Saturday, December 13, 2008

Cikgu yang disayangi, cikgu yang dibenci tak berapa disayangi



Mula-mula Neeza nak panjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t sebab Abang dapat balik dengan selamat semalam. Abang tiba pada jam lebih kurang 1.45 di rumah. Flight dari Taif jam 10.50 pagi. Tiba di Dammam Aiport lebih kurang jam 12.50 pm rasanya. Kalau ikutkan jadual dan boarding pass, flight Abang sepatutnya pada jam 9.00 am. Tapi memang semua flight delay. Abang kata, ada group tu, flight dia sepatutnya 8.00 malam hari sebelumnya telah ditunda ke 8.00 pagi. 12 jam delay!! Kalau lah Abang pun 12 jam delay, maknanya flight Abang hanya akan bergerak 9 malam semalam. Huhuuuu... lambatnyaaa... Tapi, Alhamdulillah, tiba aje di aiport (masa tu dah jam 9.30 pagi pun sebab bus tak dibenarkan masuk), tunggu dalam 20 minit kot, terus dapat boarding pass. Syukur Alhamdulillah...


Habis cerita tu, kita sambung cerita lain. Tapi takde kena mengena dengan cerita semalam pun. Tapi, caution sebab entry ini sangat panjang. Kalau tak larat nak baca, tak payah baca. Senang cerita :).


Dalam beberapa hari lepas, Neeza teringatkan cikgu-cikgu yang pernah mengajar Neeza masa kecil-kecil dulu. Kecil tu maknanya masa sekolah rendah especially darjah 1 - 4. Masa tu memang apa yang cikgu ajar (kalau Neeza suka cikgu tu lah) akan melekat di kepala. Kalau tak suka, Neeza tak ingat pun. Mungkin ada sikit lah ingat tapi Neeza lebih ingat betapa tak bestnya cikgu tu hehee..


Kenapa ya tiba-tiba aje ingat cikgu? Mungkin sebab ramai kawan-kawan blogger Neeza merupakan cikgu-cikgu, bakal cikgu ataupun bekas cikgu. Lecturer pun cikgu jugak kan. Kalau dalam bahasa Arab, takde beza cikgu sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, pensyarah ke mahupun makcik ajar ngaji tu. Semua nya gelaran yang sama iaitu Mudarris/Mudarrissah, Muallim/Muallimah ataupun Ustaz/Ustazah. Cikgu sekolah pun kita boleh panggil Ustaz. Tapi Neeza tahu, kalau di M'sia, ustaz tu untuk guru agama sahaja.


Bila ingatkan cikgu, cikgu pertama yang Neeza ingat ialah Cikgu Sidek. Tak tahulah dia ada lagi ke tak sebab dia ajar Neeza masa Darjah 1. Dia ajar muzik kalau tak silap. Mungkin Neeza silap sebab Neeza ingat satu lagu yang dia ajar ialah "Tepi Gunung". Badan Cikgu Sidek besar. Mungkin Neeza rasa besar sebab Neeza sangatlah kemetot masa Darjah 1. Tapi suara dia sedap especially masa nyanyi tu. Cikgu Sidek pakai spek mata. Dia tak handsome pun. Biasa-biasa aje tapi dia baik. Tak pernah marah. Hehheee.. kalau tak pernah marah aje, baik lah ye. Tak lah jugak. Kalau lah Cikgu Sidek ada lagi, nak aje Neeza jumpa dia. Kalau dia dah takde, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...


Sorang lagi cikgu yang Neeza ingat ialah Cikgu Florence. Dia ajar English. Uishhhh!! Dia memang garang. Tapi dia tak pernah pukul pun. Kalau salah spelling, 1 word kena tulis balik 20 words. Lenguh nya tangan. Ingat lagi masa nak cuti raya. Neeza kena buat homework tulis beribu-ribu lemon beratus-ratus words sebab..... dapat banyak salah lah untuk spelling! Apa lagi. Memang la kena buat. Tapi, dah cuti kan.. sape nak buat homework. Balik pada cuti tu, kelam kabut Neeza buat. Sampaikan pagi-pagi nak sekolah tu tak siap lagi. Menggelabah habis Neeza. Ayah Neeza tengok kesian lah pulak. Dia lah tolong tulis.. hehehe.. Maklumlah budak darjah 3 menulis. Slow lah kan. Kalau orang tua, laju lah sikit. Tapi akibat daripada didikan Cikgu Florence lah, Neeza jadi lebih peka bab spelling ni.


Masa darjah 5 pula, ada 1 cikgu yang Neeza geram sangat. Cikgu Khalid nama dia. Dia ajar Math. Dia ajar best tapi bila budak-budak tak buat homework, dia suka menyakitkan hati kami. Dia suka bebel! Ada sekali tu, dia masuk kelas dengan muka yang masam mencuka. Dia tulis kat board something macam 2a+3x=?. Benda-benda macam tu lah yang manalah kami tahu nak jawab sebab tak pernah belajar pun. Tapi, ada sorang Chinese girl dalam kelas kami dapat jawab. Dia memang pandai pun. Ayah dia seorang doctor famous di Kemaman. Semua soalan Christine dapat jawab. Kami yang lain rasa lega sebab ada savior! Hehhee.. Lepas tu, Cikgu Khalid pun bok bek bok bek la pada kami yang lain-lain ni. Anyway, disebabkan itu juga, Neeza dan lain-lain jadi lebih rajin untuk buat Math.


Masa sekolah menengah pula, Neeza dapat sorang cikgu Moden Math. Nama dia Cikgu Haron. Dia ni kelakar betul. Ada yang tak suka ada yang suka dia. Neeza dan geng-geng Neeza biasa-biasa aje. Takdelah kami benci dia. Setiap kali masuk kelas, Neeza memang duduk depan sekali sebab senang nak tanya dan kami memang lah antara yang suka bertanya. Hasilnya, Alhamdulillah, masa SPM kami dapat grade yang membanggakan cikgu. Cikgu pun senyum saje. Beberapa tahun lepas, Neeza ada jumpa dia di 1 sekolah di Kuantan. Ada program yang dianjurkan di sekolah tu. Tapi segan nak tegur. Dia mesti tak ingat dah muka Neeza maklumlah students sekolah yang dia ajar tu bukannya sikit. Lagipun masa jumpa tu waktu malam dan orang punyalah ramai. Tak sesuai lah kan.


Ada sorang lagi cikgu Add Math. Baik sangat dia tapi disebabkan kebaikan dia tu, Neeza langsung tak ambik berat Add Math. Students tidur dalam kelas pun dia senyum saja. Kesian pulak Cikgu Rashidah. Dia boleh kata, "Hahaha!! tidur dah". Lepas tu dia sambung ajar. Boleh gitu? Kalau cikgu lain, agaknya dah kena pelangkung dengan marker pen tu.. hehehe.. Bila Neeza tak ambik berat, result untuk Add Math Neeza sangatlah tak best :(. Neeza rasa Add Math lah subject paling tak best masa tu.


Walaupun gitu, lepas aje SPM, masa Neeza di ESL, Neeza pick up balik Add Math. Puan Zarina memang baik tapi dalam baik-baik dia, dia tegas. Dia ajar senang faham. Sebijik-sebijik. Yang bosan tapi membantu ialah, dia suka sangat bagi exercise untuk buat kat rumah. Bukan sikit. Banyak!!!! Disebabkan cara pengajaran dia, Neeza sampai dapat jadi tutor untuk subject Math tu (macam Add Math jugak) dan mengajar balik kawan-kawan yang lain. Ada lah 5 6 orang kot tutor dalam kelas tu. Lagi satu, Neeza ada geng untuk berlumba-lumba. Setiap kali quiz ataupun test, mesti kami compete among each other. Kadang-kadang beza 1 markah pun kami dah jealous sangat. Baguskan kalau macam tu selalu.


Neeza paling tak suka subject Chemistry (Kimia). Tapi kena ambik juga masa Form 4 & 5 sebab science stream. Tapi disebabkan cikgu yang ajar tu - Cikgu Zamri seorang yang kelakar dan pandai ambik hati kami, Neeza jadi suka. Result Neeza tak lah bagus mana pun tapi okaylah sebab subject tu memang Neeza tak berkenan langsung. Tapi kan, yang Neeza suka, cikgu Zamri ingat Neeza lagi. Masa jumpa dia di satu majlis keraian (kebetulan kami berkerja di bawah bumbung MARA), dia datang tegur Neeza. Memang Neeza dah perasan dia tapi segan nak tegur. Lagipun dia duduk di kerusi VIP. Neeza ni duduk kerusi tak berapa nak VIP hahahaa!! Dia siap kata, "kamu bukan nak tegur saya ya..". Hehee.. ber kamu kamu tu, macam masa form 5 dulu. Tapi best rasanya bila cikgu ingat kita kan..


Subject Economy juga menjadi favorite Neeza masa buat persedian untuk ke oversea. Kedua-dua level Neeza score sebab lecturer tu memang best. Puan Aishah mengajar memang senang nak faham, bagi Neeza la. Mungkin juga sebab Neeza duduk depan jadi kalau tak faham, boleh terus tanya. Cara dia menjawab soalan pun membuatkan Neeza selesa. Tak lah rasa macam tanya soalan bodoh. Tapi, masa di University, Neeza tak suka subject Economy lagi. Lecturer tak best :(.


Masa di University, fokus Neeza memang lari sikit. Mungkin sebab Neeza buat part time job. Mungkin juga Neeza selalu sangat hooked up dengan internet - chatting dan sebagainya. Belajar dah kurang. Neeza pun dah lupa semua lecturer yang mengajar sebab takde satu pun subject yang Neeza rasa betul-betul interesting. Oh ya! Mungkin ada 1 lah kot - Women in Media. Macam mana women di eksploitasi dalam media.


Lagi satu subject yang Neeza suka. Chemistry! Jadi favorite lah pulak masa di Univeristy. Ala.. itu pun sebab Chemistry 101 aje. Kalau Chemistry higher level memang tak tahu la nak kata hehee.. Lecturer tu American. Cara pengajaran dia best. Dah tua sangat dia tu masa tu. Neeza rasa dia dah jadi hari ini dalam sejarah kot. Dia ada tulis buku text dan memang dia gunakan buku yang dia tulis tu untuk mengajar. Dia sangatlah kelakar. Kelakar sebab dia sendiri yang kelakar dan dia suka buat jokes dalam kelas. Jadi, kami tak bosan dan selalu score subject dia.


Cikgu-cikgu yang Neeza tak berapa sayang pula ada lah sorang dua. Tapi yang paling Neeza ingat ialah sorang cikgu ni. Nama dia pun Neeza lupa tapi dia ajar Geografi. Dia terlalu pentingkan bawak buku teks ke kelas. Kalau tak bawak, kena berdiri diluar kelas. Kalau tak pun, berdiri atas kerusi. Neeza tak suka betul denda macam tu sebab tak beri pengajaran langsung. Kalau dia bagi denda macam suruh lukis peta dunia ke, mungkin okaylah kot. Ada kaitan dengan pelajaran tu. Ini suruh berdiri. Letih tau. Dah lah sepanjang kelas pulak tu. Lepas tu dia buat dek aje dengan kita. As if kita tak wujud. Sebab tu lah, kalau aje Neeza tertinggal buku teks (kalau Neeza sedar awal), cepat-cepat mintak permission dengan Penolong Kanan untuk balik rumah ambik buku. Berlari lah Neeza. Rumah Neeza dengan sekolah dalam 2 km. Memang pecut lah kiranya. Berpeluh-peluh sampai sekolah. Tak suka cikgu tu!!!


Itu sajalah cerita untuk hari ni. Kesimpulannya, untuk jadi cikgu yang disayangi, tak semestinya kena jadi baik macam agar-agar. Boleh aje garang tapi mesti kena pada tempatnya. At least itu pendapat Neeza sebagai seorang anak murid lah. Orang lain mungkin berpandangan berbeza...


24 sugar & spice:

Raihah Rosli said...

Hebat lah Kak Neeza, masih igt nama cikgu darjah 1 lagi :)

Besenye kalo cikgu yg best2 ni kite igt sgt + cikgu yg grg2 pon igt juge ;p

Saya pun kkdg terserempak ngan cikgu2 kat shopping complex o restoran, jd serba salah, nak tegur ke tak, nak tegur takut ganggu, tak tegur nnti dikata sombong. So, kalo yg btul2 prnh ajar, sy salam biar pun kkdg cikgu tu pnt mengingat balik.

Tak lama giliran sy pula jd cikgu. Macam tak sangka pun ada...

Zahraa George said...

kalau cikgu tu baik,memang kita akan kenang kan.
tapi kalau cikgu tu x lah febret,siap bleh lupa,dan automatik tak suka ngan subject yang dia ajar..

teringat as,masa sekolah rendah,sampai sekarang semua cikgu masih kenal as..maklumlah,skolah kampung dan tak ramai student yang scorer..
masuk sekolah menengah ngan kat U,hahahha...dah jadi budak nakal..hari2 kena kejar ngan cikgu@lecturer..

apapun,rasa rindu jer nak kembali ker zaman2 tu..tapi apa kan daya..diri dah tua :P

aniszcenna said...

tahniah buat abg shahril...
entry cikgu tu yess...serious sgt panjang.. hehe... tapi best...

KakNi said...

Confirmed panjang!

Neeza Shahril said...

Raihah,

Betul tu Raihah.. ada cikgu yang tak kenal kita dah. Sama ada dia dah tua, ataupun kita yang dah tua huhuuuuuu...

Akak nak tegur pun tengok jugak. Kalau rasa dia ramai2, akak tak tegur. Kot dia kata, saya tak kenal awak pun, malu laaa.. :D

***********************************

As,

Betul tu As.. cikgu main peranan besar. Kalau kita suka dia, subject tu pun kita suka dan sebaliknya..

As dulu best student. Mesti cikgu kenal...

Hah?? kena kejar dengan lecturer? hehee.. tak dapat akak bayangkan...

***********************************

Anisz,

Alhamdulillah..

dah kata dah.. panjang... hehehe..

Neeza Shahril said...

Akuni,

cek dah habaq nooo... hehehe..

Kak Elle said...

oh cik abnag dah selamat pulang ye..alhamdulillah.

zura aini said...

terkonang zaman sekolah ye.
saya pun suka chemistry, core subject saya tu, kononnya nak jadi Dr, tapi tak lepas. Bila di "U" fokus kurangkan, ye lah makin dewasa, banyak godaan, he, he....

maza said...

perkhh...

entry kali ini mengingatkan kisah maza gak masa zaman kecik2 dulu2...

hahaha

hmm kalau tak silap maza, maza pernah juga membuat beberapa coretan di dlm blog maza itu. tidak terlepas juga, cikgu tadika yang pernah mengajar maza!

hahah,

http://mazaaida.blog.friendster.com

:: Leeza Joe :: said...

kak neeza...
mase time sek rendah dl..kami belajar dgn seorang cikgu yg berasal dr kelantan...beliau ajr muzik gak...cikgu sheikh namenye..best tau... tp satu peristiwa menyayat hati tlh berlaku... beliau tlh ditemui mati lemas di Sg.lembing sewaktu nk selamtakn student die...kami sedih sgt...memandangkan Allahyarham akn melangsungkn perkhwinan stlh sethn menikah gantung....sobsob...sedih sgt... semoga roh arwah dicucuri rahmat..Al-fatihah....

Abang Long said...

Macam - macam jenis dan feel cikgu - cikgi kita ya ?

Tapi bila dikenang, ada ketikanya air mata akan menitis juga ... rindu

nurie said...

Letih gak baca entry ni...

Mmg tak semua cikgu ok dgn kt apalagi klu kita tak menyerlah.Tp semua tu pengalaman yg byk mengajar kt.

Tie said...

Terima kasih cikgu!! Suka atau tidak cikgulah yang mengajar kita supaya kita jadi orang pandai..he he...

Tie pun masih ingat cikgu2 tu..ada yang garang, ada yang baik....

Tepi Sungai Batu said...

Cikgu matematik Pak Man masa sekolah rendah paling garang.Tapi sekarang bila dia dah pencen jadi ketua kampung pula. Bila balik kg. Pak Man selalu jumpa dia.(berdebar-debar je!)

maklang said...

memang panjang betul...he..he...

zahryanie said...

mg panjang, tapi sgt interesting ;)
tersenyum2 sorg2 teringat cikgu cikgi yang ajar yanie dulu....ada yang penah wat yanie nangis dlm kls lagi...hehehe...pasni boleh la plak yanie tulis entry dlm blog yanie on the same topic kn..?? wat do u think k.neza?? ;)

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

Alhamdulillah...

***********************************

Kak Zany,

ooo.. kalau tidak, neeza jumpa Dr Zany la kan.. ;)

subject chemistry neeza suka sebab cikgu best.. :)

***********************************

Maza,

caya lah!! cikgu tadika pun ingat lagi..
neeza tak ingat sebab neeza suka main je masa tadika hehehe...

***********************************

Liza,

sedihnya.. mesti Liza ingat sampai bila-bila cikgu tu kan..
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..
Ameen...

***********************************

Abang Long,

neeza cuma rindu cikgu yang neeza suka hehehehhh...

Neeza Shahril said...

Nurie,

betul tu nurie.. kalau cikgu tak kenal kita, kita pun tak berapa suka belajar...

***********************************

Kak Tie,

bagi Neeza.. cikgu yang berkesan aje buatkan Neeza pandai..
cikgu yang mengajar sambil lewa, neeza tak ingat pun apa yang dia ajar.. boleh tak gitu? hahah!!

***********************************

Pak Man,

hehehe.. dah lama tinggal sekolah pun Pak Man masih takut dengan cikgu ye...
cikgu kalau garang bertempat bagus gak kan..

***********************************

Maklang,

sangat panjang :)

***********************************

Yanie,

tulis la.. akak pun nak gak baca experience orang..
akak tak nak tag sebab nanti orang tak suka.. tapi kalau Yanie nak tulis, with open arms.. buat ya.. :)

elisataufik said...

our flight sepatutnya 7:30am, tapi delay sampai 12:30pm.
Kami kena turun bas jalan kaki pegi masjid untuk solat subuh. Sebab masjid tu takde ruang untuk wanita, the men sacrificed and prayed outside, the women prayed inside. Masya-Allah.. baik hati sungguh men ni.
Pastu terpaksa lah tunggu kat airport. Siapa yg tak tahan tu pegi check-in hotel, tapi kami ni bersyukur ajelah dapat duduk atas carpet yg depa bentang atas lantai arrival hall tu. Tak perasan lak Shahril.. (sebab bukan cari dia pun eheheh).
Tapi apa2pun, alhamdulillah.. sampai rumah dengan selamat, barang pun tak ada yang hilang.. :)

l i e y n said...

conclusionnya...kak neeza akan suka n score subject tu kalau cikgu dia best!!!betul tak?

ESL tu apa?

kak neeza lari pergi balik dr sekolah ke umah n vice versa 4km? jauh tu...kalau saya sumpah tak balik!

dulu kalau sy geram ngan cikgu, saya selalu ckp(dlm hati le)..."nnt le kalau besar ajar anak ko, siap le!!!"
jahatkan? tp so far tak pernah plak ajar anak bekas cikgu2 saya...

Neeza Shahril said...

Elisa,

Alhamdulillah, dapat jugak flight kan. takpelah tunggu kejap. Nak bagi rehat dulu kot kat airport..
Shahril flight lain. Dia awal sikit tapi kalau ikut shedule dah lewat dah..

***********************************

Lieyn,

lebih kurang cam tu la.. tapi ada gak tak score sangat kalau akak memang tak berkenan dengan subject tu hehee..

ESL - English as a Second Language

betul lieyn.. sebab tu akak geram ngan cikgu tu. Dah lah nak mintak permission keluar pagar sekolah punyalah susah..

hehee.. bijak sungguh lieyn.. siap tahu tu Lieyn nak jadi lecturer besar nanti.. ;)

Intan Noorazlina said...

Chemistry? Suks gak subject chem tu, tapi tak score... huhuhu... kalau dapat gi balik kat zaman sek nak je study betul2...

l i e y n said...

I love organic chemistry (pelik tak?) n i got A for that subject-cikgu best n explained every detail well...

Neeza Shahril said...

Intan,

akak malas nak sekolah dah.. hehee
akak selalu mimpi sekolah tau.. ambik exam bagai. ish.. tak bestnya la mimpi tuuu... huhuuu..

***********************************

Lieyn,

akak tak pelik! kalau akak pelik.. maknanya akak pun pelik camana lah Lieyn boleh jadi Chemical Engineering lecturer ;)