Friday, December 26, 2008

Terapi minda = Pocket kering?



Ada orang kata shopping boleh jadi terapi minda untuk mereka. Betul juga sebenarnya bagi sesetengah orang lah. Bila shopping, kita dapat barang baru. Rasa happy dan puas sebab barang tu mungkin adalah barang yang memang dah lama diinginkan. Jadi, fikiran pun happy sikit. Tapi, di sebaliknya, bila dah bershopping tu, of courselah wallet pun berkurangan isinya. Unless lah ada orang yang tersangat baik hati nak tolong bayarkan semua tu kan ;).


Macam Neeza, walaupun mungkin (mungkin yang 95%) Abang yang bayar, Neeza masih kena fikir. Income Abang, income Neeza (cewahh!!). Senang Abang, senang Neeza. Kalau susah Abang, susahlah jugak Neeza. Jadi, kena lah berpada-pada kan (mesti abang mencebik kalau baca statement ni hahahaa!!).


Semalam, kami bershopping. Bukan sesaja shopping. Memang ada benda yang perlu dibeli. Bila ahli nak bertambah, persiapan untuk ahli itu perlulah dibuat. Tapi taklah semuanya nak beli baru. Mana yang elok lagi, kami tak beli pun. Macam napkin kami tak beli sebab Shahmey punya yang dulu masih elok lagi. Lagipun bukan pakai sangat napkin. Setakat untuk alas-alas je biasanya. In fact, ada barang yang kami beli untuk Shahmey dulu tak pakai pun lagi!


Disamping beli barang untuk orang baru, ada juga benda lain yang kami beli untuk orang lama hehehh.. to cut it short, kami keluar dekat tengahari dan balik malam, semalam. Sebenarnya tak lah malam - Jam 6.30 petang. Since sini Isyak pukul 6.30, memanglah malam kan! Penatnya la. Pelvic bone dah sakit-sakit pun still berjalan lagi. Orang kata elok untuk bersalin. Bagi Neeza sama je kot sebab memang dah compulsory C-Sec kan :).

17 sugar & spice:

Jie said...

neeza tau, dah memboyot ni kalau bab shopping rasa segar kepala lutut boleh menapak..hehehehe :p

Itulah neeza, kebaikan anak bersalin rapat2 ni..boleh guna pakai..kalau dah selang 5-6 tahun, byk tu nak kena beli baru.

KakNi said...

Kalau ada duit memang seronok gi shopping, yang paling x best tu kalau takde duit dan ada barang yang perlu dibeli........

Ummi365 said...

haa.. dah tak lama dah tu.. jalan eluk2 ya.. rehat pun kena rehat jugak... bibik baru dah dapat ke belum?

:: Leeza Joe :: said...

hehhe....x pelawo den shopping samo...kikik...best tu p shoppin'...pas2 ++ plk klu ade sale..pas2 +++ lg klu poket "berisi"...yg best sekali klu ade insan2 yg sudi meng"sponsorkan i...hahhahah...

cheryna zamrinor said...

kak neeza!!! windunye sha ngan kak neeza. hmmm...sha setuju bab akak bile kate, "poket abg, poket akak."
sebab ade org bile meminta mmg tak beringat!

Sha plak baru semalam memutuskan utk tak bershopping. Alhamdulillah...dpt org hadiahkan brg2:)

kuIna said...

ada duit shopping tak dak duit window shopping... mc sy selalu buat... hehe

Abang Long said...

Bila berbelanja, apa yang paling susah untuk dibuat ?

Kak Elle said...

neeza...

all the best greetings dr states.

Neeza Shahril said...

Kak Jie,

ada barang yang dari anak pertama neeza recycle lagi tau..
jimat kan :)

***********************************

Akuni,

tu sedih la sikit kan..
tapi terpaksalah berkorban mana yang perlu..

***********************************

Kak Ummi,

thanks..
bibik tak dapat lagik.. risau sungguh ni.. :(

***********************************

Liza,

kalau encik Jo cuti, nak gak ajak.. tapi dia kerja kan..
semalam sales tak menarik sangat.. biasa2 aje..

Neeza Shahril said...

Sha,

kalau akak tak beringat.. akak jugak yang susah kan..

wahhh ada orang hadiahkan barang-barang tu.. :)

***********************************

Kuina,

window shopping best jugak kan..
boleh layan mata ;)

***********************************

Abang Long,

yang paling susah ialah kemas barang2 yang dibeli tu..

***********************************

Kak Elle,

hellooo!!!! dah sampai States ya.. bestnyaaaa!!

silversarina said...

shopping sakan tu..tak pe selagi cik abang kata poket masih belum bocor teruskan aktiviti sihat ni ...heheh.

Tepi Sungai Batu said...

Dah barang-barang tu memang perlu, nak buat macam mana...beli saja lah.

ZABS said...

Salam Neeza. Semoga sihat selalu dan persiapan sudah dibuat secukupnya. Anak ketiga saya juga sdg menyedia keperluan begitu. Menantu dijangka melahirkan mid Feb. InsyaAllah.

jane said...

salam neeza,

compulsory C-section ? dah brapa kali Csection, beb ?

saya 4 kali dah. dah buat BTL - ikat.

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

kalau dah bocor, neeza yang pengsan sebab nanti nak beli lagi dan lagi hehee..

***********************************

Pak Man,

tapi dalam pada perlu.. ada gak yang tak berapa perlu dibeli tu ;)

***********************************

Pak Zabs,

oooo... Insyaallah sama umur lah nanti anak kami :)

***********************************

Jane,

dah 3 kali Jane.
this time nak mintak ligation..

hidayah said...

kak neeza --
best ka shopping utk baby... biasanya mak2 ni yg selalu terlebih.. nampak tu comel, nampak ni comel.. hehe..

anyway, selamat bersalin ye.. harap dipermudahkan segala urusan kak neeza.. err.. C-sec kat saudi tu berapa ek? ke insurance cover?

Neeza Shahril said...

Hida,

kalau kat sini tak terasa sangat bestnya shopping sebab mahal barang2 sini.. selalu akak compare dengan kat malaysia.
1 baju kat sini, boleh beli 4 baju kat sogo / anakku.. :(