Wednesday, September 24, 2008

Count down - 5 hari lagi

Terlalu cepat masa berlalu. Hari ini dah masuk hari yang ke 24 kita berpuasa. Kalau masa kecik dulu, memang Neeza tak sabar nak raya sebab masa tu rasa berpuasa ni macam satu beban. Letih dan lapar. Sekarang ni tak lagi. Rasa sedih pun ada bila Ramadhan nak pergi meninggalkan kita.


Tapi... bila mengenangkan yang kami akan balik kampung.. Insyaallah.. pada hari raya nanti, seronok lah pulak :). Walaupun turn tahun ini ialah di kampung suami :( at least kami akan berada di tanah air sendiri. Hari Raya kedua, Insyaallah kami akan berangkat ke Kemaman (drop by untuk 1/2 jam) and terus ke Setiu sebab pada malamnya adik lelaki sulung Neeza akan melangsungkan pernikahannya disana. Keesokan harinya majlis kenduri pulak. Lepas tu, kami akan beransur ke Kelantan - balik kampung makan durian!!!




Kalau musim buah, memang 3 jenis buah di atas ada kat kampung Neeza. Kali ni tak tahu lah pulak. Yang pasti, durian ada. Cukup dah tu :)).


Semalam kami berbuka dengan Meehoon soto. Gambar dah diambil (guna camera hp tu laa) tapi Neeza tak reti nak guna bluetooth feature untuk connect hp dengan laptop. Jadi, tak dapatlah upload gambar. Kena tunggu Encik Mr balik kerja lah jawabnya.


Sebagai tambahan menu (sebab kata Encik Mr, meehoon tak kenyang dan dia kureng sikit soto ni), Encik Mr masak nasi goreng. Rajin juga Encik Mr semalam. Dia tolong buat begedil (tolong bulatkan dan goreng jeee) dan rebus kuih buah melaka. Ooo.. semalam dia cuti sebab National Day untuk Arab Saudi. Sebab tu lah dia tolong kot... ataupun kesian kat Puan Mrs dia kelam kabut sorang-sorang kat dapur Mungkin tidakkkkk... hehee..


18 sugar & spice:

^aNgRiAni^ said...

waaaaa...dah lama tak makan buah salak...adeiiii

bila balik malaysia kak neeza :D

Jie said...

durian kt sini dah abislah neeza..untuk betul kat kampung neeza ade lagi

misz_A said...

haaa..balik kelate...buleh la beraya kat umah i.... datanglah lah yerr..

zany said...

neeza,
ingatkan dah terlepas durian tu, rupanya sempat lagi, rezeki ye. Buah hujung2 musim yang best tu kan.

cHeRyNa PiReS said...

terliur lak bace perkataan bergedil tuh...
dah lame tak makan buah salak...bestnyeee....:D

aNIe said...

Neeza...memang cepat masa berlalu kan...

Buah salak tu akak suka...dpt yang manis dan rangup...meleleh air liur...

SELAMAT HARI RAYA NEEZA...biarpun 5 hari lagi...akak takut nanti tak sempat nak ucap pada neeza...maklumlah akak ni kejap ada...kejap takde...heheheh

Nazali Noor said...

Selamat pulang Neezaaaa...Jgn lupa kami yaa...

Adry said...

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ni... Nanti gambar la bebanyak ngan buah buah ni... hehehhee

Adry @ http://www.adrysabry.com

Ummu Layth said...

bestnya balik malaysia utk raya! berapa lama duk sana?

OndeOnde said...

Ja, bilo balik tu?
Ni nok oyak, it seems sweater ja tu tok dae nok ssudoh sebelum raya sebab hari tu benang habis stock, terpaksa supplier order from S'pore, this saturday baru nok gi ambik..

Anyway, buoh salok tu ado belakae rumoh hok ayoh tanae di kapong..Jjale mmolek deh?

Selamat Hari Raya Ja, Maaf lah kalu ado terkasar bahasa, ssaloh bicaro..

l i e y n said...

blk malaysia bp lama....

Tie said...

Rajin gak Mr M tu tolong2 kat dapur, ye..Tie lak tak suka hubby tolong, sebab dia tu terlalu cermat sampai lambat lak nak siap. Tapi tie suka part dia basuh pinggan tu..hihi..

MULAN said...

selamat hari raya..maaf zahir batin.. nnti raya dtg kerteh ya..

Neeza Shahril said...

Angriani,

akak sampai sana 30hb :). nape blog riani takleh nak comment ye?

===================================

Kak Jie,

kampung neeza tu selalu lambat pada orang. baka lembab kot hehee..

===================================

Misz A,

Insyaallah... cuti pendek je.. takleh nk confirm..

===================================

Kak Zany,

kalu beli buah hujung musim mesti mahal.. tapi kampung sendiri free je laaa hehehee..

===================================

Sha,

jom balik kampung akak ;)

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

buah salak kat kampung Neeza tu memang baka manis dan rangup.. :)

Selamat hari raya untuk kak anie juga ya.. :)

===================================

Abah,

time kasih abah..
neeza ingat.. especially masa makan rendang dan ketupat nanti ;)

===================================

Adry,

takpe ke? nanti Adry jangan jeles yee.. hehee..

===================================

Aliya,

cuti pendek je.. 17hb balik sini semula.. :(

Neeza Shahril said...

Kak Wani,

30hb sapa KLIA.

takpo laa.. pah2 ghayo dae dih.. Ja kelik smula on 17 oct... lambat lagi tu. take your time ya sis :).

thanks kak wani..

selamat hari raya jugok... Ja pung ggitu jugok.. maaf segala bicaro deh..

===================================

Lieyn,

sampai 17hb lieyn..

===================================

Kak Tie,

dia rajin ikut time.. ;)

bab mengemas dan membasuh, neeza aje yang kena buat.. dia tahu masak aje.. :P

===================================

Mulan,

Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga..
Insyaallah... :)

Sikelu said...

weh sedap tuh buah salak.. make skali hok kemehe tuh dok ingat sampe lo nih...

Neeza Shahril said...

Sikelu,

hehehe lawak pulak zul cakap klate ;)