Friday, November 14, 2008

Cerewet (Fussy) vs Pelengkap (Perfectionist)



Setelah beberapa hari dipendamkan, akhirnya semalam dan hari ni Neeza 'mengamuk'. Mungkin disebabkan emosi sendiri yang tak stabil ataupun mata ni dah sakit sangat dengan apa yang Neeza lihat. Tak tahu lah nak kata sama ada Neeza ni seorang yang fussy ataupun struggling for perfection.


Kalau tengok rumah bersepah, memang rasa sakit sangat mata. Mulut pun mula lah bising. Masa dulu, takde siapa nak mengemas, anak-anak lah yang kena kemas. Itu pun kalau diorang tak sibuk dengan sesi menyusun barang untuk buat rumah lah, buat sekolah lah dan buat sepah yang lebih betulnya. Sekarang ni senang sikit sebab ada helper. Bab kemas rumah so far Alhamdulillah. Memang tak nampak lah sampah kat lantai tu.


Satu benda yang Neeza agak tak happy ialah bab menjemur baju. Kami takde dryer jadi baju perlu dijemur. Bukan di luar pun. Store tu kami jadikan laundry room - untuk menjemur dan mengiron baju. Dari awal lagi Neeza perhatikan cara sidia menjemur baju memang lah sangat menyakitkan mata. Neeza tak lah harap dia jemur baju ikut warna ataupun mesti sama panjang atas bawah. Tapi, kalau baju yang dijemur tak diterbalikkan dan main letak tanpa regangkan dulu baju tu, geram jugak tengok. Macam mana agaknya rasa bila tengok kain yang bergumpal dalam washing machine tu, bila dijemur, tak ubah rupa gumpalan tu? Main letak gitu aje. Lepas tu sidia complain pulak kain tu lambat kering. Memang lah tak kering kalau kain tu bergumpal.


Semalam, Neeza perasan sidia dalam bilik tv - melayan Shahmey sebenarnya. Neeza masuk store tengok pemandangan yang menyakitkan hati. Tempat jemuran masih banyak tapi dia boleh perap kain dalam bakul. Neeza pun apa lagi. Buka bilik tv. Ewah!! Dia boleh lepak depan tv sambil baring baring tu. Cepat cepat dia bangun dan duduk. Neeza panggil dia ke stor. Apa lagi, Neeza tegur lah. Tapi masih boleh control nada suara, rasanya la. Tapi nampak macam dia agak terasa sebab lepas pada tu dia tak duduk diam. Tapi, dia betul kan sikit sikit aje kain tu.


Pagi ni, Neeza masih tengok keadaan yang sama. Bayangkanlah, kain yang dah 5 hari masih tak kering lagi. Sebabnya, dia main letak aje kain tu dalam bakul. Grrrrrr!!! Memang nak jadi incredible hulk rasanya nih! Neeza pun terus betulkan semua kain tu seperti mana yang Neeza dah selalu cakap pada dia. Dah siap tu, Neeza panggil dia untuk tengok. Hampir 70% kain Neeza terbalik kan. Dan ada rupanya kain yang dah kering tapi dia tak angkat pun. Bila susun semula, memang cukup ampaian tu. Jadi, takdelah alasan nak perap kain dalam bakul.


Disebabkan Neeza sibuk membetulkan kain baju di hanger tu, nasi lemak yang Neeza jerang hangit 1 periuk! Padan muka Neeza sendiri. Mengamuk lagi sampai lupa yang Nasi lemak ada atas dapur. Neeza tak suka guna rice cooker sebab.. entahlah.. memang tak suka. Kalau guna pun, time nak masak banyak benda dan dapur tak cukup. Tapi, itu jarang terjadi sebab knowing me, bukannya rajin masak banyak pun... :)


Nampak gayanya, si dia ni rajin buat kerja yang nampak di mata sahaja. Yang macam dalam stor tu, dia ingat kami tak check, jadi tak payah kisah.


Rumah kami tak lah besar mana. Memang dia banyak berehat pun lately. Boleh baca buku. Boleh bergayut dan sms. Kalau dia jaga Shahmey, bermakna berehat juga sebab dia cuma duduk di bilik tv dan tak buat apa pun. Memang banyak sangat masa rehat. Sebab tu lah bila kain tu dia buat macam tu, Neeza rasa bengang sangat.


Oh ya! Hari tu Neeza perasan botol susu Shahmey tak dibasuh dengan betul. Bahagian atas botol yang ada puting tu, dia tak cabut dan cuci pun. Mungkin dia ingat, dia yang akan buat susu jadi Neeza tak perasa. No way.. Walaupun ada helper, hati Neeza tak percaya 100% pada helper. Neeza masih buat susu Shahmey sometimes. Jadi, bila Neeza tengok puting botol tu masih ada sisa susu dan memang tak berbasuh, terus Neeza panggil dia dan tanya. Depan dia jugak Neeza buka puting tu dan basuh. Siap bagi suggestion lagi dia tu, tak rebus air panas ke? Amboiiii... sedap betul dia kan..


Bila Neeza cerita kat Abang, Abang kata memang lah sikap diorang ni macam tu - sesetengah tu la. Kalau tidak, tak lah pulak itu kerjanya. Abang suruh sabar aje dulu. Memang dah serik kalau ikutkan ada helper ni. Kalau tak disebabkan keadaan Neeza yang tak larat ni, memang tak nak ambik pun. Buat sakit hati aje. Biar mata sakit tengok rumah bersepah. Jangan sakit hati, sakit mata dan sakit jiwa bila kita dah cakap banyak kali tapi tak ikut jugak. Dah lah bayar bukannya murah. SR*000 sebulan tu!!! Terasa juga nak tukar tapi takut pulak yang akan datang nanti lebih teruk lagi. Nak tak nak, sabar ajelah dulu.


Tapi, wonder jugak.. Neeza ni cerewet sangat ke yek? Entahlah...

28 sugar & spice:

Raihah Rosli said...

Sabarlah Kk Neeza... Mmg snang ade helper ni...tp kkdg byk juga yg menyusahkan....

Bukan fussy tp kkkdg bnde tu mmg perlu di ambil kisah.... :)

Waaa.... lps ni Kk Neeza bleh la relax! :)

Jie said...

yang perlu kita tegur kita kena terug
kita ada standard tersendiri...jadi ikutlah kalau mmg itu keje dia..kan?

sabar neeza..jgn emo2..nnt tak anggun!

noniey said...

rasanya kak neeza tak cerewet pun. sebab kalau kita tak tegur, dia akan naik lemak plak. n memang patutlah kita tegur kan. tegur dgn cara yang betul. n kalau dia betul2 nak jadi helper kita, dia mesti akan take mende tu positif.

tapi skrang ni jangan marah2 sgt. nanti naik darah. huhuhu. just thinking of ur becoming baby eh

kuIna said...

tegur sambil mengajar tak salah, kalau tak sampai bila2 pn tak berubah. BTW jgn emo sngat yer... cool..

silversarina said...

salam,

Tegur memang kena tegur kalau tak memang dia takkan tau apa yang dia buat tak betul, lagipun dia dibayar gaji bukannya murah , tentu sebagai majikan neeza ada hak menegur.

Sabar ye, InsyaAllah kerja dia akan bertambah baik.

tulipurple said...

ihiks'..emo pembawakan bdk tu sis :,)
sy baru jer smlm pk..new helper ni jgn ler ada kisah mcm helper2 sis yg lepas.
erkk..kite ni sekapal ler sis,pasal jemur baju n cuci botol tu same jer ngan sy..hehe.dulu pun sy ada helper..pastu tak amik lg,serik ler..sakit atinye lain..hehe.selalu tanya diri senirik..am i too fussy..too perfectionist.ape2 pun sidia memang patut ditegur,kite pun bukan tegur tak bersebabkan.

maklang said...

memang kena banyak sabar kalau ada helper ni...

sabar neeza, kang anak dalam perut tu terikut pulak kang...ish mintak simpang!

MAMAMIA said...

Kalau kerja tak capai piawaian memanglah kena tegur. Kalau tak penat2 aje kita bayar upah, tapi kerja kita kena betulkan sendiri.

Kenapa tak suka guna rice cooker? Kalau akak lah, kalau tak guna rice cooker, hari2lah hangit nasi kami...

hidayah said...

sabar byk je la kak neeza..igt baby.. hehe

kalau saya tak tau la camane... rasa nak sepak je org camtu.. tak guna je rasa amik.. isk.. saya pulak yg geram!!! huhuhu

Ummi365 said...

tak tau nak cakap apa neeza, memang camtulah ada maid.. dah rasa bermacam2 jenis.. yang dah 6 tahun pun bole betray us gara2 kawan. kita tatang dia bagai minyak yang penuh aleh2 dia betray kita.

semua ni pun ikut rezeki kita, ada yang baik , baik sangat, ada yang buruk ermmm habis semua dicuri..

Wanpetunjuk said...

Salam kak Neeza...sy baca dgn bersungguh crita nih...NOPE...kak neeza tak cerewet...apa yang kak neeza buat tuh adalah betul...sy biasa tengok mak sy buat, walaupun kami tak pernah ada helper...kebersihan lah yang paling penting dalam segala hal....

Ermmmm...*terfikir gak...kak neeza nih jenis yang garang ke???

*teringat plak si Bree dalam desperate Housewives....hehehehe

Selamat beritirehat di hujung minggu akak!!

Mak Teh said...

Neeza, maaf nak tegur, maids ni tak boleh tunjuk baik, tak boleh buat macam kawan dia akan naik kepala dan tak pandai bawa diri. Arahan dari Mem Besar mestilah terang dan tegas. Lepas beri arahan tanya dia faham tak kemudian ulang lagi arahan itu seelok-eloknya 3 kali.

Tapi kita tak buat lah dia macam slave. Namun kita tak boleh naikkan tahap dia sama dengan kita dari apa segipun.

Zahraa George said...

ish ish...akak kena datang rumah as lah camtu,suh sidia tengok camana roy sidai baju..ikut color,ikut tinggi rendah dan mesti teratur..kah kah kha...as mmg jarang nak sidai baju sebab tak dapat piawaian sirim..asyik kena marah jer kalau alighnment lari :P

kalau as dah lanting dah puting susu tu..geli...hehe...

rasanya akak baik sgt kot ngan sidia...mula lah si dia ambik peluang..rasanya ketegasan perlu...chewah...
apapun,tak salah menegur kalau benda tu salah..bukan nak tunjuk kita fussy or perfect,tapi dengan teguran tu boleh membawa kebaikan.kadang2 fussy dgn perfect tu perlu dalam kehidupan kan..hehe..wallahhualam......

:: Leeza Joe :: said...

oiii...dasat n3 2day... sabor byk akak.. berat mate memmandang brt lg tuan punye badan memikul... ape kate akak beli satu dryer,,hehhe...suggestion jer ni... sbb msk msm sjk ni...sy pun rsnye cam nk beli jer...yg 2nd pun takpe la... kain kt stor tu byk yg lmbt kering...adoiiii...mula la bergentayangan sy sangkut kt tingkp blk..cam rumah kongsi lak jdnye... tp wateve pung mmg akak kene tegas ngn maid ni...jgn bg muke sgt...jgn smpai die pijak kpl kite..ok

Neeza Shahril said...

Raihah,

boleh relax sikit je.. masak, still akak buat.. tak confident lah dia masak ;)

***********************************

Kak Jie,

neeza tak kisah kalau lebih kurang sesikit..
tapi kalau sampai kain dalam washing machine sama aje macam kain kat ampaian, apa lah pulak halnya..

memang dah tak anggun pun kak Jie.. hehehe..

***********************************

Noniey,

tu la.. akak pun rasa gitu. Dia kerja dengan kita.. kenalah ikut cara kita kan..
takkan kita kena tahan ikut cara dia..

sekarang kena sabar ye.. sabar lagi ni.. hehehe..

***********************************

Kuina,

yang letih tu.. dah lebih 3 kali cakap, tak buat jugak.. sampai kena buat sendiri..

***********************************

Kak Rina,

itulah yang Neeza harapkan.. semoga bertambah baik..
bab botol susu dah nampak perubahan..
bab kain ni pulak.. kita tunggu.... :)

Neeza Shahril said...

Tulip,

tu la pasal.. akak memang pantang bab sidai kain ni.. mata akak sakit tengok kain sidai tak betul.. dari dulu2 lagi...

tapi memang betul tu.. akak ni emosi pasal pembawakan kot.. ;)

***********************************

Maklang,

letih rasa.. napelah susah sangat nak faham.. dia tak faham ke bahasa neeza.. kena cakap jawe kot hehee..

***********************************

Kak Mamamia,

macam tu lah neeza rasa.. dia kena ikut standard kita kan..

neeza selalu terlupa nasi dalam rice cooker sampai basi sebab rice cooker tu letak jauh dari dapur masak..
lepas tu rice cooker kat sini cepatnya rentung bawah tu.. tak comel dah jadi nasi.. :))

***********************************

Hida,

sebab ingat baby lah akak tak sepak dia.. hehee..

tapi, akak memang tak akan sepak kot.. kesian lah pulak.. hehehh..

***********************************

Kak Ummi,

tu lah.. 5 maid yang lepas dah cukup memeningkan kepala neeza.. ada yang ni memula nampak okay.. tapi sekarang ni.. kes2 tu lah yang buat neeza geram..

kalau kerja rumah banyak sangat, neeza pun ada lah jugak belas kasihan.. ni dia banyak rehat.. boleh lepak main hp sambil baring-baring tu...

Neeza Shahril said...

Dayat,

sebabkan kebersihan tu lah, akak tak confident dia masak.. biarlah akak yang masak.. lagipun dia ni baru lagi.. tak tahu tahap kebersihan dia camana..

akak ni memang garang.. dengan anak2 je la.. dengan helper akak tak pernah lah lagi jerit.. hehee..

***********************************

Mak Teh,

mak neeza baru ni pesan banyak kali pasal ni.. jangan bagi muka langsung.. memang tak bagi muka.. memang takde niat buat kawan langsung..

dia makan apa yang neeza masak.. cuma dia tak makan sekali.. dia makan kemudian..

tapi selalu bila mintak buat apa apa neeza cakap elok elok je.. tapi nampaknya tak tahu lah kenapa.. dia tak faham bahasa neeza agaknya.. hehee..

***********************************

As,

samalah kat rumah ni.. akak kalau shahril sidai, memang selalu akak bising.. sebab tu dia malas sidai.. tapi nampak gak la improvement bila akak dah cakap..
tapi yang ni.. takde improvement.. letih nye la nak bercakap..

mungkin la dia nampak akak macam boleh geng kot.. sebab akak ada sembang dengan dia.. sekarang ni malas dah nak sembang.. buat sombong lah pulak hehehe..

***********************************

Liza,

terfikir nak beli dryer.. tapi bila fikir balik cam sayang duit.. hahaha!!! kedekut betul yek.. hehee..
sebabnya musim panas sini lagi panjang dari musim sejuk.. tu yang rasa cam sayang je duit tu.. hehee...

chekgu Bani Hassim said...

HMM...
dr gaye akak buat entry nih, mmg nmpk cm fussy...
perfectionist pun ye kut...
biaselaa...
sape takmo kecantikan dan kesempurnaan...

kalau xkene bebel xjadi kan? :)

Kak Elle said...

neeza kekadang bila ada 3rd party dlm rumah ni kita rasa macam tu sebab saya dah melalui nya....menegurkan tu tak salah biar dia belajar tapi kalau berulang2 kena tegur tu susah lah sikit...kebanyakkan maid dr Indon tak bodoh cuma mereka buat gitu supaya kita tak suruh lagi..sengaja...bagi dia jadual...from time berapa sampai certain apa yg dia patut buat..alhamdulillah dia akan patuh pada jadual waktu tu...nasib baik neeza 80% di rumah jadi bolih tengok sendiri apa yg dia buat...masa saya 10jam di tempat kerja tak nampak apa dia buat sorang2 kat rumah..

zura aini said...

bibik yang saya panggil pun sama juga, kena cakap satu persatu apa nak buat, since sekali sekala panggil, jadi kami sama-sama buat kerja, ataupun bila saya rasa kerja dah siap, saya tambah lagi apa yang patut. saya suggest neeza buat jadual ke, saya ada nengok member buat camtu, ada list bagai.Kot dia lupa atau sajaaaaa buat lupa, ha, ha.... Macam itulah kan, sabar je la.

elisataufik said...

Nope, i dont think that's being picky. Dah benda kena buat, bukan keterlaluan pun, kan. Sometimes you have to explain in detail, especially kenapa, i.e. kalau baju terperap, jadi berkulat, kotor balik, kena basuh balik etc, kalau botol susu tak bersih, shahmey sakit perut, muntah2 dia jugak kena cuci carpet, mop lantai etc etc.. twist lah sikit perspective so that she sees yang buat kerja betul2 sekarang mengurangkan kerja dia in the future.. ;)
Insya-Allah..

p/s suruh che' abang doa banyak2 kat mekah nanti, supaya your life is smooth and easy :)

Tie said...

Oh gitu rupanya masalah neeza. Tapi memang betul. Helper tu kena selalu dipantau. Bukan maknanya neeza cerewet.

Apa2 kerja pun mesti dibuat dengan sempurna. Mungkin neeza kena tengok dia bila dia buat kerja. Contohnya masa sidai kain, gi ambil kerusi dan duduk tengok. Katakan padanya, selagi dia tak faham kehendak neeza, neeza akan terus buat gitu. Hi hi..memang pandai makcik ni ngajar, ekk.

zino said...

kena ada kan sesi.. induksi kepada helper tu..setkan peraturan satu persatu..standard yg perlu di capai dan sebagainya..

dia org tu agak nya kerja ikut standard masing masing bukan ikut standard majikan.. so perlu sesi tunjuk ajar tu..

lepas tu tengok ada perubahan tak..

Kaktiny said...

alahaaaiiii kak neeza.. samalah cam 'markonah' kaktiny nih ha.. taunyer.. "bu, belikan top up maxis 10 ya bu".. TENSION weh.. tapi keje umah.. HISSSHHHHHH.... cam nak buat sendirik lagi baik jer.. grr grr grrr.... (faham perasaan akak tuh..)

Neeza Shahril said...

Cikgu BH,

betul tu.. akak rasa pompuan aje yang kata akak okay.. kalau lelaki mesti kata akak cerewet.. macam che abang akak la..
tapi kan.. rumah kita.. mesti la ikut standard kita kan.. kan.. ;)

***********************************

Kak Elle,

buat kerja tu dia buat.. tapi macam tak nak buat.. kain tak diterbalikkan.. bila suruh something, dia hold on dulu..
betul la macam kak elle kata.. dia buat tak tentu supaya kita suruh lagi.. geram la rasanya..

***********************************

Elisa,

that's what I did.. terangkan kat dia the consequences.. tapi macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. macam tak boleh ditegur.. dia nak buat ikut suka hati dia aje.. sakit gak hati ni..

Insyaallah, nanti suruh Shahril doa :)

***********************************

Kak Tie,

semalam neeza betulkan lagi kain tu.. bila neeza tanya, sibuk sangat ke sampai tak sempat nak terbalikkan kain.. dia kata, kalau free, dia terbalikkan.. penipun betul!!! padahal memang banyak masa free.. dia boleh lepak baca buku cerita.. main hp bersms.. tidur.. tapi kain, almost half neeza terbalikkan semalam..

***********************************

Zino,

tu la pasal.. lagi 1 kan, rasanya dia ni tak takut sebab neeza ni melayu.. kalau arab dia takut kot.. sebab arab badan besar.. neeza badan kecik hehee..

***********************************

Tiny,

tu la pasal.. dia beli top up banyak.. sekali beli SR50.. bergayut aje kerja.. sakit tul hati..

Neeza Shahril said...

Kak Zany,

dia suka kalau kita borak2 dengan dia.. tapi kan nanti end up dia banyak bercerita dari buat kerja..
malas neeza nak layan dia lagi..
dia ingat, dia datang rumah neeza sebagai kawan kot...

l i e y n said...

kak neeza x cerewet le...mmg patut pun sidia tu kena tegur, dia dibayar utk buat keje...tp susah gak kalau tegur tp still the same...mmg geram!!!!

Neeza Shahril said...

Lieyn,

memang geram sangat.. tapi tengok semalam dan hari ni cam okay sikit.. :)