Sunday, December 28, 2008

Semoga lebih baik


Ada orang komen mengenai entry semalam,

"Dah takde menda nak tulis ke? Apalah tulis macam tu. Nanti orang kata bla bla bla..."

bla bla bla tu, tak boleh didetailkan atas sebab-sebab peribadi :).


Mohon maaf kepada sesiapa yang rasa tak senang dengan entry tu. Mohon maaf juga kepada sesiapa yang tertanya-tanya kenapa entry tu timbul. Tapi, bagi sesiapa yang memahami keadaan Neeza sekarang, mungkin boleh agak kenapa entry yang tak sepatutnya keluar tu keluar.


Q: Betul ke orang mengandung ni mood dia ups and downs?
A: Tak tahulah. Mungkin alasan saja untuk jadi ups and downs tu...


Setelah 5 hari 'sidia' pergi, kami dapat pengganti 'sidia'. Kali ni dengan agen lain.
Temporary juga sebab nak dapatkan permanent memang makan masa sikit. Lagipun kalau ambik dengan agen saudi, mahu berbelas ribu deposit. Mahal tuuuuu... Sayanglah duit. Dia tiba petang tadi. Orangnya... tak tahu nak cakap apa. Tak boleh comment banyak sebab dah phobia kot. Semua perasaan ada tentang golongan mereka ni. Lebih baik tunggu dan lihat saja.


Encik dirumah ni kata,

"tak boleh expect lebih-lebih sangat. Asalkan dia boleh jaga budak, okay la... kalau tidak, diorang tak kerja macam tu pulak.."


Bagi Neeza, memang tak boleh nak cakap banyak sangat lagi sebab masanya sudah dekat sangat. Tak sampai 3 minggu lagi.. berdebar ni.. berdebar sangat.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semua benda! Insyaallah...

17 sugar & spice:

:: Leeza Joe :: said...

dpt yg br dh ker...snap la gambor...pas2 tjk kt org esok ms g kelas...hehhehe...perhaps yg ni ok kak...klu x ok lg den pun x tau nak kato apo dah...hehhe...senyum cketttt!!!!!!!!!!!!!!

Cat Cat said...

Take it easy Neeza... Hope everything will be fine for you and your family.

أم الليث said...

memang la orang mengandung ada ups and downs. dah la hormones tinggi, penat badan pas tu dpt plak masalah maid yg tak sudah2 ni..org tak mengandung pun bleh naik darah!

nak gelak jugak..entry semalam tu pun ada org tak puas hati ke? hihihi pelik..nak luahkan perasaan pun tak bleh ek?

Jie said...

faham...mgkn orang yg tak faham tu memang tak pernah mengandung.

Tiap perempuan berbeza walaupun kita dengan mak dengan nenek sendiri. Anak yang dikandung dikendung kehulu kehilir itu hidup dengan jiwa dan perasaan si ibu .

Moga segalanya selamat Neeza

salam maal hijrah utk neeza & family

Abang Long said...

Salam wahai Neeza.

Bersabarlah. Doa dari Abang long sentiasa mengiringi.

Tepi Sungai Batu said...

Banyak bersabar....semoga yang ini lebih baik dari yang dulu.

Kak Elle said...

neeza semoga semua berjalan lancar ye

silversarina said...

semoga sidia kali ni berkhidmat sebaik mungkin. dalam masa sama neeza kena banyakkan bersabar dan sentiasa tenagkan fikiran , biar bayi lahir ketika ketenangan dirasai dalam diri.

take care !!

chekgu Bani Hassim said...

doalah banyak2, demi utk kesejahteraan dan keselamatan akak dan keluarga.

semoga sentiasa mendapat lindunganNya, sentiasa tak lari dari landasanNya..
InsyaAllah...

Neeza Shahril said...

Liza,

hehehe.. karang pelik pulak dia.. tak pasal2 nak snap gambar..
takpe, rabu ni Insyaallah boleh jumpa.. :)

***********************************

Cath,

I really hope so Cath..
thanks :)

***********************************

Aliya,

so, tak salah lah bila mood swing tu kan hehehe..

haah la Aliya.. semestinya tak puas hati tu bukanlah seorang blogger :)

***********************************

Kak Jie,

memang dia tu tak pernah mengandung dan tak akan mengandung.. sebab tu tak berapa nak faham..

thanks Kak Jie

salam maal hijrah juga..

***********************************

Abang Long,

terima kasih abang long..

Neeza Shahril said...

Pak Man,

neeza harap sangat yang ni lebih baik dan yang akan datang lebih lebih baik lagi.. :)

***********************************

Kak Elle,

semoga begitulah kak elle..

***********************************

Kak Rina,

neeza memang nervous sangat..
semoga semuanya berjalan lancar..

***********************************

Chekgu,

semoga begitulah chekgu..
Ameen doa-doa cikgu tu..

^aNgRiAni^ said...

Salam maal hijrah untuk kak Neeza sekeluarga
:D

www.angrianiworld.com

jane said...

salam neeza,

hah...dah dapat good news ya. harap2 sumernya okke.
ada lagi 3 minggu ? aduh...yg mendengar mcm sekejap. yg menanggungnya, huh...time2 ni la yg x leh tido malam, kan ?
BTW, moga selamat semuanya. Aminnn!

hidayah said...

sabarlah k.neeza.. mengandung mmg mcmtu..harap maid kak neeza tu oklah.. tak de mcm yg dulu2 tu.. huhu

Neeza Shahril said...

Riani,

sama lah untuk Riani ye.. :)

***********************************

Jane,

memang tak lena tidur malam..
asyik terjaga aje Jane..
thanks :)

***********************************

Hida,

akak harap pun macam tu lah...

Nurul Nadiah said...

ouh. da ade maid baru eah. kali ni akak tegas je la dari mula. Hope yang kali ni lebih baik =)

Neeza Shahril said...

Nadia,

tu la.. tapi kesian pulak kat dia ni sebab rupa dia macam lembik dan lembut aje.. takut nak tegas sangat.. takut dia pengsan..