Monday, September 22, 2008

Mood hilang sekejap


Semalam mood untuk blogging hilang sekejap. Puncanya ialah hero kecil kat rumah ni lah. Shahmey main digital camera and rosakkannya!! Geram dan geram sangat. Neeza tengok saja muka dia. Dia boleh senyum saja. Memang dia tak bersalah pun. Yang bersalah ialah Neeza. Yang Neeza pergi bagi kat dia camera tu sape suruh? Tapi, sebelum ini, dia tak pernah rosakkan pun. Well, benda dah nak jadi kan. Nak buat camana. Takde rezeki lah tu.


Anyway, Neeza still hoping camera tu boleh repair. Sebab yang rosak ialah zomming in and out dia tu. Macam stuck sebab Shahmey jatuhkan camera on the floor yang ada carpet. So, jatuh tak teruk. Bila ketuk-ketuk, dia keluar zoom tu. Tapi takkanlah asyik nak ketuk kan. Hehee.. apahal la pulak. Hmm.. ada tak agak-agaknya 'orang tu' nak belikan camera lain? Hoping saja lah. Boleh aje nak beli sendiri tapi kalau orang bagi rasanya lagi best kan!


Since semalam, hati dah tawar. Sekarang ni nak ambil gambar dah jadi susah. Terpaksa Neeza guna N73 punya camera. Handphone tu memang tak pakai sangat di sini. Neeza tak suka sebab ianya lebih besar dari hp Neeza. The mister pulak tak boleh guna sebab the phone ada camera. Tak boleh bawak masuk plant. Jadi, semalam, dengan bengkak hati, Neeza menukarkan sim card ke handphone tu. Tak suka nya lah. Tapi since nak guna the camera feature untuk snap gambar juadah berbuka, terpaksalah juga guna :(.




Semalam, disebabkan miscommunication, kami berbuka dengan banyak lauk. The mister beli beryani sebab dia call Neeza tak dapat. The handphone duduk dalam bilik. House phone memang dalam bilik pun. Bunyi housephone tu pulak tersangatlah slow. Handphone memang tak dengar sebab once pintu dapur tutup, jawabnya memang lost communication dengan dunia luar lah hehee..


Neeza masuk bilik nak ambil handphone. Sekali tengok ada missed call. Tengok screen kat housephone pun ada missed call dari number yang sama. Neeza call balik. Beryani dah beli!!!! Jawabnya kami berbuka dengan Beryani, ikan bilis goreng berlada letak kacang dan kentang, ikan goreng dan sayur lemak kobis. Sayur lemak kobis tak jadi makan. So, simpan fridge. Buat berbuka malam ni lah pulak.


Pendek cerita, kami makan Beryani saja semalam. Nasi putih tak luak pun. Kesian nasi tu. Takpe, malam ni akan dimakan lah kamu wahai nasi putih :).


Lepas berbuka, kami pergi hospital. Neeza dan Coan nak jumpa doctor. First time didalam hidup Neeza, ada orang ingat Neeza ni Korean!! Sabar aje lah. Da muka cina ke Neeza ni yek? Hehee.. Yang tanya tu minah arab. Rasanya dia tak pernah pergi Korea kot. Jadi, dia agak2 saja.. hehee..


Coan pulak sakit gigi. Ingat nak cabut or filling aje tapi since ada inflammation, kena makan antibiotics dulu. After 3 days, baru pergi jumpa doctor semula. Tak tahu lah camana tu sebab Coan ni paling takut dengan doctor. Semalam pun dia dah merengek. Hopefully, dia akan okay nanti :).


17 sugar & spice:

ahni said...

Neeza,
Alamak kamera rosak lar pulak... fuh... sayang lah pulak kalau tak repair kan... tapi, berbaloi kah?

pB said...

Adik Ja


ado reseki lebih , buleh beli hok baru. Beli DSLR lagi tuuuu

Canggih gituk ....


Tok rajing lagi bukok poso dengae nasi beriani ....


Esok sero nok buat sing'gae daging lar ...

elisataufik said...

haha kelakarnya ada orang ingat neeza korean.. selalunya mak arab ni akan tanya kita dari indonesia ke?

Masa elisa belajar akt US dulu, pernah sekali terjumpa budak cina kat stesen bus St.Louis (on the way nak melawat Taufik in Tulsa,OK *wink*), borak2, dia cerita lah dia dari malaysia bla bla bla, tak sempat elisa cakap elisa pun orang malaysia, dia boleh tanya "So, where are you from?" eheheh kelakar betul. Bukan nya kita rambut blonde ke.. hidung pun penyek macam melayu, badan ketot macam melayu.. dia ingat elisa chicano..! ces.

zany said...

kamera digital memang manja, pantang jatuh sikit, jamlah berbagai, makin canggih makin makan duitkan

Ummu Layth said...

camera rosak bleh buat alasan nak beli yg baru! :)

korean oraitlah lagi. mcm pelakon drama korea. aliya ni..ada org pernah tanya..dari VIETNAM ke?

aduss.

Adry said...

kamera rosak??!! huhu.. sabarla kak.. budak budak.. biasala.. hehehe

bagitau coan kalau tak nangis depan doktor akak bagi hadiah.. confirm tenang tu.. hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com

Kak Elle said...

neeza kalau nak repair harga nya mahal baik beli yg baru aje...tu lah sape suruh bagi shahmey main ngan camera????hehehe

bryani lagi??

Abahnajwa said...

Wahhh..muka winter sonata yaa...kikikiki


Kamera tu dia suruh beli baru tu..untuk gambar raya......

Mana model tetap menu iftar niiii?

neomesuff said...

handphoe i dah berapa kali 'hancoq' becoz of my beautiful kids..tu tak citer pasai tv pecah..et cetera..hehe..kids

takpa nasik bole goreng..

Tie said...

Neeza ambil gambar tu dgn hp kan..cantik gak apa...Sayang juga kamera tu rosak..tapi org kata lebih baik beli baru sbb nak baikinya lebih mahal kosnya....Cuba buat muka sedih..ala2 pelakon winter sonata tu..mana tau ada rezeki dari yg tersayang..hi hi..

Cat Cat said...

Neeza,
Anak Cath dua tu pun suka sangat main kamera Cath... Ni accident waiting to happen lah cerita nya.... Ini enggak boleh dong, kena stop them from playing the camera...

Neeza Shahril said...

Ahni,

tak tau lah berbaloi ke tak.. kalau mahal, tak yah lah repair kot..

===================================

Kak pb,

sapo la nok buwi DSLR tu dih?? hmmmm...

sedak kakloh singgae daging tu :)

===================================

Elisa,

tu la.. neeza pun tak nampak tang mana lah kekorean neeza ni hehee..

chicano?? haaahh!! memang ada iras2 pun.. ;). Dalam gambar tak nampak. Tengok live memang ada pun :).
kalau Elisa kata hidung Elisa penyek, neeza tak tahulah nak kata apa neeza ni.. hehehee...

===================================

Kak Zany,

tu lah kan.. camera yang dolu2 tu.. tahan lama sangat kan...

Neeza Shahril said...

Aliya,

nak beli sendiri sayang duit.. nak tunggu orang hadiah laa.. hahaha!!

pelakon drama?? hehe.. mana ada yang pakai tudung ;).
vietnam?? vietnam ramai gak yang comel2 tau.. :)

===================================

Adry,

kalau budak sikecik tu yang buat, memang akak jadi gaban dah ;)

Coan tu.. cakap apa pun tak jalan tu... hehee..

===================================

Kak Elle,

tu lah kan.. tapi sayangnya la.. tu hadiah sebenarnya.. nak kena mintak hadiah ganti lah kot hehe..
Ingatkan nak suruh dia diam.. sekali memang diam sungguh.. tapi camera yang diam :))

===================================

Abah,

kalau muka winter sonata yang hari heroin takpe lagi.. kot muka yang kutip sampah tu huhuuuu...

beli camera baru..?? tak nak.. nak tunggu orang bagi ;)

model cuti.. tido sampai petang hehe..

Neeza Shahril said...

Neome,

hah???? tv pecah? aduss.. ni yang naik risau bila Shahmey nak besar ni ;)

===================================

Kak Tie,

gambar guna handphone leceh sikit la kak..

tu la.. nak gak try buat muka sedih ni.. nak tengok nasib hehe..

===================================

Cath,

kalau dah besar, diorang pandai kot.. ni kecik setahun lebih.. memang tak tahu apa... ;)

Zabs said...

Salam Neeza,
Itu tanda nak dapat camera baru tu. Tapi gambar yang guna N73 tu nampak okey je!

Neeza Shahril said...

Pak Zabs,

okay jugak tapi... susah dan leceh.. tak suka.. camera jugak best...

Jie said...

alahaiiii..... faham sgt perasaan neeza, udah le tgh syok2 berblogging dgn gambar, tiba2 tak de camera mmg rasa lain sgt..hehehe
ujian tu neeza...