. I am with him for more than a year and 6 months and only recently that he utters "Mmi.. mmi.." (bukan Ummi pun uhukkk!!). I'm really envy! Only the good thing is, he always prefer me than anyone else :). Yes, that makes me such a proud mother ;).


Sobhan (Coan)

She's not feeling well starting from last Thursday. Her body felt warm and heaty. But, it was only at night (demam malam I think). She complained of headache and asked me to massage her forehead. While we were climbing up the stairs yesterday evening, she told me, "Ummi.. nanti tolong picit kaki Coan ya. Kaki Coan rasa gedar la..". I asked her "Gedar? apa tu?". Then she said "Gedar la..". My husband and I giggled as we really have no idea of what gedar actually means. By the way, this girl likes a create a new vocabulary :).


Sophea (Kakak)

After an almost every hour of nagging by Ummi and Abah, at last, she managed to complete her English workbook, a 90 pages of spelling exercises given by her teacher. It has to be completed and submitted before the winter break which will be on 5th December 2008. It wasn't that difficult (though there were times that I myself don't know what the questions required her to do) but she kept delaying the workbook. Yesterday, she completed it and today and the rest of 4 days more, she can enjoy watching her favorite channel or playing computer games, provided she doesn't have any other homework to be done :).


Neeza (the Ummi)

I've started my school vacation today! I'm gonna miss all the lovely teachers until 13th December 2008. Feels a bit weird actually since for the last whole month, I was not in the house during this time. Shahmey is sleeping at the moment and I'm in front of my laptop - checking and replying emails and also visiting blogger friends. Not to mention, updating my own blog :). Today's cooking? Well, I have some leftovers from yesterday night's kenduri doa selamat at Mr President's house. Reheating is the best thing to do. Perhaps, I'll add something to my own sambal ikan bilis leftover. Petai perhaps! yummy...


Abang (the Abah)

He's eagerly and busily preparing himself for the fifth pillar of Islam. He has finished the 5 day course (evening only) organized by the Da'wah Centre. I can't join him this time for a reason - I'm not fit for it yet!. He talks about it a lot and me, I just had to kinda ignore him since I'm actually sad. If I give comment or opinion about it further, I may end up crying since I know he'll be away for more than a day. After a year plus, this will be the first time we are gonna be temporarily separated. But, I have to accept the fact that he'll be away for a huge responsibility. I pray to Him for his safety and happiness. Also, I pray that he manage to complete his ibadah successfully. Ameen...


That's about it for today. By the way, this message is meant for you Abang. Thanks for the little something you bought me on the 27th Dec 2008. It'll surely save my eyes ;). I really appreciate it :).

Sunday, November 16, 2008

Kakok, nok kek!




My eyes are watery as I wrote the title of this entry. I am even crying now. It's a plain sentence to many but not to me. That's exactly what my youngest brother used to request everytime I went back to Kemaman. He likes cakes a lot. We, the elder brothers and sisters always, as much as we could, try to fulfil his needs.


He loves cakes with full of chocolate rice coating. He would purposely ask for the part that have chocolate rice the most. That was why, when I ordered a cake for him, I always asked for extra chocolate rice. I could see his smiling face and he would say,

"Nok!!"




My brother, Afir or his full name, Mohd Firdaus is not like any ordinary people. He was born as a Down Syndrome Child. We didn't know about that until the doctor told my mom about it. Of course, nothing we can do about it. It is fated like that. He was like any other baby when he was small but as he grew up, we could see the delayed progress. We thank to Allah he could still eat, walk and run like other kids. He could manage himself well. It's just that, he can't cook since we never allowed him to. He is such a pamper son of Ayah and Ma.


Afir is a very lovely uncle to his nieces and nephews. When my kids were still babies, he took care of them by laying at their sides, hugging them and kissing them a lot. But, when the kids get older and started to mess up with Afir's belongings (which are cds and cards), he got mad. Once in a while, he scolded the kids but most of the time he would just grumble by himself. We, the brothers and sisters could detect the time that he was not in a good mood. We had to find the route of the cause and calm him down. He likes to be hugged and pampered.


Though he looks like a 9 year old boy (for his behavior), he is actually a teenanger. Today, he is 23 years old! If he is a normal male, he would have been away from Ayah and Ma. But, he is not and that's why he is still staying with them. He is the lovely gems of our family.


Happy Birthday Afir! Kakok will always love you no matter what..

Thursday, November 13, 2008

The 'generous' Ummi


If it's not due to something special going on, Ummi is the stingiest person in the world especially when it comes to paying for dinner. Yesterday evening, Ummi was so generous. She treated the whole family including the helper at the Pataya Restaurant. Well, it's not the super duper exclusive but it is among those special restaurant for Malaysian in Jubail since it serves Asian food like Nasi Goreng, Tom Yam and bla bla..


Actually Ummi was lazy to cook and she has got 1 great excuse to eat out - Abah's birthday! After seeing the doctor but didn't complete the treatment yesterday night, they went to Pataya Restaurant. Luckily when they arrived, a group of men (about 20 of them) from don't know where had just came out from the restaurant. Otherwise, they may have to wait for quite some time outside. Though the restaurant has 2 sections - for males and families, the group of the males had occupied the family section. They were so many and the males section wasn't enough for them.







Abah didn't ask much. Perhaps he was more like 'kesiankan' Ummi who would have to pay for the dinner. Then, Ummi ordered the usual stuff. The meal was not that much but the family didn't finish everything. Guess who have to finish everything?? Hehehe.. the hint is, the person who's been completing all the most housechores at home, at the moment... Of course she could finish all. According to her, she never been to the restaurant before. Well, knowing the ar@bs, payah nak jumpa diorang bawak helper yang dia panggil slave tu makan di restaurant!






After the dinner, we went to purchase some groceries - instant food actually, since Abah will be away almost the whole day tomorrow (it's today). By having instant food, Ummi doesn't have to worry so much about what kids want to eat ;).


Thanks Ummi for the dinner. Hmmm.. who is UMMI by the way? hehee...


Enjoy the picture :)

Friday, October 24, 2008

Why should I remember the 24/10?


It's just one of the days in a year but it's one of the special days for me. This year, exactly on 24 October (24/10), I've been married for 9 years to my dear hubby. A nine years filled with a various colors.


I have to admit that it wasn't easy to completely understand my husband. People could advise - give and take or compromise. Perhaps it is much easier to say than perform. When I had already comfortable with my own way of thinking especially after 25 years (the age that I got married), and someone came to adjust it, I felt like a bomb was exploding.



I have no recipe of a happy marriage but I do learn from mistakes and continue to learn from it. I guess Abang did too. All in all, I'm thankful to Allah that despite all ups and downs that we've been through, we're still together. There were many happy moments that we've treasured, together with our 2 beautiful princess and a handsome prince. I always pray to Allah so that Abang and I will be happily together to the end of our life.


The 24/10 jots another important event in my life. It was when my only sister born. Bada or her actual name, Norashima Ramli was born on 24th October 1977. She's now 31! hehehee.. tua dah Bada weiii.. By the way, I either call her Bada or Dik (short form for adik).



Dik, Kakak hope you will be blessed with joy and happiness on every single day you go through. By having a lovely husband like Azman and 2 gorgeous kids like Ainaa and Qawiem, I'm sure you will enjoy the best moments in life. Oopss!! 2 aje ke? Bila nak tambah lagi? Qawiem kata dia nak adik tu :P.

Thursday, October 23, 2008

Diary Part II (finale)


4 Oktober 2008 - 4 Syawal 1429H

Bangun pagi-pagi, Neeza meronda kebun buah di tanah Ayah dan adik-adiknya (dalam kawasan rumah tu jugak pun..). Bukan meronda kosong tau.. jadi paparazzi kejap. Dengan camera yang tak berapa nak betul, Neeza snap sana sini. Ayah pun join sekaki masuk kebun tu. Sambil snap snap, sambil petik rambutan dan makan terus kat situ. Syoknya laaa.. kat Saudi mana boleh buat gitu. Nak makan kurma pun kena basuh dulu. Kalau tidak, makan debu lah jawabnya..

Dikebun tu, ada buah rambutan, salak, dokong, durian (tapi tak berbuah lagi). Ada kebun 1 lagi di tanah lain pulak yang duriannya berbuah. Nak tengok hasil photographer tak bertauliah kali ni tak?









Lupa nak cerita, pada malam 3 Oktober lagi, Neeza dah lain-lain dah belasah durian dan dokong. Memang tok Su simpan untuk kami. Durian Emas yang menjadi idaman semua. Mungkin ada yang tak pernah dengar. Neeza pun tak tahu wujudnya durian emas ni. Tapi bukanlah emas 916 tu... Warnanya kekuningan dan rasanya manis pahit-pahit sikit. Memang sedap. Pokok-pokok durian Tok Su lambat berbuah. Orang lain dah habis gugur, pokok dia baru nak mula gugur. Yang untungnya ialah Neeza!! hehee.. kalau tak disebabkan lambat gugur, tak merasa nak akan durian lah Neeza dan family yang baru balik dari perantauan ni..

Pagi hari tu, Neeza breakfast dengan buah salak dan rambutan. Lunch pula dengan durian dan dokong. Mewah sungguh dengan buah kan.. Memang puas lah makan buah balik kampung kali ni.











Sebelah petangnya, kami ke rumah Che' Ton (sepupu Ayah). Mak Che' Ton yang kami panggil Domah ada tinggal bersamanya. Sebenarnya kami nak ziarah sebab adik Che' Ton (abang Azman) yang bekerja sebagai warder di penjara Sg Buluh baru sahaja kembali ke rahmatullah 2 hari sebelum tibanya Syawal. Arwah meninggal dunia semasa tidur. Arwah juga meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang masih kecil. Keadaan Domah memang nampak sangat sedih. Kesemua anak lelakinya pergi ke rahmatullah pada usia muda. Buat pengetahuan semua, Domah pula menyusul pergi ke rahmatullah beberapa hari yang lepas. Innalillah... Semoga rohnya dan anak lelaki tunggalnya dicucuri rahmat Allah...


5 Oktober 2008 - 5 Syawal 1429H

Hari ni jadual pack lagi. Tengahari ada jemputan makan - majlis sambut menantu seorang saudara di Ketereh. Sebelum ke majlis, kami singgah di rumah di mana Neeza dibesarkan semasa kecil. Che' Moh dan anak-anaknya (sepupu-sepupu Neeza) ada balik berhari raya di Ketereh. Happynya dapat jumpa mereka yang Neeza dah anggap macam adik beradik sendiri. Tapi, sedih sangat lihat keadaan Che' Moh. Dia dah tak kenal orang. Neeza pun dia dah tak ingat. Agaknya, sebab tu lah Neeza pernah mimpikan dia satu masa dulu. Bila diingatkan semula, barulah dia ingat Neeza.

Majlis makan tu sebenarnya di rumah belakang. Dulunya tempat Neeza bermain masa kecik-kecik. Dah lama Neeza tak jumpa mereka. Walaupun gitu, mereka masih ingat Neeza - siap kata, Neeza masih macam dulu (amboiii!! biar betul... hampir 30 tahun dulu tuuuuu). Mungkin kedut kat muka Neeza ni mereka nampak licin macam agar-agar kot.. hehee..

Selepas kenyang makan, kami beransur ke kubur arwah Mok (nenek kesayangan Neeza). Sayu pulak rasa sebab itulah kali kedua Neeza ziarah kubur arwah semenjak dia pergi meninggalkan Neeza.



Seterusnya kami beransur ke kubur arwah Tok Che' (Atok Neeza) pula. Subur sungguh pokok puding di pusara Tok Che'.



Selepas itu kami ke rumah Tok Su lagi. Jamuan buah durian lagi. Tapai pun ada. Neeza makan aje semua tu dengan banyak pulak tu. Tak fikir pun nanti sakit perut ke. Yang Neeza fikir, sesekali.. hehee.. sedap aje kan. Padahal dua tiga hari sebelum pun dah makan durian dan tapai. Sesekali kononnnn...





Di atas sebab-sebab teknikal, kami bermalam di Hotel R di bandar KB.


6 Oktober 2008 - 6 Syawal 1429H

Selepas selesai tugas yang perlu dibereskan, kami beransur ke rumah Tok Su untuk mengucapkan selamat jalan. Tok Su bekalkan buah durian, rambutan, dokong, tempoyak, lempuk dan telur masin untuk dibawa pulang. Banyak buah durian yang menjadi kegemaran ramai tapi seorang pun anak ayah tak nak bawak durian. Kereta ayah lah yang jadi mangsa. Kesian ayah...



Didalam perjalanan pulang, kami singgah di Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Bapa saudara Neeza (Abang Ayah) tinggal disitu. Memang dia dah pesan suruh singgah rumah sebelum berlepas balik. Kami makan laksa penang dan laksa kelantan pula disitu. Rumah ni pun pernah juga jadi destinasi Neeza tinggal sewaktu cuti sekolah. Sepupu-sepupu disini pun dah macam adik beradik Neeza juga.


Kami tiba di Kemaman tengah malam. Letih betul...


7 Oktober 2008 - 7 Syawal 1429H

Kalau ikutkan, memang tak boleh kemana sebab rumah ni akan busy dengan kenduri sambut menantu. Macam-macam perlu di buat. Tapi, kami (Neeza dan Abang) pun ada kerja yang perlu diselesaikan seperti banking dan sebagainya. Jadi, kami ke Kuantan. Singgah rumah kami sekejap di IM. Masih seperti dulu. Pokok kelapa pun macam dulu tak tinggi-tinggi pun. Pokok mangga pun macam dulu jugak. Walau bagaimanapun, tenant kami nampaknya menjaga rumah dengan baik. Alhamdulillah...

Tak sempat nak pergi jumpa kawan-kawan pun sebab masa suntuk betul. Mintak maaf bebanyak dengan semua kawan-kawan di Kuantan. Bukan Neeza sombong atau dah tak ingat kepada kawan-kawan tapi jadual Neeza terlalu padat. Mungkin lain kali kita dapat berjumpa lagi.. Insyaallah.


8 Oktober 2008 - 8 Syawal 1429H

Hari ni adalah hari outing bagi Neeza dan 3 adik tersayang. Seorang adik tak sampai lagi dari Setiu. Ada banyak benda yang perlu diselesaikan termasuklah fitting bagu pengantin untuk adik Neeza, Fairuz.

Pada malamnya, Neeza dan Abang serta anak-anak kami juga disertai 2 anak saudara menyusul ke rumah Kak Rina untuk berhari raya. Jumpa baby Umair yang comel dan gebu. Besar betul tak macam baby baru lahir. Seronok tengok dia tidur nyenyak.



Kak Rina jamu sate dan lontong serta kuih-kuih raya. Sedapnya lontong Kak Rina. Kenyang sungguh kami. Cuma, kesian kat orang yang datang selepas kami, tak sempat makan sate. Memang rezeki kami lah kiranya sebab sebenarnya Kak Rina jemput petang tapi kami datang malam.



Havoc jadinya rumah Kak Rina dengan anak-anak dan anak sedara Neeza. Mereka main bunga api lagi. Seronok sungguh masing-masing. Mimi, anak Kak Rina pun nampak enjoy main bunga api yang Kak Rina sediakan.


9 Oktober 2008 - 9 Syawal 1429H

Kami ke Kuantan lagi sebab ada urusan yang masih belum selesai. Balik petang, sanak saudara dari Kelantan ada yang dah sampai. Mereka ada bawa durian dan rambutan.



Khemah mula dipasang. Redup sikit depan rumah dengan adanya khemah tu. Episod busy membusy semakin jelas. Dari basuh telur sehinggalah isi segala jenis tanda mata buat tetamu yang datang..


10 Oktober 2008 - 10 Syawal 1429H

Kami semakin sibuk. Maklumlah esok tu kenduri. Mandi pun tak sempat awal-awal. Kak Rina datang kerumah sebab esoknya dia tak dapat datang. Nampaklah Neeza yang tak mandi. hehee.. malunya laaa.. Terpaksalah Abang dan Ma melayan Kak Rina, suami serta Mimi.

Seharian kami sibuk menyiapkan tanda mata untuk tetamu yang datang. Pada malamnya, keluarga mertua Neeza datang dari Banting. Semuanya datang untuk majlis tu. Teraru pulak mereka sanggup datang walaupun jauh. Mereka menginap di apartment di Strawberry Park.


11 Oktober 2008 - 11 Syawal 1429H

Hari berlangsung! Kecoh sekejap sebab catering yang dah janji nak datang jam 10.30 pagi, masih tak tiba sehinggalah jam 11.30 pagi. Ada kawan-kawan Ma dan Ayah yang dah sampai. Geram jugak rasanya tapi itulah masalah bila guna catering ni. Terpaksalah kami jamu tetamu dengan makanan yang orang dapur masak - mee goreng! sabar ajelah. Tapi, bila ingat balik, jadi kenangan tu walaupun mungkin ada yang akan mengata nanti huhuuuu!!



Tak lama lepas tu catering tiba. Lega sikit. Tapi, seperti dah kami duga, servicenya tidak seperti yang dijanjikan. Janji nak sediakan pelayan tapi takde. Terpaksalah kami yang jadi pelayannya. Pinggan melamine dah tukar jadi pinggan polystrene. Ada cerita disebaliknya tapi biarlah tak payah cerita disini. Nanti malu pulak pengusaha catering tu. Walau bagaimanapun, lauk tidak mengecewakan. Agak sedap. Cuma ada 1 lauk yang Neeza tak berkenan. Sayur labu air yang dimakan dengan nasi putih. Entah apa-apa rasa. Macam buat ala kadar aje rupanya.





Kedua-dua pasang pengantin bersiap di dalam rumah kami. Cuma kemudiannya, pengantin lelaki kena keluar ikut pintu belakang sebab mereka sepatutnya datang menyambut isteri masing-masing. Hehee.. macam-macam adat ni. Ada yang begitu, ada yang begini. Dulu, masa Neeza kahwin macam tu lah. Neeza duduk dalam rumah mertua dan suami Neeza datang dari luar.





Majlis bersanding berlangsung pada jam 2.15 petang. Sebenarnya lebih untuk family aje. Orang luar bukan tengok sangat pun sebab pelamin tu kat dalam kawasan rumah. Lagipun kakak sulung pengantin tu yang nak tengok sangat sebab masa Fairuz kahwin, kakak tu tak dapat hadir. Duduk jauh la katakan ;). Lepas bersanding sekejap, terus makan beradab dan kemudiannya pengantin berjumpa dengan tetamu. Simple saja maklumlah Majlis Sambut Menantu je.

Di khemah makan, Neeza dan lain-lain kehulu kehilir melayan tetamu. Sebenarnya bukan layan tetamu tapi lebih kepada uruskan hal makan minum dan tanda mata tu. Adik ipar Neeza, Azman lah yang paling sibuk uruskan hal makan minum. Che' Abang ku sayang, sibuk juga - sibuk melayan tetamu. Jadi, tak penat sangat lah kot hehee.. Bada, adik Neeza tu, sibuk uruskan pengantin sedari awal lagi. Dia memang expert bab tu. Jadi, biarlah dia aje yang uruskan. Afir, adik bongsu Neeza pun sibuk - sibuk duduk dalam bilik pengantin. Ayah dan Ma sebagai tuan rumah memang lah sangat sibuk. Semua orang mencari mereka ni. Lagipun, kebanyakan tetamu adalah kawan-kawan Ayah dan Ma. Kami adik-beradik tak tinggal di Kemaman. Kalau ada pun kawan kami yang datang, memang tak ramai.


Antara bloggers yang datang ialah Maklang - bersama che' abang, Hakim the hero dan Maya yang comel. Anisz datang bersama 2 teman serumah. Kak M pula datang sekeluarga.



Sibuk ke sana ke mari, Neeza lupa yang Neeza ni tak boleh terlalu sibuk gitu. Malamnya, mulalah terasa sakit pinggang. Walau bagaimanapun hati puas sebab semuanya berjalan lancar. Sanak saudara ramai yang pulang ke destinasi masing-masing pada malam tu.


12 Oktober 2008 - 12 Syawal 1429H

Hari terakhir kami di Kemaman. Dah lama spend masa dengan family Neeza. Jadi, kami perlu lah ke Batu Laut semula. Kesian juga pada mak mertua, tak puas bermanja dengan anak dia ;).

Dalam pada nak balik tu, sempat lagi En. suami pergi main golf. Nak lepas gian lah tu. Neeza tak kisah sangat sebab balik sebelum ni pun dia selalu pergi main golf. Kali ni baru lah itu nak pegang kayu golf tu. Kasik can lah kan..

Kami berangkat dari Kemaman petang. Ada 3 kereta. Kereta kami, kereta Bada dan family serta kereta pengantin 1 - Fuad dan Ayu. Mereka pun dah lama cuti jadi kena balik juga. Tinggal lah pengantin 2 - Fairuz dan Lin dirumah. Dapatlah mereka tolong Ayah dan Ma apa yang patut.


13 Oktober 2008 - 13 Syawal 1429H

Masa-masa yang dihabiskan dirumah mertua bagi sesetengah orang memang membosankan. Tapi, pada Neeza agak syok sebab mak mertua Neeza rajin melayan makan. Dia sediakan breakfast, lunch, tea dan dinner. Menantu dia buat apa? Duduk aje ke? hehee.. tengok sendiri baru tahu.. Suami menantu dia tu dah tahu sangat dah apa yang selalunya terjadi ;).

Petangnya, kami berjalan ke rumah abang ipar Neeza di bandar Banting. Selepas dinner baru kami balik.


14 Oktober 2008 - 14 Syawal 1429H

Hujan sekejap dalam jam 9 pagi. Lepas tu reda. Nampaknya tak sempat air meresap ke bumi pun. Basuh kain, petang dah kering sebab memang panas sungguh. Sesi shopping barang dapur untuk dibawa balik ke Saudi di Econsave! hehee.. malas nak pergi jauh. Lagipun barang lebih kurang sama aje. Barang-barang yang wajib kami bawa ialah Milo, kicap kipas udang dan Nestum. Yang lain-lain tu adalah yang kecik-kecik tu.



Tak disangka-sangka, Neeza nampak buah tampo jual kat luar Econsave tu. Apa lagi, lepas je shopping, terus lah pergi kat gerai jual buah tampo tu. Murah pulak tu. Sekilo RM2 saja! Memang rezeki betul la...

15 Oktober 2008 - 15 Syawal 1429H

Hari ni lunch dirumah adik ipar di Port Klang pula. Bestnya la jadi orang jauh ni. Setiap kali balik layanan istimewa diberikan.


16 Oktober 2008 - 16 Syawal 1429H

Jangan tak percaya, barang tak pack pun lagi dalam beg. Memang kami ni jenis last minute. Petang tu, barulah Neeza kemas sikit-sikit barang. Bungkus-bungkus apa yang patut. Malamnya pun tak settle lagi sebab buat pun macam malas-malas je. Sebenarnya bab packing ni memang membosankan.


17 Oktober 2008 - 17 Syawal 1429H

Nak tak nak, terpaksa habiskan juga sesi packing barang. Kalau tidak, ada yang balik tak bawak beg nanti..

Kami tiba di airport pada jam 6.40 petang. Check in dan sebagainya bagai nak rak. Panjang betul line. Nasib baik flight delay 2 jam. Dapatlah kami lepak lama sikit di KLIA. Kami di hantar oleh adik Neeza, Bada dan family. Mereka juga lah yang akan jaga kereta kami sepanjang kami berada di Saudi. Terima kasih ye dik dan Azman!

Abang Nuai (abang ipar Neeza) dan Pak Andak pun ada datang. Sempat juga kami makan-makan di food court KLIA tu. Kecohnya anak-anak kami berkejar-kejaran.

Flight kami berlepas jam 11.30 malam ke Abu Dhabi.


Habis cerita percutian di Malaysia kali ni... Agak-agaknya bila lah kami akan menjejakkan kaki lagi di Malaysia ya? Hmmm... kita tungguuuuu...

Monday, October 20, 2008

Diari percutian di tanah air 30 Sep - 17 Oct 2008 (Part 1)


30 September 2008 - 30 Ramadhan 1429H

Kami tiba di KLIA tepat jam 2.00 petang. Alhamdulillah, hajat kami untuk berpuasa walaupun bermusafir (kes malas nak ganti) termakbul. Kami bersahur didalam flight. Eitihad Airways ada menyediakan lunch awal (sahur la tu) bagi yang berpuasa. Sebenarnya di Arab Saudi, 30 September 2008 dah pun 1 Syawal - dah raya!. Tapi, disebabkan 30 September tu, kami berada di Malaysia, mestilah kena puasa. Well, kalau di beri pilihan nak raya awal atau nak berada di Malaysia dan berpuasa, rasanya, kami pilih biarlah dapat berada di Malaysia.


Alamak! kalau macam ni punya cerita, berjelalah jawabnya entry ni. Kita pendekkan sikit lah.


Since raya kali ni turn Batu Laut, Tg Sepat, kami terus ke sana. Biasalah kan. Bila sampai aje, mestilah banyak cerita. Salah 1 cerita ialah kisah Shahmey yang bocor b*r*k sampai habis Neeza dan abang kena liquid yang 'semerbak' tu. Memang sangat tak selesa dalam flight tu. Jadi, sampai rumah, kami bertiga wajib mandi! Bukan mandi wajib ok!! Tapi mandi yang dimestikan. Kalau tidak, camne nak solat??


Berbuka puasa sangatlah sedap. Ada tauhu sumbat favorite abang yang dah tetiba jadi favorite Neeza. Ada mee sup, sup tulang, rendang untuk raya yang dah siap masak, lemang, pengat keladi dan macam-macam lagi. Memang mak mertua Neeza rajin masak dan masakan dia semuanya membuka selera. Berbuka beramai-ramai dengan adik beradik abang pulak tu. Lagilah bertambah meriah.


1 Oktober 2008 - 1 Syawal 1429H

Hari Raya pertama!! Sedih sebab tak dapat bersama Ma dan Ayah serta adik-adik Neeza. Tapi, kenalah faham kan sebagai seorang yang telah berumahtangga, kenalah bertolak ansur. Kami sedari awal lagi dah tetapkan turn. Kalau tahun ni kampung Abang, tahun depannya kampung Neeza. Parents kami pun dah faham. Alhamdulillah.


Walau bagaimanapun kemesraan keluarga mertua membuatkan Neeza lupa akan kesedihan tu. Pagi-pagi lagi kami bermaaf-maafan secara informal. Lepas tu ziarah sedara-mara terdekat. Acara makan-makan memang tak tinggal. Setiap rumah mesti makan. Mana lah tak terkejut perut kan. Layan dulu gambar-gambar pagi raya ni ya...












Seperti biasa, lepas beraya di rumah dekat-dekat, kami beraya dirumah jauh-jauh sikit pula. Kami kan baru 2 hari berada di Malaysia. Jet lag tu masih ada. Anak-anak Neeza pun bergitu. Cuma, yang besar-besar sikit tu boleh tahan sebab diorang pandai cari mainan! Keletah anak-anak Neeza di hari raya pertama..








Kami beraya sampai malam. Tapi, tak sempat pergi semua rumah sedara pun. Maklumlah ramai betul sedara-mara. Jadi, pergi mana yang rapat saja.


2 Oktober 2008 - 2 Syawal 1429H

Seperti yang dijadual, kami bertolak ke Kemaman pada jam 11 pagi (jadual sebenar pukul 9 tapi biase leeee...). Tiba di Kemaman jam 4 petang. Ding dong ding dong.. tunggu orang ni siap, pergi sini jap, pergi sana jap, rombongan keluarga pengantin lelaki berlepas ke Setiu jam 6 petang. Tiba di Setiu jam 9 malam. Nasib baik tok kadi tu memang ada 2 pengantin lagi. Jadi, kami lewat sikit kira okay la..


Fuad, adik lelaki Neeza yang nak bernikah malam tu, dah pergi sejam awal. Maklumlah, sebagai pengantin kena bersedia awal sikit - tempat penginapan dan sebagainya lah.


Adik Neeza bukan main lagi hafal lafaz nikah. Sekali, punyalah simple lafaz nikah yang tok kadi suruh baca. Mulalah darah gemuruh datang. Adik Neeza hafal nama tapi tok kadi kata tak payah sebut nama. Dah lah jumlah hantaran tu dipendekkan oleh tok kadi. Sabar aje lah. Kelakar pun ada dibuatnya. Mana tak lawak bila tok kadi sendiri salah sebut nama pengantin. Adik Neeza yang namanya Mohd Nazri Fuad Bin Ramli da jadi Mohd Nazri Bin Fuad disebut tok kadi. Kenalah ulang lagi. Walau bagaimanapun, dengan 2 kali lafaz, Fuad selamat diijabkabul dengan Ayu. Alhamdulillah...












Malam tu, kami menginap di Motel di Setiu - lupa lah pulak namanya. Kenapa perlu menginap ya? Majlis perkahwinan diadakan keesokan harinya. Takkanlah kami nak tidur rumah keluarga pengantin perempuan pulak kan hehee..


3 Oktober 2008 - 3 Syawal 1429H

Majlis perkahwinan berjalan lancar walaupun pada awalnya hujan renyai-renyai (hujan rahmat tu..). Kita tengok gambar ajelah ya..




















Selepas majlis, rombongan yang berbuah-buah kereta beransur ke Kadok Kelantan. Letih jugak konvoi banyak kereta ni. Tak konvoi nanti ada yang sesat pulak. Sebelum tiba ke destinasi yang dituju, kami singgah dulu. Ada jamuan kat rumah sepupu Ayah. Dia sembelih seekor lembu untuk jamuan raya ke3 tu. Sedapnya makan malam tu. Yang paling best makan budu dengan ikan rebus. Ulamnya pula petai, jering dan kacang botol memang menawan perut.. hehee.. Singgang tulang tu memang kewajipan lah kan di Kelantan..


Tiba di rumah Tok Su (nenek tiri Neeza), kami kekenyangan. Panggilan bantal memang sangat jelas. Selesai solat, kami pun krohh..krohhh...


Panjangnya diary bergambar ni. Sambung nantilah pulak.