Wednesday, December 31, 2008

Siapa yang ganjil?



Game ni antara game yang paling digemari oleh 2 kanak-kanak riang dalam rumah ni, Sophea (Kakak) dan Sobhan (Coan) terutamanya waktu lunch atau dinner. Salah seorang mesti akan start dengan,

"Siapa yang ganjil?"

dan akan dijawab oleh seorang yang lain. Kadang-kadang, game ni melibatkan Abah dan Ummi juga. Abah dan Ummi pun kena lah menjawab (kalau mood okay lah). Kalau mood tak okay, mesti kena marah budak-budak tu sebab tak habis-habis dengan 'siapa yang ganjil' time tengah sibuk mengunyah. Kadang-kadang tu sampai tersedak, tertumpah kuah dan macam-macal hal lagi lah di meja makan.


Tapi yang bestnya, dalam game ni, yang ganjil tu bukanlah seorang tapi kadang-kadang yang tak ganjil tu pulak seorang aje. Banyak kali Abah dan Ummi bagi tahu,

"Kalau dah ganjil, mestilah seorang saja... 2 orang atau lebih dah tak ganjil lah tu..."

Ada diorang ikut? Takde pun. Sesuka hati diorang aje lah nak tentukan siapa yang ganjil dan kriteria keganjilan tu... Petang semalam, masa dalam bilik, Neeza terdengar Coan start,

"Siapa yang ganjil?"

Diam. Tiada siapa yang jawab. Neeza diam sebab sibuk dengan laptop ;). Kakak pun diam. Mesti ada yang tak kena tu (kes gaduh sekejap lah tu). Then Coan sambung,

"Dinding... siapa yang ganjil? Haa?? Kakak? ooo.. bagus dinding.. A plus plus untuk dinding..."

Tak lama lepas tu, dengar Kakak pulak,

"Siapa yang ganjil?"

Coan diam. Balas balik lah tu. Then Kakak sambung,

"Tanya dinding la.. dinding.. siapa yang ganjil? Coan! A plus, eh! A double plus untuk dinding.."

Sophea selalu mengikut Coan. Tak tahulah kenapa. Lepas pada tu, kedengaran pulak...

"Coan.. boleh lah Kakak jadi adik Coan.. boleh lah ya.."

Diorang nak berlakon mak mak. Kakak nak jadi adik Coan dan Coan memang tak suka. Selalu macam tu. Bila Coan tak setuju, mesti Coan akan jadi mangsa kena ketuk ataupun tarik rambut dengan Kakak. Meraung-raung lah Coan. Tapi sekejap aje. Lepas pada tu, baik baik diorang. Yang geramnya ialah Neeza sebab masa meraung-raung tu, mesti Coan datang pada Neeza untuk mengadu. Bila Neeza kata, okay.. tak payah kawan Kakak lagi (hehehh.. jadi batu api), dia setuju. Tapi kawan balik. Budak-budak....


21 sugar & spice:

Nadia Yuna said...

heheh. comel je budak2 ni ye. tersenyum2 nadia bace =)

Kebencian_Maharaja said...

Budak2 bergaduh biar 5-6 kali sehari tp pasti berbaik semula akhirnya. Tp org tua/dewasa bergaduh sekali boleh jd sampai mati tak berbaik semula.....renungkanlah..

mama irfan said...

macam best je game ni. cemane nak main ek?

ADleez said...

hahahah...mai gaduh ngn untie liza nihhh...pas2 br tau sape plg ganjil...muhahah

manlaksam said...

Hai anak-anak.....macam tu lah....dalam proses pembelajaran sebenar nya tu.

elisataufik said...

anak2 elisa pun suka main game kat meja makan. Kalu kat rumah, favourite game is 'Malay-English'. Kitorang kasi an english word, diorang kena kasi the malay word for it (prepare untuk balik msia lah ni :) ).
Kalau kat restoran, diorang suka main "mak saya pegi pasar" sambil tunggu makanan.
Dalam kereta/bas diorang suka main "grocery list" (memory game), or I Spy or the number game (strategy).
Bagus jugak diorang main game2 ni.. at least exercise otak.

^aNgRiAni^ said...

best jer game ni...

happy new year kak neeza :d

www.angrianiworld.com

Kak Elle said...

neeza...

tak pernah dengar game siapa ganjil...hehehe

maklang said...

he..he..cam biasa aje berlaku dalam rumah ni...

noniey alias said...

lawak lah dorang nih..hehehehe

Chekgu BaniHassim said...

ni la namenye carik2 bulu ayam, lama2 bercantum jua...

seronok tgk budak2 gaduh main2...haha

Yummy Yum said...

ingat dulu masa saya kecik2 ada gak main ganjil2 ni, tapi dah tak ingat camane...tapi cute la diorang tu...

YuszTieY said...

diorg yg gaduh tapi mak nya yg geram...gaduh riuh serumah pastu tak sampai lima minit dah baik semula...adoiii...sama la dgn 2 rebina umah ore ni k.ja...streeeesssssssssssssssss

aNIe said...

Hehehe...anak2 akak pun suka main 'siapa yang ganjil'

Ntah mana diorang dpt idea untuk main saper yang ganjil ni pun tak tau kan?...agak2nya ramai jugak kanak2 yang suka main camtu...

Raihah Rosli said...

comel sgguh sophea n coan :)

Bestnye zmn budk2...boleh main2 slalu. tk yh risau bnde len...

Adry said...

haha... teringat lak zaman budak budak dulu... hehehe

l i e y n said...

hehehehe cumel n kelakar!!x sabar plak nk tunggu anak2 lieyn besar, tgk gelagat diaorg main sama2....

KAKTINY said...

perangai anak2 ni seribu satu ragam kan kak.. kekadang tak sabar nak tunggu anak besar... tapi kengkadang takut plak camner nak berhadapan dgn sikap dan perangai diorang..

life must go on kan kak kan..

selamat tahun baru utk akak sekeluarga..

salam sayang dari tiny.. muahs..

Neeza Shahril said...

Nadia,

tunggu nadia ada anak sendiri esok ya.. :)

***********************************

KM,

itu sungguh betulll...
baiklah jadi budak2 kan..

***********************************

Mama Irfan,

tunggu lah Irfan pandai bercakap, baru boleh main hehee..

***********************************

Liza,

game ni tak leh gaduh..
kalau gaduh, kena cakap dengan dinding :P

***********************************

Pak Man,

tapi penat nak layan.. ;)

***********************************

Elisa,

wahhh... banyak jugak game diorang main kan..
sure meriah bila anak2 ramai yang dah besar..
dah nak balik malaysia ke?

***********************************

Riani,

tak best pun sebenarnya..
tapi untuk budak2 okaylah kot.. hehe..

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

game rekaan budak2 sekarang hehe..

***********************************

Maklang,

kalau anak ramai, memang gamat kan.. :)

***********************************

Noniey,

memang lawak..
tunggu Aqil Syahmi dapat adik nanti ;)

***********************************

Chekgu,

kalau anak orang seronokla..
kalau anak sendiri, rasa nak cepuk2 aje... ;)

***********************************

Yam,

ooo.. Yam pun selalu main gak ya..

***********************************

Tiey,

kita belum hilang marah, diorang dah gelak ketawa kan..
kita yang naik angin hehee..

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

haah kan.. heran jugak dari mana idea tu datang..
kira creative lah kot boleh fikir gitu.. :)

***********************************

Raihah,

tapi bila jadi budak2, nanti kena belajar balik..
letihnyaaaa... akak tak nak laaa.. hehee..

***********************************

Adry,

pasti menceriakan kan.. :)

***********************************

Lieyn,

anak2 lieyn lain pulak, mesti desyum desyum..
sebab diorang jantina lain dari anak2 akak :D

***********************************

Tiny,

bila fikir camana bila diorang besar, memang menakutkan.. menervouskan dan macam2 lagi perasaan..

selamat tahun baru Tiny..