Wednesday, December 17, 2008

Dah setahun rupanya...



Sungguh tak sangka yang Neeza akan jadi seorang blogger selepas berhenti kerja. Hari-hari terakhir Neeza di tempat kerja lama, ada seorang kawan, Miss A, telah cadangkan Neeza untuk menulis di blog. Masa tu, blog pun Neeza tak tahu sangat benda apa. Memang kuno betul lah kan. Pada Neeza dah ada frenster pun dah cukup akan menyibukkan Neeza di Saudi. Maklumlah, tak tahu keadaannya lagi.


Bila tiba di Saudi, huhuuu.. sangatlah bosan duduk dirumah. Frenster pun dah puas update. Gambar-gambar dah dimasukkan. Apa lagi nak buat? Ada jugak tulis blog di frenster tapi blog frenster macam bosan sikit ;).


Then, Miss A suggest tulis blog guna bl0gspot. Neeza pun mulalah pada tarikh hari ini di tahun lepas. Masa tu umur Shahmey (hero Neeza) baru 7 bulan genap. Hari ni dia dah 1 tahun 7 bulan! Kalau dulu Neeza blogging sambil suapkan bubur nasi dalam mulut dia, sekarang tak lagi sebab bibik yang suapkan dia tak suka bubur lagi. Dia makan nasi biasa dah. Jadi, tak payah berangan lah nak blogging sambil dia ada dekat Neeza. Dia yang akan tekan keyboard ni nanti ;).


Entry pertama Neeza sangatlah tak bestnya masa tu. Maklumlah blogger baru belajar. Macam lah entry-entry sekarang best sangat hahaha!!!


One thing yang Neeza suka ialah dengan blogging, Neeza timba banyak ilmu pengetahuan. Neeza bukan jenis rajin membaca bahan-bahan ilmiah. Jadi, bila baca blog yang diselitkan dengan ilmu pengetahuan, Neeza jadi lebih bijak daripada dulu ;). Neeza juga dapat ramai kawan walaupun kebanyakannya kawan di alam cyber. Tapi, mereka banyak mengajar Neeza erti kehidupan. Mereka datang dari serata dunia. Tak payah Neeza nak pergi seluruh dunia, dapat tahu pelbagai cerita dari pelbagai tempat menarik disana.


Kesimpulannya, walaupun Neeza tak kerja, Neeza tak lah bosan sangat sebab masih boleh 'berborak' dengan orang melalui 'tulisan'. Itu yang Neeza nak... Tak lah macam katak bawah tempurung :).

24 sugar & spice:

Anonymous said...

salam akak...

itulah hebatnya dunia tanpa sempadan nih... yg jauh leh didekatkan... hehe

Shima said...

dh setahun??nk award ke?hehehe...

kalau kakok tk start blogging mesti sampai hari ni saya pun tk jd seorang bL0gger.thanks kok..

Jie said...

selamat ulangtahun blog neeza...untuk berada di tahap ini bukanlah mudah..syabas dan semoga dpt diraikan lagi utk tahun2 yg akan dtg...

mcm TVlah neeeza,dulu orang pertikaikan buruk dia..tapi tiap yg buruk ada baiknya....yg baik pun ada buruknya..bergantung pada kita nak guna pakai yg mana...disiplinkan diri

Kak Elle said...

Happy birthday to neeza's blog semoga di teruskan dgn n3 selalu:)

noniey said...

happy birthday kak neeza. hehehee... pasni masa pantang, still update ke? jangan cuti eh

jane said...

salam neeza,

happy fes besday! suka blog u...saya tengok tiga2 sekali. then, otomatik mybloglog masukkan jadi ahli komuniti. keh2. suka...tahniah lagi!

Raihah Rosli said...

hepi besday blog kk neeza.

Kalau dulu orang buka tingkap nampak sekeliling rumah. Skrg org buka window nampak seluruh dunia...

Walaupun blog byk cerita tg kehidupan seharian macam diari ssorg. Byk manfaat yg kita dpt secara tak langsung. :)

Tepi Sungai Batu said...

Semoga Neeza akan terus menulis....cuba dapatkan 2 lepas tu3 dan seterusnya.

:: Leeza Joe :: said...

appy anniversarry...hehhe..kt lum lg la...tunggu next yr..kiki..whateve i like 2 read ur blog...ade mcm2...hehehe

Nini Marini said...

salam kak neeza..

tahniah kak!!! dah setahun rupanya, dan bg nini akak dah berjaya sbg seorang blogger.=) bukan sng nak sampai ke tahap ni kan kak!

Hehe,nini nak tergelak bila akak cancelkan ayat bibik yg suapkan tu.yg mane satu yg betul ni yea..=p

Akak,betul ckp akak,dari blog ni nini byk sgt belajar mmcm2. bg nini,ya satu perkongsian yg sgt sihat.

Terima kasih akak utk semuanya.Nini doakan akak baik2 di sana dgn family tercinta.

Teruskan menulis yea.love ur blog!

Neeza Shahril said...

Manje,

yang dekat, dimesrakan lagi :)

***********************************

Dik,

tak nok award.. nok.. buah mata kucing besor tu!!!

best kan blogging hehee..

***********************************

Kak Jie,

betul tu.. kita pilih yang baik aje lah kan..
yang buruk, kita jadikan sempadan..

***********************************

Kak Elle,

thanks Kak Elle..
neeza baru lagi.. kena banyak belajar..

***********************************

Noniey,

Thanks noniey..
Insyaallah akak update.. tapi tak tahu kekerapan tu.

Neeza Shahril said...

jane,

thanks jane..
nanti neeza link your blog ya :)

***********************************

Raihah,

buka window, 1 dunia dapat nampak..
lagi luas dari buka tingkap rumah hehee..

***********************************

Pak Man,

terima kasih Pak Man..
Insyaallah..

***********************************

Liza,

blog ni macam public diary akak..
sebab tu ada macam2 tapi yang tak personal la ;)

***********************************

Nini,

Thanks Nini.

Akak ni baru lagi dan banyak belajar dari blogger yang dah lama.
Banyak benda kena belajar sebab ada pahit manisnya berblogging ni kan.

pasal bibik suap tu?
hehehee... akak serah pada Nini untuk jawab.. ;)

aNIe said...

Happy anniversary buat blog neeza...

Teruskan menulis...

Akak pun sama macam neeza...banyak menimba ilmu dari blogging...secara tak langsung apa yang kita baca kita jadikan panduan dan teladan untuk memperbaiki lagi hidup dan diri kita...

Abang Long said...

Yang pasti BLOGAWAN seperti kita boleh berkongsi cerita suka dan duka.

Cat Cat said...

Happy 1st blogversery... May many more to come. :)

hidayah said...

mcm tahu je sapa miss A tu.. hehe..anyway, keep up the good job! u're much a better blogger than I... harap kita dapat keep in touch and tahu perkembangan masing2 melalui blog *thank god for the invetion of technology* walaupun saya akan berada jauh di bumi uncle sam..:))

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

Thanks kak..
memang dulu neeza tak tahu pun blog tu apa kak..
bila dah tahu, rasa happy sebab kena dengan citarasa neeza yang malas baca buku ni ;)

**********************************

Abang Long,

betul tu abang long..
bila dapat kongsi, release sikit kan..

***********************************

Cath,

thanks Cath..
I do hope so :)

***********************************

Hida,

semestinya Hida tahu..
mana ada better or worse blogger Hida..
semua kita sama aje.. we have our own strength and weaknesses.
Macam blog akak, tak semua entry tu berguna untuk orang lain sebab ada benda yang ditulis cuma akak sorang je yang faham ;)

drNO said...

yea...mmg blog neeza menarik...n u deserve a heartiest congratulations from me, dear...

zino said...

selamat ulang tahun blogging.. ya ke baru setahun .. gaya macam dah season je.. hehe

en_me said...

tahniah.. setahun jagung tewwww.. salammmz dr me dikejauhannnns..

Unknown said...

*pasang lagu 'selamat ulang tahun*
*sediakan kek dan lilin*
dan ramai mari kita bertepuk tangan sambil menyanyi......happy anniversary to Neeza's blog!
This slice of Blededho is delicious i tell you!

I am happy I was from the beginning and have seen it grow....

Neeza Shahril said...

Drno,

I'm honored..
thanks Drno :)

***********************************

Zino,

hehee.. macam season? wahhh.. dah tua lah maknanya ye..
baru setahun tu.. ;)

***********************************

En Me,

setahun jagung dah boleh buat bubur tak? sedapnya!!

***********************************

Abg Arif,

hehehe.. kelakar pulak macam tu sekali.. bukan best pun baru setahun je..

anyway, I'm flattered lah Abg Arif...
thanks :)

misz_A said...

happy 1 yr old to bledho...
ramai betul pembaca setia blog akak nih...
nuffnang camner??? huhu...

erkk... miss A??? saya pun misz_A gak.. could it be me?? huhu

Zul Abdullah said...

eh ye la neeza...
selamat ulangtahun berblogging..
semoga tak jemu-jemu dan
semoga berbahagia selalu..