Thursday, December 11, 2008

Sabar.. sabar..


Disclaimer:

Entry ini adalah entry lepas geram penulis blog. Sesapa yang tak suka baca, sila skip entry ini :). Lagipun banyak benda dalam ni agak sukar difahami bagi orang yang tak tahu keadaan disini.

************************************
************************************


Ada idea lain untuk entry hari ni tapi disebabkan hati ni tengah menggelegak, tunda dulu lah entry tu dimasa lain.


Di beberapa entry lepas, Neeza ada tulis mengenai helper/maid/pembantu rumah atau apa-apa aje lah yang kita panggil dia. Memang kalau ikutkan dah serik untuk ada helper ni. Dah banyak kali terkena dengan perangai yang mula-mula nampak bagus tapi akhirnya, hampeh!! Sama jugaklah macam yang ada kat rumah ni sekarang.


Masa mula-mula datang, rajin betul. Habis segala benda dilap, dibersihkan, disusun. Bila tanya, boleh buat ini ke, boleh buat itu ke? Semuanya boleh. Sudah biasa katanya. Tapi rupanya mulut manis macam gula tapi gula hangit.


Pagi ni seperti selalu, Neeza kejutkan helper ni bangun pagi. Bukan pagi mana pun dah. Dah dekat pukul 6 pagi. Subuh masuk jam 4.50 gitu. Kiranya pukul 6 tu dah nak habis Subuh lah. Lepas tu, slow aje dia bangun, masuk toilet, keluar. Then dah sudah solat, dia duduk aje. Berdoa ke (tapi tak nampak macam berdoa), berwirid ke, atau pun duduk saja tak tahulah (sebab boleh delay buat kerja kan..). Wallahu'alam...


Neeza tanya dia tentang something. Dia bagi tahu aje dimana letaknya. Dia expect, Neeza cari sendiri benda tu sedangkan benda tu memang Neeza bagi pada dia. Neeza tunggu lagi. Dia datang. Masa tu Neeza dah jumpa pun benda tu.


Lepas tu, Neeza suruh dia cuci toilet, berus lantai dan dinding. Rasanya tak sampai 10 minit, dah siap! Neeza tanya, dia sental tak lantai. Dia kata sudah. Bila tanya sental tak dinding, dia kata sudah. Tapi nampak macam tak berusik pun. Macam jirus-jirus air macam 2 3 hari lepas aje.. Dia kata, tak tanggal. Alasan! Kalau Neeza basuh toilet, paling kurang Neeza akan duduk dalam toilet selama 1/2 jam. Sebab bukan sekejap untuk menyental. Lainlah kalau setakat gosok sikit-sikit memang la sekejap. Takpe lagi.


Bila dia basuh toilet 1 lagi, Neeza tunggu dulu. Then Neeza ikut. Agaknya dia perasan Neeza pergi situ, dia pun cepat-cepat tutup pintu. Bila diketuk, dia kata "k*nc*ng lah!!" dengan kuat. Amboi.. Neeza tunggu lagi. Lepas tu, ketuk lagi. Dia buka. Neeza pun cakap suruh dia buat apa. Dia kata, nanti lah dia nak buat lah tu. Menjawab pulak.


Lepas tu, Neeza keluar statement, kenapa dia tak pernah bangun sendiri. Mesti nak kena kejut. Dia boleh kata, di rumah majikan lain, dia bangun pukul 7, pukul 8 pagi. Oooo.. gitu ya. Neeza cakap pada dia, memang lah. Rumah arab dia tidur pukul 2, pukul 3 pagi. Rumah Neeza, pukul 10 dah masuk tidur. Kadang-kadang pukul 9 dah siap semua benda. Dah boleh tidur. Tapi setiap kali dia masuk bilik untuk tidur, Neeza tengok dia dok sibuk bersms. Jadi, salah dia lah! Sape suruh tak tidur. Lagipun mana boleh nak bandingkan majikan lama, majikan baru. Dia kerja dengan kami ataupun kami yang kerja dengan dia. Sedap sungguh mulut dia menjawab.


Neeza tambah lagi, di rumah Neeza bukan banyak kerja sangat pun. Rumah pun kecik. Dia boleh jawab, di tempat lain, dia cuma basuh toilet, cuci sikit, sudah. Aik! Sebelum ni dia pernah cerita, macam-macam benda dia buat termasuklah memasak. Di rumah Neeza tugas memasak memang almost 95% Neeza yang buat. Kalau dia tolong pun, cuma menyiang ikan, potong daging. Paling teruk pun goreng nuggets and fries untuk anak-anak ni.


Then, bila Neeza cakap pada dia, jangan sampai neeza report pada majikan dia yang asal sudah. Sebenarnya dia ni Neeza ambil dari agen asal. Memang kerja dia 2 3 bulan rumah ini, 2 3 bulan rumah lain. Kiranya service dia di subkan pada sesiapa yang nakkan pembantu sementara. Bayaran kami terus kepada majikan dia sebanyak SR*000 sebulan. Memang banyak sebenarnya tapi disebabkan kami tak nak permanent helper yang mungkin akan bagi problem lepas tu terpaksa stuck dengan dia selama beberapa tahun, kami ambil yang jenis macam ni. Kalau ambik permanent, kena bayar SR8K - SR10K. Lepas tu, monthly bayar SR800 - SR1000 tanpa tolak deposit tu. Kalau di Malaysia, boleh tolak deposit kan. Disini tidak. That's why kami opt for 1 payment per month. Kalau ada problem, kami call majikan dia mintak tukar. Memang lah majikan tu tak ada ramai sangat maid untuk ditukar ganti. At least, dia akan cari dan tanya kat tempat lain sebab ramai pak arab buat business macam tu disini.


Bila diugut gitu, barulah dengar tone dia rendah sikit. Kalau tidak, tak habis-habis dia menjawab. Selama hari ni Neeza berdiam aje. Kata kawan Neeza, Neeza lembut sangat. Mungkinlah agaknya. Naik lemak lah dia. Dulu tak pernah pasang lagu kuat-kuat kat handphone dia, sekarang dah berani. Sampai rasa sakit telinga ni. Sudahlah gitu. 2 3 hari sekali mintak belikan prepaid. Bukan sikit-sikit pulak tu. Sekali beli SR50 atau SR100. Bila tanya, dia kata call mak dia. Call abang dia di Ind0n. Susah nak percaya. Lepas tu dia complain dengan kami, majikan dia tak bayar gaji sedangkan duit beli prepaid ada saja.


Banyak kerja sekarang kena disuruh. Kalau tak suruh, dia akan duduk relax saja. Sabar lah hati... Agaknya dia ingat, bekerja di rumah melayu ni boleh ambik kesempatan. Kalau dengan pak arab, jangan haraplah dia dapat berehat baca buku, bertelefon, bersms.


Neeza berdoa supaya dapat lah ganti dia ni secepat mungkin. Tak larat lah kalau macam ni. Nanti kalau Neeza masuk wad, siapa nak bangunkan anak-anak pergi sekolah sedangkan dia pun Neeza yang kejutkan. Memang tak boleh harap!




29 sugar & spice:

cikMilah said...

aiiiikkk... lemak berkrim nampak maid tu!
Kalau mem rumah yang dok kejutkan dia memang melampau!!!Pemalas namanya tu. Tegas sikit Ja...

أم الليث said...

setuju... kak neeza kena lebih tegas! pasal akak ikut dia gi toilet tu..buat je lagi!

macam dia plak yg madam boss. malas tu satu hal, tak hormat majikan plak tu!

tak bersyukur ek orang nih. cuba dpt majikan org yg sebat2 dia... haa.. rasakan. ni dpt majikan org yg baik..tak hargai langsung.

noniey said...

teruk betul dia tu. baik kak neeza amik maid lain cepat. kalau depan kak neeza dah macam tu, belakang akak lagi lah teruknya. langsung tak respect.baik takde dari ada.

cheryna zamrinor said...

sabar ye kak neeza...kak neeza nieh baiklah...org kalo dah kena macam nieh, dowang dah silap2 naik tangan. sha tak suke betul die kurang ajar dgn kak neeza..sabar ye!

sha doakan masalah kak neeza selesai:D

Zahraa George said...

haha...garang skit akak...jangan lembut sangat..akak jgn cakap gelak2 ngan dia.kang dia ingat akak melawak plak..garang..
mmg kena p tukar la camtu...
x pernah lagi dengar majikan kejut maid..itu dah tahap melampau!

Nurul Nadiah said...

salam kakak,

aduhhh. nadia yg dok bace pun cam hangin je rasa. Cemana la pulak ngn akak yg ari2 berdepan dengan maid tu eah.

isk. buat masa ni akak sabaq banyak2 na. Mungkin dia keluaq tanduk panjang pasai husband akak takde kan. Die ingat die boleh buat ikut suka die je.

Yang penting skg, kakak jaga diri elok2 tau. Kakak kan tengah pregnant, nanti maid tu melawan-lawan, jgn bagi die usik kakak tau. jauh2 sket dgn die.

take care ye sis!

**maklong nadia pun agen maid camni, die majikan, selalu hantar maid pegi latihan umah die, then die supply pade org.

Abang Long said...

Sabar ada had dan batasan.

Cuma orang yang mengalami sahaja yang menderita.

Yang penting tegas ! Sekarang buat keputusan.

DBI said...

aiyoo..cari yang lain cepattt..

hidayah said...

kak neeza --
hangin pulak saya bila baca entry kak neeza. over the dose pulak maid tuh!!! boleh tak saya tolong marahkan maid tu? mmg kak neeza ni baik dan sabar.. hehe.. kalau saya, tak taulah.. dah meroyan agaknya.. huhu

maklang said...

memang kena banyak sabar neeza...

lagi satu ujian tu...neeza kan ada baby tu...jangan terlalu benci dan marah ...takut terikut lak baby tu..naudzubillah...sabar ye dik...:)

chekgu Bani Hassim said...

Byk lemak la tuh, org bayar suh keje, bukan menjawab.
Akak kene be careful je laa...takut dier bertindak over the limit...

Hati2 ye kak??

Kak Elle said...

kesian neeza saya yg membaca dah rasa keadaan nya...sabar tu bolih tapi ni dah terover neeza...kalau ada peluang dapat ganti cari lah hopefully yg baru tu bagus.

nurie said...

Bersabarlah kak...cuba fikirkan cara yang lebih psycho...spt buat jadual harian / mingguan yang perlu ditandakan bila dah siap buat keje dan mesti ikut timing...buat macam jadual budak sekolah...itu pun kalau akak nak buat ler...
Apa pun, maid tu memang tak patut buat akan macam tu sbb dia tidak amanah dgn tugas yg diberikan.

:: Leeza Joe :: said...

lorr..igtkn bgn sdr...kunci jam...mmg melampau thp cipan ni..nak kene nihhh... tkr aje la akak...idok pun kene betul2 tegas... mcm kt plk mkn gaji ngn die...ape2 pun akak byk2 sbr erkk... tkt plk akak naik angin jd kes mcm kt kl tu...yg die srm ngn air panas tu...eii ngeri..pas2 majikan kene penjara 18 thn...astaghfirullah...mintak simpang malaikat 44...

zura aini said...

lawan tokey nampak?
macam itulah maid ni kan. awal je rajin. sebab tu kalau dengan cina, mereka tak bagi chance langsung. teringat one of my neighbour, keluar rumah pun tak bagi. Duduk je dalam rumah, angkat phone pun takut.

Tepi Sungai Batu said...

Sabar Neeza, kalau nak marah pun guna mulut saja, jangan naik kaki tangan.....nanti jadi kes lain pulak. Cepat-cepatlah tukar, cari model baru!

IKHWANI said...

cari lain la Ja!

memae tak bersyukur langsung puok2 ni dih???

Shah CJ said...

tak blh bagi muka org2 mcm ni kak. cari je yg lain.

aku nk komen byk2 tak reti. tadek maid. :)

Neeza Shahril said...

Kak cik,

memang sangat berlemak.. dulu kerja dengan arab tau takut.
kerja dengan melayu dia ingat macam duduk rumah adik beradik dia aje. bangun nak kena kejut..

***********************************

Aliya,

akak tak pernah sentuh (pukul) dia. Ingatkan dengar kata.
Memang patut lah kalau dia ni dapat majikan arab. Memang dibuatnya hamba abdi...

***********************************

Noniey,

haaa... belakang tak tahu camana kan..
memang berpura-pura dia ni. Kalau jaga Shahmey tu, dia bukan jaga (Sophea la cakap). Dia bantai bergayut kat telefon je..

***********************************

Sha,

akak tahu.. setengah orang memang akan naik tangan. Tapi, akak tak lah tergamak buat gitu.. menahan perasaan aje..
tapi tadi memang akak marah betul..

Neeza Shahril said...

As,

hari ni memang akak cakap tegas aje.
Dah takde lembut dah.. bila lembut naik kepala rupanya.. ingatkan lagi senang nak buat kerja.

Tu lah kan.. tak sedar diri tu. Kita nak pergi kerja pun tahu bangun sendiri. Takde pulak boss kena kejut kan.. ;)

***********************************

Nadia,

akak rasa pun gitu. Salah 1 sebab ialah husband akak takde kat rumah. Macam hari tu, 3 hari dia tak buang sampah. Sampai akak tegur. Kalau husband akak ada, tiap2 hari buang sampah..
Nampak sangat dia ni takut husband akak.

***********************************

Abang long,

yang bestnya, kat depan orang lain, ewahhh.. rajin sangat. buat kerja tanpa disuruh..
angin betul...

***********************************

DBI,

doakan neeza dapat ganti cepat ya..

***********************************

Hida,

memang extra overdose dia ni.. dia pernah cerita kat akak, masa dirumah majikan lama, kalau tak disuruh, dia biar aje.. amboiii.. dia ingat orang bagi dia gaji buta kot kan..

Neeza Shahril said...

Maklang,

terfikir jugak gitu.. tak pasal2 terkenan.. Nauzubillah..
tapi geram kan Maklang..

***********************************

Chekgu,

husband akak pun pesan.. kot je la kan.. dia buat something unpredictable..
Moga2 dia tahu takut sebab gaji dia masih gantung dengan agen tu..
kata dia laa...

***********************************

Kak Elle,

neeza jarang marah orang macam tu kak. Tak pernah kot.. yang neeza marah anak2 neeza aje.
Hari ni sampai penuh toxic badan neeza sebab marah sangat..
Biar lah cepat dapat ganti...

***********************************

Nurie,

buat jadual tu boleh tapi masalahnya kan, dia buat kerja cepat2 aje untuk habiskan..
macam basuh toilet.
Tak sampai 10 minit dah siap sebab dia nak berehat...
basuh pinggan pun gitu. Hasilnya kotor.. boleh dia kata, beli clorox la utk basuh pinggan.. mak oiiii.. sabar aje laaa..

Neeza Shahril said...

Liza,

bertuah dia kunci jam liza.. ada sekali tu akak tak kejut sebab akak tak keluar bilik, sampai dekat pukul 7.30 baru bangun. Sedap sungguh..

hehee.. gelak pulak akak.. Insyaallah, akak tak seberani tu lagi utk siram air panas. Tampar dia pun tidak lagi. Setakat tengking tu, akak rasa dah habis tinggi la tu..

***********************************

Kak Zany,

tu la.. kita bagi dia guna hp, dengar radio, dia lebih2 pulak.
neeza keluar, selalu bawak dia even makan kat restaurant. Tak pernah tak bagi dia makan..
elok duduk dengan cina. semua kena control..

***********************************

Pak Man,

Insyaallah Pak Man, neeza tak naik kaki tangan kot..
doakan neeza dapat yang baru cepat ya..

***********************************

Kak Wani,

tulung doa deh kak wani..
bukae setakat tok bersyukur, lebih2 pulok tu..

***********************************

Cikgu,

mentality diorang ni cikgu, 1 je.. buat kerja asal nampak.. quality takde..

Nini Marini said...

salam akak..

Nini bace entry ni baru paham ape yg akak geramkan sgt tu.sebelum ni pun akak ade tulih pasal cuci toilet tu kan tp Nini tak paham..

ya Allah,tatau la nak bygkan cemane akak menghadapi manusia2 tak bersyukur camtu.samela kite akak,org selalu cakap kite ni lmbut,sbb tu org pijak2 kpala kite ni cam kain buruk.

buat sementara waktu untuk dapat tukar ni,akak mmg kene tegas ngan die.biar akak pulak yg tggi suara sikit,kalau die melampau sgt.selama ni akak baik bukan die appreciate pun.

Huh,nini sgt2 panas bace entry akak ni.ikut hati dan nafsu ni,rase nak je tolong pinjamkan pelempang.

sabar banyak2 ye kak.=)

aNIe said...

Yelah neeza...akak rasa diorang ni ada jenis yang kita tak boleh berlembut sgt dengan diorang...nanti diorang pijak kepala...akak rasa...neeza kene tegas sikit...jgn bagi muka sgt...

Sabar ye neeza...manusia ni memang macam2 perangai...

l i e y n said...

kalau bangun pagi pun nak kena kejut, memang parah ni....sape yg jadi helper sape ni?
semoga kak neeza dpt helper yg better lps ni...
mmg kena sabar ni....

Neeza Shahril said...

Nini,

Salam..
start dari semalam akak tak dah cakap lembut2 lagi dengan dia.
Nampak pulak macam takut dan tak menjawab dah lepas tu..
memang nak dilayan macam tu agaknya..

hehee.. nak pinjamkan pelempang nini? boleh gak sebab akak sendiri tak berani nak lempang ;). thanks dear..

***********************************

Kak Anie,

neeza pun rasa cam tu especially yg dah biasa kerja dgn arab ni...
thanks kak..

***********************************

Lieyn,

tu la.. kadang akak rasa macam akak pulak helper.. everyday nk kejut boss bangun heheee..
Lieyn doakan ya...

Intan Noorazlina said...

saya turut hangin nih... over gilos... cepat cari yg lain kak neeza... tak guna simpan pemalas mcm tu... geram plak aku...

Unknown said...

salam kak neeza, bertauliah ke x maid tu?

aduhla...rasanya dah teruk sangat lah maid macam tu. agak-agaknya dekat rumah majikan lama dulu fia wat macam ni ke?

bangsa apa ea dia tu?

Neeza Shahril said...

Intan,

hehee.. memang tak guna. tak tahulah dia sesuai dok kat mana kan...

***********************************

Hazwani,

entahlah.. dah 5 tahun dia kerja. 2 tahun malaysia.. dekat 3 tahun di saudi ni.. fasih cakap arab tu..

tapi mungkin dia memang kerja cam tu...

dia ind0n!