Tuesday, September 23, 2008

Day 23 - kira hari nak balik lah pulak :)


Dah 23 hari umat Islam berpuasa (maknanya lagi 6 hari nak terbang balik). Kebetulan tahun ni, 1hb Ramadhan bagi Malaysia sama dengan Arab Saudi. Hmmm.. agak-agaknya raya nanti sama jugak tak? Mungkinkah Arab Saudi akan raya dulu? Hehee..


Bila jalan-jalan ke blog kawan-kawan, nampak betul suasana raya dah semakin terasa. Dengan gambar biskut raya. Dengan gambar kedai-kedai shopping. Seronoknya rasa. Di sini, tak tahu nak kata. Tak nampak pulak diorang ni bershopping raya. Ke diorang tak shopping? Kalau shopping pun, sama saja kot sebab sepanjang tahun arab-arab ni memang suka shopping. Tak caya, pergi lah KLCC tengok. Betapa ramai mak mak arab yang berkelubung hitam tu shopping sakan. Sini pun sama lah juga. Tak ada beza langsung.


Bestnya bila tengok gambar biskut raya. Masa kat Malaysia tahun lepas, tengok biskut raya, macam takde nafsu aje. Tak terliur pun sebab dah selalu tengok. Tapi, kali ni, bila tengok kat blog kengkawan, biskut yang belum eram (bak kata Kak zany hehee..) - maknanya belum masuk oven lah tu.. ;) pun nampak sangat menggiurkan... *yummy*


Semalam, Ma Neeza hantar sms bagi tahu yang Ma dan Ayah serta adik berada di kampung kami di Kadok, Kota Bharu Kelantan. Mereka ada misi - menjemput sanak sedara di Kelantan untuk kenduri sambut menantu pada 11 Oktober nanti. Yang lebih membuat Neeza teruja ialah bila Ma kata,

"durian tengah banyak kat sini"

Wahh!!!! best tuuu.. Sempatlah Neeza balik raya makan durian.. Memang durian di kampung kami tu lambat sikit gugur, berbanding dengan tempat lain. Neeza tahu tempat lain dah habis musim dah. Kira rezeki Neeza dan baby lah tu ;).


Hari ni takde gambar makanan berbuka semalam. Takkkk.. Neeza dah tak marah kat Shahmey pasal camera tu.. walaupun hati masih bengkak tapi tak marah Shahmey.. cuma gereeeemm sikitttt jeeee heheee.. Semalam, makan food recycle. Jadi, kalau letak gambar, macam lah makanan kelmarin.. Nanti ada orang kata aik!! makanan serupa ke? Memang poonnnnn!!! hehee.. Cuma, semalam takde beryani lah. Dan Neeza tambah dengan cucur udang.. terpengaruh dengan Elisa ni sebenarnya.. sedap pulak rupanya makan cucur udang buka puasa ni hehee..


18 sugar & spice:

Tie said...

Laa...ingat Neeza nak beraya kat Saudi tu...Bagus la boleh balik raya sini..Moga2 selamat sampai..

cheryna zamrinor said...

yeaaayyy....!!!(eh, apasal sha plak yg excited nieh...hihihi)
Alhamdulillah...seronok plak bace kak neeza dpt raye kat Mesia...semoga selamat sampai...nanti cerite sal raye kat blog ek? tak sabar nak bace:D

Kak Elle said...

ada orang tu ngah menghiyung hari nak balik raya....hahaha

kalau ada lebih durian tu hantar kemari ye?

Jie said...

alahaiii...sedih la pula....sik baik kak jie tak de tempek gambo koi raya kt blog.

zino said...

makna nya beraya di kampong la ni ya.. best tu..

Eddie Putera said...

Beli kamera baru doh ko dik ? Gi cari kat Dubai lah, muroh sikit. Kelik rayo molek molek..jange dok gi jalae koksir koksir.

Adry said...

wah.. best best.. nanti gambar ngan durian yer.. hahahahah


Adry @ http://www.adrysabry.com

KM said...

Bila flight nak sampai Msia? Saya nak panggil team kompang sambut kt airport hehehe....

MAMAMIA said...

Bestnya Neeza, double joy nak sambut raya & nak balik Msia....

Berapa lama balik sini?

By the way, Arabs ni ada mesin cop duit ke? Menyopping sokmo...

RozIlah Kamarudin said...

NAK IKUT!!!!

Kirim salam kat mak ayah.

Selamat Hari Raya

Minta Maaf Banyak2

maklang said...

jangan makan bebanyak durian tu kang sakit perut lak...hehe..

selama tkembali ke tanah air..

pB said...

salam adik Ja

kelik kor rayo nie ???


nanti kol ling kol ling deh

Mak Teh said...

Selamat Hari Raya untuk Neeza sekeluarga. Kami berhari raya di shah alam. Dekat hujung sikit ada kat Ganu Insya-Allah.

silversarina said...

Dah dekat nak balik, nanti raya datang rumah ye.

Jangan marah Shahmey comel tu, memang patut dia selamba je ,bukan salah dia camera dah nak jatuh ...hehehe.

noniey said...

dapat lah gak akhirnya merasa durian. hehehe.

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

thank you :)

===================================

Sha,

hehe.. takpe. tumpang excited :)
akak mungkin tak update blog kat malaysia sebab takde internet access :(

===================================

Kak Elle,

jom ikut balik kampung neeza :)

===================================

Kak Jie,

neeza suka tengok gambar kuih sebenarnya..

===================================

Zino,

memang best :))

Neeza Shahril said...

Adiejin,

Dubai jauhhh.. ssini ada jugok.. tapi nok tunggu oghae buwi ;)

===================================

Adry,

mesti akak post gambar durian kalau ada hehee..

===================================

KM,

sampai 30 sept.. orang kampung tengah sibuk bakar lemang masa tu..
kompang tak layan dahhh hehee..

===================================

Mamamia,

memang seronok dapat beraya kat tanah air sendiri kan..
cuti 2 minggu lebih sikit je kak.. tak puas laa...

arab ni memang hidup ngan shopping hehe..

===================================

Kak Olie,

jooommmmmm!! hehehe.. takpe, tahun depan akak pulak kot.. :)

INsyaallah...

Neeza Shahril said...

Maklang,

takpe.. sakit perut makan ubat hehee..

===================================

Kak pb,

Insyaallah... :)
kak pb rayo klate dih..

===================================

Makteh,

kalau 11hb ada di terengganu, datang lah rumah neeza di kemaman ye..

===================================

Kak Rina,

Insyaallah.. datang nak makan kuih raya :))

hehee.. tak marah shahmey.. gereeemmm jeee hehee..

===================================

Noniey,

Insyaallah.. :))