Friday, December 12, 2008

Sedikit perubahan dan Happy Face



Berbalik kepada cerita semalam, lepas pada sesi tinggi suara oleh penulis blog ni, helper tu mellow down sikit nampaknya. Dia tak menjawab lagi. Tak tahulah sama ada dia takut ataupun dia terkedu. Tapi, itu sama sekali tidak mententeramkan hati Neeza.


Bila difikir balik, agaknya helper yang jenis dia ni memang suka dilayan gitu. Garang-garang dan marah-marah. Baru lah dia dengar. Kalau lembut-lembut, dia ingat kita anggap dia macam anak-anak aje agaknya. Mungkin sebab tu lah diorang ni ikut kata bila duduk rumah pak arab. Pak Arab layan diorang tegas. Mak Arab lah kot. Pak Arab tak pasti sebab ada jugak yang jadikan diorang ni s*x slave. Mungkin jugaklah.. slave in everything kot.


Masa memula ambik minah ni dulu, Neeza tak nak lah garang sangat. Memang tak sampai hati nak bagi arahan jerit-jerit aje sebab Neeza pun tak suka kalau orang jerit-jerit. Jadi, setiap kali nak suruh buat apa-apa, Neeza akan cakap baik-baik saja. Baik in a sense tak jerit. Kadang-kadang Neeza berborak dengan dia. Nampak agak friendly lah kot. Tapi rupanya, bila Neeza buat macam tu, dia pijak kepala. Dia buat lebih kurang pulak kerja di rumah yang sememangya tugas dia sebagai helper. Bangun pun tiap-tiap hari nak dikejut.


Semenjak semalam, Neeza akan jerit aje kalau nak panggil dia. Sebelum ni bila Neeza jerit, dia jerit balik - "Iye!!" ataupun "Heii!!!". Mungkin sebab Neeza tak pernah jerit kot. Tapi lepas incident semalam, bila Neeza jerit, slow aje dia jawab. Jadi, memang Neeza nekad, no more lembut-lembut. Bagi arahan buat kerja pun tegas saja. Takde borak-borak lagi. Memang dia nak dilayan macam tu. Nasiblah...


Pagi ni, Neeza tak kejut dia. Lepas solat subuh Neeza stay aje dalam bilik. Lepas tu dengar bunyi buzzer washing machine. Maknanya dia dah bangun dalam 1 jam yang lepas. Hah! Boleh pulak bangun sendiri rupanya. Sebelum ni mesti nak kena kejut. Lepas ni, kalau dia tak bangun pada waktu yang dia patut bangun, memang Neeza nak jerit aje.


Walau bagaimanapun, impian untuk tukar maid tu masih ada. Neeza tak tahu kalau-kalau perubahan ni sementara saja. Esok-esok dia dah selesa balik, dia buat balik. Tak sanggup....


Habislah cerita sakit hati tu...


****************************************


Kita sambung cerita happy face pulak.


Hari ni, Insyaallah, Abang akan tiba dari Mekah. Sepatutnya flight jam 9 pagi dari Thaif tapi tadi masa Neeza call, bas yang bawak abang and the group stranded kat gate airport Thaif. Tidak dibenarkan masuk. Aiport congested. Mungkin flight delay.


Kesian pulak kat Abang. Dari jam 2 pagi duduk dalam bas. Bukannya jauh sangat tapi bas berlegar-legar di Mekah untuk ambik group members yang lain yang tak reti tepati masa. Sepatutnya semua orang kena naik bas at 2am tapi biasalah.. sampai pukul 4 bas masih berlegar menunggu orang. Sabar aje lah. Lepas bas jalan, ada lagi stop at a few places - isi minyak la, toilet la. Then sambung perjalanan lagi. Ni dah pukul 8.30, bas still tak boleh masuk.


Memang dah dijangka pun sebenarnya sebab semalam ialah hari Tasyrik terakhir. Hari last melontar jamrah. Jadi, lepas semalam, semua orang dah ready nak balik. Lagipun esok semua orang kerja di Saudi ni. Kalau jemaah dari tempat lain macam Malaysia, ramai yang tak balik lagi. Ada yang pergi Madinah pulak lepas pada menunaikan haji. Maklumlah jemaah Malaysia yang ikut TH package 40 hari kan.


Neeza sentiasa berdoa agak Abang selamat sampai kerumah. Kejap lagi nak masak pulak. Memang Abang mungkin akan makan dalam flight tapi manakan sama food flight dengan food yang dimasak isteri walaupun tak sedap puuuunnnn... hehehehhh...

17 sugar & spice:

Raihah Rosli said...

Tahniah3x.Kak Neeza dah bjaya mendisiplinkan balik helper Kak Neeza...hehehe

Alhamdulillah, suami Kak Neeza dah habis menunaikan ibadah haji. Dah jadi Tuan Haji Shahril. Sophea dah tak perlu nk rindu kat abah dia lg.

Hari ini n3 happy :)

Semoga Kak Neeza ceria2 selalu:)

Intan Noorazlina said...

jgn dipercayai baik maid tu kak neeza... acting baik la tu... melampau la kalau nak kena kejutkan bgn, bukannye adik2 kita ye tak?

2nd entry tu sy baca pun tersenyum... happy for u...

Nadia Yuna said...

baguihlaa dia dah ok sket, tapi tulah, still xleh nak percaya sangat kan, takut sekejap je. beware juga ye sis. tegas aje. =)

huhu

ape menunya ari ni sis? senyum memanjang la ari ni ya? mesti menu akak masak ari ni rasanya lain dari biasa. sebab penuh dengan kasih sayang tu, plus rindu lagi. hoho perfect dishes! =p

Kak Elle said...

Betul tu neeza kita kena tegas bila masa bekerja dan lembut bila kerja dah habis...kita kena lah buat dia macam sedara hopefully dia faham ...

semoga cik abang balik dgn selamat ye banyak yg rindu tengah menunggu.

Chekgu BaniHassim said...

sape yg suke jerit2, mrh2...gile hape...
tp tulaa, klu mrh pijak pale ye kak??

eerm, bomohkan xbleh kak?? biar dier tunduk je ngn akak...hehe..

Neeza Shahril said...

Raihah,

tak tahu nak kata Raihah.. akak masih tak percayakan dia.. kita tunggu aje kan..

erk! Tuan Haji? macam tua aje bunyinya kan.. hehe..

***********************************

Intan,

tu la.. akak tak percaya dia.. masih berhati hati ni..

akak happy... :))

***********************************

Nadia,

memang Nadia. Diorang ni suka pura-pura.. depan baik, belakang tak tahu..

hari ni masak beryani :)

***********************************

Kak Elle,

tu la kak elle.. tapi bila lembut, dia buat macam kita ni kawan pulak. mentality diorang dah tune bila kerja di saudi kot..

Neeza pun harap dia sampai dengan selamat :)

***********************************

Chekgu,

tu la.. kita tak suka nak jerit, dia mintak kena jerit kan..

haaa?? bomoh?? hehee.. tak penah dibuat chekgu.. tak berani akak.. hehee..

Nini Marini said...

alhamdulillah, suka nini dgr akak dah heppi balik. dan yang paling penting, helper akak tu dah tak buat perangai 'mem'.

harap2nye dia betul2 sedar dan respek akak lepas ni.baru dia tau langit tinggi rendah kan.

huhu,mesti tak sabar nak tggu kepulangan suami tu kan..=)

Yummy Yum said...

Salam Kak Neeza...
Tn Hj Shahril dah sampai umah ke...alhamdulillah...semoga dapat haji mabrur...amin...

kak neeza...saya suka la ariff dok sana, macam bertambah baik je...sebab suasana kat sana kot...moga2 dia istiqamah dengan apa yang dia buat...insyallah..

as said...

moga2 ada perubahan sampai khidmatnya ditamatkan :)

akak punya senyum lebar sampai lebih telinga!!haha
ok la tu ..mesti dah x bosan..buah hati pengarang jantung dah ada depan mata :P

aNIe said...

Salam Neeza...rupanya akak terlepas entry yang cik abang neeza ke Mekah menunaikan ibadah haji...semoga dia selamat kembali dan mendapat haji yang mabrur...

Memang suami kalau pergi ke mana pun...makan sedap mana pun...masakan isteri lebih sedap...

Pasal helper tu...akak rasa memang neeza kene tegas dengan dia...jgn bagi muka...sebab nanti neeza nak pakai muka aper...heheheheh

zany said...

bertuahnya berada di negara arab bila bab haji ni, kejap je pergi.

Bab maid tu elok je strict, treat mereka as human being tapi kena berjaga-jaga. Saya pernah kerja di kilang yang majoriti production org luar ni, ada yang kata mereka ni bila datang negara org bekerja bukan sendirian je, ada bawa sekali pelindung mereka. Entahlah, nak percaya atau tidakkan, yang penting kita beringat.

Neeza Shahril said...

Nini,

betul.. dia dah tak berani lepas akak dah tak bagi muka. Tapi akak masih careful.. manalah tahu kan.. kot meroyan dia datang balik ;)

Dia dah sampai.. :))

***********************************

Yam,

Dah sampai Yam at 1.45pm tadi.. semestinya akak happy :)

Betul Yam.. akak pun terasa kelainan bila datang sini..
bab2 solat.. dan so on.. suasana memang mainkan peranan.. :)

***********************************

As,

akak harap gitu. Tapi akak tak berani nak percaya sangat dia..

memang senyum lebar ni as.. dah tak risau lagi..
dah tak rindu lagi hehee..
a shoulder to cry dah ada sebelah akak ;)

***********************************

Kak Anie,

kalau pergi haji dari sini macam biasa aje sebab dekat kan.. kalau dari malaysia lain sikit perasaan kan. Anyway, neeza still merindui dia pergi seminggu hari tu ;)

pembantu ni kan kak.. dia suka kena marah, kena tengking. bila kita baik, dia pijak kepala. pelik sungguh laaa...

***********************************

Kak Zany,

rezeki kak.. memang senang sikit kalau dari Saudi. 5 tahun sekali boleh pergi. Kalau alasan bawak mahram, boleh kerap lagi..

neeza pernah ada maid yang bawak pelindung ni. nasib la dia dah kena berenti cepat (masa kat mesia). yang ni neeza tak pasti pulak.. takut jugak kan..

nurie said...

Kak Neeza,

Klu sy jd kak neeza tak tau la nak ckp tp harap akak pndi2lah handle. Jgn marah2 selalu sbb akak tgh bbdn 2. Takut lain plak jadinya.

Slmt mymbut kpulangan suami tercinta.

zino said...

neeza
kena sediakan SOP utk helper tu.. supaya dia tau standard dan peraturan yg neeza mau.. bertegas tu patut tapi tak perlu lah jerit2 nanti sakit tekak le pulak hehe..

kena masak best best tu utk pak aji makan .. hehe

Pp said...

betul kata seorang commentor di atas - tak leh percaya sgt dgn kebaikan dia tu. saya pernah anggap seorang pembantu sebagai family. memang baik sgt dia. semua anak2 pun suka. tapi satu hari kami pulang ke rumah tak boleh masuk, dia dah tinggalkan rumah dgn di kuncinya pintu. bila di panggil tukang kunci baru dpt masuk dan saya dapati habis almari pakaian kami di selongkar dan kesemua barang2 kemas kak lil hilang di larikan nya.
bila kita check dgn immigration, rupanya dia telah lari meninggalkan negeri.

so hopefuly Neeza hati2lah.....

Semoga abang Neeza mendapat Haji yg Mabrur!!

A arif.

Abang Long said...

Bukan hendak menjolok sarang tebuan. Tapi sebagai peringatan. Seorang muslim takkan kena patuk dua kali. Berjaga - jaga. Perlu bertegas tapi bukan garang dan bengis. Dan seperkara lagi. Kalau pembantu rumah buat kita "makan hati" lebih baik bebaskan.

Sudah dapat emel dari Abang Long ?

Neeza Shahril said...

Nurie,

akak tak marah2.. cuma cakap nada tinggi je..
lagipun, kalau dia tak buat salah, akak okay aje.. kalau dia menjawab yang akak tune tinggi sikt ;)

Thanks nurie :)

***********************************

Zino,

bagus gak tu SOP tapi hati neeza dah takde untuk dia ni.. nak tukar baru je rasanya..

nak masak best neeza tak reti sangat... :(

***********************************

Abg Arif,

laaa.. teruknya.. macam tu sekali. Memang tak boleh percaya kan.. Mak Neeza pun dulu percaya kan maid dia cam tu la.. last2 cabut lari.. tinggalkan adik Neeza kat rumah.. zalim betul..

Insyaallah...

***********************************

Abang Long,

memang.. neeza tak akan benarkan dia buat lagi. Sebab tu tak sabar nak cari ganti ni...

dapat dah.. nanti neeza balas..