Thursday, September 25, 2008

Nasi masak malas ;)


Tengok tajuk, macam nama resepi. Tapi sebenarnya bukan!! Nasi masak malas ialah nasi yang dimasak dikedai. Itu term yang direka cipta sendiri-sendiri. Takde pun dalam kamus dewan hehee.. Tak tahu kenapa, makin hari makin malas masak untuk berbuka puasa. Mungkin sebab semangat nak balik kampung dan mungkin juga kami dah stop dari membeli bermacam-macam lauk pauk mentah.


Nak tulis blog pun dah takde mood. Blog hopping pun dah kurang sebab masa tidur makin bertambah hehee.. Kain baju masih belum settle kemas. Tapi Neeza biasa bab kemas last minute ni. Lagi laju rasanya sebab main ambik aje kan. Tak sempat nak fikir dah. Kalau kemas awal-awal, mulalah terkial-kial nak pilih. Lagipun, balik raya bukan nak bawak balik banyak baju pun. Baju raya dah ada kat kampung. Terima kasih kepada Cik Puan Shimanoseki dan suami yang sudi tolong beli dan tolong tempahkan baju-baju raya kami sekeluarga. Baju basahan pun memang banyak kat kampung. Tapi dalam pada tak banyak tu, beg 2 3 buah jugak bila balik. Tu yang heran tuuu.. ;).


Semalam kami makan... tara!!! ada orang belanja lah semalam. ALhamdulillah. Murah rezeki Encik dan Puan Sahabat yang belanja tu.. Kami berbuka dulu dengan cekodok bawang kat rumah. Lepas solat, kami keluar ke... Pattaya! Makan nasi di Pattaya dengan macam-macam menu. Terima kasih kepada Encik dan Puan Sahabat. Baru teringat, tak ambik gambar pun semalam. Tapi, kalau ambik pun bukan senang nak upload. Guna camera hp memang tak best :(.


Rasanya dah ramai yang mula beransur balik kampung. Hari ni dah hari Khamis. Esok Jumaat. Sabtu mesti ramai dah mula bercuti. Kalau yang ada internet access walau dimana jua, best la kan. Boleh tulis dan baca blog tiap-tiap hari tahu perkembangan semasa setiap saat. Takdelah bosan sangat menunggu ketupat dan lemang nak masak.


Kepada sesiapa yang mungkin tak sempat nak baca blog lagi dah nak balik kampung, Neeza nak ambil kesempatan (mungkin awal tapi takpelah) untuk ucapkan,


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan didalam hati

(siapa lah yang simpan jarum patah dalam peti ek?? macam tak logik je bunyinya. kena alter sikit kot pantun tu hehee)


Pada sesiapa yang drive balik kampung tu (ada ke orang naik flight balik kampung? eh ada laaa!!! kami la tuuuu... hehehee...), drive safely and carefully. Don't speed sebab nanti kena speed trap.. kurang pulak duit raya untuk budak-budak ;). Cerita pasal duit raya, kenapa orang tak bagi duit raya pada orang orang tua dewasa macam Neeza ni? Tak aci betul laaaa... Dah la.. stop mengarut. Nak tidur jap lah layan Shahmey dulu lah.


Salam sayang untuk semua :).

10 sugar & spice:

Jie said...

dah siap packing ke neeza
kak jie lum buat apa2 lagi
baju kt rumah tukang jahir pun lum ambek lagi

Tie said...

Ingat ada resepi nasi malas tu..nak juga cuba..kak tie ni dah tak tau nak masak apa lagi..tekak pun ngada2 lak. Hati2 la naik flight tu nanti..

cheryna zamrinor said...

baju raye kaler pe tahun nieh kak neeza? ehh...pattaya pon ade kat saudi ke?

Mak Teh said...

Neeza, sudah sudahlah masak kat Saudi tu. Mailah balik makan kat rumah di kampung! ( Tapi orang Tganu tak cakap " mai " kan? )

Mak Neeza dan keluarga kat kampung tu tentu dah menunggu-nunggu dengan penuh keriangan.

Bila Shamey nak mai tengok Tok Teh?

Kak Elle said...

malas memasak bab dah ingat nak balik kpg kan?..hehe

Selamat hari raya untuk neeza sekeluarga juga dr saya di sg.

Neeza Shahril said...

Kak Jie,

belum habis lagi kak Jie..
dah nak balik sangat baru lah habis agaknya hehe..

===================================

Kak Tie,

kak Tie rajin masak.. takpe.. :)
thanks Kak..

===================================

Sha,

tahun ni blue! hehee..
pattaya ni 1 dunia kot.. trademark restoran siam.. ;)

===================================

Makteh,

haah kan.. balik nak makan orang lain masak pulak hehee..

Insyaallah kalau ada kesempatan Shahmey datang.. tapi takleh janji dulu sebab cuti pendek sangat..

===================================

Kak Elle,

tepat sekali!! hehee..

pB said...

salam adik Ja

pukul 1143 malae doh nie.
Malae jumaat.

Tok tido lagi lar , dok ngi'pae kain baju. Dok kutip hok mano nok wak kelik ....

Beg ... rasonya stakat ni ado sor beg besar n 5 beg hok haluih haluih tu ....

Insyaallah , tengohhari esok , tolok kelik doh .....

xcited tapi at the same time , macam sedih pun adaaaa

hu huhuhu

silversarina said...

senang kan makan nasi masak malas bila dah siap-siap nak fly, nanti kena kemas lagi .

umur neeza memang orang tak kan bagi duit raya malah mengharap neeza yang bagi , tunggu umur dah masuk 50an memang giliran kita jadi budak kecik pulak terima duit raya , waktu tu rasa sebak sebab baru sedar yang kita dah tua :P

KM said...

Salam Aidil fitri kak neeza.Semoga selamat dlm penerbangan pulang nanti. Cuti berapa lama kt Msia?

Neeza Shahril said...

kak pb,

berkorban di malae jumaat napoknyo.. hehee..

bakpo sedihnyo kak pb?

Ja nok kelik jugok tapi baju tok packing lagi.. :(

===================================

Kak Rina,

kalau neeza 50an, neeza nak demand duit raya banyak heheee...

===================================

KM,

Salam aidil fitri KM...
18 hari je :(