Thursday, January 1, 2009

Boleh ke tak boleh?



Sebenarnya memang takde idea nak tulis apa. Nak cerita pasal gathering semalam, macam takde apa nak cerita sangat sebab almost every week ada gathering macam tu. Pengisian ceramah agama dan makan-makan selepasnya. Alhamdulillah, food cukup dan berlebih seperti biasa. Ada ramai yang tak datang. Masaalah transportation lah. Memang ramai yang baru sampai tapi bukan senang nak dapatkan transportation di sini. Takpe, nanti bila masing-masing dah berkenderaan, dapat lah mereka hadir. Insyaallah.


Ni pasal benda lain pulak. Ada satu isu yang bermain dalam kepala Neeza sekarang. Ianya mengenai merancang keluarga dari perspektif Islam. Kalau nak menjarakkan anak, ada pelbagai cara. Macam mana pula untuk menghentikan terus dari mendapatkan anak? Maksudnya stop producing. No more baby, Insyaallah (semuanya bergantung pada Allah kan. Kalau kita buat macam mana pun, kalau Allah kata jadi, akan jadi juga).


Ada doctor disini bagi tahu, boleh guna family planning tapi bukan ikat terus (ligation). Maksudnya, boleh makan pil, guna IUCD, implant dan mungkin cara-cara lain. Tapi cara-cara yang tersebut itu ada risikonya. Contohnya, kalau makan pil, mesti ikut schedule. Kalau terlupa sekali, sangat parah. IUCD dan implant pun ada percentage juga. Bukan 100%. Cuma, ligation saja yang boleh dikatakan 100%, Insyaallah.


Kalau tak silap (may be Neeza silap), family planning diboleh kan atas sebab-sebab kesihatan. Kalau dah 4 kali beranak Caeserian, perut tu dah dibelah 4 kali. Kalau takde masalah mungkin takpe. Kalau selalu saja sakit masa pregnant dan mungkin menjejaskan lagi kesihatan, macam mana pulak ya?


Persoalannya ialah, adakah ligation (ikat) dibolehkan kalau kita dah 4 kali menjalani pembedahan Caeserian dan pregnancy yang ke4 memang selalu menyakitkan dan menjejaskan pergerakan?


Lately banyak pulak entry Neeza yang berbentuk soalan. Bukan Neeza tak boleh nak g00gle untuk jawapan ni. Boleh saja. Cuma, Neeza nak dengar daripada orang lain. Orang lain mungkin pernah dengar pasal ni daripada experts di tempat masing-masing.


Siapa yang sudi, bagi tahu lah pendapat ya. Terima kasih :)

19 sugar & spice:

Jie said...

Neeza... 3@4@5 bukan penentu diikat,menurut penerangan doktor kakjie dulu, sewaktu pembedahan itu, dia akan lihat perut dan isi dalam tu bagaimana..ada orang dibolehkan sampai lebih dari 3 ada orang hanya dibenarkan 3.

Keputusannya bergantung pada kesihatan seseorang..setiap orang berbeza.

Contoh ada kawan kak jie anak ke 5 masih dibenarkan tetapi banyak nasihat dan pantang larang perlu diikuti , maklumlah luka yang dihiris berkali-kali. Si ibu pula perluka tenaga harian untuk membesarkan anak-anak.

Sebab-sebab kesihatan kena fikirkan juga.

maklang said...

kesihatan memang no. 1 kena fikirkan dulu...

Kalau bahaya tak pe ikatkan...

noniey said...

yang saya tau, kalau nak ikat ni mesti bersebab. contohnya, kalau kita termengandung nanti, akan memberi kesan pada diri kita atau anak, dibolehkan. mostly kalau2 mak ada sakit jantung ke, darah tinggi ke, yang boleh mengancam nyawa, dibolehkan untuk di ikat.

pasal iucd ke, ubat perancang ke, tu depends on individu tu sendiri. macam saya tak amik apa2 perancang. n even doc pun cakap takpe sebab takut jadi tiroid. ia melibatkan hormon kan. sebab history family memang ada tiroid. dulu kak neeza ada ambil apa2 ubat perancang ke?

zura aini said...

masa baru dapat 1st baby, pernah ambil pil, berat naik kedeboom dan kita kadang tu terlupa ambil pil. bahaya juga kalau kejap ambil, kejap tak ambil, takut menjadi dan effect baby pulak. Yang IUCD tu pun ada yang terrrrpregnant jugakan.

jane said...

salam neeza,

saya dah 4x LCSC. yg paling sakit kesan post operation ialah yg ke 4. i don't know y. tapi, backpain memang sgt ketara. i even kena pakai corset beautiful baru hilang sakit itu. memang worth it!

neeza fikirlah. tanya hubby...persetujuan bersama itu penting. manalah tau, kan ? kut2 kemudian citer lain pulak.

ada jugak kawan saya 5x operate. tapi, dia pergi hospital lain2 dan x bg tau history dia...bahaya,kan ?

saya dah BTL...rasa macam x berani dah nak mengandung lg.

BTW, u muda lagi...boleh kut x ikat. jarak umur anak saya yg ketiga dgn yg ke 4 ialah 8 tahun...tanpa apa2 protection pun.
its up to u...

en_me said...

hi akak neeza ittewww.. salam tahun baruuu

أم الليث said...

isu ni bergantung kepada situasi individu.

permanent sterilisation (ligation) hukumnya haram dlm Islam melainkan dlm situasi jika ibu itu mengandung akan menyebabkan dia mati (contohnya ada heart problem, epilepsy).

kaedah birth control yg non-permanent pun dibenarkan dlm Islam kalau ada sebab-sebab tertentu sahaja. contoh2 situasi bila dibenarkan guna kaedah2 tu ialah utk menjarakkan anak, utk memudahkan beri attention dan kasih sayang pada semua anak, untuk beri ibu rehat in between anak dan menjaga kesihatan ibu dan sebagainya.

kalau guna birth control kena niat yg betul. kalau salah niat, berdosa. contohnya kalau guna sebab nak tumpukan perhatian kpd anak2 yg sedia ada, itu takpe inshaAllah. tp kalau niat dah tak nak anak sebab akan menyusahkan diri atau takut tak cukup duit, tak pasal2 je nanti berdosa. semua ni antara kita dengan Allah. jadi walaupun birth control dibenarkan in some circumstances, niat kena sentiasa betul.

iud, pill, implant, injection semuanya ada failure rate tapi kalau digunakan dengan betul, failure rate sgt10x rendah. they are very reliable. ligation tu pun bknnya 100% sgt pun. ada failure rate jugak wpun lebih kecil dari kaedah lain. sometimes tube tu bleh sambung balik. sebenarnya vasectomy (potong tiub lelaki) tu yg 100% tapi potong tiub perempuan tak sepenuhnya 100%... maybe 99.9999999% hehehe. ligation pun ada risikonya. it's still a surgery. and kalau ligate masa caesarean section ada higher risk of tube tu sambung balik in the future.

bila guna birth control kita kena jaga aqidah kita. kita takleh percaya yg birth control ni akan stop kita from getting pregnant (even permanent ones) sbb kalau Allah dah takdirkan ada anak akan dilahirkan, akan lahir jugak. there is no such thing as anak "accident" nih..semuanya Allah dah susun. birth control itu cuma usaha kita sahaja dan kita bertawakkal tapi keputusannya tetap pada ALlah.

kalau akak breastfeeding anak ke4 ni, akak cuma ada 3 choices je utk hormonal birth control: progesterone only pill, implanon and injection. sbb pill lain akan stop breastmilk production.pill tu memang leceh nak amik sebab kena ambik same time every day. tp implanon and injection tu sgt berguna. injection tu every 3 months amik. implanon tu stay in ur upper arm for 3 years.

Abahnajwa said...

Neeza...


Arghhhh...abah tak reti nak komen bab ni..tumpang lalu jer yek...:-)

:: Leeza Joe :: said...

i pakai implanon...hehehehhe

silversarina said...

Kena refer pada doktor,jika doktor kata jika mengandung lagi akan merbahayakan kesihatan maka family planning atau ligation boleh dilakukan kerana Islam mengutamakan kesihatan .Doktor pun tak kata ligation 100% boleh elak dari mengandung, semua itu urusan Allah .

Abang Long said...

Kaedah hukum dalam Islam adalah mengutamakan NYAWA.

Maslahah dan darurah adalah jalan pintas yang diharuskan. Hanya individu yang mengetahui kemampuan diri. Istikharah memohon petunjuk dariNYA.

l i e y n said...

menarik topik ni....
saya ambil 3 months injection...
malas nak makan pill sbb takut terlupa.
nak pakai IUCD tp % nya lg rendah..
implanon, ntah???

tp yg kelakarnya, ada sorang "doktor" yang x bertauliah kata sape yg ambik injection ni akan mati cepat sbb efect dia akan sakit sendi....boleh gitu?

Mulan said...

tanya doctor ya.. tanya la 2-3 doctor, dapatkan opinion depa..

saya nak anak lagi...!!!

Wanpetunjuk said...

Salam akak...pertamanya wan nak ucap Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru buat akak sekeluarga di sana.....

Tak tahu nak beri pendapat mcm mana tentang entry nih...sungguh tak arif.

Tapi akak, mak sy ada 9 orang anak termasuk sy yang dilahirkan kembar....semuanya dilahirkan secara normal...iaitu tidak melalui pembedahan atau sebagainya....terkadang sy hanya boleh fikirkan betapa hebatnya ibu sy itu....

kesembilan anaknya dilahirkan secara sempurna....alhamdulillah...

kuIna said...

anak itu rezeki kan tp kesihatan jugk perlu dijaga.

sy dh tinggl seblh aje follopian tubes, seblah lg dh dipotong sbb etopic pregnnt dulu.. doc kata 50-50... ada rezeki ada la tu...

Neeza Shahril said...

Kak Jie,

betul tu.. sebab tu neeza tak ikat masa bersalin anak ke3.
Tapi pregnancy kali ni amat tidak selesa. Masa baring, nak pusing kiri kanan sakit betul kat tempat luka tu..

***********************************

Maklang,

mungkin juga kan kak..

***********************************

Noniey,

akak pun selalu dengar gitu. macam kali ini, doctor nak sangat suruh akak belah awal sebab dia risau akak dah 3 kali C-sec.
tapi risiko belah awal, baby tak cukup matured. possibility timbul pula problem lain.. Nauzubillah...

***********************************

Kak Zany,

tu la kan.. bila bab pil ni susah sebab selalu lupa.
Sedangkan ubat demam pun neeza selalu lupa nak makan ini pulak yang kena makan everyday without fail..

***********************************

Jane,

muda?? kalau ikut doctor, dah tak recommend pregnant ni..
lagipun this time sakit lebih ketara..
tak tahulah...

***********************************

En_me,

salam tahun baru en me...:)

***********************************

Aliya,

doctor memang tak bagi pregnant langsung sebab kesihatan..
tapi dia kata ligation tak boleh..
tapi ada yang kata boleh..

akak percaya walau any kind of birth control digunakan, kalau Allah kata nak pregnant, mesti pregnant jugak kan..

tengok nanti.. nak kena discuss balik dengan husband..

***********************************

Abah,

hehehe.. takpe.. lalu.. lalu... :)

Neeza Shahril said...

Liza,

tu temporary kan...

***********************************

Kak Rina,

memang a few doctors terkejut bila tahu neeza pregnant and jarak pulak dekat..
tapi, dah ada.. rezekilah kira kan..

***********************************

Abang Long,

itulah yang terbaik kan..
solat istikharah..
thanks ya :)

***********************************

Lieyn,

tak pernah pulak akak dengar gitu..
anyway, ramai je orang sakit sendi tapi hidup sampai tua..
semua tu urusan Allah kan..

***********************************

Mulan,

itu juga yang neeza akan buat..
Insyaallah, dapat lah tu tak lama lagi..

***********************************

Dayat,

salam maal hijrah dan selamat tahun baru Dayat..

syukur ibu Dayat dapat lahirkan anak secara normal.. bukan semua orang dapat rasa tu..
akak pun tak pernah rasa..

lagi pulak 9 anak kan. Alhamdulillah.. besar pahala dia..

***********************************

Kuina,

betul tu.. Allah tentukan semua tu kan.. kalau Dia kata jadi, maka jadilah ia...

VimmiYasmin said...

Kak Neeza
saya DIPAKSA ikat sebab diabetis.
sedih sesangat. tak kesempatan ada baby boy.
3 keguguran dan 3 anak perempaun.
semua ceaser dan ada keguguran yg DIPAKSA masuk ubat sebab janin tak membesar dengan elok.
Last baby 2007 sakit sangat masa nak keluakan baby dan masa proses2 IKAT. bukan sakit sebab ceaser tuh tapi masa perut dikerobek kerobek!
hehehe
ini pengalaman saya.
sekarang tergedik gedik tanya doktok BOLEH TAK BUKAK IKATAN
rasa nak beranak lagik!!!
hehehe!

Neeza Shahril said...

Vimmy,

ye ke? hmmm.. ni yang buat akak rasa macam tak nak ikat aje..
tapi kan, sekarang ni pregnancy sakit2 selalu.. jadi menyusahkan orang pulak.
tak tahu lah vimmy..
ada yang kata, ikatan tu mungkin boleh terbukak.. Insyaallah.. semua tu mungkin kan..