Friday, August 29, 2008

Makan Luar


Semalam ialah hari yang membosankan. Rumah bersepah (the girls memang tak puas hati kalau tengok rumah kemas agaknya). Dalam bilik sepah, bilik TV sepah, hall sepah dan dapur pun sepah. Nasib lah bilik Abah dan Ummi masih okay ;). Neeza memang tak larat nak mengemas sebab tak larat nak tunduk lagi. Sikit-sikit boleh tapi kalau banyak kali, macam nak pitam rasanya. Mungkin low blood pressure. Memang Neeza bila time macam ni selalu kena low blood pressure.


Then, tengahari tu Neeza call Abang. Abang busy pulak. Takpelah, tak nak kacau. Then Abang call balik tanya kenapa tadi tu. Neeza pun cakaplah, bosan dan bagi tahu lah segala detail seperti di atas hehehehhh!! Abang suruh tidur aje. Hahahaa!!! sabar ajelah. Takkan nak tidur aje. Shahmey apa hal pulak. Anyway, memang Neeza biasa tidur lepas Zohor sampailah ke Asar. Tidurkan Shahmey actually and at the same time Ummi pun tidur lah sama yuhuuu!!


Neeza ajak Abang makan kat luar (specifically mentioned - Pataya lah) malam ni. Itu ajelah pun restoran yang ada jual masakan ala ala asia kat sini. Nak makan fast food dah bosan sangat. Kenapa nak makan luar ye? Senang aje - sebab Neeza malas masak hari ni. Lagipun lauk dah tak banyak dalam fridge.


Lepas Maghrib kami keluar. Kalau pergi lepas Isyak, orang ramai sangat, biasanyalah. Kami makan:

  • Vegetable Fried Rice (Nasi Goreng Merah)
  • Cuttlefish Tomyam Gung (Tomyam Sotong letak mushroom) - takde dalam menu tapi mintak sebab budak-budak ni suka sotong aje :)
  • Omelette (Telur dadar tapi dia letak sayur sikit)
  • Fried Morning Glory (Kangkung Goreng dengan apa entah - nampak ada taucu sikit)
  • Drinks - Ice Tea 1 jug, orange juice 1 glass dan 1 tin pepsi.

    Total = SR90.00



Harga tu considered okay kat sini. Takleh compare dengan Malaysia lah kan. Kalau kat Malaysia, macam tu dah boleh makan macam-macam. Yang penting Neeza dapat hilangkan kebosanan. Shahmey pun suka nasi goreng dengan telur dadar tu. Banyak dia makan.


Lepas makan, Neeza ajak Abang pergi Fanateer Mall. Saja nak jalan-jalan. Ramai jugak orang malam-malam pun especially arablah. Diorang ni kan sinonim dengan shopping mopping ni.. hehehee.. Sempat juga Neeza grab 1 blouse (sekarang dah gumuks kena cari blouse besarrrrr skettt hehehee..) yang discount 50%. Okaylah harga dia, lebih kurang cam kat Malaysia jugak.



Then turun nak balik. Sophea mintak beli pretzel. Dia kata 'dah lama kakak tak makan nih'. Ye la tuuuu.. Macam lah tiap2 hari makan pretzel sebelum ni. Neeza dah nampak stall jual pretzel tu sebenarnya tapi tengok nama stall tu bukan Auntie Ann's. Neeza suka Auntie Ann's pretzel. So, takdelah rasa nak beli. Tapi, since Sophea insist, beli jugaklah. 2 pretzel = SR16. Mahal gak kan. Rasanya Auntie Ann's kat Malaysia tak lah macam tu harganya. Eh iye ke? Tak ingatlah hehehehh!! Tapi yang tak bestnya pretzel tu rasa entah apa apa. Macam hapak pun ada. Almond glaze tu dah lama agaknya. Akhirnya Sophea tak makan pun. Coan memang tak mintak. Tapi dia pun rasa jugak sikit. Since tak sedap, dia tak makan lah.


Itu sahaja cerita semalam. Oh ya, gambar2 kat Fanateer tu tak clear sangat sebab camera tak canggih. Biar je lah.. asalkan ada snap! snap! Okaylah that's it.. Tata!!

21 sugar & spice:

Ummi365 said...

bile malas melande keluar saje le.. bukan neeza je.. k.ummi pun camtu jugak..eh besar mana gomuks tu ya? :)

nurie said...

sesekali makan luar memang best..apalagi klu dpt makanan kgemaran, kan?

Zahraa George said...

wah..best makan kat pattaya...kikiki..baru kelmarin makan tomyam pattaya...as sekarang asyik makan tomyam pattaya..bahaya nih..kalau boleh tiap hari nak makan tomyam pattaya :P

gumuks??takper la..gemuks sekejap jer tu..hehe...tak lama lagi kurus dah la.. :)

Akak said...

Salam Neeza...

seronokkan sesekali makan kat luar, kalau hari2 masak pun ketandusan idea juga + jemu..hehe tu yg kena merayap kat blog kak Jun cari resepi tu..

noniey said...

bila baca blog kak neeza ni, macam terpk something. tapi bila tanya, kak neeza tak jawab. so, kitaorang kat zeta ni asyik terconfius je tau. asyik berbincang pasal kak neeza tapi still tak dapat jawapan sampai skrang.

Jie said...

seronoknya dpt keluar gitu2...udah buat benda yg sama hari2..alih2 tgok bersepah lagi..mmg hilang terus mood , kan

:: Leeza Joe :: said...

akak..
x bl pretzel kt fanateer mall...x sdp...mcm doh lame...kami pn dh kene tu hr...tp kt rashid mall best...yg kt dpn carefour tu....
hehhe...sempt lg shopiing mopping...ade sale lg kaaa????...sampai bile erk?????

Neeza Shahril said...

Kak Ummi,

gumuks tu dah nak coming to de lima ;)

===================================

Nurie,

masakan diorang tak sedap sangat tapi boleh la kan.. hehe..

===================================

As,

ahakss.. dah jadi cam akak tuh.. asyik nak tompam je.. dulu la ;)

nanti kurus ye.. lambat lagi la as.. hehehe..

===================================

akak,

neeza ni sebab malas masak.. kalau rajin, rajin gak merayap ke blog2 masakan hehee..

Neeza Shahril said...

Noniey,

haaaaa... cerita apa pasal akak tu hahhhh??
hehehe.. wonder ke wonderpets? hehehe..
nak tahu jugak ke? eh nak tahu apa ye? ;)

===================================

Kak Jie,

orang rajin senang.. neeza ni malas kak Jie..
tapi tak suka tengok sepah hehehe..

===================================

Liza,

haah kan.. macam benda dah lama dia jual.. pelik betul la.. agaknya 37 kali recycle kot hehehe..

kat Carrefour sedap? Auntie Ann's ke tuh? yummmyyy!!

chekgu Bani Hassim said...

Hehe...
makan besar nampak...
malas masyak punye pasal, dah terbang sr90...
Kalau convert duit msia tu mahal kut...

tp skali skali xpe la kut..
2 kali 2 kale, botak pale...heheh...

saye pun suke pretzel auntie anne gak...pretzel tu pun consider mahal la tu...
sini dlm 4hingget lebih kut...
sedapnye...

makan sket dah kenyang...huhu...
kalau dpt yg celup yg cinnamon sugar tu...sekal ngan squezze lemon...fuh...

aNIe said...

Neeza...did I miss something..?

Neeza pregnant ke? Tu neeza kata...'time macam ni selalu kene low pressure?...'

Sedap nampak menu neez tu especially...sotong Tomyam Gung tu...

zino said...

salam merdeka dari KL.. selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak.. dan selamat berpuasa..

zura aini said...

Standardlah tu bila jadi ibu :-
-sekali sekala mood tak OK, rumah pula bersepah, terus malas nak masak
-anak nak pujuk mak belikan itu ini dengan ayat meleleh "dah lamaaaaaaaa tak makan" ciankan.

Abahnajwa said...

Neeza..bestnya tomyammm..bestnya makan luar..bestnya anak buat sepah sebab ada alasan nak makan luar..hahahahaha

ooo..sudah gumuks arrr? Gumuks ya??(plural tuu)..

Abahpun rindu Auntie Annes tu Neeza..makan yang ada dip almond tu..aduihhh..buat kecur jer tau Neeza nii

Adry said...

sekali skala makan luar best la kan kak.. hehe :)

I'm away tomorrow.. balik i visit here again k

Mak Teh said...

Neeza, apa salahnya sesekali makan kat luar terutama dalam keadaan macam neeza sekarang ini. Lagipun di negeri orang tentulah ada keinginan nak rasa makanan kat restoran-restoran terkenalkan?

Mak tehpun jenis tak boleh dok dalam rumah sahaja. So mak teh faham Neeza punya perasaan. Hehehe!

Cat Cat said...

Kak Neeza,
Sekali sekala makan kat luar apa salahnya, kan..??? Ni kira ber"dating" lah dengan cik abang... Hehehe.

cikMilah said...

OOOOOOO... gemuks itu macam ya....yayyyyyy, minta nak makan apa pun boleh la....
ishhhhh... lambat tangkaplah makcikMilah ni...

Neeza Shahril said...

Cikgu Banihassim,

duit sini murah sikit.. kalau convert duit mesia, lagi rendah dari 90 la maknanya.. ;)

sedap kan Auntie Anne's tu... rasa dia fres sungguh.. maklumlah kita boleh nampak orang tu dok menguli roti tu kat situ jugak :P

===================================

Kak Lady,

you didn't miss anything that I don't tell ;)

mungkin ada something :). Insyaallah...

===================================

Zino,

salam merdeka dan selamat berpuasa jugeee :)

Neeza Shahril said...

Kak Zany,

anak2 memang pandai ambik hati untuk dapat apa2 kan ;)

===================================

Abah,

best dan besttttt sangat hehehee...

iye la Abah.. gumuks nih... memang plural hahaha!!

eh! samalah.. neeza pun suka dip almond tu... :)

===================================

Adry,

sekali sekala ok kan!
okay... take care ye :)

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

banyak excuse dalam keadaan macam neeza ni kan Mak Teh hehee..

kalau neeza duduk aje dalam rumah, boleh pengsan lah rasanya ;)

===================================

Cath,

dating tapi anak2 ada sekali hehehe..

===================================

Kak Cik,

memang neeza tak cerita.. sebab tu kak cik tak tangkap hehee..