Showing posts with label cuti cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti cuti malaysia. Show all posts

Thursday, October 23, 2008

Diary Part II (finale)


4 Oktober 2008 - 4 Syawal 1429H

Bangun pagi-pagi, Neeza meronda kebun buah di tanah Ayah dan adik-adiknya (dalam kawasan rumah tu jugak pun..). Bukan meronda kosong tau.. jadi paparazzi kejap. Dengan camera yang tak berapa nak betul, Neeza snap sana sini. Ayah pun join sekaki masuk kebun tu. Sambil snap snap, sambil petik rambutan dan makan terus kat situ. Syoknya laaa.. kat Saudi mana boleh buat gitu. Nak makan kurma pun kena basuh dulu. Kalau tidak, makan debu lah jawabnya..

Dikebun tu, ada buah rambutan, salak, dokong, durian (tapi tak berbuah lagi). Ada kebun 1 lagi di tanah lain pulak yang duriannya berbuah. Nak tengok hasil photographer tak bertauliah kali ni tak?









Lupa nak cerita, pada malam 3 Oktober lagi, Neeza dah lain-lain dah belasah durian dan dokong. Memang tok Su simpan untuk kami. Durian Emas yang menjadi idaman semua. Mungkin ada yang tak pernah dengar. Neeza pun tak tahu wujudnya durian emas ni. Tapi bukanlah emas 916 tu... Warnanya kekuningan dan rasanya manis pahit-pahit sikit. Memang sedap. Pokok-pokok durian Tok Su lambat berbuah. Orang lain dah habis gugur, pokok dia baru nak mula gugur. Yang untungnya ialah Neeza!! hehee.. kalau tak disebabkan lambat gugur, tak merasa nak akan durian lah Neeza dan family yang baru balik dari perantauan ni..

Pagi hari tu, Neeza breakfast dengan buah salak dan rambutan. Lunch pula dengan durian dan dokong. Mewah sungguh dengan buah kan.. Memang puas lah makan buah balik kampung kali ni.











Sebelah petangnya, kami ke rumah Che' Ton (sepupu Ayah). Mak Che' Ton yang kami panggil Domah ada tinggal bersamanya. Sebenarnya kami nak ziarah sebab adik Che' Ton (abang Azman) yang bekerja sebagai warder di penjara Sg Buluh baru sahaja kembali ke rahmatullah 2 hari sebelum tibanya Syawal. Arwah meninggal dunia semasa tidur. Arwah juga meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang masih kecil. Keadaan Domah memang nampak sangat sedih. Kesemua anak lelakinya pergi ke rahmatullah pada usia muda. Buat pengetahuan semua, Domah pula menyusul pergi ke rahmatullah beberapa hari yang lepas. Innalillah... Semoga rohnya dan anak lelaki tunggalnya dicucuri rahmat Allah...


5 Oktober 2008 - 5 Syawal 1429H

Hari ni jadual pack lagi. Tengahari ada jemputan makan - majlis sambut menantu seorang saudara di Ketereh. Sebelum ke majlis, kami singgah di rumah di mana Neeza dibesarkan semasa kecil. Che' Moh dan anak-anaknya (sepupu-sepupu Neeza) ada balik berhari raya di Ketereh. Happynya dapat jumpa mereka yang Neeza dah anggap macam adik beradik sendiri. Tapi, sedih sangat lihat keadaan Che' Moh. Dia dah tak kenal orang. Neeza pun dia dah tak ingat. Agaknya, sebab tu lah Neeza pernah mimpikan dia satu masa dulu. Bila diingatkan semula, barulah dia ingat Neeza.

Majlis makan tu sebenarnya di rumah belakang. Dulunya tempat Neeza bermain masa kecik-kecik. Dah lama Neeza tak jumpa mereka. Walaupun gitu, mereka masih ingat Neeza - siap kata, Neeza masih macam dulu (amboiii!! biar betul... hampir 30 tahun dulu tuuuuu). Mungkin kedut kat muka Neeza ni mereka nampak licin macam agar-agar kot.. hehee..

Selepas kenyang makan, kami beransur ke kubur arwah Mok (nenek kesayangan Neeza). Sayu pulak rasa sebab itulah kali kedua Neeza ziarah kubur arwah semenjak dia pergi meninggalkan Neeza.



Seterusnya kami beransur ke kubur arwah Tok Che' (Atok Neeza) pula. Subur sungguh pokok puding di pusara Tok Che'.



Selepas itu kami ke rumah Tok Su lagi. Jamuan buah durian lagi. Tapai pun ada. Neeza makan aje semua tu dengan banyak pulak tu. Tak fikir pun nanti sakit perut ke. Yang Neeza fikir, sesekali.. hehee.. sedap aje kan. Padahal dua tiga hari sebelum pun dah makan durian dan tapai. Sesekali kononnnn...





Di atas sebab-sebab teknikal, kami bermalam di Hotel R di bandar KB.


6 Oktober 2008 - 6 Syawal 1429H

Selepas selesai tugas yang perlu dibereskan, kami beransur ke rumah Tok Su untuk mengucapkan selamat jalan. Tok Su bekalkan buah durian, rambutan, dokong, tempoyak, lempuk dan telur masin untuk dibawa pulang. Banyak buah durian yang menjadi kegemaran ramai tapi seorang pun anak ayah tak nak bawak durian. Kereta ayah lah yang jadi mangsa. Kesian ayah...



Didalam perjalanan pulang, kami singgah di Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Bapa saudara Neeza (Abang Ayah) tinggal disitu. Memang dia dah pesan suruh singgah rumah sebelum berlepas balik. Kami makan laksa penang dan laksa kelantan pula disitu. Rumah ni pun pernah juga jadi destinasi Neeza tinggal sewaktu cuti sekolah. Sepupu-sepupu disini pun dah macam adik beradik Neeza juga.


Kami tiba di Kemaman tengah malam. Letih betul...


7 Oktober 2008 - 7 Syawal 1429H

Kalau ikutkan, memang tak boleh kemana sebab rumah ni akan busy dengan kenduri sambut menantu. Macam-macam perlu di buat. Tapi, kami (Neeza dan Abang) pun ada kerja yang perlu diselesaikan seperti banking dan sebagainya. Jadi, kami ke Kuantan. Singgah rumah kami sekejap di IM. Masih seperti dulu. Pokok kelapa pun macam dulu tak tinggi-tinggi pun. Pokok mangga pun macam dulu jugak. Walau bagaimanapun, tenant kami nampaknya menjaga rumah dengan baik. Alhamdulillah...

Tak sempat nak pergi jumpa kawan-kawan pun sebab masa suntuk betul. Mintak maaf bebanyak dengan semua kawan-kawan di Kuantan. Bukan Neeza sombong atau dah tak ingat kepada kawan-kawan tapi jadual Neeza terlalu padat. Mungkin lain kali kita dapat berjumpa lagi.. Insyaallah.


8 Oktober 2008 - 8 Syawal 1429H

Hari ni adalah hari outing bagi Neeza dan 3 adik tersayang. Seorang adik tak sampai lagi dari Setiu. Ada banyak benda yang perlu diselesaikan termasuklah fitting bagu pengantin untuk adik Neeza, Fairuz.

Pada malamnya, Neeza dan Abang serta anak-anak kami juga disertai 2 anak saudara menyusul ke rumah Kak Rina untuk berhari raya. Jumpa baby Umair yang comel dan gebu. Besar betul tak macam baby baru lahir. Seronok tengok dia tidur nyenyak.



Kak Rina jamu sate dan lontong serta kuih-kuih raya. Sedapnya lontong Kak Rina. Kenyang sungguh kami. Cuma, kesian kat orang yang datang selepas kami, tak sempat makan sate. Memang rezeki kami lah kiranya sebab sebenarnya Kak Rina jemput petang tapi kami datang malam.



Havoc jadinya rumah Kak Rina dengan anak-anak dan anak sedara Neeza. Mereka main bunga api lagi. Seronok sungguh masing-masing. Mimi, anak Kak Rina pun nampak enjoy main bunga api yang Kak Rina sediakan.


9 Oktober 2008 - 9 Syawal 1429H

Kami ke Kuantan lagi sebab ada urusan yang masih belum selesai. Balik petang, sanak saudara dari Kelantan ada yang dah sampai. Mereka ada bawa durian dan rambutan.



Khemah mula dipasang. Redup sikit depan rumah dengan adanya khemah tu. Episod busy membusy semakin jelas. Dari basuh telur sehinggalah isi segala jenis tanda mata buat tetamu yang datang..


10 Oktober 2008 - 10 Syawal 1429H

Kami semakin sibuk. Maklumlah esok tu kenduri. Mandi pun tak sempat awal-awal. Kak Rina datang kerumah sebab esoknya dia tak dapat datang. Nampaklah Neeza yang tak mandi. hehee.. malunya laaa.. Terpaksalah Abang dan Ma melayan Kak Rina, suami serta Mimi.

Seharian kami sibuk menyiapkan tanda mata untuk tetamu yang datang. Pada malamnya, keluarga mertua Neeza datang dari Banting. Semuanya datang untuk majlis tu. Teraru pulak mereka sanggup datang walaupun jauh. Mereka menginap di apartment di Strawberry Park.


11 Oktober 2008 - 11 Syawal 1429H

Hari berlangsung! Kecoh sekejap sebab catering yang dah janji nak datang jam 10.30 pagi, masih tak tiba sehinggalah jam 11.30 pagi. Ada kawan-kawan Ma dan Ayah yang dah sampai. Geram jugak rasanya tapi itulah masalah bila guna catering ni. Terpaksalah kami jamu tetamu dengan makanan yang orang dapur masak - mee goreng! sabar ajelah. Tapi, bila ingat balik, jadi kenangan tu walaupun mungkin ada yang akan mengata nanti huhuuuu!!



Tak lama lepas tu catering tiba. Lega sikit. Tapi, seperti dah kami duga, servicenya tidak seperti yang dijanjikan. Janji nak sediakan pelayan tapi takde. Terpaksalah kami yang jadi pelayannya. Pinggan melamine dah tukar jadi pinggan polystrene. Ada cerita disebaliknya tapi biarlah tak payah cerita disini. Nanti malu pulak pengusaha catering tu. Walau bagaimanapun, lauk tidak mengecewakan. Agak sedap. Cuma ada 1 lauk yang Neeza tak berkenan. Sayur labu air yang dimakan dengan nasi putih. Entah apa-apa rasa. Macam buat ala kadar aje rupanya.





Kedua-dua pasang pengantin bersiap di dalam rumah kami. Cuma kemudiannya, pengantin lelaki kena keluar ikut pintu belakang sebab mereka sepatutnya datang menyambut isteri masing-masing. Hehee.. macam-macam adat ni. Ada yang begitu, ada yang begini. Dulu, masa Neeza kahwin macam tu lah. Neeza duduk dalam rumah mertua dan suami Neeza datang dari luar.





Majlis bersanding berlangsung pada jam 2.15 petang. Sebenarnya lebih untuk family aje. Orang luar bukan tengok sangat pun sebab pelamin tu kat dalam kawasan rumah. Lagipun kakak sulung pengantin tu yang nak tengok sangat sebab masa Fairuz kahwin, kakak tu tak dapat hadir. Duduk jauh la katakan ;). Lepas bersanding sekejap, terus makan beradab dan kemudiannya pengantin berjumpa dengan tetamu. Simple saja maklumlah Majlis Sambut Menantu je.

Di khemah makan, Neeza dan lain-lain kehulu kehilir melayan tetamu. Sebenarnya bukan layan tetamu tapi lebih kepada uruskan hal makan minum dan tanda mata tu. Adik ipar Neeza, Azman lah yang paling sibuk uruskan hal makan minum. Che' Abang ku sayang, sibuk juga - sibuk melayan tetamu. Jadi, tak penat sangat lah kot hehee.. Bada, adik Neeza tu, sibuk uruskan pengantin sedari awal lagi. Dia memang expert bab tu. Jadi, biarlah dia aje yang uruskan. Afir, adik bongsu Neeza pun sibuk - sibuk duduk dalam bilik pengantin. Ayah dan Ma sebagai tuan rumah memang lah sangat sibuk. Semua orang mencari mereka ni. Lagipun, kebanyakan tetamu adalah kawan-kawan Ayah dan Ma. Kami adik-beradik tak tinggal di Kemaman. Kalau ada pun kawan kami yang datang, memang tak ramai.


Antara bloggers yang datang ialah Maklang - bersama che' abang, Hakim the hero dan Maya yang comel. Anisz datang bersama 2 teman serumah. Kak M pula datang sekeluarga.



Sibuk ke sana ke mari, Neeza lupa yang Neeza ni tak boleh terlalu sibuk gitu. Malamnya, mulalah terasa sakit pinggang. Walau bagaimanapun hati puas sebab semuanya berjalan lancar. Sanak saudara ramai yang pulang ke destinasi masing-masing pada malam tu.


12 Oktober 2008 - 12 Syawal 1429H

Hari terakhir kami di Kemaman. Dah lama spend masa dengan family Neeza. Jadi, kami perlu lah ke Batu Laut semula. Kesian juga pada mak mertua, tak puas bermanja dengan anak dia ;).

Dalam pada nak balik tu, sempat lagi En. suami pergi main golf. Nak lepas gian lah tu. Neeza tak kisah sangat sebab balik sebelum ni pun dia selalu pergi main golf. Kali ni baru lah itu nak pegang kayu golf tu. Kasik can lah kan..

Kami berangkat dari Kemaman petang. Ada 3 kereta. Kereta kami, kereta Bada dan family serta kereta pengantin 1 - Fuad dan Ayu. Mereka pun dah lama cuti jadi kena balik juga. Tinggal lah pengantin 2 - Fairuz dan Lin dirumah. Dapatlah mereka tolong Ayah dan Ma apa yang patut.


13 Oktober 2008 - 13 Syawal 1429H

Masa-masa yang dihabiskan dirumah mertua bagi sesetengah orang memang membosankan. Tapi, pada Neeza agak syok sebab mak mertua Neeza rajin melayan makan. Dia sediakan breakfast, lunch, tea dan dinner. Menantu dia buat apa? Duduk aje ke? hehee.. tengok sendiri baru tahu.. Suami menantu dia tu dah tahu sangat dah apa yang selalunya terjadi ;).

Petangnya, kami berjalan ke rumah abang ipar Neeza di bandar Banting. Selepas dinner baru kami balik.


14 Oktober 2008 - 14 Syawal 1429H

Hujan sekejap dalam jam 9 pagi. Lepas tu reda. Nampaknya tak sempat air meresap ke bumi pun. Basuh kain, petang dah kering sebab memang panas sungguh. Sesi shopping barang dapur untuk dibawa balik ke Saudi di Econsave! hehee.. malas nak pergi jauh. Lagipun barang lebih kurang sama aje. Barang-barang yang wajib kami bawa ialah Milo, kicap kipas udang dan Nestum. Yang lain-lain tu adalah yang kecik-kecik tu.



Tak disangka-sangka, Neeza nampak buah tampo jual kat luar Econsave tu. Apa lagi, lepas je shopping, terus lah pergi kat gerai jual buah tampo tu. Murah pulak tu. Sekilo RM2 saja! Memang rezeki betul la...

15 Oktober 2008 - 15 Syawal 1429H

Hari ni lunch dirumah adik ipar di Port Klang pula. Bestnya la jadi orang jauh ni. Setiap kali balik layanan istimewa diberikan.


16 Oktober 2008 - 16 Syawal 1429H

Jangan tak percaya, barang tak pack pun lagi dalam beg. Memang kami ni jenis last minute. Petang tu, barulah Neeza kemas sikit-sikit barang. Bungkus-bungkus apa yang patut. Malamnya pun tak settle lagi sebab buat pun macam malas-malas je. Sebenarnya bab packing ni memang membosankan.


17 Oktober 2008 - 17 Syawal 1429H

Nak tak nak, terpaksa habiskan juga sesi packing barang. Kalau tidak, ada yang balik tak bawak beg nanti..

Kami tiba di airport pada jam 6.40 petang. Check in dan sebagainya bagai nak rak. Panjang betul line. Nasib baik flight delay 2 jam. Dapatlah kami lepak lama sikit di KLIA. Kami di hantar oleh adik Neeza, Bada dan family. Mereka juga lah yang akan jaga kereta kami sepanjang kami berada di Saudi. Terima kasih ye dik dan Azman!

Abang Nuai (abang ipar Neeza) dan Pak Andak pun ada datang. Sempat juga kami makan-makan di food court KLIA tu. Kecohnya anak-anak kami berkejar-kejaran.

Flight kami berlepas jam 11.30 malam ke Abu Dhabi.


Habis cerita percutian di Malaysia kali ni... Agak-agaknya bila lah kami akan menjejakkan kaki lagi di Malaysia ya? Hmmm... kita tungguuuuu...

Monday, October 20, 2008

Diari percutian di tanah air 30 Sep - 17 Oct 2008 (Part 1)


30 September 2008 - 30 Ramadhan 1429H

Kami tiba di KLIA tepat jam 2.00 petang. Alhamdulillah, hajat kami untuk berpuasa walaupun bermusafir (kes malas nak ganti) termakbul. Kami bersahur didalam flight. Eitihad Airways ada menyediakan lunch awal (sahur la tu) bagi yang berpuasa. Sebenarnya di Arab Saudi, 30 September 2008 dah pun 1 Syawal - dah raya!. Tapi, disebabkan 30 September tu, kami berada di Malaysia, mestilah kena puasa. Well, kalau di beri pilihan nak raya awal atau nak berada di Malaysia dan berpuasa, rasanya, kami pilih biarlah dapat berada di Malaysia.


Alamak! kalau macam ni punya cerita, berjelalah jawabnya entry ni. Kita pendekkan sikit lah.


Since raya kali ni turn Batu Laut, Tg Sepat, kami terus ke sana. Biasalah kan. Bila sampai aje, mestilah banyak cerita. Salah 1 cerita ialah kisah Shahmey yang bocor b*r*k sampai habis Neeza dan abang kena liquid yang 'semerbak' tu. Memang sangat tak selesa dalam flight tu. Jadi, sampai rumah, kami bertiga wajib mandi! Bukan mandi wajib ok!! Tapi mandi yang dimestikan. Kalau tidak, camne nak solat??


Berbuka puasa sangatlah sedap. Ada tauhu sumbat favorite abang yang dah tetiba jadi favorite Neeza. Ada mee sup, sup tulang, rendang untuk raya yang dah siap masak, lemang, pengat keladi dan macam-macam lagi. Memang mak mertua Neeza rajin masak dan masakan dia semuanya membuka selera. Berbuka beramai-ramai dengan adik beradik abang pulak tu. Lagilah bertambah meriah.


1 Oktober 2008 - 1 Syawal 1429H

Hari Raya pertama!! Sedih sebab tak dapat bersama Ma dan Ayah serta adik-adik Neeza. Tapi, kenalah faham kan sebagai seorang yang telah berumahtangga, kenalah bertolak ansur. Kami sedari awal lagi dah tetapkan turn. Kalau tahun ni kampung Abang, tahun depannya kampung Neeza. Parents kami pun dah faham. Alhamdulillah.


Walau bagaimanapun kemesraan keluarga mertua membuatkan Neeza lupa akan kesedihan tu. Pagi-pagi lagi kami bermaaf-maafan secara informal. Lepas tu ziarah sedara-mara terdekat. Acara makan-makan memang tak tinggal. Setiap rumah mesti makan. Mana lah tak terkejut perut kan. Layan dulu gambar-gambar pagi raya ni ya...












Seperti biasa, lepas beraya di rumah dekat-dekat, kami beraya dirumah jauh-jauh sikit pula. Kami kan baru 2 hari berada di Malaysia. Jet lag tu masih ada. Anak-anak Neeza pun bergitu. Cuma, yang besar-besar sikit tu boleh tahan sebab diorang pandai cari mainan! Keletah anak-anak Neeza di hari raya pertama..








Kami beraya sampai malam. Tapi, tak sempat pergi semua rumah sedara pun. Maklumlah ramai betul sedara-mara. Jadi, pergi mana yang rapat saja.


2 Oktober 2008 - 2 Syawal 1429H

Seperti yang dijadual, kami bertolak ke Kemaman pada jam 11 pagi (jadual sebenar pukul 9 tapi biase leeee...). Tiba di Kemaman jam 4 petang. Ding dong ding dong.. tunggu orang ni siap, pergi sini jap, pergi sana jap, rombongan keluarga pengantin lelaki berlepas ke Setiu jam 6 petang. Tiba di Setiu jam 9 malam. Nasib baik tok kadi tu memang ada 2 pengantin lagi. Jadi, kami lewat sikit kira okay la..


Fuad, adik lelaki Neeza yang nak bernikah malam tu, dah pergi sejam awal. Maklumlah, sebagai pengantin kena bersedia awal sikit - tempat penginapan dan sebagainya lah.


Adik Neeza bukan main lagi hafal lafaz nikah. Sekali, punyalah simple lafaz nikah yang tok kadi suruh baca. Mulalah darah gemuruh datang. Adik Neeza hafal nama tapi tok kadi kata tak payah sebut nama. Dah lah jumlah hantaran tu dipendekkan oleh tok kadi. Sabar aje lah. Kelakar pun ada dibuatnya. Mana tak lawak bila tok kadi sendiri salah sebut nama pengantin. Adik Neeza yang namanya Mohd Nazri Fuad Bin Ramli da jadi Mohd Nazri Bin Fuad disebut tok kadi. Kenalah ulang lagi. Walau bagaimanapun, dengan 2 kali lafaz, Fuad selamat diijabkabul dengan Ayu. Alhamdulillah...












Malam tu, kami menginap di Motel di Setiu - lupa lah pulak namanya. Kenapa perlu menginap ya? Majlis perkahwinan diadakan keesokan harinya. Takkanlah kami nak tidur rumah keluarga pengantin perempuan pulak kan hehee..


3 Oktober 2008 - 3 Syawal 1429H

Majlis perkahwinan berjalan lancar walaupun pada awalnya hujan renyai-renyai (hujan rahmat tu..). Kita tengok gambar ajelah ya..




















Selepas majlis, rombongan yang berbuah-buah kereta beransur ke Kadok Kelantan. Letih jugak konvoi banyak kereta ni. Tak konvoi nanti ada yang sesat pulak. Sebelum tiba ke destinasi yang dituju, kami singgah dulu. Ada jamuan kat rumah sepupu Ayah. Dia sembelih seekor lembu untuk jamuan raya ke3 tu. Sedapnya makan malam tu. Yang paling best makan budu dengan ikan rebus. Ulamnya pula petai, jering dan kacang botol memang menawan perut.. hehee.. Singgang tulang tu memang kewajipan lah kan di Kelantan..


Tiba di rumah Tok Su (nenek tiri Neeza), kami kekenyangan. Panggilan bantal memang sangat jelas. Selesai solat, kami pun krohh..krohhh...


Panjangnya diary bergambar ni. Sambung nantilah pulak.

Saturday, October 18, 2008

Kembali berpasir dan berdebu :)


Setelah delay 2 jam (bagus gak delay yang tu - dapat lah borak lama sikit dengan pengiring kami ke airport..) di KLIA dan 1 jam 40 minit di Abu Dhabi (yang ni tak berapa best sebab transit di Abu Dhabi memang lama), akhirnya kami selamat tiba di tanah Al Jubail Saudi Arabia pada jam 11.10 pagi (4.10 petang waktu Malaysia).


Alhamdulillah, perjalanan smooth walaupun kapal terbang break mengejut semasa landing di airport Abu Dhabi (sama ada pilot nak test skill break dia ataupun dia tercekik tulang ikan). Kalau anak-anak Neeza tak pakai seat belt, memang tercampak dari kerusi rasanya sebab masa tu diorang tidur dengan nyenyak.


Tiba di rumah kami, ada sikit problem. Masa nak bayar taxi fare tu, dia kata takde tukar duit SR200 (taxi fare ialah SR120). Memang tak logik sebab taxi tu memang lah taxi airport. Biasanya, takde masalah untuk diorang bagi change banyak macam tu. Agaknya dia hoping, kami burn aje lah the balance SR80 tu. Geram jugak rasanya. Kat sini kalau keluar duit dari ATM, selalu saja dapat note SR200. Jarang sangat dapat note SR100. Kalau shopping tu dapat lah. Tapi, kami kan baru aje balik dari Malaysia. Note RM tu adalah. Naik rumah, cari jugak duit untuk cukupkan SR120. Dapat juga kumpul duit yang kebanyakkannya note SR1 hehee... Selamat... Biar arab tu rasa letih nak simpan duit satu riyal.


Sekarang jam 4.19 petang. Anak-anak nyenyak tidur. Jet lag kan. Ummi dia tak ngantuk pulak. Tapi rasanya akan tidur jugak kot ni.. hehee..


Banyak gambar yang diambil sepanjang raya dan cuti di Malaysia menggunakan camera yang rosak hari tu. Nyawa dia panjang lagi rupanya. Walaupun rosak, masih boleh digunakan dengan beberapa trick yang tuan dia dan hubby tuan dia aje yang reti hehee..


Mungkin esok-esok baru boleh upload gambar. 3 beg besar tu masih diluar (ruang tamu). 1 dah buka sebab budak-budak ni sibuk nak tengok souvenir yang ibu (adik Neeza) diorang bagi. 2 lagi masih safe and sound tutup rapat. Beg 2 tu memang penuh dengan makanan. Lempuk dan tempoyak pun ada tuuuu...


Oh ya, lupa pulak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi menjenguk blog yang 18 hari tak berupdate ni. Neeza masih belum sempat nak jenguk blog kawan-kawan. Insyaallah, bila Neeza dah settle sikit, Neeza akan ziarah kawan-kawan semua. Salam sayang dan rindu untuk semua :).

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Hari ini, 29 September 2008 pada jam 10.50 malam, kami sekeluarga akan berangkat meninggalkan tanah Arab Saudi untuk tempoh 18 hari, Insyaallah. Kami akan pulang berhari raya di kampung halaman tercinta bagi tempoh tersebut.


Dengan itu juga, rasa-rasanya Neeza tak dapat lah update blog dan melawat blog kawan-kawan access internet sebab memang takde pun internet access kat rumah mertua dan parents Neeza. 3G memang takde pun hehee.. biarlah orang kata kuno pun. Neeza bukan ada business yang memerlukan Neeza check stock exchange email setiap 5 minit ;). Lagipun Neeza balik Malaysia hanya beberapa kali aje dalam setahun. Sebelah tangan pun terlebih untuk kira. Alahai bebel lah pulak...


Sebenarnya, Neeza nak mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi (hari tu dah wish kan.. takpelah) mengucapkan,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

kepada semua sahabat-sahabat yang beragama Islam. Juga,


SELAMAT BERCUTI

bagi sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam yang berada di negara-negara yang bercuti ketika Hari Raya Aidil Fitri ini. Tak lupa juga,


SELAMAT TENGOK ORANG BERHARI RAYA

kepada sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam dan berada di negara-negara yang tak bercuti. Takpe, Neeza dan sahabat-sahabat di Malaysia akan tolong makan lemang dan ketupat tu ya :).


Neeza juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas segala kesalahan sama ada lisan ataupun perbuatan secara sedar ataupun tidak. Neeza hanyalah insan biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan dan selalu alpa. Maafkan Neeza ya...


Sebelum terlupa, Neeza juga ingin menjemput semua sahabat untuk hadir ke majlis menyambut menantu di rumah mak ayah Neeza yang akan diadakan seperti butir-butir berikut (ish.. macam tulis memo lah pulak :P)

Tarikh: 11 Oktober 2008 (Sabtu)
Masa: 12.00 - 4.00 petang
Tempat: No 3130 Taman Dahlia, Bukit Kuang, Kemaman Terengganu
No tel Neeza: 019 2519786 (call untuk tanya direction)

Kepada sesiapa yang berhajat untuk datang, call Neeza dulu ya supaya tak lah Neeza terkejut badak dapat membuat persediaan sewajarnya.

Sunday, September 28, 2008

Persediaan nak balik kampung :)


Betul tu.. walaupun kami jauh di perantauan, raya kali ni kami akan balik kampung di Malaysia, Insyaallah... Cuma, cuti kali ni tak panjang. Tak best nya kan. Apa nak buat. Bulan 5 lepas, kami dah balik. Kalau company tu husband Neeza yang punya, lain lah cerita hehee.. Ini, kerja makan gaji saja dong! Ada peruntukan cuti tahunan pun kira syukur alhamdulillah.


Beg-beg belum siap 100%. Masih perlu di susun baik-baik supaya beg lebih kurang sama berat. Takdelah nanti patah pinggang teruk orang yang nak mengangkatnya ;).


Semalam, kami keluar cari barang untuk adik lelaki Neeza. Tak jumpa lah pulak. Kedai yang selalu kami pergi tu tutup pulak. Hari ni kena pergi lagi. Kalau kedai tu tutup lagi, kena cari alternatif lain lah. Hopefully adik Neeza tak kisah. Rasanya, esok baru settle packing lah ni.


Sebenarnya excited balik kampung ni akan terencat disebabkan perkara pack unpack ni. Kalau cuti lama berbaloi lah. Ini cuti pendek. Pulak tu, kami akan mengalami jet lag lagi. Hopefully kali ni tak teruk jet lag sebab bulan puasa dah biasa bangun jam 2 3 pagi.


Nampaknya 2 3 hari ni, entry Neeza cuma pasal nak balik kampung je kan. Biarlah.. excited raya memang tak sangat. Maklumlah diriku ini sudah tua!!! huuwwwaaaaa!!!


Edited to post:

Jalan-jalan tadi, ada posmen nama Encik bl0gspot hantar kad raya ;). Kad raya ni dari abang librarian di Kedah..




Inilah kad dari sikelu (nama dia Zul) - Terima kasih Zul.. personalize kad Zul ni. Siap ada gambar sicomel Athirah tu... Thanks ya :)

Friday, September 26, 2008

Debaran terasa


Ada orang excited sebab nak raya. Ada orang excited sebab dah tak payah puasa (ish ish..). Dan... ada orang excited sebab nak balik kampung!! Sape tu? Saya laaaa... hehee..


Nak tulis panjang-panjang pun dah takde mood. Baju belum habis packing. Sebabnya ada barang yang perlu dimasukkan dalam beg tapi belum ada lagi. Jadi, baju pun pending untuk dimasukkan. Ye lah.. tau dah. Memang lah perempuan macam tu (ke Neeza aje?). Teliti sikit. Tak boleh main taram je masuk. Nak kena susun elok-elok supaya nanti bila nak dikeluarkan, tahu beg mana letaknya barang itu, barang ini.


Pernah tak sesiapa (yang perempuan sahaja) experience kena tanya soalan "Yang, towel beg mana?", "Mama, berus gigi kat mana?", "T shirt yang color biru tu celah mana pulak?" dan bermacam-macam soalan berkaitan dengan dimana letakkan pakaian orang yang bertanya tu? Nak tahu siapa yang bakal jadi penjawab utamannya?

PEREMPUAN LAHHHHH!!!

Siapa lagi kan? Sebab tu lah wanita / ibu / isteri yang tergolong didalam golongan perempuan ni perlu berhati-hati semasa packing barang. Mereka perlu pantas didalam menjawab soalan-soalan yang bertubi-tubi itu. Macam computer, tekan aje, keluar jawapan. Walaupun kadang-kadang ada juga masa masa si suami atau lelaki yang akan sesuka hati memasukkan baju pada waktu last minute, isteri juga akan ditanya nanti. Jadi, tugas isteri, sebelum beg dizip / seal / atau sebagainya, dia perlu scan dulu beg tu dan tengok apa yang terkandung didalam setiap beg. Kiranya, perempuan ni perlu tahu semua benda lah!! hehee..


Hmmm.. tak sabar nak sampai KLIA. Tapi, bila kenangkan yang kami akan naik E1tihad, adusshhh.. rasa berdebar lah pulak ni. Harap-harap takdelah pak mak ind0n, ind1a dan yang sewaktu dengannya melambatkan perjalanan (sebab tak faham seating arrangement, maka diorang main taram duduk dimana suka).


Sini dulu untuk hari ini...

Thursday, September 25, 2008

Nasi masak malas ;)


Tengok tajuk, macam nama resepi. Tapi sebenarnya bukan!! Nasi masak malas ialah nasi yang dimasak dikedai. Itu term yang direka cipta sendiri-sendiri. Takde pun dalam kamus dewan hehee.. Tak tahu kenapa, makin hari makin malas masak untuk berbuka puasa. Mungkin sebab semangat nak balik kampung dan mungkin juga kami dah stop dari membeli bermacam-macam lauk pauk mentah.


Nak tulis blog pun dah takde mood. Blog hopping pun dah kurang sebab masa tidur makin bertambah hehee.. Kain baju masih belum settle kemas. Tapi Neeza biasa bab kemas last minute ni. Lagi laju rasanya sebab main ambik aje kan. Tak sempat nak fikir dah. Kalau kemas awal-awal, mulalah terkial-kial nak pilih. Lagipun, balik raya bukan nak bawak balik banyak baju pun. Baju raya dah ada kat kampung. Terima kasih kepada Cik Puan Shimanoseki dan suami yang sudi tolong beli dan tolong tempahkan baju-baju raya kami sekeluarga. Baju basahan pun memang banyak kat kampung. Tapi dalam pada tak banyak tu, beg 2 3 buah jugak bila balik. Tu yang heran tuuu.. ;).


Semalam kami makan... tara!!! ada orang belanja lah semalam. ALhamdulillah. Murah rezeki Encik dan Puan Sahabat yang belanja tu.. Kami berbuka dulu dengan cekodok bawang kat rumah. Lepas solat, kami keluar ke... Pattaya! Makan nasi di Pattaya dengan macam-macam menu. Terima kasih kepada Encik dan Puan Sahabat. Baru teringat, tak ambik gambar pun semalam. Tapi, kalau ambik pun bukan senang nak upload. Guna camera hp memang tak best :(.


Rasanya dah ramai yang mula beransur balik kampung. Hari ni dah hari Khamis. Esok Jumaat. Sabtu mesti ramai dah mula bercuti. Kalau yang ada internet access walau dimana jua, best la kan. Boleh tulis dan baca blog tiap-tiap hari tahu perkembangan semasa setiap saat. Takdelah bosan sangat menunggu ketupat dan lemang nak masak.


Kepada sesiapa yang mungkin tak sempat nak baca blog lagi dah nak balik kampung, Neeza nak ambil kesempatan (mungkin awal tapi takpelah) untuk ucapkan,


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan didalam hati

(siapa lah yang simpan jarum patah dalam peti ek?? macam tak logik je bunyinya. kena alter sikit kot pantun tu hehee)


Pada sesiapa yang drive balik kampung tu (ada ke orang naik flight balik kampung? eh ada laaa!!! kami la tuuuu... hehehee...), drive safely and carefully. Don't speed sebab nanti kena speed trap.. kurang pulak duit raya untuk budak-budak ;). Cerita pasal duit raya, kenapa orang tak bagi duit raya pada orang orang tua dewasa macam Neeza ni? Tak aci betul laaaa... Dah la.. stop mengarut. Nak tidur jap lah layan Shahmey dulu lah.


Salam sayang untuk semua :).

Tuesday, June 3, 2008

CCM 1-22 May 2008 Part 5 - finale ;)


This entry is to conclude the story of our vacation recently. I guess, those picture would tell a thousand stories :)


Though my schedule was quite tight, I pinched some time to go to the workplace that I've left for good. These were among those friends that I've got the chance to meet. There are a few more whom I regret was not able to meet. Insyaallah, when I come back again, I'll go to visit them. I really miss all of you my dear friends :)

All pictures taken at the Director's building (I was once there too huhuuuu...)


We went to JB with a purpose to visit my brother, Fairuz who was always busy with his work. Since he couldn't take leave to come back and visit us, we had to drive all the way to JB. It's worthwhile though especially after seeing my dear Shahmey was so happy meeting his elder twin heheheee.. (Shahmey and Fairuz kind of look alike, I guess)

Coan and Ayah Su (my younger brother) can be friends coz' they like to make faces in the picture. I guess, Shahmey will follow suit hehee..


We had a huge meal together with Abang's friends & their families at the H0rizon, Kuantan. I never been there before. The meal was okay and the service was almost perfect. The decoration of the restaurant kinda making me wonder whether it's okay for us to just walk in without having prior booking. We didn't finish the food. Perhaps we ordered too much (expecting those kids would eat a lot and it ended up they played a lot)

I think I'll have another visit here ;)


I've missed my mom's birthday on last November since I came to Saudi later in October. I guess this one could replace that one! hehee.. Anyway, I bought this for the Mother's Day. Happy Mother's Day Ma...

mahal gambar ni.. (bukan senang nak ambik gambar berkain batik dan kain pelikat hehee..)


These were final pictures before we left to S@udi. They were taken at the KL1A. The process of endorsing our boarding pass took more than 1/2 hour (a new guy appointed by the S@udi Airlines managed the counter). While Abang was patiently standing at the counter, we took pictures of the kids.

Thanks Man, Dik, Aaina dan Qawiem sudi hantar kami ke airport...