Sunday, September 28, 2008

Persediaan nak balik kampung :)


Betul tu.. walaupun kami jauh di perantauan, raya kali ni kami akan balik kampung di Malaysia, Insyaallah... Cuma, cuti kali ni tak panjang. Tak best nya kan. Apa nak buat. Bulan 5 lepas, kami dah balik. Kalau company tu husband Neeza yang punya, lain lah cerita hehee.. Ini, kerja makan gaji saja dong! Ada peruntukan cuti tahunan pun kira syukur alhamdulillah.


Beg-beg belum siap 100%. Masih perlu di susun baik-baik supaya beg lebih kurang sama berat. Takdelah nanti patah pinggang teruk orang yang nak mengangkatnya ;).


Semalam, kami keluar cari barang untuk adik lelaki Neeza. Tak jumpa lah pulak. Kedai yang selalu kami pergi tu tutup pulak. Hari ni kena pergi lagi. Kalau kedai tu tutup lagi, kena cari alternatif lain lah. Hopefully adik Neeza tak kisah. Rasanya, esok baru settle packing lah ni.


Sebenarnya excited balik kampung ni akan terencat disebabkan perkara pack unpack ni. Kalau cuti lama berbaloi lah. Ini cuti pendek. Pulak tu, kami akan mengalami jet lag lagi. Hopefully kali ni tak teruk jet lag sebab bulan puasa dah biasa bangun jam 2 3 pagi.


Nampaknya 2 3 hari ni, entry Neeza cuma pasal nak balik kampung je kan. Biarlah.. excited raya memang tak sangat. Maklumlah diriku ini sudah tua!!! huuwwwaaaaa!!!


Edited to post:

Jalan-jalan tadi, ada posmen nama Encik bl0gspot hantar kad raya ;). Kad raya ni dari abang librarian di Kedah..




Inilah kad dari sikelu (nama dia Zul) - Terima kasih Zul.. personalize kad Zul ni. Siap ada gambar sicomel Athirah tu... Thanks ya :)

10 sugar & spice:

arsaili said...

salam..wahhhh jeles seyyyyyy nak balik msia..uwaaaa
saya raya di perantuan jer ..sob sob sob

Nazali Noor said...

Salam lebaran Neeza..

Semoga perjalanan dipermudahkan ya..salam untuk semua di tanah air

Kak Elle said...

ni kira2 mengira jam nak balik lah kan?

selamat terbang dan selamat hari raya.

zino said...

bila nak terbang baliknya ni dah dekat nak raya ni.. seronok nya dia.. hehe.. selamat kembali ke malaysia utk beraya.. semuga dapat ziarah seberapa banyak rumah yg boleh hehe..

Adry said...

Have a safe journey kak...

Adry @ http://www.adrysabry.com

alaf21fc said...

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.

Neeza Shahril said...

Arsaili,

takpe.. nanti giliran awak pula :)
Selamat Hari Raya ya..

===================================

Abah,

Salam lebaran untuk Abah dan keluarga juga..

terima kasih ya :)

===================================

Kak Elle,

hehe.. cam tu lah nampaknya kak Elle..

thanks ya Kak Elle.. :)

Neeza Shahril said...

Zino,

hari ni terbang.. Insyaallah..
nak cuba nasib ni.. pergi jalan rumah orang untuk mintak duit raya hahaha!!! dalam mimpi boleh la kan..

===================================

Adry,

thanks Adry... :)

===================================

Alaf21fc,

Salam Aidilfitri untuk awak juga..
thanks :)

kuIna Jentayutiara said...

salam aidilfitri ... moga selamat tiba ke destinasi

Jie said...

Salam Neeza...

kak jie yg nk blk ratus² kilometer ni pun sibuk mcm tak de lagi hari esok...apa tak nya...keje setahun tu mcm nk buat satu hari....hari lain ade...tapi skrg la juga nk ketatkan skru..nk vacumm habuk 4 inci tu..nak ubah pasu bunga, nak susun pinggan mangkuk..cesss.....tangan pun dah kasar..nak bersalam dgn mak mertua...

tapikan..bila tangan kasar tu..nnt mak mertua ckp..rajin menantu aku..rajin buat keje....( boleh ke mcm tu )

Oklah neeza..kakjie mgkn tak akan online jalan2 lagi sehingga sabtu 4/9 - kak jie ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin. Maafkan segala salah silap yg pernah menguris hati mencalar perasaan. Sebagai manusia biasa, kak jie tidak terlepas semua itu.

Semoga neeza & family selamat sampai dan bergembira bersama sanak saudara. Hargai apa yang kita miliki saat ini.