Friday, November 7, 2008

Mengigau (Sleep talking)



Mungkin ramai orang pernah tengok orang lain mengigau tapi ramai tak yang pernah mengigau? Ramai jugak tak yang pernah layan orang mengigau? Hehehee... lawak sebenarnya kalau kita layan orang mengigau sebab dia akan cakap benda yang membuatkan kita akan ketawa terbahak-bahak.


Anak-anak Neeza selalu mengigau dan Neeza suka untuk melayan. Entah apa apa aje yang diorang cakap. Tapi yang bestnya, bila kita tanya, dia jawab soalan tu macam lah diorang tu sedar. Bila bangun dan kita tanya balik, dia tak ingat satu apa pun.


Baru-baru ni, Coan tertidur dalam kereta masa kami on the way back dari somewhere. Sampai rumah, Neeza pimpin tangan dia untuk masuk rumah. Biasalah, dia akan merengek sambil bercakap-cakap. Masuk rumah, dia tidur dalam bilik. Keesokan harinya, dia boleh tanya Neeza, siapa yang angkat dia masuk rumah. Bila Neeza cakap yang dia berjalan sendiri, dia pelik sebab yang dia tahu dia tidur dalam kereta.


Rasanya mengigau ni ada kaitan dengan tahap/fasa tidur kita. Ada suatu masa dimana otak kita berfungsi dengan baik walaupun kita tidur. Dulu ada belajar tapi biasa lah... dah lupa.. jadi, tak payahlah Neeza nak cerita panjang. Nanti salah fakta pulak. Bagi sesiapa yang berminat, boleh lah g00gle 'sleeptalk'. Heheee.. mengelat betul che' mek Neeza ni kan.. ;)

15 sugar & spice:

cHeRyNa PiReS said...

kak neeza sendiri tak slalu mengingau ke?

sha pon slalu mengigau...kadang2 slalu cakap mende yg kelakar jek...sampai ibu sha ungkit sampai besar:D

ummu asiah said...

neeza..akak memang juara dalam mengigau ni...selalu terjerit..if mengigau macam tu selalu terasa macam ada benda kacau macam dlm entry kak rina dulu..nak menjerit pun tak boleh keluar suara..selagi tak ada yang tlg kejutkan mesti tak hilang benda tu...ee..seram gak...

arsaili said...

salam..tu dh sleep walking na talking ahahaha

Neeza Shahril said...

Sha,

akak ada gak sekali sekala.. tapi biasanya kena kacau ngan makhluk jahat tu..

***********************************

Kak N...,

tu la.. dalam mimpi tu suara tak keluar.. husband neeza kejut sebab takut bila dengar neeza jerit jerit.. hehee..

***********************************

Arsaili,

haah kan.. 2 in 1.. :)

silversarina said...

salam,

ada sepupu akak masa kecil dulu selalu mengigau berjalan sampai luar rumah, bila dah semakin besar dia dah tak mengigau , tak pasti kenapa orang mengigau tapi memang kena hati2 kalu setiap malam memang orang tu akan mengigau.

btw, cheesecake ada banyak jenis, kira okay dah tak campur yogurt , semalam baru buat oreo cheesecake , tak jumpa sourcream kat sini pun , kira jadilah cheesecake tu :)

Jie said...

anak2 kakjie..si along tu yg kerap mengingau..esok siang kami pakat gelak2 kan dia.

pB said...

ngiga ok lagi


hok tok tehae tu

ngetak gigi ...


seria bulu romo

noniey alias said...

saya pernah mengigau berjalan. sambil nangis. hehehe

Kak Elle said...

mengingau ada macam2 kan?jgn jln dah tu buka pintu and merayau kat luar pulak...merbahaya.

zino said...

hazwan kalau demam selalu mengingau bercakap dalam tidur.. sehari dua ni dia demam abah yg baru baik demam ni dah naik nak demam semula menjaga dia..

Tie said...

Hi hi..anak kak tie, si abang tu memang selalu ngigau sejak kecik lagi. Dia biasa ngigau mengira..entah apa2 laa.. Kekadang kak tie akan cakap kat dia ...tidur, tidur...dah malam... Barulah dia diam...hihi..

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

kalau sampai berjalan tu memang menakutkan kan.. hehee..

haah la.. sedap jugak tak letak yogurt.. cuma texturenya tak gebu je.. ;)

***********************************

Kak Jie,

best menyakat orang mengigau kan..

***********************************

Kak pb,

hok ngetak gigi tu memae seria..

sero sappa ko tulae.. hehe..

***********************************

Noniey,

hehee.. nak gi mana lah tu yek..

***********************************

Kak Elle,

kalau sampai merayau tu, kena bawak excort hehee..

***********************************

Zino,

gilir2 lah abah dan hazwan demam hehee..

***********************************

Kak Tie,

best kan kalau mengigau dia dengar cakap hehee..

MULAN said...

marsha lagi banyak ngigau dari zharif. bila suruh diam, siap tendang lagi. dasat anak dara saya ni..

zany said...

rumah mak saya dan rumah nenek sebelah menyebelah, cousin saya mengigau dan berjalan balik ke rumah nenek, seram bila dicerita balik. dia bukan sedar. budak mengigau seronok je dengar, orang kata merepek. tapi ada juga orang tua yang kuat mengigau.

Neeza Shahril said...

Mulan,

hehee... bagus tu kalau ada orang tak diingini datang.. hehe..

***********************************

Kak Zany,

orang tua kuat mengigau kalau yang menakutkan tu, boleh buat meremang bulu roma kan kan.. ;)