Saturday, November 8, 2008

Lori garam tumpah bila kepala weng..


Cerita semalam yang dah hampir basi.


Alkisahnya, ada seorang minah yang perlu kedapur untuk memasak. Sebenarnya dia tak lah rajin sangat dan nak makan kat luar, dia rasa malas pulak. Dengan kaki yang agak berat dan badan yang agak lembik (sebab cuaca sejuk), dia kedapur. Dia keluarkan ayam dari frigde untuk di defroze. Dalam kepala dia, dah ada rancangan untuk masak lauk apa. Lepas keluarkan ayam, dia keluar dari dapur. Berehat...


Beberapa jam kemudian, dia kedapur semula. Dengan perancangan yang lengkap, dia keluarkan semua bahan untuk memasak. Mula lah acara memotong, mengetuk, menghiris dan sebagainya.


Mula-mula, dia masak sayur - kacang peas dan putik jagung yang dibeli di Kedai siam di Khobar. Di Jubail, memang tak pernah jumpa putik jagung. Makanan exotic lah katakan... Siap masak sayur, dia senduk dalam mangkuk. Simpan dulu.


Kemudian, masa untuk masak ayam. Dalam perancangan, nak masak Ayam masak tomato. Letak itu ini. Rasa garam. Hmmm... tak cukup masin. Letak lagi garam. Apa lah susah sangat garam nak keluar dari botol. Kecik sangat muncung garam tu. Guna dua-dua tangan, cuba keluarkan garam tu terus ke kuali. Sekali...... dush!!!! terbuka penutup tin garam tu. Semua Hampir 80% garam dari tin yang penuh (dekat 1/2 kilo) tu dah berada dalam kuali sekarang. Uwaaa!!!!! Tensennyaaa!!!


Geram, sakit hati dengan diri sendiri. Rasakan sekarang. Bila hati tu dah half hearted, nak jugak ke dapur. Sepatutnya kena ikhlas kan dulu hati.


Malas betul nak tengok kuali. Dah la cili kering yang siap blender dah habis. Nasib la ada pembantu. Boleh lah mintak tolong dia buat kerja yang agak membosankan tu - potong cili kering, rebus, blender... lecehnya la.. Then, minah tu pesan kat pembantu tu, dah siap nanti panggil ya. Wahhh.. banyak senang minah tu.


Dah siap cili tu, minah tu kedapur. Tumisan cili tadi tu diguna juga sikit. Bila masak semua dan campur dengan cili baru, mak oiii!!! masinnya!! Takpe, letak kentang. Masin lagi. Letak sos tomato lebih sikit. Masin juga. Letak lagi sebijik kentang. Masin lagi. Letak lagi sos tomato sampai setengah botol (botol besar tu..). Masih masih. Fikir punya fikir, letak air dengan banyaknya. Siap perah lemon lagi. Lepas tu rasa buat kesekian kalinya. Okaylah kot. Akhirnya jadilah Ayam Masak Tomato Entah Apa Apa Berkuah Banjir!


Bila makan, the husband of the minah kata,

"Kenapa masam sangat??"

Sebenarnya masam pun ada, masin pun ada. Malam tu, minah tu mabuk. Sakit kepala. Tak tahulah kenapa. Sebab minah tu makan masak ayam yang tersangat masam dan masin ataupun makan sayur kacang peas tu.

20 sugar & spice:

aNIe said...

Kalau anak dara orang tua2 akan kata...

"Tu dah nak berlaki le tu..."

Kebencian_Maharaja said...

Akak tgh peknen ke?

cikgu jawe said...

adeh!. gelak aku baca ni. sesekali hilang kemahiran memasak kak neeza eh?. awat bad mood? hehe

Kak Elle said...

neeza nak masak mesti ikhlas kan?kalau terlebih garam macam mana kita modify pun tak bolih ... hehe

oh skg dah ada pembantu ye? import dr mana ek? Indon?

Tie said...

Ha ha...lucu lah neeza nih. Macam2 hal... tulah bukan senang jadi tukang masak ni , kan??

zino said...

bila tak ada mood tu semua benda tak menjadi.. hehe sabar je lah..

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

kalau mak dara, apa lah orang kata kan.. hehe...

***********************************

KM,

gitulah nampaknya... ;)

***********************************

Cikgu J,

Bukan bad mood tapi badan malas sebab cuaca sejuk.. otak pun beku... ;)

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

tu la pasal.. kalau tawar boleh tambah garam.. kalau dah masin, tak dapat nak tolong dahhh.. hehe..

dari Indon tapi agen Arab.. ambik kat sini..

***********************************

Kak Tie,

masa tu Neeza tak rasa lucu sebab geram.. sekarang baru gelakkan diri sendiri... :)

***********************************

Zino,

tu la pasal.. nak sangat masak dalam takde mood...

Abang Long said...

Nasib baik dah kahwin ... kan, kan, kan ?

cikMilah said...

Ja.. kita senasib.. hari ni kakcik pun masak termasin jugak...goreng ayam nak buat masak ros, letak garam lebih sikit sbb nak pendekkan waktu perap tu...tau tau masin over... hu hu hu... pas tu tak letak garam dalam kuah, letak air lebih supaya masin ayam tu kurang dan perisakan kuah.. tapi still masin...hu hu hu...

So.. be happy! It happened to every cook! ha ha ha

silversarina said...

Hahahahaha... kesiannya adik akak ni , kalau tak sihat , rehat je, minta tolong pembantu je tolong masak :)


take care !!

elisataufik said...

adehhh... memang kalau masakan dah termasin, no other way to fix it kecuali tambah air or buang terus, start semula.

It happens to the best of cooks!

Pp said...

*smiling*

ooopssss, minta maaf...
nak
*tergelak*

hehehehe

Pp

zany said...

tension kalau terlebih garam. selalu bila terlebih garam, saya keluarkan separuh dari kuah tu, masuk peti sejuk. baru saya tambah bahan lain, sos ke apa. selamat sikit.

maklang said...

agaknya banjir ikut musim ujan kat sana kot..

kalau time tak berapa rajin ni, biasalah...masak entah apa rasakan...

Adry said...

hahaha.. kesian... ermmm macam mengandung lak .. hehhehee

Neeza Shahril said...

abang long,

hehee.. kalau tidak, ada orang nak masuk meminang lah tu yek?

***********************************

Kak cik,

kalau masin sikit takpe kak cik.. ni macam air laut tu masinnye.. :))

***********************************

Kak Rina,

neeza tak train lagi dia masak.. lagipun, takpela.. tugas neeza masak aje..
kalau tak masak, naik lemak lah jawabnya neeza ;)

***********************************

Elisa,

hahaha!! tu la.. patutnya buang aje semua tu kan.. buat lain je..

Neeza Shahril said...

Abg Arif,

ooo.. gelak yaa.. takpela.. memang patut kena gelak pun..

ataupun patut kena rotan sebab malas hehe..

***********************************

Kak Zany,

ni dah setengah botol sos masuk, masih masin lagi..

***********************************

Maklang,

neeza aje kot.. kalau maklang masak, sentiasa sedap.. :)

***********************************

Adry,

macam?? tak macam dah tu... ;)

ADleez said...

akak klu x ckp grm leh import dr umah saye..:)..... mcm citer p ramlee plk....kikikikiki

Neeza Shahril said...

Liza,

hehee.. dah beli dah 1 tin lagi.. kali ni make sure penutup dia ada seal..