Showing posts with label thoughts to ponder. Show all posts
Showing posts with label thoughts to ponder. Show all posts

Friday, January 2, 2009

Lebih baik dari semalam


Dah masuk tahun 2009 rupanya. Ini juga bermakna dah 3 tahun Neeza berada di saudi... erkkk!!! biar betulllll??? betul apa.. 2007, 2008, 2009! 3 tahun lah tu... bijaknya Ummi Shahmey ni mengira... hahahaha!!!!


Itu intro lawak sempena hari kedua di tahun 2009. Kita mesti ceria kan diri sebelum menceriakan orang kan. Jadi, penuhilah diri dengan keceriaan supaya kita sentiasa happy. Itu adalah pesanan penaja untuk penaja sendiri.


Bila tahun bertukar, umur bakal bertukar juga. Bertukar kepada lebih banyak. Bila umur lebih banyak, jarak untuk kita ke tempat yang kekal abadi semakin dekat. Memang kita tak tahu bila kita akan mati tapi sudah semestinya ianya lebih dekat berbanding tahun lepas. Semoga kita semua lebih bersedia untuk kesana. Insyaallah...


Azam? Takde azam special pun tahun ni. Ada seorang sahabat di Malaysia memang ada azam tiap-tiap hari sebab husband dia nama Azam hehehee.. Jangan marah ye Zai.. gurau aje tau.. :).


Setiap hari yang berubah, Neeza punya impian untuk menjadi lebih baik dari semalam. Lebih baik dari segala segi. Neeza berusaha sedaya upaya disambil berdoa kepada Allah. Semoga Allah makbulkan doa Neeza untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Insyaallah...


Neeza doakan semua sahabat Neeza tak kiralah blogger ke, tak blogger ke, juga dikurniakan Allah dengan impian yang mereka harapkan. Ameen...

Thursday, January 1, 2009

Boleh ke tak boleh?



Sebenarnya memang takde idea nak tulis apa. Nak cerita pasal gathering semalam, macam takde apa nak cerita sangat sebab almost every week ada gathering macam tu. Pengisian ceramah agama dan makan-makan selepasnya. Alhamdulillah, food cukup dan berlebih seperti biasa. Ada ramai yang tak datang. Masaalah transportation lah. Memang ramai yang baru sampai tapi bukan senang nak dapatkan transportation di sini. Takpe, nanti bila masing-masing dah berkenderaan, dapat lah mereka hadir. Insyaallah.


Ni pasal benda lain pulak. Ada satu isu yang bermain dalam kepala Neeza sekarang. Ianya mengenai merancang keluarga dari perspektif Islam. Kalau nak menjarakkan anak, ada pelbagai cara. Macam mana pula untuk menghentikan terus dari mendapatkan anak? Maksudnya stop producing. No more baby, Insyaallah (semuanya bergantung pada Allah kan. Kalau kita buat macam mana pun, kalau Allah kata jadi, akan jadi juga).


Ada doctor disini bagi tahu, boleh guna family planning tapi bukan ikat terus (ligation). Maksudnya, boleh makan pil, guna IUCD, implant dan mungkin cara-cara lain. Tapi cara-cara yang tersebut itu ada risikonya. Contohnya, kalau makan pil, mesti ikut schedule. Kalau terlupa sekali, sangat parah. IUCD dan implant pun ada percentage juga. Bukan 100%. Cuma, ligation saja yang boleh dikatakan 100%, Insyaallah.


Kalau tak silap (may be Neeza silap), family planning diboleh kan atas sebab-sebab kesihatan. Kalau dah 4 kali beranak Caeserian, perut tu dah dibelah 4 kali. Kalau takde masalah mungkin takpe. Kalau selalu saja sakit masa pregnant dan mungkin menjejaskan lagi kesihatan, macam mana pulak ya?


Persoalannya ialah, adakah ligation (ikat) dibolehkan kalau kita dah 4 kali menjalani pembedahan Caeserian dan pregnancy yang ke4 memang selalu menyakitkan dan menjejaskan pergerakan?


Lately banyak pulak entry Neeza yang berbentuk soalan. Bukan Neeza tak boleh nak g00gle untuk jawapan ni. Boleh saja. Cuma, Neeza nak dengar daripada orang lain. Orang lain mungkin pernah dengar pasal ni daripada experts di tempat masing-masing.


Siapa yang sudi, bagi tahu lah pendapat ya. Terima kasih :)

Friday, December 26, 2008

Terapi minda = Pocket kering?



Ada orang kata shopping boleh jadi terapi minda untuk mereka. Betul juga sebenarnya bagi sesetengah orang lah. Bila shopping, kita dapat barang baru. Rasa happy dan puas sebab barang tu mungkin adalah barang yang memang dah lama diinginkan. Jadi, fikiran pun happy sikit. Tapi, di sebaliknya, bila dah bershopping tu, of courselah wallet pun berkurangan isinya. Unless lah ada orang yang tersangat baik hati nak tolong bayarkan semua tu kan ;).


Macam Neeza, walaupun mungkin (mungkin yang 95%) Abang yang bayar, Neeza masih kena fikir. Income Abang, income Neeza (cewahh!!). Senang Abang, senang Neeza. Kalau susah Abang, susahlah jugak Neeza. Jadi, kena lah berpada-pada kan (mesti abang mencebik kalau baca statement ni hahahaa!!).


Semalam, kami bershopping. Bukan sesaja shopping. Memang ada benda yang perlu dibeli. Bila ahli nak bertambah, persiapan untuk ahli itu perlulah dibuat. Tapi taklah semuanya nak beli baru. Mana yang elok lagi, kami tak beli pun. Macam napkin kami tak beli sebab Shahmey punya yang dulu masih elok lagi. Lagipun bukan pakai sangat napkin. Setakat untuk alas-alas je biasanya. In fact, ada barang yang kami beli untuk Shahmey dulu tak pakai pun lagi!


Disamping beli barang untuk orang baru, ada juga benda lain yang kami beli untuk orang lama hehehh.. to cut it short, kami keluar dekat tengahari dan balik malam, semalam. Sebenarnya tak lah malam - Jam 6.30 petang. Since sini Isyak pukul 6.30, memanglah malam kan! Penatnya la. Pelvic bone dah sakit-sakit pun still berjalan lagi. Orang kata elok untuk bersalin. Bagi Neeza sama je kot sebab memang dah compulsory C-Sec kan :).

Monday, December 22, 2008

Ya Ummi - Ahmed Bukhatir





Pertama kali dengar nasyeed ni di blog Kak Zany rasanya, terpanggil untuk Neeza mendengarnya lagi. Kalau boleh nak tengok juga video clip kalau ada. Bila tengok video klip tu, tak dapat dibendung airmata ini. Mencurah-curah mengalir sampai selsema jadinya. Walaupun tak faham, tapi dapat bayangkan makna lagu ni. Sudah lah begitu. Penyanyinya pula pandai melagukan lirik nasyeed ni. Ini dah lama sebenarnya dan pernah juga Neeza pasang lagu (tanpa video clip) ni di blog Neeza tak berapa lama dulu.


Dua tiga hari ni, ramai pula kawan-kawan blogger menulis tentang pengorbanan ibu dan baru-baru ni, Kak Rina telah menulis tentang anak derhaka. Rasa geram dan sedih bila baca entry Kak Rina tu.


Kali ini, Neeza cari lirik nasyeed ni untuk diperhatikan makna sebenar setiap patah perkataan yang disebut. Memang sebak dan sayu bila dihayati. Apatah lagi bila teringatkan Ma Neeza di kampung. Betapa besar jasa Ma dan tak terbalas rasanya segala pengorbanan Ma selama ni. Buat kesekian kalinya, air mata ini mengalir lagi... sensitif sikit Neeza ni. Mungkin juga, dalam keadaan sekarang, terlebih-lebih lagi lah sensitifnya.


Tapi, dalam pada tu, ada juga kisah ibu membuang anak (berita 3 4 hari lepas di Malaysia)). Macam mana lah boleh jadi gitu? Wajarkah anak itu membalas pengorbanan ibu yang telah membuangnya itu? Apabila dia besar kelak, wajarkah dia mencari ibunya? Tak tahu lah.. Neeza tak ada jawapan untuk itu...


Neeza sertakan lirik nasyid (dengan translation sekali) ni dibawah ini untuk sama-sama hayati...

CHORUS
I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك

How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر



Sunday, December 21, 2008

Hah? Apa dia??



"Shahmey mana?"

"Ada didalam. Makan jeruk!"

Dalam hati Neeza - bila masa pulak ada beli jeruk kat rumah ni? Nampak pun tak pernah. Lepas tu, bagi Shahmey makan pulak tu.. Eee... sabar ajelah. Nak kena lah tu. Then, baru teringat yang orang Ind0n panggil buah limau tu jeruk. Cumanya, masa dia cakap jeruk tu, Neeza takdelah bayangkan limau. Kena fikir sekejap baru ingat. Memang kelmarin ada beli limau comel yang manis tu di P@nda. Budak-budak ni suka sangat sebab ianya manis. Kalau masam, memang tak beli lah dan diorang pun tak akan mintaknya.


Malamnya pulak,

"Hari tu ada nampak cecimut kat pasar"

Neeza pandang si dia yang bercakap tu dengan satu pandangan pelik. Belum sempat Neeza tanya, si dia tu betulkan,

"Orang Selangor panggil sotong kecik tu, bukan sotong kurita tu.. ala yang kecik tu.. cecimut!"

"Apa dia?"

"Cecimut.. tak pernah dengar ke?"

"Hehehe.. tak pernah.. cencurut pernah laaa.. hahahaa!!"

Si dia yang bercakap tu biarlah dirahsiakan orangnya sebab nanti mesti dia marah nama dia keluar kat blog ni hehee.. Tapi kan, macam jauh betul beza sotong dengan cecimut tu. Kalau si dia tak explain, dah tentu Neeza kata cecimut tu mungkin semut besar ataupun nama sejenis sayur :). Ye lah, kat pasar tentu ada semut dan sayur kan hehee...


Memang seronok bila dapat dengar words/perkataan yang kita tak pernah/biasa dengar. Boleh tambah vocabulary / perbendaharaan kata kita. Eh! Betul ke perbendaharaan kata yek? Tak pasal-pasal Neeza pulak yang mereka-reka word baru nanti ;).

Thursday, December 18, 2008

Mengidam ke?



Semalam dalam bas nak ke sekolah, seorang kawan kami, Madam L bercerita dia teringat kan mee goreng mamak di salah satu kedai yang dia biasa makan di Kuantan. Katanya, dia terasa nak makan mee goreng tu jugak. Bukan yang buat sendiri. Errrr... rasa-rasanya Madam L tu tak pregnant. Tapi tak tahulah kan hehee.. Jangan marah aaaa Madam L.


Bila dia sebut macam tu, kami melayu dalam bas ni pun start bercerita mengenai perempuan mengandung yang mengidam. Macam-macam cerita keluar. Ada yang mengidam nak makan beras dan memang dia makan pun beras mentah tu. Ada yang mengidam makan sabun kuning (sabun cap kapak kot) dan memang dikunyahnya sabun tu. Pada orang lain mungkin kata yucckkk!!! gelinyaaa.... tapi tidak langsung pada orang yang mengidam tu.


Arwah nenek Neeza pernah cerita yang masa dia mengandungkan Ayah Neeza, dia makan arang cicah minyak gas. Memang dia sungguh-sungguh makan dengan seleranya. Arang tu kan gelap tapi Ayah Neeza tak gelap pulak. Jadi, tak betul lah teori sesetengah orang kalau orang pregnant minum kopi, anak jadi gelap dan minum soya banyak anak jadi putih! Mungkin ada lah tapi Neeza rasa kebetulan lah kot.


Ada lagi yang mengidam nak cium seluar *toot* husband! Heehee.. first time dengar tu. Kata kawan kami Madam N ni, bila husband si polan ni balik, dia mesti tunggu sebab nakkan seluar *toot* husband dia. Gelak sakan Neeza dan Madam L dalam bas bila Madam N cerita macam tu. Tapi, memanglah tak mustahil. Orang pregnant ni macam-macam keinginan dia.


Bagi Neeza pula, Alhamdulillah, sepanjang 3 pregnancy yang lepas takde lah mengidam yang pelik sangat. Paling kuat pun rasanya, Neeza mengidam nak minum air kelapa muda dari pokok yang ditanam depan rumah parents Neeza di Kemaman (rumah lama). Memang ada di tanam pokok kelapa disitu tapi parents Neeza tak duduk situ lagi. Pada salah satu weekend tu, kami balik kampung sebab Neeza nak minum air kelapa tu. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kemaman, memang banyak orang jual air kelapa muda tapi Neeza tak nak. Neeza nak yang depan rumah parents Neeza jugak. Sesampai aje Kemaman, Neeza ajak Ma ikut pergi rumah tu. Abang lah yang jadi mangsa kena panjat pokok kelapa. Nasib baik lah tak tinggi sangat. Seronok dan rasa puas betul Neeza bila dapat minum tu..


Lepas pada tu rasanya takde lagi Neeza mengidam. Apa yang Neeza nak makan ialah benda yang senang didapati. Pregnant kali ni pun Neeza takde mengidam yang pelik-pelik. Susah jugak kan kalau mengidam yang pelik-pelik. Cuma memula dulu Neeza nak makan Lompat Tikam. Tapi bukannya ada jual Kuih Lompat Tikam di Saudi ni. Madam L buatkan. Baik hati dia. Neeza tak mintak pun. Thanks ya Madam L. Kalau lah Neeza nak makan mee goreng mamak kat specific kedai macam Madam L, susah jugak rasanya. Ada yang kena perabih tambang tiket beribu-riban semata-mata untuk beli mee goreng mamak tu hehehee...


Sebenarnya seronok bila cerita bab mengidam ni sebab lain orang lain ceritanya. Kalau kita duduk bercerita, memang lama nak habiskan topic mengidam ni. Tapi kan, yang bestnya, bila wife mengidam, husband nak tak nak mesti kena turutkan. Kalau tidak, sama ada dia kena tahan rengekan dan rajukan si isteri ataupun mak dia sendiri yang akan membebel sebab tak nak nanti cucu lahir meleleh air liur. Ye ke gitu?

Tuesday, December 16, 2008

Apa istimewanya kita?



"Berapa gaji awak?"

"Tak banyak. $2300 saja.."

"Aik! kenapa awak datang sini ya. Kan sikit tu.."

"Habis tu.. kalau dah gaji saya dikampung lebih rendah, baiklah saya datang sini"


Pada sesetengah orang, mungkin sikit. Tapi, bagi sesetengah yang lain, besar nilainya. Bagi orang yang bergaji 5 angka, $2000 memang sikit. Tapi bagi yang bergaji 3 angka, $2000 ialah satu angka yang tidak pernah terfikir oleh minda.


Persoalannya:


  1. mengapa mesti kita beri syarat kepada sesiapa sahaja untuk mencari rezeki dimana yang dia suka dan selesa?

  2. Perlukah kita pandang rendah pada orang yang bergaji kurang daripada kita?

  3. Apa istimewanya kita hinggakan kita rasa kita sahaja yang boleh mencari rezeki disesuatu tempat - orang lain tak layak sebab orang lain tak setaraf dengan kita?



Mungkin ada yang tak nampak apa kaitannya 3 soalan di atas dengan dialog yang diberi. Biarlah Neeza sahaja yang tahu.


Cuma, apa yang Neeza nak tulis disini ialah, manusia sama sahaja di sisi Allah. Tiada seorang manusia pun diperbuat daripada emas atau intan berlian. Kalau kita tengok isi daging masing-masing dan asal kejadian, semuanya sama.


Tapi, bila manusia mula mempunyai harta, ada yang sombong dan lupa diri. Dia rasakan dia lebih baik daripada yang lain. Dia merasakan orang lain tak setaraf dengannya. Orang lain tak sesuai untuk berdampingan dengannya.


Bila cerita bab rezeki, kita tahu ada orang dikurniakan Allah dengan rezeki yang lebih dan ada orang dengan rezeki yang kurang. Memang tak dapat dipersoalkan benda ni. Tapi, tahukah kita bahawa orang yang mendapat rezeki yang kurang mungkin jauh lebih bahagia daripada kita yang mempunyai rezeki yang lebih?


Sesetengah orang, bila duit banyak, idea untuk menggunakan duit itu lebih luas. Contohnya, nak beli kereta besar, rumah besar, baju branded dan sebagainya. Lepas tu, bila tengok orang lain dapat beli benda yang lebih besar/mahal, hati pun mula tak senang. Since duit tu ada, jadi, apa salahnya beli jugak. Nanti orang kata tak standard pulak. Lepas tu, rasa tak layak nak berkawan dengan orang lain yang tak mampu untuk mengadakan semua tu. Nanti, kalau berkawan, kawan yang banyak duit tu pandang rendah pulak kat dia. Walhal mungkin tidak sama sekali pun...


Tapi, kalau dah takde duit, nak beli dengan apa? Jadi, duduk diam-diam sudahlah. Bahkan, hati rasa tenang sebab tak perlu ada rasa untuk berlumba dengan orang lain. Orang nak kata apa, biarlah. Dah rezeki kita banyak tu kan. Teringat pulak baru-baru ni ada sorang kawan tanya pasal kufur nikmat. Agaknya itulah yang dikatakan kufur nikmat. Bila dah banyak sangat duit/harta, mulalah kita lupa diri. Nauzubillah.


Kita juga perlu ingat bahawa tanpa sumbangan si bergaji yang lebih rendah daripada kita, tak mungkin kita akan bergaji tinggi. Contohnya pemilik banglo dan pekerja buruh yang membina banglo tersebut. Agak-agaknya, ada ke pemilik banglo buat sendiri rumah dia? Adalah kot sorang dua yang memang kerjanya buat rumah. Tapi rata-rata tak akan buat sendiri. Mesti akan upah ataupun kotrakkan pembuatan rumah tu. Jadi, tak payahlah kita berlagak macam "I own everything!".


Lagi satu contoh, CEO dan pemandu sebuah syarikat pengangkutan. Kalau barang-barang yang dimuatkan ke atas lori tak di bawa oleh pemandu, macam manalah CEO tu nak dapat duit (keuntungan) dari perniagaan yang dibuat?


Neeza cuma nak tunjukkan yang setiap orang daripada kita adalah penting didalam aspek tersendiri. Tiada siapa yang lebih dan tiada yang kurang. Tiada gunanya kita sombong dan bongkak. Tiada istilah, "Hanya aku yang layak berada disini.."


Untuk diri ini, Neeza sentiasa berdoa pada Allah agar dijauhkan daripada rasa dengki khianat dan riak takabbur ni sebab apa yang kita ada didunia ini hanyalah sementara. Kita pinjam sahaja semua ini kerana ianya bukan milik kita pun. Kita cuma berusaha untuk mendapatkannya. Yang kekal adalah akhirat... Wallahu'alam.


Sama-samalah kita fikirkan...

Saturday, December 13, 2008

Cikgu yang disayangi, cikgu yang dibenci tak berapa disayangi



Mula-mula Neeza nak panjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t sebab Abang dapat balik dengan selamat semalam. Abang tiba pada jam lebih kurang 1.45 di rumah. Flight dari Taif jam 10.50 pagi. Tiba di Dammam Aiport lebih kurang jam 12.50 pm rasanya. Kalau ikutkan jadual dan boarding pass, flight Abang sepatutnya pada jam 9.00 am. Tapi memang semua flight delay. Abang kata, ada group tu, flight dia sepatutnya 8.00 malam hari sebelumnya telah ditunda ke 8.00 pagi. 12 jam delay!! Kalau lah Abang pun 12 jam delay, maknanya flight Abang hanya akan bergerak 9 malam semalam. Huhuuuu... lambatnyaaa... Tapi, Alhamdulillah, tiba aje di aiport (masa tu dah jam 9.30 pagi pun sebab bus tak dibenarkan masuk), tunggu dalam 20 minit kot, terus dapat boarding pass. Syukur Alhamdulillah...


Habis cerita tu, kita sambung cerita lain. Tapi takde kena mengena dengan cerita semalam pun. Tapi, caution sebab entry ini sangat panjang. Kalau tak larat nak baca, tak payah baca. Senang cerita :).


Dalam beberapa hari lepas, Neeza teringatkan cikgu-cikgu yang pernah mengajar Neeza masa kecil-kecil dulu. Kecil tu maknanya masa sekolah rendah especially darjah 1 - 4. Masa tu memang apa yang cikgu ajar (kalau Neeza suka cikgu tu lah) akan melekat di kepala. Kalau tak suka, Neeza tak ingat pun. Mungkin ada sikit lah ingat tapi Neeza lebih ingat betapa tak bestnya cikgu tu hehee..


Kenapa ya tiba-tiba aje ingat cikgu? Mungkin sebab ramai kawan-kawan blogger Neeza merupakan cikgu-cikgu, bakal cikgu ataupun bekas cikgu. Lecturer pun cikgu jugak kan. Kalau dalam bahasa Arab, takde beza cikgu sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, pensyarah ke mahupun makcik ajar ngaji tu. Semua nya gelaran yang sama iaitu Mudarris/Mudarrissah, Muallim/Muallimah ataupun Ustaz/Ustazah. Cikgu sekolah pun kita boleh panggil Ustaz. Tapi Neeza tahu, kalau di M'sia, ustaz tu untuk guru agama sahaja.


Bila ingatkan cikgu, cikgu pertama yang Neeza ingat ialah Cikgu Sidek. Tak tahulah dia ada lagi ke tak sebab dia ajar Neeza masa Darjah 1. Dia ajar muzik kalau tak silap. Mungkin Neeza silap sebab Neeza ingat satu lagu yang dia ajar ialah "Tepi Gunung". Badan Cikgu Sidek besar. Mungkin Neeza rasa besar sebab Neeza sangatlah kemetot masa Darjah 1. Tapi suara dia sedap especially masa nyanyi tu. Cikgu Sidek pakai spek mata. Dia tak handsome pun. Biasa-biasa aje tapi dia baik. Tak pernah marah. Hehheee.. kalau tak pernah marah aje, baik lah ye. Tak lah jugak. Kalau lah Cikgu Sidek ada lagi, nak aje Neeza jumpa dia. Kalau dia dah takde, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...


Sorang lagi cikgu yang Neeza ingat ialah Cikgu Florence. Dia ajar English. Uishhhh!! Dia memang garang. Tapi dia tak pernah pukul pun. Kalau salah spelling, 1 word kena tulis balik 20 words. Lenguh nya tangan. Ingat lagi masa nak cuti raya. Neeza kena buat homework tulis beribu-ribu lemon beratus-ratus words sebab..... dapat banyak salah lah untuk spelling! Apa lagi. Memang la kena buat. Tapi, dah cuti kan.. sape nak buat homework. Balik pada cuti tu, kelam kabut Neeza buat. Sampaikan pagi-pagi nak sekolah tu tak siap lagi. Menggelabah habis Neeza. Ayah Neeza tengok kesian lah pulak. Dia lah tolong tulis.. hehehe.. Maklumlah budak darjah 3 menulis. Slow lah kan. Kalau orang tua, laju lah sikit. Tapi akibat daripada didikan Cikgu Florence lah, Neeza jadi lebih peka bab spelling ni.


Masa darjah 5 pula, ada 1 cikgu yang Neeza geram sangat. Cikgu Khalid nama dia. Dia ajar Math. Dia ajar best tapi bila budak-budak tak buat homework, dia suka menyakitkan hati kami. Dia suka bebel! Ada sekali tu, dia masuk kelas dengan muka yang masam mencuka. Dia tulis kat board something macam 2a+3x=?. Benda-benda macam tu lah yang manalah kami tahu nak jawab sebab tak pernah belajar pun. Tapi, ada sorang Chinese girl dalam kelas kami dapat jawab. Dia memang pandai pun. Ayah dia seorang doctor famous di Kemaman. Semua soalan Christine dapat jawab. Kami yang lain rasa lega sebab ada savior! Hehhee.. Lepas tu, Cikgu Khalid pun bok bek bok bek la pada kami yang lain-lain ni. Anyway, disebabkan itu juga, Neeza dan lain-lain jadi lebih rajin untuk buat Math.


Masa sekolah menengah pula, Neeza dapat sorang cikgu Moden Math. Nama dia Cikgu Haron. Dia ni kelakar betul. Ada yang tak suka ada yang suka dia. Neeza dan geng-geng Neeza biasa-biasa aje. Takdelah kami benci dia. Setiap kali masuk kelas, Neeza memang duduk depan sekali sebab senang nak tanya dan kami memang lah antara yang suka bertanya. Hasilnya, Alhamdulillah, masa SPM kami dapat grade yang membanggakan cikgu. Cikgu pun senyum saje. Beberapa tahun lepas, Neeza ada jumpa dia di 1 sekolah di Kuantan. Ada program yang dianjurkan di sekolah tu. Tapi segan nak tegur. Dia mesti tak ingat dah muka Neeza maklumlah students sekolah yang dia ajar tu bukannya sikit. Lagipun masa jumpa tu waktu malam dan orang punyalah ramai. Tak sesuai lah kan.


Ada sorang lagi cikgu Add Math. Baik sangat dia tapi disebabkan kebaikan dia tu, Neeza langsung tak ambik berat Add Math. Students tidur dalam kelas pun dia senyum saja. Kesian pulak Cikgu Rashidah. Dia boleh kata, "Hahaha!! tidur dah". Lepas tu dia sambung ajar. Boleh gitu? Kalau cikgu lain, agaknya dah kena pelangkung dengan marker pen tu.. hehehe.. Bila Neeza tak ambik berat, result untuk Add Math Neeza sangatlah tak best :(. Neeza rasa Add Math lah subject paling tak best masa tu.


Walaupun gitu, lepas aje SPM, masa Neeza di ESL, Neeza pick up balik Add Math. Puan Zarina memang baik tapi dalam baik-baik dia, dia tegas. Dia ajar senang faham. Sebijik-sebijik. Yang bosan tapi membantu ialah, dia suka sangat bagi exercise untuk buat kat rumah. Bukan sikit. Banyak!!!! Disebabkan cara pengajaran dia, Neeza sampai dapat jadi tutor untuk subject Math tu (macam Add Math jugak) dan mengajar balik kawan-kawan yang lain. Ada lah 5 6 orang kot tutor dalam kelas tu. Lagi satu, Neeza ada geng untuk berlumba-lumba. Setiap kali quiz ataupun test, mesti kami compete among each other. Kadang-kadang beza 1 markah pun kami dah jealous sangat. Baguskan kalau macam tu selalu.


Neeza paling tak suka subject Chemistry (Kimia). Tapi kena ambik juga masa Form 4 & 5 sebab science stream. Tapi disebabkan cikgu yang ajar tu - Cikgu Zamri seorang yang kelakar dan pandai ambik hati kami, Neeza jadi suka. Result Neeza tak lah bagus mana pun tapi okaylah sebab subject tu memang Neeza tak berkenan langsung. Tapi kan, yang Neeza suka, cikgu Zamri ingat Neeza lagi. Masa jumpa dia di satu majlis keraian (kebetulan kami berkerja di bawah bumbung MARA), dia datang tegur Neeza. Memang Neeza dah perasan dia tapi segan nak tegur. Lagipun dia duduk di kerusi VIP. Neeza ni duduk kerusi tak berapa nak VIP hahahaa!! Dia siap kata, "kamu bukan nak tegur saya ya..". Hehee.. ber kamu kamu tu, macam masa form 5 dulu. Tapi best rasanya bila cikgu ingat kita kan..


Subject Economy juga menjadi favorite Neeza masa buat persedian untuk ke oversea. Kedua-dua level Neeza score sebab lecturer tu memang best. Puan Aishah mengajar memang senang nak faham, bagi Neeza la. Mungkin juga sebab Neeza duduk depan jadi kalau tak faham, boleh terus tanya. Cara dia menjawab soalan pun membuatkan Neeza selesa. Tak lah rasa macam tanya soalan bodoh. Tapi, masa di University, Neeza tak suka subject Economy lagi. Lecturer tak best :(.


Masa di University, fokus Neeza memang lari sikit. Mungkin sebab Neeza buat part time job. Mungkin juga Neeza selalu sangat hooked up dengan internet - chatting dan sebagainya. Belajar dah kurang. Neeza pun dah lupa semua lecturer yang mengajar sebab takde satu pun subject yang Neeza rasa betul-betul interesting. Oh ya! Mungkin ada 1 lah kot - Women in Media. Macam mana women di eksploitasi dalam media.


Lagi satu subject yang Neeza suka. Chemistry! Jadi favorite lah pulak masa di Univeristy. Ala.. itu pun sebab Chemistry 101 aje. Kalau Chemistry higher level memang tak tahu la nak kata hehee.. Lecturer tu American. Cara pengajaran dia best. Dah tua sangat dia tu masa tu. Neeza rasa dia dah jadi hari ini dalam sejarah kot. Dia ada tulis buku text dan memang dia gunakan buku yang dia tulis tu untuk mengajar. Dia sangatlah kelakar. Kelakar sebab dia sendiri yang kelakar dan dia suka buat jokes dalam kelas. Jadi, kami tak bosan dan selalu score subject dia.


Cikgu-cikgu yang Neeza tak berapa sayang pula ada lah sorang dua. Tapi yang paling Neeza ingat ialah sorang cikgu ni. Nama dia pun Neeza lupa tapi dia ajar Geografi. Dia terlalu pentingkan bawak buku teks ke kelas. Kalau tak bawak, kena berdiri diluar kelas. Kalau tak pun, berdiri atas kerusi. Neeza tak suka betul denda macam tu sebab tak beri pengajaran langsung. Kalau dia bagi denda macam suruh lukis peta dunia ke, mungkin okaylah kot. Ada kaitan dengan pelajaran tu. Ini suruh berdiri. Letih tau. Dah lah sepanjang kelas pulak tu. Lepas tu dia buat dek aje dengan kita. As if kita tak wujud. Sebab tu lah, kalau aje Neeza tertinggal buku teks (kalau Neeza sedar awal), cepat-cepat mintak permission dengan Penolong Kanan untuk balik rumah ambik buku. Berlari lah Neeza. Rumah Neeza dengan sekolah dalam 2 km. Memang pecut lah kiranya. Berpeluh-peluh sampai sekolah. Tak suka cikgu tu!!!


Itu sajalah cerita untuk hari ni. Kesimpulannya, untuk jadi cikgu yang disayangi, tak semestinya kena jadi baik macam agar-agar. Boleh aje garang tapi mesti kena pada tempatnya. At least itu pendapat Neeza sebagai seorang anak murid lah. Orang lain mungkin berpandangan berbeza...


Wednesday, December 10, 2008

Am I ignorance or what?



Yesterday, I've read somewhere about a foundation has set up a charity funds for the victims of Buk1t Ant@rabangsa. It was advertised in one of the local newspaper. Yes, it was a good move from those concern party. I don't question the good intention of them.


What I do concern here is, I have not heard of any kind of funds for the flood victims in a few places in the country. In fact, a few days before the incident in Buk1t Ant@rabangsa, there was a similar incident occurred in U1u Y@m. 2 family members dead. Their house was totally demolished. Did everyone forget about that already?


I may not be the right person to write about this. Tell me that I'm so skeptical about things that happened around me. Why is it, when the rich involves in a tragedy, many come and offer their help. But, when the poor suffers from something, very little hands come and help.


When a charity funds is created, surely, many people would donate money and they involve those who want to 'exchange' their tax with 'a donation' through this foundation. This includes those celebrities big companies who in need of a 'free popularity advertisement'. This is the best time. Then, the news would print,

"PAK PANDIR MENDERMA RM3 JUTA KEPADA YAYASAN BENCANA BLA BLA BLA..."

Pak Pandir's name will appear everywhere. From nobody, he becomes somebody now. Everyone in the country talks about Pak Pandir. Great huh! Later, we will hear Pak Pandir is granted a Dato' title due to his generousity. Sometime afterthat, Pak Pandir would easily acquire 'projects' that need to be approved by the friends, relatives or even those people who actually involved in the disaster ;). . Ha! Ha! Ha! Neat and subtle approach Pak Pandir!


Of course, basic needs like food, clothing and shelter are required temporarily.
No doubt, the needy do get their help. Alhamdulillah. But, do they really in need for long term period? Normally, those people who own houses in 'that' kind of place have lots of $$$. They may have bought a special insurance for any unforeseeable disaster (I said may - means perhaps). The damages (like big and luxury cars, expensive furnitures etc etc) could be recovered in a split second!


Unlike those much poorer people who are the victims of flood for almost every year, they do not have much money to buy a house in a better and safer place. Insurance to cover the loses would be the last thing in their mind. As long as they could feed their kids, it is better than enough. When the disaster occured, they would usually receive RM200 per family or per person? Surely, it won't be more that RM1000! Is that enough? I don't know. You tell me...


To me, if those donaters are sincere enough, they should name the fund as "Funds for any victim fo anykind of disaster". Don't you think so?


I do salute those people who went to give an immediate assistant like preparing food and shelter for the victims. An effort by this sister should be followed by others. She's helping without asking. Only Allah could reward her and the rest of her friends. Insyaallah...


My point is, don't simply donate money so that your name will be recognized but donate money or physical assistance because you are really sincere to help.


I foresee there would be many may diagree with me. Well, this is my blog and I can express my opinion here.. ;).

Tuesday, December 9, 2008

Aidil Adha 2008


Sambutan Aidil Adha warga Arab Saudi di Al Jubail - no comment sebab Neeza tak nampak sebarang perbezaan dengan hari hari lain. Tapi, menurut kata kawan Neeza, mereka juga ziarah ke rumah sahabat handai sebab pagi tu, nampak penuh kereta kat depan rumah jiran dia. Kanak-kanak pun ramai. Ada yang kata, masa Aidil Fitri dulu, ada juga pak arab bagi duit raya kepada kanak-kanak. Dah jadi trend agaknya kan. Mungkin niat sedekah lah tu. Alhamdulillah.


Sambutan Aidil Adha warga Malaysia di Al Jubail - acara makan-makan bermula jam 11 pagi di rumah Mr and Mrs Zachary / Rafiuddin. Sangat meriah. Rasanya, inilah open house raya paling meriah setakat setahun Neeza disini sebab warga Malaysia dah bertambah ramai. Malangnya, Neeza tak dapat caputure banyak gambar sebab battery camera kiok! Terlupa nak charge sebab sibuk dengan aktiviti masak memasak.







Di sini, kami selalunya mengamalkan pot luck. Masing-masing masak dan bawa ke rumah host. Jadi, tak lah teruk host nanti. Dah lah host nak kena sediakan segala pinggan mangkuk dan air. Kali ni, host buat sate dan chicken wings BBQ lagi. Lepas tu, host jugak lah yang nak kena make sure lauk atas meja tu penuh. Orang lain, duduk makan dan bersembang saja terutamanya yang tengah menulis ni, kecuali ada lah sorang lagi tu yang rajin tolong host ;).






Menu semalam. Jom kita senaraikan (gambar takde la tapinya ya..)


  1. Sate Ayam dan Daging - Mr & Mrs Zachary / Rafiuddin
  2. Chicken BBQ - Mr & Mrs Zachary / Rafiuddin
  3. Kuah nasi impit - Zachary / Raifuddin & Joe's company (ada 2 jenis)
  4. Nasi Dagang - Mr and Mrs Joe
  5. Bledho orang kawin - Mr and Mrs Joe
  6. Mix fruit cake - Mr and Mrs Joe
  7. Nasi Kerabu - Mrs Shahril (Mr is not available on that day)
  8. Meehoon Soto - Mrs Shahril
  9. Bubur Jagung - Mr and Mrs Md Noor (tadi lupa letak ;)
  10. Laksa Johor - Mr and Mrs Salahuddin
  11. Pinky Jelly Dadih - Mr and Mrs Mikael
  12. Assorted cut fruit - Mr and Mrs Mikael
  13. Meehoon goreng - Mr and Mrs Hasnol
  14. Cake Batik - Mr and Mrs Suhaimi
  15. Mix fruit punch - Mr and Mrs Zachary / Rafiuddin
  16. Teh Tarik - Mr and Mrs Mikael
  17. Buah oren manis - tak tahu sape bawak ;)


Banyak tak food? Sape kata tak banyak, memang la.. jeles la tu hehee. Kalau lah sesapa tengok betapa sarat dan penuhnya meja, sure kagum. Since host menjemput semua warga Malaysia di Jubail, ramai yang datang kecuali mereka yang tak dapat datang atas urusan tertentu. Bujang-bujang (sama ada mereka betul bujang ataupun family mereka masih ada di Malaysia) ada yang bagi comment,

"Selalu makan kambing, kabsa aje.. kali ni lain pulak"

Memanglah seronokkan. At least hilang lah sikit rindu nak makan makanan Malaysia. Kalau nak masak sendiri, mungkin tidak lah kot. Bujang-bujang tu biasanya makan luar aje. Paling best pun, mungkin dia masak kari ayam makan dengan nasi. Itu pun tak pasti lah jugak ;).






Anyway, kami-kami yang masak ni pun bukanlah hari-hari masak cam tu. Masa ada occassion macam ni saja kami masak cenggitu. Kalau tidak, kami pun malas tak rajin jugak hehehehhh... Layan aje lah sikit gambar ni ya. Makanan tak penuh meja lagi masa ni sebab ramai yang tak datang lagi.


Iklan hari ini:

Cara mencuci toilet (bilik air) dirumah - ambik air dalam gayung (cebok), jirus sikit-sikit atas lantai, lepas tu tolak air tu menggunakan penolak air ke masuk dalam lubang air. Siap! Bersihnyaaaaaa....!!!

Bila seseorang menegur yang mencuci tu,

"Boleh tak, berus lantai tu dengan penyapu. Letak sabun dilantai, lepas tu berus!"

Orang yang mencuci menjawab,

"Nanti jatuh.."

Orang yang menegur membalas,

"Laaa... nanti kamu jirus lah air bersih-bersih.."


Soalan:

Kalau cuci toilet, kita biarkan aje lantai tu bersabun ke? Memang lah tidak sebab kalau biar, semut lalu pun licin kan! Mestilah kena jirus air. Tapi, seorang yang malas dan buat kerja hanya untuk nampak macam dia rajin, memang akan bagi bermacam alasan. Ada ke basuh toilet dengan jirus air sikit-sikit dilantai. Lepas tu tolak je air masuk lubang air. Kalau cam tu la... tak payah cuci toilet pun takpe lah..

Iklan ini dibawa oleh tuan rumah yang geram... :P

Sunday, December 7, 2008

Lagu pun jadi isu... ish ish...



Beberapa hari lepas, ada orang yang tak tinggal jejak telah tinggalkan beberapa message di message box Neeza berkenaan dengan lagu-lagu yang Neeza pasang di blog Neeza. Memang banyak lagu dan semuanya memang menjadi lagu favorite Neeza. Bukan itu sahaja yang jadi favorite. Banyak lagi tapi tak jumpa dan malas nak select.


Orang yang tinggal message tu buat macam-macam andaian (ditulis dalam beberapa message berlainan). Lagu yang Neeza letak tu kononnya lagu orang frust lah, ada makna lah dan macam-macam lagi. Siap label Neeza ni jiwang tu.. Kelakar pun ada bila baca sebab pada Neeza, bila Neeza pilih lagu-lagu tu, takde pun sebab yang macam disebutkan tu or whatsoever. Kalau si penulis message tu bagi tahu dia tu siapa, Neeza tak kisah sebab kita pasti tahu niat dia. Ini tidak. Ada nama tapi nama yang memang tak boleh trace back (tiada email atau blog name). Apa lah niat dia agaknya kan.


Yang Neeza tahu, lagu-lagu yang Neeza pasang tu sedap didengar. In fact, my dear husband pun suka lagu-lagu tu. Memanglah ada sebab tapi tidak lah macam yang diandaikan tu.


Contohnya, lagu Malek Ridzuan - Kelip Kelip Ku sangka Api tu. Lagu tu sebenarnya Abang yang suka. Ada sebab tersendiri sebenarnya. Penyanyi tu ialah orang kampung dia hehehee... Tapi, bila Neeza dengar, Neeza pun suka dan selalu nyanyi bagi Abang dengar hehehe.... Sebab tu Neeza masukkan disitu.


Ada satu tu, lagu nyanyian Arwah Sudirman - Dimanakah nilai cintamu. Neeza mula tahu lagu tu masa Neeza kecik sangat lagi. Ada satu drama Filipina bersiri tajuk tak ingat tapi itulah lagu temanya. Memang Neeza tak pernah miss cerita tu dan bila dengar lagu tu, Neeza teringat cerita tu. Cerita tu memang sedih tapi takkanlah ada makna untuk Neeza sedangkan masa tu Neeza baru darjah 3 @ 4 kot.


Lagu-lagu lain pun macam tu jugak. Kebanyakannya lagu tema drama yang Neeza pernah tengok dan suka. Lagu-lagu Ibnor Reza lah kebanyakannya. Macam lagu Nash pulak - entah apa lah tajuknya. Ala yang sedih-sedih sikit pasal tinggalkan isteri tu.. Lagu tu jadi favorite Coan. Berkali-kali dia nak dengar kalau pasang lagu tu.


Kesimpulannya, tak payah lah kita nak mengandaikan sesuatu yang kita sendiri pun tak pasti. Tak pasal-pasal kita jadi penyibuk hal orang aje.. Bagi yang tinggal message tu, mungkin dia lah kot yang terasa diri dia macam tu. Kalau tidak dia tak anggap orang lain gitu pulak kan... :).

Friday, November 28, 2008

Talk about cleanliness (kebersihan)



Semua orang tahu apa itu cleanliness (kebersihan) tapi tak semua yang betul-betul menghayati apa itu kebersihan. Semua orang nak nampak bersih dan cantik (kebersihan diri). Sekurang-kurangnya ramai yang suka peribadi mereka nampak kemas melainkan orang itu ada sikit tak betul kat kepala dia lah kot :). Tak dinafikan ada orang yang suka nampak selekeh supaya orang tak kata dia tu berlagak kaya ataupun takde peminta sedekah datang mintak duit darinya :P. Sebenarnya takde orang kata kita berlagak pun kalau kita berpakaian kemas. Lain lah kalau disamping pakaian kemas tu, kita pergi cerita pula kat orang brand setiap helai pakaian kita tu luar dalam. Tu belum termasuk accessoriesnya lagi ;).


Tapi, bersih bukan setakat diri kita sahaja sebenarnya. Cara kita handle sesuatu juga menunjukkan samada kita ni jenis yang bersih atau tidak.


Semalam, kami sekeluarga keluar untuk bersantai di satu tempat di salah satu kawasan di Arab Saudi ni. Ingatkan nak lepak disitu dan pasang tent untuk rehat-rehat. Boleh juga solat disitu. Disini, biasalah solat di tengah park. Cuma, Neeza segan lah nak solat di tempat terbuka. That's why minta En. Abang pasang tent. Sebelum kami pasang tent, helper kami ke hammam (toilet) di situ untuk *toot*. Tak berapa lama kemudian, dia datang nak cerita,

"penuh b*r*k!! disemua tempat. Kotor!"

Yuck!! Gelinya laaaa.. nasib baik lah Neeza tak masuk ke situ lagi. Kalau masuk agaknya, mahu tak makan 5 hari hehee.. (boleh caya ke?). Tapi memang menjijikkan betul. Bila Neeza perhati sekeliling, kebanyakan pengunjung berbagsa ar@b sebab wanitanya berkelubung sampai tutup mata. Kalau bangsa lain macam Ind1a ke, ada juga yang pakai tutup muka tapi mata still nampak. Ar@b je yang tutup muka habis ni. Ada ar@b s@udi dan ada sikit lah kot ar@b bukan s@udi.


Air di toilet tu pula kecik (kata helper kami), jadi tak boleh lah nak dijirus najis-najis tu. Geli sungguh laaaa. Langsung terbantut niat kami untuk buka tent dan lepak di situ. Lagipun, tent tu tak boleh pasang pun sebab first time nak try pasang kat situ hehehehh.. Kami berangkat dan pergi ketempat lain yang menyediakan tempat solat.


Persoalannya, kenapa lah diorang ni tak menjaga kebersihan. Neeza rasa, mungkin ada cleaner yang ditugaskan untuk mencuci tapi rasanya cleaner tu pun tak larat kalau setiap kali orang keluar toilet, kena cuci sisa sisa buangan aje. Mungkin dia tunggu petang, baru lah di basuh. Tapi, memang suffer lah siapa yang masuk toilet tu. Mak mak arab (sesetengahnya) ni pandai cakap je sebenarnya tapi tak praktik pun.


Teringat cerita seorang kawan disini yang masuk ke toilet di kawasan berdekatan. Anak kakak ni nak masuk untuk p**. Kakak ni cuma tunggu di luar. Lepas tu seorang mak arab tegur kakak ni dan tanya samada budak tu anak kakak ni. Kakak ni mengiyakanlah. Then, mak arab ni suruh (bagi arahan gitu) kakak ni tengok anak dia p**. Katanya, nanti anak dia p** bersepah-sepah. Kakak ni pun apa lagi, 'sekolah' kan lah mak arab ni. Kakak ni kata, anaknya pandai uruskan diri dia. Lepas ni mak arab ni insist Kakak ni tengok juga anak dia. Katanya nanti kotor toilet. Kakak ni geram, dia tegaskan yang anak dia memang tahu cara-cara nak p** di toilet. Dia akan basuh dan melepaskan di tempat yang disediakan dan bukanlah dilantai. Dia akan flush dan sebagainya lah. Then Kakak ni tambah lagi, anaknya bukan macam kaum bangsa mak arab ni yang buat benda-benda kotor macam tu termasuklah sepah-sepah kan diapers walaupun tong sampah tu kat sebelah aje. Banyak lah lagi kakak ni bebel. Mak arab tu macam bengang dan bebel balik dalam bahasa arab. Kakak ni terus keluar je toilet.


Bangsa diorang ni memang pandai menegur orang bangsa lain tapi bila tiba bangsa dia, tak nak pulak dia tegur. Diam aje pulak. Tak faham sungguh la...

Sunday, November 23, 2008

Bila rindu...



Bila kita rindukan seseorang, kita selalu fikirkan tentang dia. Kalau kita tak rindu, sudah tentulah kita tak ingat pun. Bila rindu, segala-galanya akan mengingatkan kita pada seseorang tu.


Kenapa tiba-tiba cakap pasal rindu hari ni ya? Ada beberapa sebab sebenarnya. Pertamanya, tak lama lagi Neeza akan merindui seseorang yang akan berada jauh dari Neeza buat seketika. Biarlah ia menjadi tanda tanya bagi yang tak tahu. Bagi yang tahu, sudah tentu akan faham bagaimana perasaan rindu tu. Walau bagaimanapun, Neeza redha dengan perpisahan sementara itu...


Keduanya, semalam Neeza post gambar-gambar gathering kami disini. Ramai di antara che' abang didalam gambar-gambar tu sebenarnya baru tiba dari tanah air tercinta. Ini bermakna, mereka baru sahaja meninggalkan insan-insan tersayang iaitu isteri dan anak-anak. Sekurang-kurangnya perpisahan itu akan memakan masa 2-3 bulan. Ada di antara isteri-isteri mereka visit blog Neeza dan menatap wajah wajah kesayangan mereka. Hilang sikit rindu bila dapat lihat kegembiraan suami masing-masing. Sudah tentu juga air mata akan mengalir sayu.


Masih Neeza ingat lagi perasaan rindu itu semasa Neeza berada jauh dari suami lebih setahun yang lepas. Hampir tiap-tiap hari menangis sebab rindu especially bila dapat online. Mujurlah ada anak-anak untuk jadi pengubat rindu.


Walau bagaimanapun, kita perlu ingat (penting untuk Neeza sendiri) bahawa sejauh mana kita rindukan insan yang bernama manusia, rindu kepada Allah lebih utama dari segala-galanya. Ini kerana destinasi kita yang kekal abadi adalah disana...

Tuesday, November 18, 2008

Debaran yang menyiksakan..



Pada hari ni pada tahun 1974, Ma sedang sakit kerana kandungan anak pertamanya telah hampir matang. Masa untuk melahirkan hampir tiba. Tapi, susahnya seorang ibu untuk melahirkan, hanya Allah yang tahu. Lama Ma sakit. Telah lebih seharian Ma sakit.


Nampaknya, hari ini, anak sulung Ma masih belum ingin melihat dunia. Mungkin masih selesa berada di dalam rahim Ma. Aman dan selamat. Takde nyamuk! hehee..


Kesian Ma. Itulah pengalaman pertama mengandung. Lama pulak tu sakit. Oh ya, saat ini di tahun 1974 itu, Ma berada di Hospital Besar Kuantan Pahang. Ketika itu, di Jengka 2, tiada kemudahan hospital. Jadi, Ayah terpaksa bawa Ma ke Hospital Besar Kuantan.


Susah betul nak keluar anak sulung Ma. Sesungguhnya pergorbanan Ma tidak mungkin terbalas...

Friday, November 7, 2008

Mengigau (Sleep talking)



Mungkin ramai orang pernah tengok orang lain mengigau tapi ramai tak yang pernah mengigau? Ramai jugak tak yang pernah layan orang mengigau? Hehehee... lawak sebenarnya kalau kita layan orang mengigau sebab dia akan cakap benda yang membuatkan kita akan ketawa terbahak-bahak.


Anak-anak Neeza selalu mengigau dan Neeza suka untuk melayan. Entah apa apa aje yang diorang cakap. Tapi yang bestnya, bila kita tanya, dia jawab soalan tu macam lah diorang tu sedar. Bila bangun dan kita tanya balik, dia tak ingat satu apa pun.


Baru-baru ni, Coan tertidur dalam kereta masa kami on the way back dari somewhere. Sampai rumah, Neeza pimpin tangan dia untuk masuk rumah. Biasalah, dia akan merengek sambil bercakap-cakap. Masuk rumah, dia tidur dalam bilik. Keesokan harinya, dia boleh tanya Neeza, siapa yang angkat dia masuk rumah. Bila Neeza cakap yang dia berjalan sendiri, dia pelik sebab yang dia tahu dia tidur dalam kereta.


Rasanya mengigau ni ada kaitan dengan tahap/fasa tidur kita. Ada suatu masa dimana otak kita berfungsi dengan baik walaupun kita tidur. Dulu ada belajar tapi biasa lah... dah lupa.. jadi, tak payahlah Neeza nak cerita panjang. Nanti salah fakta pulak. Bagi sesiapa yang berminat, boleh lah g00gle 'sleeptalk'. Heheee.. mengelat betul che' mek Neeza ni kan.. ;)

Wednesday, November 5, 2008

Hujan di Al Jubail


Takde apa yang pelik pun sebenarnya. Semenjak Neeza berada setahun di sini, memang pernah ada hujan tapi hujannya tak selebat malam kelmarin.


Dari petang lagi, langit dah gelap. Bila masuk maghrib, guruh dan kilat pula. Terasa seperti berada di Malaysia. Lepas tu hujan turun dengan lebatnya. Perancangan kami nak keluar untuk beli barang dapur pun tergendala. Tak sanggup nak meredah hujan. Bukan tak biasa hujan lebat di Malaysia tapi tak biasa hujan lebat disini. Pak arab ni kalau hujan, bawak kereta pun tak tahu lah nak cakap sebab diorang tak biasa drive dalam hujan.


Sangkaan Neeza tak meleset rasanya. Tak lama lepas hujan lebat, dapat dengar siren polis di jalan raya. Rumah Neeza dekat juga dengan jalan besar. Bila bunyi siren, Neeza boleh agak, ada accident lah tu. Walaupun tak nampak, rasanya betul la sebab semalam, masa kami keluar, nampak kaca bersepah dijalan raya.


Semalam, hujan lagi waktu siang, di beberapa tempat. Air masih banyak atas jalanraya. Ada yang hampir 1/2 kaki tinggi. Macam tak surut. Mungkin sebab takde longkang. Maklumlah, kat sini jarang hujan jadi longkang untuk saliran hujan tak perlu. Mungkin kerajaan Saudi kena fikirkan akibat sekiranya hujan lebat tak henti dan longkang takde. Apa akan jadi nanti??

Friday, October 31, 2008

Patut ke tak patut?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entry ni pendek aje (rasanya la.. kita tengok camne hehehh). Ada rasa bengang dan sedih sebenarnya. Kenapa Neeza tak keudara (amboiiii.. macam le awak ni selebriti kan che' kiah. Tak malu betolll..) selama hampir seminggu?


Sedih dan geram sebab akhirnya terjawab juga persoalannya. Ingatkan STC (telecom provider di Saudi) yang buat hal. Tiap-tiap hari telefon. Lepas hari ke 4, dia kata, takde problem sebenarnya. Semuanya okay. Aik?? Kalau okay, kenapa line internet tak dapat lagi. Nak kata tak bayar bill, bila check, outstanding 0. Memang pun. Bill dah lama settle. Tapi kenapa??? Jeng jeng jeng...


Kalau kita kata ada sesetengah orang yang bila dapat kemudahan, bukan setakat gunakan kemudahan tapi siap buat macam harta sendiri, mungkin ada orang marah kan. Tapi itulah yang terjadi.


Kami guna wireless modem untuk surf internet. Bila guna wireless, maknanya 'ramai' lah yang boleh tumpang surf. Kami tak kisah pun. Memang takde set password. Tapi, bila problem internet ni dah berhari-hari, kami (abang sebenarnya... Neeza manalah reti nak check... :P) discover, configuration dah ditukar. Bila check lagi, username dah tukar jugak!! Hahahaa... Ada 2 user yang sememangnya bukan kami. Abang dah delete 2 user yang tak diiktiraf tu. Tapi configuration dah jadi lintang pukang. Rupanya, ada user yang tak diiktiraf tu dengan sesuka hatinya configure balik dan pandai-pandai buat entah apa-apa.


Tadi, Abang discover and dah configure semula. Itupun setelah bersusah payah jugaklah (kena call kawan untuk tanya procedure - ada number-number unik yang dah diubah oleh orang tak bertauliah tu). Barulah okay tadi. Alhamdulillah... Selama hari ni STC yang jadi mangsa. Bila nampak internet signal tu merah, tak check pun. Assume problem dengan line lah. Anyway, kalau STC tak cakap yang memang takde problem, mungkin kami masih lagi marahkan provider... kesian pulak hehee..


Sekarang ni, kami cuma harap user yang tak bertauliah tu (rasanya jiran depan ni sebab jiran bawah memang ada internet...) janganlah buat macam tu lagi. Awak dah dapat surf internet free patutnya bersyukurlah kan... Jangan lah menyusahkan tuan punya pulak..


Okaylah. Since hari pun dah malam, Neeza kena stop dulu. Esok kena bangun pagi. Sekarang ni schedule dah bertubah. Nantilah cerita pasal schedule tu ya. Salam sayang untuk semua...

Saturday, October 25, 2008

I live for my future and not my past


As a sudden, I remember this lyrics:

'If you want my future, forget my past'
- Spice Girls


Everyone including myself has gone through a series of moments in his/her life. Some were those we always want to remember and some were those that we hope they didn't even exist. If we could turn back time, perhaps we want to start all over again so that we could have only happy memories in our life.


I believe once we did a mistake, we shouldn't repeat the mistake. Why should we ponder upon the past that would only cause misery to our life? In my opinion, we should be happy leading our life ahead. The bad chapters have to be discarded so that the good chapters can be treasured.


The same goes to all entries in my blog. The good chapters were written. The bad chapters - I don't even want to remember. Most or may be all of them have long been forgotten and trashed. If anyone commented that I didn't highlight this and that or perhaps the date wasn't this but that, I guess the person should ask him/herself a quesion, "Who's blog is this?". This is my blog. So, I'm responsible on what I wrote. I know myself the best!


Should I stress that I live for my future and not my past?


Friday, September 26, 2008

Debaran terasa


Ada orang excited sebab nak raya. Ada orang excited sebab dah tak payah puasa (ish ish..). Dan... ada orang excited sebab nak balik kampung!! Sape tu? Saya laaaa... hehee..


Nak tulis panjang-panjang pun dah takde mood. Baju belum habis packing. Sebabnya ada barang yang perlu dimasukkan dalam beg tapi belum ada lagi. Jadi, baju pun pending untuk dimasukkan. Ye lah.. tau dah. Memang lah perempuan macam tu (ke Neeza aje?). Teliti sikit. Tak boleh main taram je masuk. Nak kena susun elok-elok supaya nanti bila nak dikeluarkan, tahu beg mana letaknya barang itu, barang ini.


Pernah tak sesiapa (yang perempuan sahaja) experience kena tanya soalan "Yang, towel beg mana?", "Mama, berus gigi kat mana?", "T shirt yang color biru tu celah mana pulak?" dan bermacam-macam soalan berkaitan dengan dimana letakkan pakaian orang yang bertanya tu? Nak tahu siapa yang bakal jadi penjawab utamannya?

PEREMPUAN LAHHHHH!!!

Siapa lagi kan? Sebab tu lah wanita / ibu / isteri yang tergolong didalam golongan perempuan ni perlu berhati-hati semasa packing barang. Mereka perlu pantas didalam menjawab soalan-soalan yang bertubi-tubi itu. Macam computer, tekan aje, keluar jawapan. Walaupun kadang-kadang ada juga masa masa si suami atau lelaki yang akan sesuka hati memasukkan baju pada waktu last minute, isteri juga akan ditanya nanti. Jadi, tugas isteri, sebelum beg dizip / seal / atau sebagainya, dia perlu scan dulu beg tu dan tengok apa yang terkandung didalam setiap beg. Kiranya, perempuan ni perlu tahu semua benda lah!! hehee..


Hmmm.. tak sabar nak sampai KLIA. Tapi, bila kenangkan yang kami akan naik E1tihad, adusshhh.. rasa berdebar lah pulak ni. Harap-harap takdelah pak mak ind0n, ind1a dan yang sewaktu dengannya melambatkan perjalanan (sebab tak faham seating arrangement, maka diorang main taram duduk dimana suka).


Sini dulu untuk hari ini...

Sunday, September 21, 2008

celoteh di pagi Ahad


Hari ni ada a few short bebelan yang Neeza nak tulis kat sini. Saja suka sebab rasa teringat nak tulis.


Bebel 1

Masa mula-mula blogging, Neeza buat comment moderation sebab banyak spam. Tapi dah takde spam (hopefully takde dah la). Setakat ni, alhamdulillah, belum ada lagi orang-orang yang tulis comment yang 'tidak sesuai' untuk di publish. Harapnya takde lah.

Pasal word verification pulak. Dulu, Neeza buat juga tu. Siapa nak comment, kena type dulu word yang di prompt tu. Neeza dah disable juga. Sebabnya, susah sebenarnya nak type. Mungkin senang bagi sesetengah orang yang mata macam microscope. Tapi, Neeza dah experience banyak kali, sampai 3 4 kali kena type sebab tertinggal / tersilap 1 letter (huruf). Ini membuatkan 'mood' untuk tulis comment tu hilang. Tapi tak pernah lagi lah, Neeza skip untuk comment disebabkan kes tu.


Bebel 2

Tag dan tag lagi. Bukan tak suka tag. Errr.. to be honest, ada sikit tak senang saja (only a little). Kita rasa obligated. Siapa lah agaknya yang memula initiate tag ni. Kesian kat orang yang kena. Dia pula rasa obligated untuk tag orang. Bila orang tak buat tag tu, dia sure rasa orang tak cooperative. Kan ke kesian tu. Padahal bukan orang tu tak cooperative. Bayangkan, kalau dia ada pembaca setia seramai 10 orang dah kesemua 10 tu tag dia. Takkanlah hari-hari entry dia pasal tag kot. Dia pun jadi takde mood nak baca blog sendiri sebab bukannya dia menulis tentang apa yang dia nak tulis tapi tulis tugasan. Macam tugasan kerja daaaa.... Bosan tak agaknya? hehehh..

Akhir-akhir ni, bila Neeza kena tag, Neeza dah tak nak tag orang. Tapi kalau award tu, Neeza bagi lah kat orang lain. Itu pun ikut mood juga. Bila dapat award, orang pulak kena buat entry pasal tu. Kesian jugak sebab banyak kali Neeza baca blog orang yang terima award tu, macam terpaksa tulis aje. Wordings pun lebih kurang sama dengan orang lain...

Cumanya kan, tag ni bagus masa kita kering idea nak tulis. Tapi, bila fikir balik sebenarnya orang malas nak baca apa yang kita tulis pun dalam task yang diberi tu.


Bebel 3

Walaupun bulan puasa ni, masa kita masih lagi 24 jam, tetapi aktiviti dah bertambah sikit. Tak payahlah Neeza huraikan sebab ramai yang faham tu. Jadi, aktiviti yang biasa dilakukan pada bulan-bulan lain (blogging terutamanya) akan menjadi tidak berapa prioirity lagi. Ramai yang sempat tulis entry tapi kurang (banyak kurang) masa untuk blog hop. Termasuklah Neeza sendiri. Jadi, pada sesiapa yang blognya belum sempat dilawat, diharap sangat-sangat untuk tidak berkecil hati. Neeza pun tak kecik hati pada siapa yang tak jenguk blog Neeza. Lagipun tujuan utama kita blogging bukanlah sebab nak suruh orang baca blog kita kan. Ke ada yang gitu? hehee.. *sowwwiiii*


Bebel 4

Kenapa Neeza rasa geram bila tengok anak-anak main pondok-pondok dengan menyusun kusyen untuk buat rumah sedangkan masa kecik dulu, Neeza selalu main macam tu? Habis semua kusyen dia turunkan untuk buat dinding, atap rumah. Lepas tu, dia siap tidur kat situ. Padahal, bilik diorang dah ada katil selesa untuk tidur. Tapi, hampir tiap-tiap hari, bilik tv lah yang jadi mangsa. Mata Ummi ni penat lah tengok. Tapi dulu, mata Opah, tak penat ke haa?? hehee.. tak adil betul Ummi awak orang ni kan :P.


Bebel 5




Baba Athirah bagi Neeza duit raya!! Tapi.... duit ni takleh guna... huhuuuuuu!!! Boleh tengok aje. Tapi, okaylah kan. Daripada tak dapat hehee.. Terima kasih En. Zul di atas duit yang menarik tapi tak leh beli baju raya ni :P.


Bebel 6




Bebel 6 ni ada gambar makanan laa :). Semalam malas masak. Jadi ini sahajalah yang Neeza masak (masakan paling senang didunia hehee..). Labu masak lemak diulangi untuk kali ke2 dalam minggu ini. Sebabnya, hari tu labu tu dibelah 2. Kalau tak masak semalam, jawabnya labu tu akan 'kecuk beghuuk' (bahasa klate ni) dan tidak sesuai untuk dimakan lagi. Ada daging jadi masak goreng kunyit daging sikit. Tambah sikit dengan telur goreng berlada.

Malamnya, ada tetamu datang. Tetamu ni bawak cherry cheesecake, tiramu cheesecake dan meehoon soup. Amboi!! rezeki sebelum sahur tu. Neeza cuma buat cucur udang saja. Tapi, since ada juadah yang tetamu ni bawak, maka makan macam buka puasalah juga kami. Kenyang betul Alhamdulillah. Gambar juadah yang tetamu tu bagi lupa nak ambik. Semua dah selamat dalam perut. Terima kasih ya Encik dan Puan serta adik comel :). Since semalam dah tahu location kedai siam tu, lepas ni boleh lah masak nasik lemak daun pisang pulak kan hehee..


Itu sahaja siri bebelan kali ini. Nak tidur lah pulak rasanya. Entry ini akan dischedule untuk di publish pada jam 9.33am pagi (waktu arab saudi) :).