Saturday, September 20, 2008

Day 20


Takde cerita menarik hari ni. Ingat tadi nak buat tag dari Adry tapi ada sikit problem. Jadi, kita tangguh dulu tag tu sampai dapat additional info dari Adry.


Hari ni takde gambar. Dah kali kedua sepanjang Ramadhan rasanya takde gambar. Hari tu sebab terlupa hehee.. kali ni sebab berbuka kat rumah orang. Jadi, seganlah nak ambil gambar. Kawan baru disini. Kalau dah lama tu, selamba aje snap snap tu.


Makan semalam sedap. Macam-macam ada. Macam buffet ramadhan pun ada jugak rasanya. Lepas ni kakak ni bakal jadi serbuan kami lagi lah jawabnya ;). Hopefully mereka sudi menerima kami lagi. Terima kasih kepada tuan rumah :).


Apa lagi ya yang terjadi semalam. Hmmm.. Coan puasa. Kakak as usual, puasa. Shahmey, as usual, tak puasa heheee.. Semalam hari tak aktif untuk Neeza sebab semalam tak basuh kain pun sebab nampak kain dalam bakul tu sikit aje. Tak berbaloi nak masuk mesin (petang kelmarin dah buat laundry banyak). So, hari ni nampaknya mesti basuh kain.


Rumah masih kemas sebab ada orang baru vacuum the carpet. Neeza tak tahan dengan habuk (dust) agaknya dan complain lah dekat orang tu. Baru-baru ni sand storm. Tu yang teruk sangat flu baru ni. Alhamdulillah sekarang okay sikit dah. Terima kasih untuk orang yang vacuum carpet tu :). Bukan senang dia nak vacuum carpet ni. Jadi, kena cakap terima kasih supaya nanti dia buat lagi ;). Neeza nak vacuum sendiri, tak larat sikit. Badan dah besar kan.... ;).


Itu sahaja buat hari ni. Pendek aje entry ni. Salam buat semua :).

10 sugar & spice:

Tie said...

Ooo...ada sand storm ke...agaknya sebab tu dapat sakit...debu memang bahaya..carpet memang selalu kena vacuum..tie mmg malas gak..selalu suruh second child..hihi..dia yg jadi mangsa..(dia dah besar lah..umur 13 tahun tapi sama tinggi dgn tie, hi hi..)

Shima said...

sapa dia 'orang tu'?hehehehe....

elisataufik said...

Semalam elisa pun selsema :P
And just like you, elisa pun ada 'orang tu' yang selalu tolong vacuum ;) Termasuk lah 2 orang 'helper' nya.

Kak Elle said...

saya nak pinjam orang vacuummcarpet bolih tak?...hehehe

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

bestnya bila anak dah besar boleh diharap kan Kak Tie.. :)

===================================

Shimanoseki,

orang itu ialah.....teka!!!! hehehehh..

===================================

Elisa,

weather change, our nose tak tahan kot ye hehee..

syok kan ada 'orang tu'. Siap ada helper tu.. memang lumayan :)

===================================

Kak Elle,

hehee.. mesti dia nak kalau dapat ticket flight free hehee..

CJ said...

wohohoho!. bape bayor orang vacuum carpet? hehe

zino said...

siapa lah orang yg baik hati tu kan hehe

Fadzila said...

sis dah besar...maksud? adakah shamey akan dapat adek..ekekeek..jangan mare yer sis...

maklang said...

NEEZA. KUSYEN TU NAK ANTAR KT RUMAH MAK KE?

MINTAK TOLONG ANTAR EMAIL...

Neeza Shahril said...

Cj,

free jeeee ;). ops.. makan free untuk berbuka.. hehe..

===================================

Zino,

hehe.. kaum sejenis zino tu laaa ;)

===================================

Fadzila,

agak2nya.. apa yek? ;)

===================================

Maklang,

neeza dah hantar email kat akak :)