Thursday, December 25, 2008

Hari yang sibuk..


Semalam, Neeza kami bangun awal pagi sebab nak siapkan segala keperluan. Telah bermula hari tiada bibik. Neeza ada kelas jadi anak-anak terpaksa lah berangkut ke suatu tempat. Kak M telah bermurah hati untuk menumpangkan anak-anak Neeza dirumahnya. Shahmey kena bawak pergi nursery di kelas. Lagipun memang Shahmey pernah duduk di nursery pun.


Sesampai di tempat belajar, Neeza letakkan Shahmey. Menjerit dan meraung dia. Kesian pulak. Mungkin sebab dah lama tak tinggal di situ. Dari awal sampai sudah dia menangis. Tersedu-sedan sampaikan caretaker terpaksa panggil Neeza dikelas untuk tengok dia. Neeza masuk nursery Shahmey masih tersedu-sedu menangis. Neeza tidurkan dia tak nak. Last-last terpaksa bawak dia ke kelas. At first, dia diam aje. Bila dah rasa seronok, dia mula buat bising. Tak boleh lah gitu. Kalau pulak orang lain nak belajar kan. Neeza turun ke nursery semula bawak dia. Masa dia tengah leka main balloon, Neeza keluar dari nursery. Dengar jugak dia menangis tapi Neeza biarkan aje since tinggal lagi 15 minit aje kelas nak habis.


Habis kelas, Neeza ke rumah Kak M. Nampak macam anak-anak Neeza ada sedikit conflict dengan anak Kak M. Tak senang lah rasanya. Memang orang boleh kata, ala budak-budak.. Tapi Neeza tak suka kalau anak Neeza cari pasal. Since anak Neeza tu berdua dan anak Kak M seorang, Neeza rasa sangat yang anak-anak Neeza mungkin buat perangai. Tak lama lepas tu diorang okay.


Lepas Zohor, kami bergerak ke rumah Kak Z. Ada lunch disitu. Ingatkan dalam 3.30pm nak balik rumah tapi biasalah, tak pernahnya kami ni balik on time. Husband-husband memasing sampai dan dinner pulak. Kami tak lah sebab lunch kami pun lewat dah. Memang kenyang sesangat...


Pagi ni, anak-anak mintak pancake. Neeza tengok resepi Drno baru-baru ni. Macam senang aje nak buat dan ingredients nya semua ada kat rumah. Maka pagi ni jadilah homemade pancake. Memang sedap betul. Lebih sedap dari readymix pancake yang jual tu. Seriously.. cumanya... rupanya tak comel macam yang Drno buat. Biasalah kan.. penyalin resepi punya tangan tak sama dengan pencipta resepi tu ;). Ingat nak ambik gambar tapi belum sempat stack kat pinggan, dah habis. Oh ya, benda tu sedap bukan lah pasal Neeza yang buat tapi sebab resepi tu lengkap :).


Mulai semalam, laundry dah takde orang lain nak buat melainkan kami sendiri. Memang Neeza nak buat laundry tapi ada orang lain dah buat dulu hehehee... Terima kasih ya encik!

15 sugar & spice:

:: Leeza Joe :: said...

ee...org 1st bg komen...sbr ye kak neeza... nnt dpt la maid br tu... sdpnye mkn lempeng pepagi nie.... sy mkn roti jemjapun...malehhhh tul semenjakdua ni...:)

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Encik yang buat laundry tu memang bagus......teruskan usaha baik tu encik!.....hidup encik!!!

l i e y n said...

nak resepi homemade pancake tu!!!
letak le dlm my magic pots n pans...mcm lama tak update je...

Wanpetunjuk said...

Salam akak....apa khabar?...lama tak jengok akak...maafkan sy...sgt busy sekarang nih...mcm2 benda kena buat...harap akak baik2 sahaja di sana...lepas nih, wana akan sellu jengok akak.....

Ok akak....senyum selalu....

zino said...

baik nya encik tu hehe

Raihah Rosli said...

Smoga Kk Neeza dpt maid baru asap.

Cian kat shahmey nnti kalo slalu nanges2 kne tggl kat nursery.

Terliur sy bce ttg pencake tu :)

chekgu Bani Hassim said...

bagusnye cik abg nolong buah hatinye di rumah,kan lebih mesra...ade hikmahnye bibik tu berambus...

lepas ni, for time being akak mmg sesungguhnye household housewife la yea..

sabar...sbb di situ ada pahalanye.. :)

Jie said...

kesian neeza, kesian anak2...ambil masa juga nk stabilkan keadaan, kan..
bersabar ye neeza

drNO said...

sian neeza, dh la tgh sarat tu..
sabar, dugaan tu..
tak lama lg i'm sure things will be smooth...:)

Abang Long said...

Tabahkanlah hati mu wahai Neeza. Setiap orang cabarannya berlainan.

Sekadar bertanya, bila berbual dengan penduduk tempatan, Neeza guna bahasa apa ?

silversarina said...

Laa lari pulak dah bibik t... memang perangai diaorang ni sama aja tak kira di mana...harap dapat pengganti secepat mungkin.

jane said...

salam neeza,

bz "makyong" kita ni yer...sabarlah! ajak anak2 tolong, u tu sarat...

Abahnajwa said...

Hehehehe..budak2 camtu lah Neeza..Ni ha..Ain dah mula jaga anak jiran ni..ada dua orang ..Afiff punyalah jeles sekarng..sikit2 dia kata..Mam ni asyik Naufal dengan Arissa jer..dah tak sayang adik dah..

Alahai..anak2...

Neeza Shahril said...

Liza,

hehee.. awal ye hari ni :)
liza tu malas kejap je. rajinnya berkurun-kurun ;)

***********************************

Pak Man,

dia takleh kena puji selalu.
nanti naik lemak, dia tak buat dah.. :D

***********************************

Lieyn,

haah kan.. nak letak resepi kena ada gambar. semalam tak sempat ambik gambar.
Nanti akak nak buat lagi.. akak letak dalam blog tu ye :)

***********************************

Dayat,

haah.. betul la.. lamanya Dayat tak update.. busy ye..
takpe.. take care ya :)

***********************************

Zino,

baik sebab kesian kot ;)

***********************************

Raihah,

akak harap gitulah dik..
memang kesian kat Shahmey. Start esok nak try bawak the sisters pulak sekali since diorang still cuti..
try la pancake tu.. :)

***********************************

Chekgu,

tapi kesian pulak sebab dia kerja.. macam akak ni dok je rumah :)

Allah nak bagi untuk akak kan Chekgu.. :)

Neeza Shahril said...

Kak Jie,

masa dah dekat ni.. tu yang neeza lagi risau..
semoga dapat lah pengganti segera..

***********************************

Drno,

tu lah kan.. macam2 dugaan.. kena sabar ajelah.. dan kena doa selalu..
semoga there'll be rainbow soon :)

***********************************

Abang Long,

betul tu abang long.. Allah duga kita ikut keadaan kita..

neeza berbual guna English.. bagi yang tak faham English tu, neeza gunalah bahasa ayam itik! hehee.. sikit2 arabla.. yang simple2 je..

***********************************

Kak Rina,

bila kita stereotype, ada orang marah.
Tapi husband neeza kata, mentaliti diorang dah gitu. Kalau tidak tak lah pulak kerja maid kan..

***********************************

Jane,

Alhamdulillah, anak-anak boleh lah tolong sikit2.. tapi bab jaga Shahmey yang tak sampai 2 tahun tu agak berat sikit sebab dia asyik nak berdokong..

***********************************

Abah,

oooo.. baru mama jaga anak orang dia dah jeles ya..
esok kalau ada adik betul, camne lah tu hehehe...
kot di cubit-cubit nya adik hehe..