Takde apa yang pelik pun sebenarnya. Semenjak Neeza berada setahun di sini, memang pernah ada hujan tapi hujannya tak selebat malam kelmarin.
Dari petang lagi, langit dah gelap. Bila masuk maghrib, guruh dan kilat pula. Terasa seperti berada di Malaysia. Lepas tu hujan turun dengan lebatnya. Perancangan kami nak keluar untuk beli barang dapur pun tergendala. Tak sanggup nak meredah hujan. Bukan tak biasa hujan lebat di Malaysia tapi tak biasa hujan lebat disini. Pak arab ni kalau hujan, bawak kereta pun tak tahu lah nak cakap sebab diorang tak biasa drive dalam hujan.
Sangkaan Neeza tak meleset rasanya. Tak lama lepas hujan lebat, dapat dengar siren polis di jalan raya. Rumah Neeza dekat juga dengan jalan besar. Bila bunyi siren, Neeza boleh agak, ada accident lah tu. Walaupun tak nampak, rasanya betul la sebab semalam, masa kami keluar, nampak kaca bersepah dijalan raya.
Semalam, hujan lagi waktu siang, di beberapa tempat. Air masih banyak atas jalanraya. Ada yang hampir 1/2 kaki tinggi. Macam tak surut. Mungkin sebab takde longkang. Maklumlah, kat sini jarang hujan jadi longkang untuk saliran hujan tak perlu. Mungkin kerajaan Saudi kena fikirkan akibat sekiranya hujan lebat tak henti dan longkang takde. Apa akan jadi nanti??
16 sugar & spice:
salam Ja
sini , tigo pak hari ni asyik hujae jah ....
musing dio doh lonni nie
sini panas lagi...sekali sekala ujan..terus banjir longkang belakang rumah1
pelik takde longkang? kelam kabut nanti kalau selalu hujan lebatkan
Tu kira 'hujan emas di negara orang' lah tu... or is it hujan minyak?
Kalau hujan lebat sangat, jangan kan org Arab, akak ni pun takut nak drive...
Kak tie memang takut kalau drive dalam hujan (hubby yg drive). Tak nampak kat depan tu...runsing sangat. Mujur neeza tak keluar, ekk.
salam..sekarang ni memang global warming..cuaca dunia tak menentu
kat KL pun sekarang ni hari2 hujan...
dan kalau ada pengalaman nak minta advice utk angah dan Evi di US sana thanks u..
kat KL pun sekarang ni hari2 hujan...
dan kalau ada pengalaman nak minta advice utk angah dan Evi di US sana thanks u..
smlm tgk buletin utama, kat mekah hujan agak lebat gak...byk air bertakung mcm yg kak neeza ckp..
salam akak
emm mmg patut kerajaan kat sane amik inisiatif buat longkang sbg langkah berjaga2...
> kat penang, ari ari ujan kak
Salam neeza...kat sini memang hujan tiap petang...lengkap dengan guruh kilatnya...
Abg akak pun ade kata kat Jeddah hujan lebat...
kat sini pn ujan..... lebat gak.... kalau cuti sure tarik selimut...
Minggu ini mmg hujan....rasa lemau je sejuk2 ni...
kak pb,
ssini hujae pah tu nok winter..
sejuk ketar ni... :))
***********************************
Maklang,
kalau longkang banjir takpe lagi kan.. jangan naik rumah dah..
tapi rumah maklang tinggi.. Insyaallah air tak naik kan..
***********************************
Kak Zany,
tu la pasal.. dia rasa hujan akan serap kat pasir kot..:)
***********************************
Kak Mamamia,
kalau betul hujan emas, neeza tunggu kat luar tadah hehehee...
Kak Tie,
neeza pun takut.. tapi kat sini hujan tak selebat di malaysia sampai tak nampak jalan...
cuma takut pak arab la yang memang tak biasa bawak kereta dalam hujan ni...
***********************************
Arsaili,
dunia nak akhir zaman kan...
***********************************
Zino,
hujan best kalau dok dalam rumah kan..boleh tido :P
***********************************
Lieyn,
kat mekah sekarang tak ramai orang sebab visa umrah untuk orang luar dah tutup.. kalau tidak jenuh jugak bila orang ramai..
Manje,
memang musim dah ni kan.. hujung tahun biasa banjir..
***********************************
Kak Anie,
risaukan kalau guruh dan kilat tu.. especially anak-anak la..
memang 1 saudi hujan kot sekarang ni.. tapi kat sini dah 2 hari tak hujan.
***********************************
Kuina,
tido best kan.. hehee..
***********************************
Kak Jie,
bukan saja lemau... malas pun ada sekali.. neeza la tu hehee..
Post a Comment