Tuesday, November 4, 2008

Jadual baru dan bayar hutang


Lama betul delay pasal jadual baru ni. Banyak sangat benda nak tulis tapi masa tak ada sangat. Jadi tu lah jadinya. Kena postpone selalu. Hutang pun tak bayar lagi. Bukan hutang duit tapi hutang tag heheee.. Memula cerita pasal jadual baru lah.


Selepas hampir 2 bulan menanti, akhirnya permohonan Sophea diluluskan oleh Kementerian Pelajaran di Saudi (di Riyadh). Disebabkan sekolah itu ialah sekolah American/British, pelajar-pelajar muslim wajib memohon Muslim Approval daripada kementerian. Tak tahulah kenapa.


Kalau nak diikutkan macam tak logik sebab suka hati kita lah nak hantar anak sekolah mana kan. International School lain tak perlukan Muslim Approval pun. Kenapa lambat kelulusan tu? Sebab bulan puasa dan bulan raya... Permohonan Sobhan dah lulus before puasa lagi. Sophea punya ada silap nama sikit (sekolah lama yang silap tulis). Bila kami submit semula, ia mengambil masa yang sangat lama... Well, itulah kehidupan di Saudi. Terima aje lah hakikat tu.


Pendek cerita, since kedua-dua anak dara tu dah mula bersekolah since 26 Oktober baru ni, jadual Neeza juga bertukar. Bertambah pula dengan statu baru Neeza sebagai pelajar! Hehehee.. tak lah.. bukannya sambung Master (tak kuasa nak belajar cam tu.. letih laaa.. hehee). Neeza cuma ambik kelas arab, tajweed dan fiqh - 5 hari seminggu iaitu hari-hari anak-anak sekolah.


Pagi-pagi, lepas subuh, Neeza perlu bergegas kedapur untuk prepare lunch box anak-anak. Sekolah tu takde canteen. Students wajib bawak lunch box atau mereka akan kelaparan. Bagus jugak in a way sebab kita tahu apa anak kita makan kan.


Jam 7 pagi, anak-anak ke sekolah. Neeza pula kena bersiap untuk sekolah Neeza. Lebih kurang 7.40 pagi, bas sekolah Neeza pula sampai. Kelas tu dari 8.30 - 10.30 pagi. Tapi, travelling time lebih kurang 1/2 pergi dan 1/2 jam balik (since bas kena ambik students lain lagi).


Shahmey pun Neeza bawak. Dia duduk di nursery di sekolah tu. Nak bagi dia mix dengan orang sikit. Orang-orang yang seumur dengan dia laaa.. Bagus jugak sebab caretaker kat situ berbangsa saudi. Memang they speak English tapi ada jugak rasanya dia speak arabic. Good for Shahmey! Kalau duduk rumah jawabnya, pandang dinding ajelah dia hehehe...


Neeza sampai rumah semula lebih kurang jam 11 pagi. Dah letih. Biasanya tidur.. hehee.. Kalau tak pun, masak dulu sebab nanti anak-anak balik at 3pm nak makan.


Lepas anak-anak makan, kena tengok homework diorang pulak. Di sekolah baru ni banyak reading material yang mana the parent kena duduk sama-sama untuk tengok diorang baca. Then kena sign the school diary. Jadi, Neeza perlu spend at least 2 jam dengan diorang ni.


Bila jadual berubah, masa blogging pun berubah. Dah tak se free dulu lagi. Entry pun terpaksa pendek-pendek aje. Blog hop pun kejap aje. Tu je lah nak cerita pasal jadual berubah tu... Walaupun gitu, bagus juga sebab ada jugak lah pengisian kan. Walaupun Neeza mungkin tak lah 100% akan terer cakap arab, at least boleh belajar sikit-sikit.


************************************************

Ni kisah nak bayar hutang pulak. Tag ni dah lama sangat tertangguh. Kesian kat Yani. Sorry ya Yani. Baru hari ni akak sempat buat... Okay, kita tengok ya jawapannya...


The rules of the game get posted at the beginning
Each player answers the questions about themselves
At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names,
then goes to their blogs and leaves a comment,
letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog



Starting time : 6.19 pm
Name : Neeza Ramli
Sisters : 1
Brothers : 3
Shoe size : 4 or 5 (keciknyeee hehee)
Height : 152cm (kemetotnyeee)
Where do you live : Al Jubail, Saudi Arabia
Have you ever been on a plane : yupp
Swam in the ocean : only snorkelling?? (tak reti berenang langsung!)
Fallen asleep at school : pernah sangat. Masa sekolah menengah. cikgu tak kisah pun hehee..
Fell off your chair : tak ingat la..
Saved e-mails : banyak! sebab tak sempat nak baca
What is your room like : A bed, a closet, a dressing table and a computer desk!
What’s right beside you: what? meaning a thing kan. I guess nothing..
What is the last thing you ate: I ate sandwiches and chicken sausage this afternoon
Chicken pox : When I was in form 5
Sore throat : always
Stitches : yupp. 3 big ones (had C-sec)
Broken nose : never
Do you Believe in love at first sight : not sure..
Like picnics : if only I don't have to prepare anything
Who was/were…The last person you danced with : my hero - Shahmey!
Last made you smile : again, my hero - Shahmey
You last yelled at : my girls - time ajar ngaji! (not really yell - tinggi suara sikit je hehehhh)


Today did you…
Talk to someone you like : I did - my love ones in the house
Kiss anyone : yes, everyone I love in the house
Get sick : Alhamdulillah, takde
Miss someone : yes... my family in Malaysia


Do you like your hand-writing : not really. I always admire others'
Are your toe nails painted : Tak!
Whose bed other than yours would you rather sleep in : tak suka tido katil orang!
What color shirt are you wearing now : light blue
Are you a friendly person : Insyaallah
Do you have any pets : Nope
Do you sleep with the TV on : rarely.
What are you doing right now : writing this entry
Can you handle the truth : Insyaallah
Are you closer to your mother or father : hard to say
Do you eat healthy : I eat everything


If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : my kids
Are you loud or quiet most of the time : depending on situation
Are you confident : sometimes


5 things I was doing 10 years ago
(I was 24 then..)

- worked as an HR Exec in USJ
- struggled to choose for an exact date for my marriage - dah tunang masa tu
- Convinced the staff to agree with company always changing policies
- Tengok wayang bila free
- Selalu makan kat luar sebab malas masak - duduk bujang kan..


5 things I would do if I were a billionaire
dah jawab Q ni di tag yang lepas...


5 of my bad habits
- procrastination
- cepat naik angin pada my love ones
- jealousy...
- berangan tak sudah
- mudah kesiankan orang..


5 places I’ve lived/living
- Ketereh, Kelantan
- Jengka Pahang
- Gombak Selangor
- Kemaman Terengganu
- Kuantan Pahang

banyak lagi.. Saudi pun tak masuk.. tapi mintak 5 je kan.. cukup la tu..


Finish! I'm not tagging anyone...

11 sugar & spice:

Kak Elle said...

wah lepas ni terrer berbahasa arab ye?

Tie said...

Wah!! neeza masuk kelas semula..best gak..belajar bahasa arab..nanti boleh ajar kita sikit2, ekk?

hidayah said...

salam kak neeza... gitulah pulak kisahnya nak sekolahkan anak kat sana yek.. hehe.. anyway, lepas ni bleh la berguru bahasa arab dgn akak.. hehe..

zino said...

lepas ni boleh le kita belajar bahasa arab dengan cikgu neeza hehe

13may said...

arab ada byk bahasa dak???

maksud saya...kot kot ada loghat loghat atau dialek dialek tertentu???

hehhe hehhe

kakLuna said...

mesti mudah blajar kat persekitaran yg berbahasa Arab..

bagussss sgt blajar bahasa Arab..jauh lebih bagus dr bahasa Inggeris cuma bahasa Inggeris tu dh jd lingua franca maka bahasa Arab sekadar melambangkan negara2 Arab sahaja..

satu kelebihan yg x dpt dinafikan ialah boleh fhm maksud bacaan dlm solat, barulah solat jd lebih khusyuk dan bermakna

cikMilah said...

bagus Ja.. dapat pahala lagi menuntut ilmu tu
nanti cerita la pasal Shahmey kat sekolah dia ya....

silversarina said...

salam,

sukanya kak dengar neeza dah start belajar bahasa arab, akak dulu gave up sebab kena buat homework dan bila dah tua ni jadi malas nak hafal, lagi satu masa duk jordan senang jugak nak communicate sebab mereka boleh jugak berbahasa Inggeris .

Allahubaarik fiki !!

maklang said...

balik sini bukak kelas arab eh..nak gak belajar!!

Neeza Shahril said...

Kak elle,

baru belajar sikit je.. study pun malas.. camana nak terer? hehee..

***********************************

Kak Tie,

sikit boleh la... sikit sangat pun sebab malas nak menghafal ;)

***********************************

Hida,

tak semua sekolah gitu.. certain school je..

***********************************

Zino,

cikgu neeza belum dapat certificate lagi :P

***********************************

13may,

banyak sebenarnya... kalau orang arab, dia boleh kenal arab tu dari negara mana.. walaupun bahasa sama tapi ada dialek yang lain2...

tapi kan... bagi murid yang baru nak merangkak cam neeza ni memang le tak tahu langsung... :))

Neeza Shahril said...

Luna,

tu lah pun tujuannya.. supaya senang communicate dengan arab yang tak reti speak English dan senang untuk faham quran sikit sikit.. Insyaallah...

***********************************

Kak Cik,

Shahmey duduk nursery ramai kawan.. tapi banyak dust sebab carpet dalam bilik tu orang bawak kasut (memang arab pakai kasut dalam rumah sesetengah tu)

hari ni tak bawak dia rasanya.. dia dah kena flu...

***********************************

Kak Rina,

neeza pun malas ni.. tak tahulah camne.. mana yang sempat je laaa...
so far, homework pendek pendek aje.. takpela... kalau panjang2, tak buat gak kot hehee..

kat sini ramai sangat yang tak boleh cakap English - pakistan, Afganistan... diorang jaga kedai.. susah la sikit..

***********************************

Maklang,

kahkahkahhh... maklang ni... neeza baru nak belajar.. macam budak tadika gitu... kalau dah dapat degree.. baru boleh ajar... entah bila la tu.. hehee..