Setelah beberapa hari dipendamkan, akhirnya semalam dan hari ni Neeza 'mengamuk'. Mungkin disebabkan emosi sendiri yang tak stabil ataupun mata ni dah sakit sangat dengan apa yang Neeza lihat. Tak tahu lah nak kata sama ada Neeza ni seorang yang fussy ataupun struggling for perfection.
Kalau tengok rumah bersepah, memang rasa sakit sangat mata. Mulut pun mula lah bising. Masa dulu, takde siapa nak mengemas, anak-anak lah yang kena kemas. Itu pun kalau diorang tak sibuk dengan sesi menyusun barang untuk buat rumah lah, buat sekolah lah dan buat sepah yang lebih betulnya. Sekarang ni senang sikit sebab ada helper. Bab kemas rumah so far Alhamdulillah. Memang tak nampak lah sampah kat lantai tu.
Satu benda yang Neeza agak tak happy ialah bab menjemur baju. Kami takde dryer jadi baju perlu dijemur. Bukan di luar pun. Store tu kami jadikan laundry room - untuk menjemur dan mengiron baju. Dari awal lagi Neeza perhatikan cara sidia menjemur baju memang lah sangat menyakitkan mata. Neeza tak lah harap dia jemur baju ikut warna ataupun mesti sama panjang atas bawah. Tapi, kalau baju yang dijemur tak diterbalikkan dan main letak tanpa regangkan dulu baju tu, geram jugak tengok. Macam mana agaknya rasa bila tengok kain yang bergumpal dalam washing machine tu, bila dijemur, tak ubah rupa gumpalan tu? Main letak gitu aje. Lepas tu sidia complain pulak kain tu lambat kering. Memang lah tak kering kalau kain tu bergumpal.
Semalam, Neeza perasan sidia dalam bilik tv - melayan Shahmey sebenarnya. Neeza masuk store tengok pemandangan yang menyakitkan hati. Tempat jemuran masih banyak tapi dia boleh perap kain dalam bakul. Neeza pun apa lagi. Buka bilik tv. Ewah!! Dia boleh lepak depan tv sambil baring baring tu. Cepat cepat dia bangun dan duduk. Neeza panggil dia ke stor. Apa lagi, Neeza tegur lah. Tapi masih boleh control nada suara, rasanya la. Tapi nampak macam dia agak terasa sebab lepas pada tu dia tak duduk diam. Tapi, dia betul kan sikit sikit aje kain tu.
Pagi ni, Neeza masih tengok keadaan yang sama. Bayangkanlah, kain yang dah 5 hari masih tak kering lagi. Sebabnya, dia main letak aje kain tu dalam bakul. Grrrrrr!!! Memang nak jadi incredible hulk rasanya nih! Neeza pun terus betulkan semua kain tu seperti mana yang Neeza dah selalu cakap pada dia. Dah siap tu, Neeza panggil dia untuk tengok. Hampir 70% kain Neeza terbalik kan. Dan ada rupanya kain yang dah kering tapi dia tak angkat pun. Bila susun semula, memang cukup ampaian tu. Jadi, takdelah alasan nak perap kain dalam bakul.
Disebabkan Neeza sibuk membetulkan kain baju di hanger tu, nasi lemak yang Neeza jerang hangit 1 periuk! Padan muka Neeza sendiri. Mengamuk lagi sampai lupa yang Nasi lemak ada atas dapur. Neeza tak suka guna rice cooker sebab.. entahlah.. memang tak suka. Kalau guna pun, time nak masak banyak benda dan dapur tak cukup. Tapi, itu jarang terjadi sebab knowing me, bukannya rajin masak banyak pun... :)
Nampak gayanya, si dia ni rajin buat kerja yang nampak di mata sahaja. Yang macam dalam stor tu, dia ingat kami tak check, jadi tak payah kisah.
Rumah kami tak lah besar mana. Memang dia banyak berehat pun lately. Boleh baca buku. Boleh bergayut dan sms. Kalau dia jaga Shahmey, bermakna berehat juga sebab dia cuma duduk di bilik tv dan tak buat apa pun. Memang banyak sangat masa rehat. Sebab tu lah bila kain tu dia buat macam tu, Neeza rasa bengang sangat.
Oh ya! Hari tu Neeza perasan botol susu Shahmey tak dibasuh dengan betul. Bahagian atas botol yang ada puting tu, dia tak cabut dan cuci pun. Mungkin dia ingat, dia yang akan buat susu jadi Neeza tak perasa. No way.. Walaupun ada helper, hati Neeza tak percaya 100% pada helper. Neeza masih buat susu Shahmey sometimes. Jadi, bila Neeza tengok puting botol tu masih ada sisa susu dan memang tak berbasuh, terus Neeza panggil dia dan tanya. Depan dia jugak Neeza buka puting tu dan basuh. Siap bagi suggestion lagi dia tu, tak rebus air panas ke? Amboiiii... sedap betul dia kan..
Bila Neeza cerita kat Abang, Abang kata memang lah sikap diorang ni macam tu - sesetengah tu la. Kalau tidak, tak lah pulak itu kerjanya. Abang suruh sabar aje dulu. Memang dah serik kalau ikutkan ada helper ni. Kalau tak disebabkan keadaan Neeza yang tak larat ni, memang tak nak ambik pun. Buat sakit hati aje. Biar mata sakit tengok rumah bersepah. Jangan sakit hati, sakit mata dan sakit jiwa bila kita dah cakap banyak kali tapi tak ikut jugak. Dah lah bayar bukannya murah. SR*000 sebulan tu!!! Terasa juga nak tukar tapi takut pulak yang akan datang nanti lebih teruk lagi. Nak tak nak, sabar ajelah dulu.
Tapi, wonder jugak.. Neeza ni cerewet sangat ke yek? Entahlah...