Tuesday, December 16, 2008

Apa istimewanya kita?



"Berapa gaji awak?"

"Tak banyak. $2300 saja.."

"Aik! kenapa awak datang sini ya. Kan sikit tu.."

"Habis tu.. kalau dah gaji saya dikampung lebih rendah, baiklah saya datang sini"


Pada sesetengah orang, mungkin sikit. Tapi, bagi sesetengah yang lain, besar nilainya. Bagi orang yang bergaji 5 angka, $2000 memang sikit. Tapi bagi yang bergaji 3 angka, $2000 ialah satu angka yang tidak pernah terfikir oleh minda.


Persoalannya:


  1. mengapa mesti kita beri syarat kepada sesiapa sahaja untuk mencari rezeki dimana yang dia suka dan selesa?

  2. Perlukah kita pandang rendah pada orang yang bergaji kurang daripada kita?

  3. Apa istimewanya kita hinggakan kita rasa kita sahaja yang boleh mencari rezeki disesuatu tempat - orang lain tak layak sebab orang lain tak setaraf dengan kita?



Mungkin ada yang tak nampak apa kaitannya 3 soalan di atas dengan dialog yang diberi. Biarlah Neeza sahaja yang tahu.


Cuma, apa yang Neeza nak tulis disini ialah, manusia sama sahaja di sisi Allah. Tiada seorang manusia pun diperbuat daripada emas atau intan berlian. Kalau kita tengok isi daging masing-masing dan asal kejadian, semuanya sama.


Tapi, bila manusia mula mempunyai harta, ada yang sombong dan lupa diri. Dia rasakan dia lebih baik daripada yang lain. Dia merasakan orang lain tak setaraf dengannya. Orang lain tak sesuai untuk berdampingan dengannya.


Bila cerita bab rezeki, kita tahu ada orang dikurniakan Allah dengan rezeki yang lebih dan ada orang dengan rezeki yang kurang. Memang tak dapat dipersoalkan benda ni. Tapi, tahukah kita bahawa orang yang mendapat rezeki yang kurang mungkin jauh lebih bahagia daripada kita yang mempunyai rezeki yang lebih?


Sesetengah orang, bila duit banyak, idea untuk menggunakan duit itu lebih luas. Contohnya, nak beli kereta besar, rumah besar, baju branded dan sebagainya. Lepas tu, bila tengok orang lain dapat beli benda yang lebih besar/mahal, hati pun mula tak senang. Since duit tu ada, jadi, apa salahnya beli jugak. Nanti orang kata tak standard pulak. Lepas tu, rasa tak layak nak berkawan dengan orang lain yang tak mampu untuk mengadakan semua tu. Nanti, kalau berkawan, kawan yang banyak duit tu pandang rendah pulak kat dia. Walhal mungkin tidak sama sekali pun...


Tapi, kalau dah takde duit, nak beli dengan apa? Jadi, duduk diam-diam sudahlah. Bahkan, hati rasa tenang sebab tak perlu ada rasa untuk berlumba dengan orang lain. Orang nak kata apa, biarlah. Dah rezeki kita banyak tu kan. Teringat pulak baru-baru ni ada sorang kawan tanya pasal kufur nikmat. Agaknya itulah yang dikatakan kufur nikmat. Bila dah banyak sangat duit/harta, mulalah kita lupa diri. Nauzubillah.


Kita juga perlu ingat bahawa tanpa sumbangan si bergaji yang lebih rendah daripada kita, tak mungkin kita akan bergaji tinggi. Contohnya pemilik banglo dan pekerja buruh yang membina banglo tersebut. Agak-agaknya, ada ke pemilik banglo buat sendiri rumah dia? Adalah kot sorang dua yang memang kerjanya buat rumah. Tapi rata-rata tak akan buat sendiri. Mesti akan upah ataupun kotrakkan pembuatan rumah tu. Jadi, tak payahlah kita berlagak macam "I own everything!".


Lagi satu contoh, CEO dan pemandu sebuah syarikat pengangkutan. Kalau barang-barang yang dimuatkan ke atas lori tak di bawa oleh pemandu, macam manalah CEO tu nak dapat duit (keuntungan) dari perniagaan yang dibuat?


Neeza cuma nak tunjukkan yang setiap orang daripada kita adalah penting didalam aspek tersendiri. Tiada siapa yang lebih dan tiada yang kurang. Tiada gunanya kita sombong dan bongkak. Tiada istilah, "Hanya aku yang layak berada disini.."


Untuk diri ini, Neeza sentiasa berdoa pada Allah agar dijauhkan daripada rasa dengki khianat dan riak takabbur ni sebab apa yang kita ada didunia ini hanyalah sementara. Kita pinjam sahaja semua ini kerana ianya bukan milik kita pun. Kita cuma berusaha untuk mendapatkannya. Yang kekal adalah akhirat... Wallahu'alam.


Sama-samalah kita fikirkan...

33 sugar & spice:

Abang Long said...

Yang penting. Rezeki HALAL. Mendapat BARKAH. Dan jangan lupa BERZAKAT.

TERIMA KASIH atas entri yang memberi kesedaran sebegini.

Jie said...

macam tu lah yang kak jie rasa bila dah berhenti kerja, ramai yang mempertikaikan...ramai yang mengukur darjat seseorang dari berapa gaji yang dia dapat sebulan

mula2 rasa rendah diri sangat nak mengaku..." tak keje, dok rumah jaga anak-anak" .

rasa rendah sgt taraf di mana dia org....tapi tiap orang memang berbeza memandang keperluan hidup masing2.

SfKn said...

kak neeza punya entry kalini sgt ilmiah...sy sgt setuju. sila amalkan konsep bersyukur

ummu asiah said...

neeza..

mmg betul..hati akan jadi tenang bila kita fikrkan nilai diri kita di sisi Allah..tapi apa nak buat manusia skrg lihat pd zahir.kereta apa yg dibawa..beg jenis apa..tnggal di mana..bayangkan org yg menjawab dia tnggal di Bkt Antarabangsa, Damansara, tu semua mmbayangkan kawasan org kaya..even tmpat shoppng pun sama..if kita masuk kedai2 yg class..sales girl nye pun tak nak layan kita..if only semua org sedar..bila saat kematian dtg semuanya sama saja..in fact org yg bertaqwa dan beriman lebih kaya di waktu itu...

l i e y n said...

syukur alhamdulillah dgn rezeki yg diberi oleh Allah...
manusia ni mmg pelik, mcm2 perangai...selalu rasa diri bagus dr org lain tp x pe...Allah tetap menilai mengikut manusia yg sepatutnya...semoga kita semua sentiasa dilimpahi dgn berkat dan rahmat daripadaNya

Unknown said...

neeza ... :-)

good one!

Pp

Yummy Yum said...

Alhamdulillah dengan rezeki yang ada..yang penting keberkatan...kalau banyak mana dapat pun, kalau tak berkat pun takde maknanya jugak...

Nur said...

salam perkenalan..
gaji byk mana pun x leh tolong kite dlm kubur, ye dak?

yg penting ibadat kita diterima Allah..

jane said...

salam neeza,

betul kata2 awak! sangat setuju. bila saya berhenti kerja dan sambung belajar di u tempatan, jual kereta dan jual barang kemas untuk mencukupkan belanja rumah, kAWAN2 sumer larik....

takut kita minta tolong dia.

dah kerja setahun nih, kengkawan lama sudah ada yg bertanya khabar...

gitulah manusia. dah lumrah !

**tapi saya x tertipu lagi, cukup sekali bersahabat sedemikian.

Kak Elle said...

pendapat neeza saya sokong jadi takde apa2 nak komen..

:: Leeza Joe :: said...

betul la kak neeza...dl2 ms kami kt mesia...ye la time tu brp sgt la income kami ..lps byr kete n rumah...sedara mare pun pandang one eye only maa...Alhamdullilah rezeki kami di bumi anbia ni ber+++... x niat nak menyombong diri...i am what i am...mcm yg kak neeza tgk kami ni la...hheheh...yg ptg happy go lucky...lebih suke prinsip wasatiah...:)

Tie said...

Tu sebabnya bila besar periuk, makin besar keraknya..hi hi..

Kekadang bila makin banyak wang yang kita ada, makin ligat otak ni fikir nak beli barang yang lebih mewah.

Apa yang neeza fikirkan tu betul..kak tie setuju benar..

Kaktiny said...

baca setiap perenggan ayat citer akak.. mengangguk sepanjang masa.. setuju dan setuju...

dan masih terus mengangguk setuju dgn semua pernyataan di atas..

noniey said...

alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada setakat ni. tapi dalam masa yang sama, still kena improve financial. bukan untuk menunjuk tapi tuk masa depan anak2..

silversarina said...

salam,

Akak suka entry ini .... memang ramai jugak manusia yang anggap segalanya adalah miliknya .

Semoga mita dikurniakan rezeki yang penuh berkat, InsyaAllah.

Neeza Shahril said...

Abang Long,

harta yang kita cari bukan semuanya milik kita kan..
ada bahagian untuk orang-orang yang telah ditetapkan Allah s.w.t

***********************************

Kak Jie,

kadang-kadang bukan orang yang berharta aje beza-bezakan.. orang lain pun akan pandang, yang bergaji besar tu lebih bagus.. yang tak bergaji macam kita ni tak bagus..
pelik kan manusia ni.. macam lah rezeki tu dia yang tentukan...

***********************************

Pah,

Akak sebenarnya menulis sebab dah selalu kena macam ni..
orang suka beza2 kan kita.. takpe la kan..

***********************************

Kak N...,

betul tu.. harta kekayaan tak menjamin untuk kita masuk syurga pun kan..
kalau kita beriman dan bertaqwa, Insyaallah, senang kita kesana..

tapi ramai yang tak fikir gitu. Mereka hormat pada yang kaya tapi pandang hina pada yang kurang mampu..

***********************************

Lieyn,

memang.. ramai yang rasa diri bagus sangat. Padahal, harta yang dia cari tu tak besar kuman pun dari apa yang Allah ada..

Neeza Shahril said...

Abg Arif,

thanks :)

***********************************

Yam,

betul tu Yam.. keberkatan lah sangat penting..

***********************************

Nur,

Salam kenal Nur :)
takde sape yang bawak duit bila mati kan..

***********************************

Jane,

salam kenal Jane :)

ada kawan yang baik masa kita senang saja.. itu bukanlah kawan tapi nak megambil kesempatan..
selalu jugak neeza jumpa macam tu.. sedih kan..

***********************************

Kak Elle,

thanks kak :)

Neeza Shahril said...

Liza,

memang liza.. bila kita tak berduit sangat, orang pandang sebelah mata aje.
Tapi, bila kita berduit, kitalah yang orang cari.. yang tak pernah tegur pun jadi kawan.. manusia manusia...

***********************************

Kak Tie,

kalau banyak duit, banyak lah idea nak beli itu ini kan kak..
kalau takde duit, tak lah pulak.. hehehe..

**********************************

Tiny,

thanks :)

***********************************

Noniey,

Alhamdulillah..
tak salah mencari rezeki lebih.. memang dituntut pun..
yang salah, kita sombong bila ada rezeki lebih.. seolah2 kita sajalah yang banyak duit..

***********************************

Kak Rina,

bila kita rasa semua rezeki tu milik kita, mulalah rasa kedekut untuk bersedekah @ menderma @ berzakat dimana zakat tu memang sesangat dituntut kan..

Semoga kita semua mendapat rezeki yang berkat... Ameen...

Nurul Nadiah said...

Kak, nadia suka sangat entri ni. Nadia sgt hrp both of my parent ada pemahaman yg sebegini.

i do hope ..

IKHWANI said...

Ja,

oghe loni tengok pakai kheto ggapo, kepit handbag jenamo ggapo, duduk kawasae mano..nok beli rumoh pong nok tengok address dulu lagu mano...tapi oghe jaghae2 pikir, address kito "alek sano" tu tok banyok pilihae..ado duo jah, syurga/nerako...tok pikir kito wak doh ko "jalae rayo" nok gi ssano, beli doh ko kendaraae nok naik gi ssano...

hok ado atah bomi ni kito tingga blako dae mari kad meroh hok Allah ata tu..maka, tak dok doh la gaji 4 ako, 5 ako....hok bbezo berat timbangae amalae masing2 atah dunio.

Nini Marini said...

salam akak..

Wah, tadi pagi Nini tengok ade 6comments, sekarang dah mencanak ke 19. bagus2!!! Nini suke blog akak. *tepuk2.

Akak,ni Nini nak share ayat yang best dari Quran. jap eh.

"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba2Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki.Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap keadaan hamba2Nya, Maha Melihat." (42:27)


"Perhatikanlah bagaimana Kami melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain. Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya."


Inilah dia, satu miracle dari Allah. Ayat2 Dia mmg merangkumi seluruh kehidupan kita. cuma slama ni kita jarang nak singkap apa mesej di sebalik ayat2 Cinta ni.

Nini sgt suka ayat2 ni kak. sllnya kan, kalau Nini ade problem, sedih ke ape, mmg Nini bukak Quran, and it never fails to give me the answer.

Akak, hanya Allah yang tahu setiap rezeki dan ketentuan hidup kita.tabah yea akak.biarlah mereka yang lupa diri itu.mereka akan nampak satu hari nnti.smga Allah beri petunjuk.ameen.

=)

chekgu Bani Hassim said...

kalau org buat cemtu, kite xdpt buat ape laa...
yg pntg kite tak jadi cemtu..

nk banding2kan org berdasarkan gaji dan status kewangan sgt tak adil.
Allh pun tak pdg harta seseorang tu ataupun paras rupe.

biaq pi la, akak..
selagi kita ada tempat di sisiNya...
Chill, kak!

zura aini said...

kecil atau besar RM yang kita dapat takde maknanya kalau tak de keberkatan. kalau gaji kecil pun kalau rasa cukup, cukuplah jadinya. alhamdulillah sekarang bila join gomen, gaji ciput, keseronokan bekerja dan kelapangan di dada buatkan rasa "cukup" je. Harapnya berpanjangan rasa begitu.

aNIe said...

Kita sepatutnya tidak berasa riak dengan apa yang ALLAH berikan kepada kita...kerana segala harta dunia adalah sementara...bukan boleh dibawa masa 'mengadapnya' nanti...

Kita semua sama disisiNYA...yang membezakan kita ialah amalan kita kepadaNYA...

Semoga kita dijauhkan dari sikap sombong dan bongkak dengan harta dunia...

Neeza Shahril said...

Nadia,

thanks nadia..
bila cakap bab orang tua ni.. akak pun sedih jugak sebab ada juga ahli keluarga akak yang terlalu memandang kepada kekayaan ni.. :(
Insyaallah.. kita sama-sama doakan..

***********************************

Kak Wani,

sungguh tu kak wani.. kalu Allah kato, ni lah masonyo.. tok dae doh nok bowok pitih walau seseng pong..
tok guno pong denu..
hok penting.. amalae baik kito di dunio ni dih...

***********************************

Nini,

hehee.. senyum kejap akak.. tapi seriously, akak menulis sebab ada kaitan dengan diri akak.. dan mungkin yang lain pun terasa benda ni memang ada betulnya.. Alhamdulillah. Ini menunjukkan ramai di antara kita yang masih berpijak di bumi yang nyata. Semoga kita semua ditempatkan ditempat yang baik di sana kelak. Ameen...

ayat-ayat Allah memang dah cukup lengkap dari segala sudut kan Nini. Bergantung kepada kita samaada untuk ikut apa yang ditulis atau sekadar hiasan di Mushaf Quran tu...

***********************************

Chekgu,

bagus lah chekgu ni.. sentiasa ceria.. happy go lucky gitu.
bukan apa cikgu.. terkilan aje. Kita nak tegur, memang jarang sangat lah orang yang sebegitu nak dengar. Lagipun siapalah kita untuk tegur kan.. dia pandang kita pun sebelah mata saja..

***********************************

Kak Zany,

setuju sangat. Bila neeza bezakan 2 kerja yang pernah neeza buat - 1 di private, yang ke 2, di ala ala gomen, rasa selesa kerja di tempat kedua walaupun gaji kecik.
rasa lebih berkat di tempat ke2 tu.. sekarang dah tak kerja.. Alhamdulillah jugak.. masih ada rezeki untuk neeza...

***********************************

Kak Anie,

Insyaallah kak.. semoga Allah jauhkan kita dari sifat riak, bangga diri dan sombong tu..

semoga Allah perbanyakkan pahala amalan kita kan kak..

zino said...

setiap insan tu istimewa dengan keadan sendiri nya.. bersyukur dengan apa yg kita ada.. dan terus berusaha meningkatkan dan memajukan diri ...

pB said...

Salam


wow

heavy nyer n3 kali nie ...

Bakpo tu ??

maklang said...

betul..betul..seme neeza kata..

yang penting jangan lupa diri..semenya hak allah..kita di beri pinjam aje..

lepas tu tak tahu malu nak gayakan yang Allah punya denga perasan sombong! Mintak dijauhkan lah hendakNya!

Sally said...

Salam,
setuju amat..kaya,miskin,bahagia,sengsara..semunya subjektif..terpulang drp pandangan kacamata siapakah yg kita lihat..but again..apa perlu kita lihat dr perspektif org lain..ada masa do hop 2 my blog..latest n3 brings similar message.

Anonymous said...

salam akak

em kite suke entri nih... emm setiap org baik miskin atau kaya, berpendptan tinggi atau pun rendah, saling memerlukan... sama aje darjatnya disisi Allah...

Neeza Shahril said...

Zino,

betul.. biarlah siapa pun kita, kita tetap istimewa kan!
Never let people look down on us..

***********************************

Kak pb,

takdok ggapo..
lepah perasae skali skalo.. ;)

***********************************

Maklang,

kita dapat guna pun dah syukur Alhamdulillah kan maklang..

***********************************

Teachersally,

tu la pasal.. sesetengah orang suka judge suka sangat lah judge orang dan menilai kebendaan..
Insyaallah, I'll be there.. :)

***********************************

Manje,

tak perlu kita nak sombong kan manje..

hidayah said...

ni mesti ada kisah ni.. anyway, saya suka entry ni :) mmg betul apa yg kak neeza cakap... saya ckp tak suka org pandang rendah pada org yg berpendapatan rendah mcm buruh, tukang sapu etc.. kerja halal apa? lgpun, kalau diorang takde, sapa lak nak buat keje2 tu, kan??

Neeza Shahril said...

Hida,

hehee.. ada lah jugak..

memang kesian kan. Kadang2 akak mengalir air mata bila tengok orang tua yang bekerja macam tu. Tapi nak buat camana kan..
kalau lah diorang takde, alamat tuggang langgang lah sampa merata-rata..