Monday, October 20, 2008

Diari percutian di tanah air 30 Sep - 17 Oct 2008 (Part 1)


30 September 2008 - 30 Ramadhan 1429H

Kami tiba di KLIA tepat jam 2.00 petang. Alhamdulillah, hajat kami untuk berpuasa walaupun bermusafir (kes malas nak ganti) termakbul. Kami bersahur didalam flight. Eitihad Airways ada menyediakan lunch awal (sahur la tu) bagi yang berpuasa. Sebenarnya di Arab Saudi, 30 September 2008 dah pun 1 Syawal - dah raya!. Tapi, disebabkan 30 September tu, kami berada di Malaysia, mestilah kena puasa. Well, kalau di beri pilihan nak raya awal atau nak berada di Malaysia dan berpuasa, rasanya, kami pilih biarlah dapat berada di Malaysia.


Alamak! kalau macam ni punya cerita, berjelalah jawabnya entry ni. Kita pendekkan sikit lah.


Since raya kali ni turn Batu Laut, Tg Sepat, kami terus ke sana. Biasalah kan. Bila sampai aje, mestilah banyak cerita. Salah 1 cerita ialah kisah Shahmey yang bocor b*r*k sampai habis Neeza dan abang kena liquid yang 'semerbak' tu. Memang sangat tak selesa dalam flight tu. Jadi, sampai rumah, kami bertiga wajib mandi! Bukan mandi wajib ok!! Tapi mandi yang dimestikan. Kalau tidak, camne nak solat??


Berbuka puasa sangatlah sedap. Ada tauhu sumbat favorite abang yang dah tetiba jadi favorite Neeza. Ada mee sup, sup tulang, rendang untuk raya yang dah siap masak, lemang, pengat keladi dan macam-macam lagi. Memang mak mertua Neeza rajin masak dan masakan dia semuanya membuka selera. Berbuka beramai-ramai dengan adik beradik abang pulak tu. Lagilah bertambah meriah.


1 Oktober 2008 - 1 Syawal 1429H

Hari Raya pertama!! Sedih sebab tak dapat bersama Ma dan Ayah serta adik-adik Neeza. Tapi, kenalah faham kan sebagai seorang yang telah berumahtangga, kenalah bertolak ansur. Kami sedari awal lagi dah tetapkan turn. Kalau tahun ni kampung Abang, tahun depannya kampung Neeza. Parents kami pun dah faham. Alhamdulillah.


Walau bagaimanapun kemesraan keluarga mertua membuatkan Neeza lupa akan kesedihan tu. Pagi-pagi lagi kami bermaaf-maafan secara informal. Lepas tu ziarah sedara-mara terdekat. Acara makan-makan memang tak tinggal. Setiap rumah mesti makan. Mana lah tak terkejut perut kan. Layan dulu gambar-gambar pagi raya ni ya...












Seperti biasa, lepas beraya di rumah dekat-dekat, kami beraya dirumah jauh-jauh sikit pula. Kami kan baru 2 hari berada di Malaysia. Jet lag tu masih ada. Anak-anak Neeza pun bergitu. Cuma, yang besar-besar sikit tu boleh tahan sebab diorang pandai cari mainan! Keletah anak-anak Neeza di hari raya pertama..








Kami beraya sampai malam. Tapi, tak sempat pergi semua rumah sedara pun. Maklumlah ramai betul sedara-mara. Jadi, pergi mana yang rapat saja.


2 Oktober 2008 - 2 Syawal 1429H

Seperti yang dijadual, kami bertolak ke Kemaman pada jam 11 pagi (jadual sebenar pukul 9 tapi biase leeee...). Tiba di Kemaman jam 4 petang. Ding dong ding dong.. tunggu orang ni siap, pergi sini jap, pergi sana jap, rombongan keluarga pengantin lelaki berlepas ke Setiu jam 6 petang. Tiba di Setiu jam 9 malam. Nasib baik tok kadi tu memang ada 2 pengantin lagi. Jadi, kami lewat sikit kira okay la..


Fuad, adik lelaki Neeza yang nak bernikah malam tu, dah pergi sejam awal. Maklumlah, sebagai pengantin kena bersedia awal sikit - tempat penginapan dan sebagainya lah.


Adik Neeza bukan main lagi hafal lafaz nikah. Sekali, punyalah simple lafaz nikah yang tok kadi suruh baca. Mulalah darah gemuruh datang. Adik Neeza hafal nama tapi tok kadi kata tak payah sebut nama. Dah lah jumlah hantaran tu dipendekkan oleh tok kadi. Sabar aje lah. Kelakar pun ada dibuatnya. Mana tak lawak bila tok kadi sendiri salah sebut nama pengantin. Adik Neeza yang namanya Mohd Nazri Fuad Bin Ramli da jadi Mohd Nazri Bin Fuad disebut tok kadi. Kenalah ulang lagi. Walau bagaimanapun, dengan 2 kali lafaz, Fuad selamat diijabkabul dengan Ayu. Alhamdulillah...












Malam tu, kami menginap di Motel di Setiu - lupa lah pulak namanya. Kenapa perlu menginap ya? Majlis perkahwinan diadakan keesokan harinya. Takkanlah kami nak tidur rumah keluarga pengantin perempuan pulak kan hehee..


3 Oktober 2008 - 3 Syawal 1429H

Majlis perkahwinan berjalan lancar walaupun pada awalnya hujan renyai-renyai (hujan rahmat tu..). Kita tengok gambar ajelah ya..




















Selepas majlis, rombongan yang berbuah-buah kereta beransur ke Kadok Kelantan. Letih jugak konvoi banyak kereta ni. Tak konvoi nanti ada yang sesat pulak. Sebelum tiba ke destinasi yang dituju, kami singgah dulu. Ada jamuan kat rumah sepupu Ayah. Dia sembelih seekor lembu untuk jamuan raya ke3 tu. Sedapnya makan malam tu. Yang paling best makan budu dengan ikan rebus. Ulamnya pula petai, jering dan kacang botol memang menawan perut.. hehee.. Singgang tulang tu memang kewajipan lah kan di Kelantan..


Tiba di rumah Tok Su (nenek tiri Neeza), kami kekenyangan. Panggilan bantal memang sangat jelas. Selesai solat, kami pun krohh..krohhh...


Panjangnya diary bergambar ni. Sambung nantilah pulak.

22 sugar & spice:

Ummi365 said...

happy nampak semua orangkan.. shahmey tu semakin comellah..

Tie said...

Memang patutlah panjang cerita ni..dah 18 hari senyap sunyi..Meriah betul,ye...

cheryna zamrinor said...

waaa..biru sumenye!
termasuk ngan pengantin skali kaler biru...hehehe...bahagia tul tgk posting kak neeza...windu nak tgk posting baru kat blog nieh (sampai dok visit walopon tuan punye takde)

aNIe said...

SELAMAT PENGANTIN BARU buat Fuad & ayu...

Bagi akak acara paling best masa raya ialah acara makan2...hahahah...mana badan tak tembam lepas raya...

arsaili said...

salam....wahhhhhhhh sonoknya beraya di msia....lamanya cutiiii

zura aini said...

akak baca sambil tersenyum, he, he....neezakan pandai tulis sambil bercerita.

Selamat pengantin Baru untuk adik neeza dan ayu, moga sentiasa diberkati dan dilindungiNya.

chekgu Bani Hassim said...

patutlah lame tak online,sebok merayap kat tanah melayu rupenye...

ni aktif balik lepas balik ke tanah arab balik la nih...hehehe...

YuszTieY said...

kebiruan mata ore bila buka blog ni ari ni...habis semua biruuuuuu....

ala k.ja tok panje pon lagi tuh...biasa2 jer..tok puas pon baca lagi ore buka kali ke2 ni baru nok khote perabis n tulis komen sib baik k.ja tok buh n3 baru kalu tok dah terlps komen...heheheheee

tok nampok pon k.ja ngandung bila baca k.ja tulis tu baru perase..

maklang said...

seronok kan bila balik raya ni...

l i e y n said...

mmg sedih kalau x dpt balik beraya umah parents sendiri tp bak kata kak neeza, bila dh kawin ni kita kena bertolak ansur...so, far alhamdulillah...
slmt pengantin baru to adik kak neeza....bertambah sorg lagi family members kak neeza...

KakNi said...

Rasa-rasa nyer cite ni panjanggggg lagi kan?... tapi mmg dpt rasakan kemeriahan dan keseronokan Neeza and family tu...

Kak Elle said...

Harap apa yg neeza idamkan nak makan dah tercapai:)

anak dara 2 nampak kena potong rambut fringe dah masuk ke mata...hehe

Mulan said...

waahhh.. meriah raya kat sini yek..

huwaaaa.. tak de rezeki nak jumpa jugak kita kali ni..

Adry said...

i'm speechless.. yang penting, raya akak memang best... hehehe

ermmm kak, esok tengah hari atau lebih awal (waktu malaysia) ada something special kat blog saya ... datang ek.. kita nak try something different for a change..


Adry @ http://www.adrysabry.com

Jie said...

Neeza..Kak Jie enjoy tengok gambar2 dan kak jie tau Neeza sendiri tentulah lagi best...

Itulah kenangan...

ZABS said...
This comment has been removed by the author.
silversarina said...

seronoknya semua majlis dan raya tu, macam akak hadir sama je lihat gambar2 tu...hensem syahmey pakai baju melayu dan songkok , masa kecik dulu mak kata akak pun pernah ngamuk pagi raya, gambar semua nampak bekas nengis, kira ganglah akak dengan syahmey :)

ZABS said...

Salam Neeza,
Setelah beraya sakan ni, ada buat timbangan ke? Ada turun ke naik dari sebelum puasa.. hahaha...

Neeza Shahril said...

Kak Ummi,

memang happy bila dapat berkumpul kan kak..

***********************************

Kak Tie,

meriah sampai rasa tak nak balik saudi dah ;)

***********************************

Sha,

letih nak upload gambar.. hehee..

***********************************

Kak Anie,

memang rugi kalau tak makan.. nanti ada yang mengidam pulak ;)

***********************************

Arsaili,

tiada yang lebih indah daripada beraya di tanah air..

Neeza Shahril said...

Kak Zany,

thanks ya... :)

***********************************

Cikgu banihassim,

dah bertapa baru boleh active blogging :P

***********************************

Tiey,

biru itu menawan..

gemuk dih Kak Ja.. ;)

***********************************

Maklang,

seronok sangat :)

***********************************

Lieyn,

bertambah lah tukang masak dan tukang cuci hehee..

Neeza Shahril said...

Akuni,

ada 1 episod je lagi.. :)

***********************************

Kak Elle,

memang tercapai semuanya..
diorang tak nak potong.. takut pisang berbuah 2 kali.. terpotong pendek sangat.. hehe..
kali ni nak bagi sama length depan belakang..

***********************************

Mulan,

tu la kan.. ingatkan dapat lah jumpa.. next time kot.. :)

***********************************

Adry,

ada yang best.. ada gak yang tak best sebenarnya Adry...

Neeza Shahril said...

Kak Jie,

kenangan yang akan kekal abadi...

***********************************

Kak Rina,

sah akak boleh kawan ngan shahmey hehee..

***********************************

Pak Zabs,

semestinya naik dengan mendadak hehee..