Sunday, November 23, 2008

Bila rindu...



Bila kita rindukan seseorang, kita selalu fikirkan tentang dia. Kalau kita tak rindu, sudah tentulah kita tak ingat pun. Bila rindu, segala-galanya akan mengingatkan kita pada seseorang tu.


Kenapa tiba-tiba cakap pasal rindu hari ni ya? Ada beberapa sebab sebenarnya. Pertamanya, tak lama lagi Neeza akan merindui seseorang yang akan berada jauh dari Neeza buat seketika. Biarlah ia menjadi tanda tanya bagi yang tak tahu. Bagi yang tahu, sudah tentu akan faham bagaimana perasaan rindu tu. Walau bagaimanapun, Neeza redha dengan perpisahan sementara itu...


Keduanya, semalam Neeza post gambar-gambar gathering kami disini. Ramai di antara che' abang didalam gambar-gambar tu sebenarnya baru tiba dari tanah air tercinta. Ini bermakna, mereka baru sahaja meninggalkan insan-insan tersayang iaitu isteri dan anak-anak. Sekurang-kurangnya perpisahan itu akan memakan masa 2-3 bulan. Ada di antara isteri-isteri mereka visit blog Neeza dan menatap wajah wajah kesayangan mereka. Hilang sikit rindu bila dapat lihat kegembiraan suami masing-masing. Sudah tentu juga air mata akan mengalir sayu.


Masih Neeza ingat lagi perasaan rindu itu semasa Neeza berada jauh dari suami lebih setahun yang lepas. Hampir tiap-tiap hari menangis sebab rindu especially bila dapat online. Mujurlah ada anak-anak untuk jadi pengubat rindu.


Walau bagaimanapun, kita perlu ingat (penting untuk Neeza sendiri) bahawa sejauh mana kita rindukan insan yang bernama manusia, rindu kepada Allah lebih utama dari segala-galanya. Ini kerana destinasi kita yang kekal abadi adalah disana...

21 sugar & spice:

maklang said...

tak pernah maklang jadi komentar pertama..he..he..ari ni I dapat...

Maklang sekarang rasa rindu nak ke Mekah...kadang sayu sangat bila tengok orang lain dapat jemputan ke sana...kita bila pulak agaknya ye..moga akan dapat 'hadiah' ini dalam masa terdekat, InsyaAllah

Jie said...

amboiii.....rindu tetap disini
setia menemani....

tulipurple said...

ermmm....suspensss nie,ahaks'.
ni ada org nak blk kg lagi ke..sebab after 7mths tak bley naik flight kan?erkkk...ke baby tu jadi rakyat asli jubail ke..ishhh,aduishh sy lak terover2 pk rindu ape ini...hahaha.
wateve it's...semoga semuanya lancar dan diberkati.

zura aini said...

betul neeza, rindu sesama manusia kejap timbul, kejap hilang, rindu kepadaNya yang abadi.

nurie said...

rindu itu satu penyeksaan...tapi zaman skrg senang...kat mana2 bole contact...sy plak rindu kat arwah ayah...mcm mane nak buat nih?

noniey said...

saya plak skrang ni rindu nak rasa perasaan bila kita dapat jumpa ngan dia lepas berpisah. dulu, saya jadi weekend wife kan. hujung minggu baru leh jumpa. perasaan masa jumpa tu memang best. teringin sgt nak rasa balik perasaan tu. tapi tak nak duk jauh.. huhuhu..camne tu ek?

Kak Elle said...

saya plak rindu kat arwah mak dan bapak....sob..sob

Tie said...

Rindu ...biasalah makcik emo ni memang selalu merindu. Dah tua kot! Neeza muda lagi..

jane said...

salam Neeza,

salam kenalan. best2 entry blog ini.

Neeza Shahril said...

Maklang,

bravo maklang! hehee.. nanti neeza bagi hadiah.. sekalung doa dari bakal ibu.. ;)

Insyaallah, akan dipermudahkan hajat maklang tu.. teruskan berdoa ya..

***********************************

Kak Jie,

bila rindu barulah mesra.. :)

***********************************

Tulip,

jangan kata nak naik flight, nak berjalan pun dah termengah mengah.. ada orang nak tinggalkan akak :( tapi takpelah.. kejap aje..

***********************************

Kak Zany,

kalau kita rindukanNya.. Dia pasti akan lebih merindui kita kan.. :)

***********************************

Nurie,

banyakkan berdoa kepadaNya..
semoga arwah ayah nurie sentiasa berada dibawah rahmatNya...

Neeza Shahril said...

Noniey,

akak suka perasaan itu.. makin merapatkan hubungan..
tapi macam noniey, akak pun tak nak berjauhan.. tak sanggup... :(

***********************************

Kak Elle,

banyakkan berdoa.. mereka menantikan doa kak elle dan adik2 kak elle tu...
semoga roh mereka aman disana.. Ameen...

***********************************

Kak Tie,

psstt..pssttt.. sape kata Neeza muda? dah tua ni.. kedut kedut pun banyak dah hehee..

***********************************

Cikgu Jane,

salam kenal cikgu.. :) terima kasih sudi kesini..

:: Leeza Joe :: said...

rindu...bl rindu sy suke dgr lagu jiwang2 kt blog akak ni..tangkap leleh beb...istimewanya manusia ni sbb ade feel rindu..makhluk ln ade ke? ok la pd yg rindu org yg dikasihi tu byk2 la sbr... insyaAllah suatu ketika nnt rindu kite akn terubat jua...

Unknown said...

neeza...:-)

rindu! best ....

abe pin doh pindah url.

hehehe

a p

Neeza Shahril said...

Liza,

lagu2 tu dah selalu akak dengar, bosan lah pulok hehee..

***********************************

Abe pin,

ooo.. betul la pindah url ya..

nati neeza ggi deh.. :)

Anonymous said...

salam akak

emmbile rindu sebutlah nama... mungkin hilang sket rindu di hati... :) tak pun tgk gmbr hehe

> rindu itu perit

elisataufik said...

10 hari aje, tak lama..
and lagipun, dia pergi berjuang, bukan untuk berseronok-seronok. Nanti kitorang tolong tengok2kan, k?

Cat Cat said...

Neeza,
Cath pun rindu sesangat famili Cath kat kampung... Tak lama lagi, we will be HOME.. Yeehaa...!!!

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Pak Man tiba-tiba teringat nak balik tengok banjir kat kampung....rindu ko tu?

RozIlah Kamarudin said...

jadi ibu tinggal ye neeza...

kesian...cang come intan payung...

tak lama..k!!

Neeza Shahril said...

Manje,

kalau sebut nama tapi tak dapat tengok orangnya.. tak hilang rindu.. makin sedih aje.. huhuuu...

***********************************

Elisa,

10 hari rasa macam 10 tahun je kalau jauh.. tapi kalau dekat, macam 10 minit lah pulak hehee..

tengok2 kan aje ke? kalau nakal rotan ya.. hehee..

***********************************

Cath,

nak balik ke Cath? bestnya.. dapatlah makan nasi lemak kg baru.. yummyyy!!

***********************************

Pak Manlaksam,

rindu jugak tu tengok banjir...
best kan tengok banjir... tapi kalu kena banjir, memang tak best hehee..

***********************************

Kak Olie,

tinggal dalam 10 hari kak..
tapi sedih jugak.. :(

Adry said...

Rindu... rindu... banyak yang saya rindu...