Sunday, September 21, 2008

celoteh di pagi Ahad


Hari ni ada a few short bebelan yang Neeza nak tulis kat sini. Saja suka sebab rasa teringat nak tulis.


Bebel 1

Masa mula-mula blogging, Neeza buat comment moderation sebab banyak spam. Tapi dah takde spam (hopefully takde dah la). Setakat ni, alhamdulillah, belum ada lagi orang-orang yang tulis comment yang 'tidak sesuai' untuk di publish. Harapnya takde lah.

Pasal word verification pulak. Dulu, Neeza buat juga tu. Siapa nak comment, kena type dulu word yang di prompt tu. Neeza dah disable juga. Sebabnya, susah sebenarnya nak type. Mungkin senang bagi sesetengah orang yang mata macam microscope. Tapi, Neeza dah experience banyak kali, sampai 3 4 kali kena type sebab tertinggal / tersilap 1 letter (huruf). Ini membuatkan 'mood' untuk tulis comment tu hilang. Tapi tak pernah lagi lah, Neeza skip untuk comment disebabkan kes tu.


Bebel 2

Tag dan tag lagi. Bukan tak suka tag. Errr.. to be honest, ada sikit tak senang saja (only a little). Kita rasa obligated. Siapa lah agaknya yang memula initiate tag ni. Kesian kat orang yang kena. Dia pula rasa obligated untuk tag orang. Bila orang tak buat tag tu, dia sure rasa orang tak cooperative. Kan ke kesian tu. Padahal bukan orang tu tak cooperative. Bayangkan, kalau dia ada pembaca setia seramai 10 orang dah kesemua 10 tu tag dia. Takkanlah hari-hari entry dia pasal tag kot. Dia pun jadi takde mood nak baca blog sendiri sebab bukannya dia menulis tentang apa yang dia nak tulis tapi tulis tugasan. Macam tugasan kerja daaaa.... Bosan tak agaknya? hehehh..

Akhir-akhir ni, bila Neeza kena tag, Neeza dah tak nak tag orang. Tapi kalau award tu, Neeza bagi lah kat orang lain. Itu pun ikut mood juga. Bila dapat award, orang pulak kena buat entry pasal tu. Kesian jugak sebab banyak kali Neeza baca blog orang yang terima award tu, macam terpaksa tulis aje. Wordings pun lebih kurang sama dengan orang lain...

Cumanya kan, tag ni bagus masa kita kering idea nak tulis. Tapi, bila fikir balik sebenarnya orang malas nak baca apa yang kita tulis pun dalam task yang diberi tu.


Bebel 3

Walaupun bulan puasa ni, masa kita masih lagi 24 jam, tetapi aktiviti dah bertambah sikit. Tak payahlah Neeza huraikan sebab ramai yang faham tu. Jadi, aktiviti yang biasa dilakukan pada bulan-bulan lain (blogging terutamanya) akan menjadi tidak berapa prioirity lagi. Ramai yang sempat tulis entry tapi kurang (banyak kurang) masa untuk blog hop. Termasuklah Neeza sendiri. Jadi, pada sesiapa yang blognya belum sempat dilawat, diharap sangat-sangat untuk tidak berkecil hati. Neeza pun tak kecik hati pada siapa yang tak jenguk blog Neeza. Lagipun tujuan utama kita blogging bukanlah sebab nak suruh orang baca blog kita kan. Ke ada yang gitu? hehee.. *sowwwiiii*


Bebel 4

Kenapa Neeza rasa geram bila tengok anak-anak main pondok-pondok dengan menyusun kusyen untuk buat rumah sedangkan masa kecik dulu, Neeza selalu main macam tu? Habis semua kusyen dia turunkan untuk buat dinding, atap rumah. Lepas tu, dia siap tidur kat situ. Padahal, bilik diorang dah ada katil selesa untuk tidur. Tapi, hampir tiap-tiap hari, bilik tv lah yang jadi mangsa. Mata Ummi ni penat lah tengok. Tapi dulu, mata Opah, tak penat ke haa?? hehee.. tak adil betul Ummi awak orang ni kan :P.


Bebel 5




Baba Athirah bagi Neeza duit raya!! Tapi.... duit ni takleh guna... huhuuuuuu!!! Boleh tengok aje. Tapi, okaylah kan. Daripada tak dapat hehee.. Terima kasih En. Zul di atas duit yang menarik tapi tak leh beli baju raya ni :P.


Bebel 6




Bebel 6 ni ada gambar makanan laa :). Semalam malas masak. Jadi ini sahajalah yang Neeza masak (masakan paling senang didunia hehee..). Labu masak lemak diulangi untuk kali ke2 dalam minggu ini. Sebabnya, hari tu labu tu dibelah 2. Kalau tak masak semalam, jawabnya labu tu akan 'kecuk beghuuk' (bahasa klate ni) dan tidak sesuai untuk dimakan lagi. Ada daging jadi masak goreng kunyit daging sikit. Tambah sikit dengan telur goreng berlada.

Malamnya, ada tetamu datang. Tetamu ni bawak cherry cheesecake, tiramu cheesecake dan meehoon soup. Amboi!! rezeki sebelum sahur tu. Neeza cuma buat cucur udang saja. Tapi, since ada juadah yang tetamu ni bawak, maka makan macam buka puasalah juga kami. Kenyang betul Alhamdulillah. Gambar juadah yang tetamu tu bagi lupa nak ambik. Semua dah selamat dalam perut. Terima kasih ya Encik dan Puan serta adik comel :). Since semalam dah tahu location kedai siam tu, lepas ni boleh lah masak nasik lemak daun pisang pulak kan hehee..


Itu sahaja siri bebelan kali ini. Nak tidur lah pulak rasanya. Entry ini akan dischedule untuk di publish pada jam 9.33am pagi (waktu arab saudi) :).

25 sugar & spice:

Nurul Nadiah said...

humm, nadia x penah pulak maen susun2 bantal krusi jadik umah, unik2 cam nak try skg pulak =p

** kakak, kite boleh schedule bila kita nak publish entri ya? baru tahu ni. susah nak x buatnye?

Tie said...

Masa kecik2 mmg pernah main pondok2 guna kusyen tu..siap guna selimut buat khemah lagi..tapi pastu kak tie kemas balik,jadi mak tak marah..pandai kan..he he...Tengok telur masak pedas tu teringin pulak nak buat..hihi..nak tiru laa..

RozIlah Kamarudin said...

Neeza, akak X pernah pulak kena tag. Award pun tak tau.. tp pembaca blog akak nih semuanye silent reader.. masing2 baca dari ofis... jadfi bnyk bende kena di block... almaklumlah, bila internet ofis, terhad kpd strictly business la..

Kak Olie tgk sambal telor tuh sungguh mengancam. Bagi sikit!!! Kak olie mmg suka telor. Dan mmg suka sambal tumis. DSo combine dua2.. best giler!!!

Ummi365 said...

wei best aper main pondok2 atur susun kushen jadi dinding and atap.. k. ummi masa kecik pun suka tapi kena kemas balik lepas main.. masa tu kan kusyen empat segi , kerusi rotan..hehehe

elisataufik said...

anak2 i suka gantung/selubung selimut and cadar over towel rack or meja untuk buat rumah.
pastu buat passport untuk control siapa boleh masuk rumah diorang. Kertas lipat2, lukis gambar, pastu kekonon cop masuk/keluar...
so imagine jelah macamana serabut nya bilik diorang..
kadang2 I biar aje, and then sekali sekala suruh diorang kemas cantik2.
kalau membebel nanti buat penat aje..

zino said...

banyak dia bebel hehe.. tapi bab tag tu zino dah galak kali kena tag tapi tak pernah nak jawab lagi.. so jangan le tag zino ye hehe

zino said...

banyak dia bebel hehe.. tapi bab tag tu zino dah galak kali kena tag tapi tak pernah nak jawab lagi.. so jangan le tag zino ye hehe

Neeza Shahril said...

Nadia,

syokkk.. sebab kita buat rumah sendiri hehee..

cara nya, bila dah siap entry tu, click post option. pas tu type lah bila kita nak entry tu di publish. Kalau kita type date esok, esok lah dia keluar :)

===================================

Kak Tie,

Neeza masa kecik selalu main tapi tak ingat pulak neeza kemas ke tak hehee..

telur tu biasa2 je kak..

===================================

Kak Olie,

neeza pun baru2 aje belajar pasal tag ngan award ni :).

kak Olie pandai masak.. memang tak terlawan dek neeza.. neeza masak yang senang sangat kak..

Neeza Shahril said...

Kak Ummi,

sama lah masa neeza dulu.. kusyen 4 segi kerusi rotan tu.. memang cantik aje bila susun kan.. :)

===================================

Elisa,

wahhh.. dah ada immigration pulak.. creative betul.. hehe..
budak2 ni gunting kertas buat duit. pas tu siap bagi neeza.. "ummi nak duit?" sabar betul laaa..

dulu selalu bising. sekarang dah malas. biar aje.. sebab bila abah diorang balik, abahnya yang akan bising hehee..

===================================

Zino,

tak tag dah... hehee..

RozIlah Kamarudin said...

yg senang2 tu yg sedap... mmg terlior tgk sambal telor tu... yum yum... kalau dekat akak tak malu nak mintak sikit... he he he

zura aini said...

kecuk = kecut?
beghuk= beruk?

Ishhhh, jauh menyimpang ngan labu, he, he.......

bertuah neeza, makan banyak pun badan still comeyyy.

Adry said...

Ops.. sori kak bab tag akak.. hehehe... saya tau susah nak faham ... hehehe

Kak Elle said...

oh membebel pulak entry kali ni ye?
macam zino saya pun tak galak kan dgn tag mengetag ni...so lain jgn lah tag ok saya tak akan menjawab nya...hehe

cheryna zamrinor said...

setuju cakap kak neeza pasal blogging and tagging tuh..sha pun ade mase tak tau nak bace/tulis ape...lagikpon ade mase kite dah plan siap2 ape yg nak ditulis kan?

mane model kak neeza? takde dlm gambo kali nieh:(

Mak Teh said...

Neeza, anak-anak itu kreatif. Jangan marahkan mereka cuma ajarkan mereka mengemas balik apabila sudah bermain.

Hehehe! mak teh cakap macam nenek kalau cakap macam ibu muda memanglah marah je mereka!

l i e y n said...

kak neeza, jgn banyak membebel...nnt cepat tua....hehehhehehhe

silversarina said...

amboi,.banyak nya bebel , belum jadi tok wan lagi.. sekali-sekala tak pe , selalu sangat bebel panjang takut tak awet muda dah..hehehe.

take care , bila balik kampung ??

pB said...

Smalae menu dhumoh , nasi kerabu kuning , daging bakar , ayam rempoh bakar , puding nenas ..

etomyam said...

nape byk sangat bebel ni? Bebelion ke he he he

Anonymous said...

salam akak

kite pon tak suke kene tag... pening nak cari jawapan... kerana kite lebih suke bercerita daripada menjawab... :)

> nampak sambal telur tu macam menarik aje... nati malam nak kene buat nih... <

*** mis u akak

Akak said...

Salam Neeza...

Seronok baca bebelan Neeza, hilang mengantuk ..

Nanti singgah blog akak ambil kad raya yea..

Neeza Shahril said...

Kak Olie,

kalau akak dekat, neeza yang akan bertenggek rumah akak rasanya hehe..

===================================

Kak Zany,

beghuk tu bukan beruk hehee.. saja tambahan dia..

badan neeza?? hehe.. sekarang dah besar tau akak ;)

===================================

Adry,

akak suka tag yang tu.. tapi akak tak berapa faham je.. :)

===================================

Kak Elle,

dah agak dah.. hehee.. takpe, neeza tak tag kak elle.. :)

Neeza Shahril said...

Sha,

sama gan Sha.. :)

model2 sekarang ni selalu tidur petang Sha..

===================================

Makteh,

memang Makteh.. mak neeza selalu marah kami bila bising kat anak2..
padahal dulu dia bukan main lagi ngan kami hehee..

===================================

Lieyn,

akak dah tua dah pun.. ;)

===================================

Kak Rina,

memang Neeza kuat bebel.. ngan anak2 lah especially.. hehe..

neeza balik sehari sebelum raya kak.. nanti Insyaallah, neeza gi raya rumah akak dalam raya ke 5 onwards.. sebab first raya kat Banting..

Neeza Shahril said...

Kak pb,

ni hok wak terliur niii.. :)

===================================

etomyam,

saja je.. suka2 hehe..

===================================

Manje,

kalau takde idea takpekan jawab tag :)

dah buat sambal telur manje??

miss you to dear :)

===================================

Akak,

hehee..

nanti neeza ambik kad tu ya... jauh nak jalan ni hehe..

Jie said...

Neeza, bab tag tu memang serba salah ... mmg kak jie akui kak jie ada byk hutang tag tapi..emmm..dah 2-3 tahun berblogging, tag tu di ulang siar cuma diubah sebaris dua..
...........kak jie ada byk entri ...kalau tiap hari buat tag..rasa tak best.
Lagi satu..semua blog ada tag, org tak nk baca sgt pun...org just nk tunaikan permintaan , itu je.

Tapi ini pendapat kak jie lah...mgkn org lain ada pendapat tersendiri.