Monday, December 15, 2008

Semangat sungguh la.. ;)



Semalam sepatutnya kami dah start kelas di Da'wah Centre. Pagi-pagi lagi dah bersiap. Ada 3 bas kesemuanya dari 3 tempat berbeza mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah tu. Dalam bas yang Neeza naik, cuma ada 5 orang termasuk Neeza. Mungkin ramai yang masih beraya ataupun bercuti.


Driver bas tu lambat sikit sebab dia tak tahu yang kelas dah start. Kak N call dia tanya. Kelam kabut dia bangun. Agaknya mengantuk dan tidur semula lepas Subuh. Driver ni bawak orang pergi haji baru-baru ni dan dia tiba di Jubail pada Jumaat lepas. Mestilah penat sebab dia yang bawak bas!


Sampai aje kami di kelas, rasanya adalah dalam 10 orang yang datang. Takpelah tu. Lagi sikit orang lagi bagus sebab kelas semalam ialah kelas mengaji. Jadi, kalau tak ramai, cepat sikit sampai turn untuk mengaji tu. Kami tunggu dan tunggu dalam 10 minit. Administrator datang bagi tahu yang Ustazah kami tak dapat dihubungi. Ada student kata, dia bercuti. Tapi, memang dia tak call pun administrator tu.


Setelah beberapa kali dia call tapi tak dapat, dia kata, most probably memang Ustazah kami tak akan datang. Maknanya... kami keluar rumah sesaja lah. Ambil angin sejuk saja. Tapi takpelah. Niat kami untuk belajar dah ada. Semoga mendapat pahala sama seperti orang yang belajar. Insyaallah..


Kami beramai-ramai (tak ramai pun sebenarnya) turun kelas dan naik bas semula. Bas hantar kami. Neeza orang pertama di hantar. Tiba dirumah lebih kurang jam 9.30 pagi. Memang lah awal. Kalau tidak, 11 pagi baru tiba rumah. Since tak tahu nak buat apa, macam terajin lah pulak nak kemas closet. Lipat semula baju-baju Abang dan Shahmey. Baju-baju Shahmey kena susun semula untuk tinggalkan space untuk baju-baju orang baru ;). Insyaallah...

19 sugar & spice:

cheryna zamrinor said...

org baru? waaaaa...excited plak sha rasenye:D

takpe kak neeza...semangat tuh perlu...takde semangat pon takleh gak:D

Anonymous said...

salam akak

huhu memang bersemangat sungguh... :) manje pun terasa akan semangat akak itu... teruskan...

Unknown said...

Neeza :-)

dah dapat pahala tu!

pp

Kak Elle said...

uztazah terlupa ke?
Neeza kalau dah terajin mai lah kemaskan almari saya pulak yg mcm tongkang pecah tu...hehe

chekgu Bani Hassim said...

dah spare space ye kak??
putera ke puteri??
ke quadruplet??? :D

silversarina said...

salam,

Tak pe macam tu dapat jalan-jalan makan angin pagi, bagus macam tu bersemangat tinggi pelajar-pelajar.

Jaga diri ye, dah tak lama dah nak sambut orang baru :)

Nini Marini said...

salam akak..=)

Maknanya tu kan, Allah saja2 je nak bagi pahala free kat akak tau. baiknye Allah..

Waa, bestnye tengah tggu orang baru ni.nasib baik akak tak pening2 loya2 kan?

Bagus2, teruskan semangat ni!!=)

kuIna said...

niat yg baik akan mendpt berkat kan..

sy pn tak sabar tunggu org baru tu... hope evrytng wll ok yer..

Zahraa George said...

kiki..semangat membara!
hahaha..takper la..semua ikhlas dan dapat pahala kan..

Neeza Shahril said...

Sha,

akak berdebar ni tau.. ;)

***********************************

Manje,

cool.. :)

***********************************

Abg arif,

moga-moga.. Alhamdulillah.. :)

***********************************

Kak Elle,

tak tahu nak kata lah. Mungkin kot dia lupa..
boleh aje.. mesti best tengok baju2 cantik kak elle :)

***********************************

Chekgu,

ada sikit je space.. kena susun balik kot ;)

doctor cakap tadi akak tak convince..
kita tunggu.... ;)

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

bab jalan2 memang neeza suka.. tengok pemandangan luar... :)

berdebar ni kak Rina... sesangat :)

***********************************

Nini,

bukan susah kan Nini nak dapat pahala.. yang penting niat.. Alhamdulillah...

memula aje akak loya.. sekarang tak lagi.. semua benda makan akak sapu.. hehehe..

***********************************

Kuina,

Insyaallah...

neeza tak sabar dan sangat nervous.. ;)

***********************************

As,

betul tu.. semangat habis..
yang best dapat tengok pokok oren tu.. hehee..

aNIe said...

Neeza...semangat yang membara tetiba padam plak...alahai...takpelah neeza...len kali ada lagikkan...

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Pak Man doakan semoga semuanya baik dan selamat, aminnn.

misz_A said...

org baru tu baju dia dok sama lam closet shahmey..maknanyer dia leh gang n sebilik ngan shahmey la ek???

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

itulah pasal.. ada hikmah tu.. dapat gak neeza kemas kain heheh..

***********************************

Pak Man,

terima kasih Pak Man.. Ameen..

***********************************

Anisz,

tak jugak Anisz.. nampak gaya macam tak.. baju aje duduk sebelah2.. ;)

ZABS said...

Salam Neeza, InsyaAllah. Semua amalan itu bergantung pada niat. Orang baru... Alhamdulillah.

Tie said...

Haa...jenjalan naik bas aje laa gitu..hi hi..tak pe laa....

Harap sihat sekarang..semoga ceria selalu...

nurie said...

Best dapat peluang belajar macam kak neeza ni...insyaAllah satu hati nti sy pun nak belajar lg.

Neeza Shahril said...

Pak Zabs,

Betul tu.. semoga niat neeza diterima Allah...

***********************************

Kak Tie,

makan angin gitu ;)
Alhamdulillah Neeza sihat...

***********************************

Nurie,

kalau belajar utk MA ke.. akak malas dah..
belajar gini akak suka :)