Saturday, September 27, 2008

Hari ke 27...


Di Malaysia, ramai yang dah balik kampung. Masa kecik-kecik dulu, memang time macam ni lah kami sekeluarga balik kampung. Baju-baju kami kena masukkan sendiri. Eh ye ke? hehee.. tak ingatlah pulak bab tu. Ataupun ma yang kemaskan. Dalam perjalanan tu memang kami excited sangat. Nak jumpa sedara mara dan yang penting masa raya, tak payah sekolah.


Apa-apapun raya masa kecik memang seronok sebab tak ada banyak benda yang nak difikirkan. Yang kami fikirkan ialah dapat raya, makan kuih raya dan cari duit raya!! Maknanya misi menjejak rumah rumah perlu dilaksanakan.


Kanak-kanak tak payah fikir nak tempah baju raya. Tak payah fikir nak masak apa untuk hari raya. Mereka juga tak payah nak sibuk untuk isi lemang pun. Mereka makan aje. Kadang-kadang nak kacau pun kena marah. Tapi jangan orang tua/dewasa ni. Bukan setakat tak kacau kena marah, kehadiran didapur adalah satu benda yang wajib. Kalau tidak, ada lah yang bising nanti. Kalau tak bising kat depan, bising kat belakang. Biasalah tu kan ;).


Kalaulah masa boleh diundur, agak-agaknya ramai yang prefer jadi budak kecik atau orang tua bila bab bab raya ni? Bagi Neeza.... nak jadi budak kecik! Letih lah jadi orang tua. Banyak sangat benda nak fikir *sigh*


Edited to post:

Lupa pulak.. kad raya dan award yang sahabat-sahabat cyber bagi belum lagi di 'tepek' di blog ni. Meh kita lihat kad-kad yang comel ni :)



Kad Raya pertama dari Akak - Terima kasih ya Akak :)




Duit raya Akak juga bagi - kalau duit betul, mesti syok ni hehee..




Kad Raya kedua dari Cikgu Banihassim pulak - Terima kasih cikgu :)




'Thank you' message dari Cikgu Banihassim juga - cikgu, that what friends are for :)




Kad Raya ketiga dari manje - Terima kasih manje :). Akak nak kad betul pulak! hehe..


12 sugar & spice:

Kak Elle said...

I agree with you neeza nak jadi budak kecik balik tapi tak mau pergi sekolah....hahaha

Hari ni aje saya dah sibuk ke pasar beli sikit2 apa yg perlu nak beli banyak fridge ni dah mengah and semput....

esok maklang and family akan berbuka dgn saya di rumah:)

Adry said...

yeap.. saya pun nak jadi budak kecik balik... hehehe... best tak payah fikir itu ini...

Sory bab blum bagi kad raya ngan akak... takde masa nak buat... skarang ni pun sibuk duk mengemas rumah sampai blog tak terupdate... kalau ada masa saya buat gak la... kalau sempat.. hehehe ... taklama lagi dah nak raya....

Kalau da sampai Malaysia, akak online lagi ker?? hehhee

Adry @ http://www.adrysabry.com

Mior Azhar said...

Salam Neeza,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin to you and family...
Masak apa raya ni?

zino said...

dah sampai ke kampong ke ni?..

selamat hari raya maaf zahir batin jemput datang beraya ke rumah zino ..

13may said...

selamat hari raya buat neeza sekeluarga...

:)

Ummi365 said...

neeza,

berapa lama kat kg husband? landing on 30th sept kul 1:50pm ya?

cikgu jawe said...

slmt hari raya kak neeza. slmt balik kg. hehe

maaf zahir dn batin.. =)

Raihah Rosli said...

Selamat Hari Raya Kak Neeza...

Maaf salah & silap sy spjg ukhwah yg tjalin ni :)

Selamat pulang ke kampung juga! (msti x sabo ni). Semoga slmt pulang ke M'sia.

Sy juga beraya di Kemaman shgga rye ke-4... :)

RozIlah Kamarudin ImOlie said...

Selamat Hari Raya

Seronok beraya kali ini bekenalan dgn neeza yg selalu ceria...


Enjoy2 kat Malaysia tuh...

Mkn daging dendeng puas2 ya...

Superb GURU BaniHassim said...

zaman kanak2 paling dirindui kan kak??
kalau bolehlaaa...nak jadi kanak2 balik...
bile dah "bangka" nih, raya tak terasa sgt...
Saya rase kita akan rasa balik bile dah jadi parents kut...

akak skg xse-excited cam kecik2 dulu ke??
and...last Q, raye ni x balik kpg ke?? :P

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

bab sekolah memang neeza tolak tepi.. tak sanggup nak ulang lagi kena buat homework, ambik exam... eeeee...

waahhh... berteman lah kak Elle hari ni.. bestnya.. buka puasa ramai-ramai..

===================================

Adry,

akak tak tunggu pun sebab akak tak bagi kad raya pada sesapa pun.. ;)

amboi.. Adry ni.. kalah kakak dia nih.. bagus cam ni. esok dah kawin senang.. orang rumah relax je bila nak raya.. :)

akak tak online kat malaysia rasanya.. unless kalau kebetulan ada internet access ;)

===================================

Pak Mior,

Selamat Hari Raya untuk Pak Mior dan keluarga ya..

hari ni masak tak de idea lagi ni.. mood nak balik kampung dah hehee..

===================================

Zino,

masih di Saudi lagi la zino..

Insyaallah.. jauh tuu... tapi kalau tersesat, nanti neeza pergi hehee..

===================================

May,

Selamat Hari Raya untuk May juga..
jangan main mercun tau!! ;)

Neeza Shahril said...

Kak Ummi,

raya kedua pagi, dah kena berangkat ke Kemaman. Tu pun drop by kejap aje.. kena drive pergi Setiu pulak sebab malam tu adik neeza nikah kat Setiu..

rasanya betul la.. 30hb landing at 1.50pm.. sama dengan dad ke??

===================================

Cikgu J,

Selamat hari raya cikgu..
maaf zahir batin juga ya :)

===================================

Raihah,

Selamat Hari Raya untuk Raihah juga :)

akak pun mohon maaf kalau ada terkasar bahasa...

akak mungkin ada di kemaman start raya 5 kot Raihah.. kalau tidak, boleh jumpa kan..

===================================

Kak Olie,

Selamat Hari Raya Kak Olie.. yang pandai masak.. :)

adik neeza baru hantar daging dendeng kat rumah mak mertua.. lusa, Insyaallah, boleh neeza makan.. bestnyaaaa... akak mesti tak jeles kan sebab akak pun pandai buat.. heheee..

===================================

Cikgu B,

memang best masa kanak2..
bila jadi parents, lagi tak best sebab yang enjoy anak-anak.. kita penat nak fikir macam2 cikgu..

tapi boleh je kalau kita nak join keseronokan diorang tu.. pergi jalan2 cari duit raya.. hehee.. buang tebiat.. :P

akak balik... ni dok packing lagi ni hehe..