Sunday, December 7, 2008

Lagu pun jadi isu... ish ish...



Beberapa hari lepas, ada orang yang tak tinggal jejak telah tinggalkan beberapa message di message box Neeza berkenaan dengan lagu-lagu yang Neeza pasang di blog Neeza. Memang banyak lagu dan semuanya memang menjadi lagu favorite Neeza. Bukan itu sahaja yang jadi favorite. Banyak lagi tapi tak jumpa dan malas nak select.


Orang yang tinggal message tu buat macam-macam andaian (ditulis dalam beberapa message berlainan). Lagu yang Neeza letak tu kononnya lagu orang frust lah, ada makna lah dan macam-macam lagi. Siap label Neeza ni jiwang tu.. Kelakar pun ada bila baca sebab pada Neeza, bila Neeza pilih lagu-lagu tu, takde pun sebab yang macam disebutkan tu or whatsoever. Kalau si penulis message tu bagi tahu dia tu siapa, Neeza tak kisah sebab kita pasti tahu niat dia. Ini tidak. Ada nama tapi nama yang memang tak boleh trace back (tiada email atau blog name). Apa lah niat dia agaknya kan.


Yang Neeza tahu, lagu-lagu yang Neeza pasang tu sedap didengar. In fact, my dear husband pun suka lagu-lagu tu. Memanglah ada sebab tapi tidak lah macam yang diandaikan tu.


Contohnya, lagu Malek Ridzuan - Kelip Kelip Ku sangka Api tu. Lagu tu sebenarnya Abang yang suka. Ada sebab tersendiri sebenarnya. Penyanyi tu ialah orang kampung dia hehehee... Tapi, bila Neeza dengar, Neeza pun suka dan selalu nyanyi bagi Abang dengar hehehe.... Sebab tu Neeza masukkan disitu.


Ada satu tu, lagu nyanyian Arwah Sudirman - Dimanakah nilai cintamu. Neeza mula tahu lagu tu masa Neeza kecik sangat lagi. Ada satu drama Filipina bersiri tajuk tak ingat tapi itulah lagu temanya. Memang Neeza tak pernah miss cerita tu dan bila dengar lagu tu, Neeza teringat cerita tu. Cerita tu memang sedih tapi takkanlah ada makna untuk Neeza sedangkan masa tu Neeza baru darjah 3 @ 4 kot.


Lagu-lagu lain pun macam tu jugak. Kebanyakannya lagu tema drama yang Neeza pernah tengok dan suka. Lagu-lagu Ibnor Reza lah kebanyakannya. Macam lagu Nash pulak - entah apa lah tajuknya. Ala yang sedih-sedih sikit pasal tinggalkan isteri tu.. Lagu tu jadi favorite Coan. Berkali-kali dia nak dengar kalau pasang lagu tu.


Kesimpulannya, tak payah lah kita nak mengandaikan sesuatu yang kita sendiri pun tak pasti. Tak pasal-pasal kita jadi penyibuk hal orang aje.. Bagi yang tinggal message tu, mungkin dia lah kot yang terasa diri dia macam tu. Kalau tidak dia tak anggap orang lain gitu pulak kan... :).

12 sugar & spice:

أم الليث said...

alah..akak tak yah defend diri sendiri dengan orang cenggini. sukati lah kita nak suka/letak lagu apa pun..masing-masing punya preference tu hak individu.

and salah ke jiwang2? akak kan dah kawin..apa salahnya kalau jiwang pun. lagi bagus kalau jiwang!

apa2 pun aliya mmg tak tahan betul dgn orang bagi unsolicited comments/advice pas tu tak bernama plak tuh. tak de adab sopan and COWARDLY.

Neeza Shahril said...

Aliya,

tu la kan. Kalau kita tahu dia tu sape, senanglah. Takdelah kita heran kenapa dia cakap cam tu. Ini being anonymous. Macam bagus aje..

tak habis-habis dengki dengan orang. takde kerja lain agaknya...

Kak Elle said...

sakit hati ke dia tu bukan untuk dia sorang mendengar suka hati pemilik lah apa lagu nak letak...saya pun suka dengar lagu2 tu neeza so don't worry ye you can do what you like its your blog.

Raihah Rosli said...

Kak Neeza...

Biar kn la die kk neeza nk buat andaian... Walaupun sbnrnye mesti terpikir juga apa tujuan die wat cam tu.

Nak minat lagu memang tak perlu kan sebab... Janji selesa di dgr dan kena dgn jiwa kita dah la...

Sy suke dgr lgu kat blog Kak Neeza. Citarasa sy :) Sy jenis suke lgu dlu2. Lgu2 thun 80 & 90an. :) Layan..

Jie said...

dia tak pasti nak conteng apa kt msgbox neeza..itu saja yg dia tau..hehehehe

salam aidiladha neeza & family.

kak jie tak blk, tapi dah meriah kt rumah ni..mak mertua dh sampai, adik2 ipar pun berkumpul kt sini..esok kakak2 ipar pula dtg...jadi tuan rumah tahun ni

l i e y n said...

kalau org tu xnak dengar, suh dia off aje speaker tu....
byk plak komplen!!
selamat hari raya aidil adha to kak neeza n family...

Cat Cat said...

Neeza,
Aik, lagu dalam blog pun orang comment... Alahai, dah tak ada kerja lain kot budak tu...

Nurul Nadiah said...

Eheh. biaselah tu kakak. orang ni ade je yang x puas ati ngn ape yang kita letak kat blog. ape yg kite tulis pon kena kondem gak

nadia banyak kali kena dah. isk laaa. tensen dibuatnya.,

oh. salam aidiladha. moga baik2 saja semuanya ya =)

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

heran kan.. lagu orang pasang pun jadi isu..
ada aje yang tak puas hati.

***********************************

Raihah,

tu la kan.. raihah yang muda belia pun suka lagu2 lama..
ini pulak akak yang memang lama hehee..

***********************************

Kak Jie,

lebih baik dia tak tulis apa-apa.
tak payah neeza nak balas.
dah la tak tinggal jejak pulak tu..

***********************************

Lieyn,

entahnya.. rajin pulak dia dengar
dan suka pulak nak mengata orang..
tak pasal2 buat dosa kan..

***********************************

Cath,

memang takde kerja tu..
tanam jagung lagi baik kan.. :)

***********************************

Nadia,

diorang ni tak reti menghormati hak individu agaknya..
bukan kita kacau dia pun kan..
kalau tak suka, tak payahlah baca blog kita kan.. :)

Nini Marini said...

Salam kak Neeza..
First jejak saya kat sini,datang dari blog Kak Nadia.=)

Btw kan akak,bagi saya la kan,memang bila dah masuk dunia blogging ni,dunia yg semua org boleh acces kita,memang takkan lepas dari semua ni.

Saya masih baru dalam dunia ni.saya belum pernah kena.tapi saya dah persiapkan diri.=)

Akak jgn kisahkan cakap2 diorang tu yea.yg penting ramai org suka lagu yg akak pasang tu.

Saya pun jenis yg suka letak lagu dalam blog.stp kali tulis entry,stp kali tulah tukar lagu. dan alhamdulillah setakat ni tak pernah ada yg bising2.

salam kenal kak! saya link kan akak yea.=)

chekgu Bani Hassim said...

ade hidden agenda barangkali.
Kalau berani, kalau xde blog ke hape, at least musti ade email address kan??

boleh la reply thur email ke ape..
ni jadi anonymous commentor, apa barang..

baling batu sorok tangan..

Neeza Shahril said...

Nini,

salam kenal Nini :)

ada sesetengah orang ni jenis yang sentiasa tak puas hati dengan apa pun..

tu yang asyik ada aje yang tak kena di mata, telinga dia..

***********************************

Chekgu,

hidde agenda? hehehh.. mungkin juga kan. Dia nak suruh pasang lagu kegemaran dia kot..
tapi tak tinggal pun address email ke, blog ke..

tu la.. nak jadi anonymous pulak..