Monday, November 24, 2008

tanya soalan..



Ada orang tanya kat message box,

"Kereta kat Al Jubail berapa?"

Subjektif sungguh soalan tu. Dia tanya Neeza ada berapa kereta ke? Tapi macam tak logik sebab apa hal pulak nak tanya kereta orang kalau dia tak kenal kita kan.. :). Mungkin juga dia nak tahu berapa harga kereta disini.


Kalau harga, dalam dunia ni rasanya takde satu negara pun yang jual satu jenis kereta yang sama di seluruh negara. Walaupun Malaysia ada mengeluarkan kereta Proton, ia masih lagi jual berpuluh-puluh jenis kereta jenama lain.


Samalah macam di Al Jubail ni. Harga kereta bergantung pada jenis kereta. Cuma, apa yang Neeza boleh kata, harga kereta baru di sini rata-rata hampir 50% kurang daripada harga kereta di tanah air. Mungkin sebab tax nya sangat rendah. Untuk confirm sebab sebenar kenapa harga dia lebih rendah ni, Neeza kena pergi tanya kementerian yang uruskan hal penjualan kereta lah heheee.. Tapi, Neeza tak pergi lah tanya sebab takdek lah kerjanya kan. Bukannya Neeza ada business import export kereta pun :P.


Bila beli kereta disini, perlu bayar insurance (biasalah tu..). Tapi di sini takde road tax / cukai jalan. Maknanya takdelah terlekat kertas comel berwarna-warni kat cermin kereta tu :). Biasanya cermin depan kosong aje melainkan ada pas-pas masuk tertentu.


Lesen memandu pula, bergantung kepada tempat. Kalau di Al Jubail, international license tak boleh convert kepada lesen tempatan. Laa'! (Tak boleh). Kalau di Yanbu (daerah di sebelah barat laut Arab Saudi), boleh pulak. Padahal Al Jubail dan Yanbu berada di negara yang sama. Jangan lah tanya kenapa ya sebab Neeza pun lupa tak tanya pada Menteri Pengangkutan dia.. kenal pun tak.. hehee..


Itu sahaja cerita hari ni. Hehehe.. ngelat sebenarnya sebab tak tahu nak tulis apa. Jadi, ulas aje lah benda ni secara panjang lebar.. kehkehkehhhh..

19 sugar & spice:

Tie said...

Aiik?? Tak de road tax?? Wah..itu sudah bagus..hi hi..Harga kereta pun kurang . Tapi, tie rasa bilangan kereta kat sana jauh kurangnya dari di malaysia ni..betul ke??

ummu asiah said...

rasanya di bnyk negara maju memang harga kete depa murah sesangat..separuh dari harga kete di malaysia..patutla they can afford utk pakai kete cantikand canggih. tengok saja jenis2 kete yang masuk malaysia dari singapore utk ke genting highlands..memang baru2 dan cantik2. kat msia dah la harga kete mahal, road tax lagi, insuran pun mahal..minyak lagi mahal!!!..

Kak Elle said...

neeza mungkin dia bertanya pasal tau keta di sana murah kot...so berapa biji neeza ada?...hahaha

Jie said...

soalan upsr tu neeza...


kak jie pun baru je blk hidupkan lesen memandu..dah 2 minggu mati..selama ni ke hulu ke hilir...mcm raja kt jalan raya rupanya lesen dah mati.

kak jie dtg blog neeza ikut google reader...blog kak jie down..tgh transfer web hosting..mgkn esok elok la kot..hope everything will turn out fine

elisataufik said...

actually kan,
1) Kat saudi tak ada tax lansung. Customs tax pun tak ada, tapi usually agents would take a big portion of the sales profit. Walaupun begitu, kereta kat sini jauh lebih murah dari kat malaysia, mercedes boleh dapat dalam 100-150k sahaja. (Tapi saya tak guna mercedes... ehehe)

2) "Mahfi Musykila" means "No problem", "Takde masaalah". "Tak boleh" selalunya diorang cakap "musykila" which means "problem!" (Masaalah!). :)

:: Leeza Joe :: said...

akak..
ee..dh sethn kt cni sy pun lupe nak kira brp biji kete yg ade jubail..kikik... nnt sy mnta keje partime banci bil. kete kt cni... dok bwh khemah pas2 ltk kon kaler oren...ahaksss...

Shah CJ said...

pun nk tanya nih.. hehe..

camna kak neeza blh berada kt jubail? hehe

suami keje apa?

sori eh kak 'bdk sekolah' tanya. :D

- cikgu jawe

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

kereta kat sini banyak.. tapi tak nampak banyak sebab jalan 3 lane. Lagipun bila lelaki je yang boleh bawak kereta, kereta2 lain tu banyak parking kat rumah aje..

***********************************

Kak N...,

di S'pore kereta mahal rasanya.. tapi ditempat lain memang murah.. macam di Thailand.. murah sangat kalau compare dengan malaysia..
apa nak buat kak.. kita ni merempat di negara sendiri.. :(

***********************************

Kak Elle,

hahahah!!! neeza ada berbijik bijik.. kereta mainan.. hehee..
1 je la kak..

***********************************

Kak Jie,

patutla takde update kat sini..

bahaya tu Kak Jie.. driving takde lesen hehee..

***********************************

Elisa,

oooo ye ke? tak tahu pun.. bagusnya.. kira banyak giler la company car tu ambik untung kan.. :)

hehee.. tadi pun kena tegur dengan Encik Shahril pasal tu.. terus neeza tukar.. hahaha!! namanya belajar arab tapi benda easy pun salah.. hehee..
thanks Elisa :)

***********************************

Liza,

hehee.. haah kan.. mungkin dia nak tahu jumlah kete kot hehee..

***********************************

Cikgu J,

akak ikut suami..

dia kerja kuli jee... :))

Adry said...

owh... bestnya takda road tax... hermmm info baru ni... terima kasih kak

Neeza Shahril said...

Adry,

no problem.. terima kasih tu.. macam nak datang dok sini je.. hehee..

silversarina said...

Kereta, kereta..... nak merz entah bila nak dapat , belilah neeza untuk akak ..hehehe.

kuIna said...

ko mcm tu ada peluang la sy pakai ferrari yer... hahaha..

harga keta murah sebelahnya cm kat Mesia nie mcm nak kena.. duti tu duti, AP itu ini nie last sekali yg kenyang perut depa....
kita anak ikan bilis... kena terima aja...

drNO said...

adoi...murah ye..kat sini nk beli keta pun jenuh pikir berpuluh2 kali...
belikan satu...hahhahahah

MAMAMIA said...

Banyak jugak bezanya ya...

Kalau perempuan, ada problem tak bawa kereta kat sana?

Zahraa George said...

hehe..keta kat saudi mmg murah...tapi kalau 4wd,lbh kurang kat malaysia jer rasanya..
Rasanya kalau kat malaysia kereta baru nak launching,kat sini dah buruk..hehe...dah ketinggalan..
Kalau lah Malaysia kereta murah,tak lah kita nampak orang naik motosikal :)

pssssstttttt...Kalau nak kira kereta kat saudi nih susah lah nak kira,Apa kata kira motosikal ker ?? hehehe...tu baru boleh bilang ngan jari :P

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

nanti neeza cari merz mainan ye hehee..

***********************************

Kuina,

Neeza pernah nampak ferrari kat sini tapi rasanya kalau dah namanya ferrari.. memang le mahal hehehh..

***********************************

Drno,

nak kereta kuda ke, kereta lembu.. dua dua takde kat sini hehe..

***********************************

Mamamia,

kat sini lesen untuk lelaki sahaja.
pompuan, jadi mem duduk sebelah ataupun belakang :))

***********************************

As,

betul tu As.. macam kat sini.. kita yang baru kerja.. eh kita pulak hehehee.. che' abang yang baru kerja pun dah boleh beli kereta kan.. :))

rasanya, sampai malam duduk baru boleh habis sebelah tangan kat As.. ;)

Anonymous said...

Saya ada tgk iklan citroen, harga yg tv, harganya 60k sr, walhal kat malaysia maunya 100k lebih.

Neeza Shahril said...

Suweileh,

tu la kan.. padanlah kat sini orang pakai kereta besar2 je.. :)

Amie said...

Salam ...

Saja je nak mencelah sikit ... sebenarnya kat Yanbu ni boleh guna International Driving License (IDL) sblm dapat iqama je ... kalau dah dapat iqama dah tak boleh guna. Tapi mungkin lain orang lain pengalaman.

Kalau ikut pengalaman, yang convert tu sebenarnya lesen memandu Malaysia bukannya IDL. Masa hantar borang diaorang minta terjemahan lesen memandu Malaysia bukannya IDL. Jadi bila dah dapat Iqama kena la convert lesen Malaysia ke lesen Saudi.