Tuesday, November 25, 2008

Chestnuts / Buah Berangan (Daydream fruit? ;))



Beberapa hari lepas, Kak M bawak buah berangan yang dah di bakar dalam oven ke kelas. Syukran Jazilan... Neeza ada nampak buah berangan atau chestnuts ni di jual di Panda (grocery store di sini). Murah sangat kalau nak dibandingkan dengan yang kita beli di Genting Sempah tu ;). Sebungkus yang rasanya ada dekat 30 biji baru SR7.50 (kalau tak silap la). Tapi... dan tapi lagi... ianya mentah! Belum di masak. Kalau nak masak, kena cari pasir atau cara yang lebih mudahnya bakar saja dalam oven. Neeza pun baru tahu cara ni. Jadi lepas ni, boleh lah beli buah berangan dan toast aje!


Dalam bas, on the way balik rumah, Neeza berborak dengan Kak N tentang buah berangan ni. Katanya, anak dia tak suka buah berangan. Mungkin sebab ianya adalah buah orang kampung. Neeza kata, bukan makanan orang kampung tapi makanan tupai! hehee.. Selalu dalam cartoon, tengok tupai chipmunks tu selalu makan buah berangan ni kan.






Balik rumah pulak, Neeza cakap lagi pasal buah berangan ni dengan Encik mister. Dia kata, tak main lah makan buah berangan. Tu buah hutan. Dia cuma makan buah bandar aje. Elehhh.. ngada ngada betul...


Tak kisah lah, buah kampung ke, buah hutan ke, makanan tupai ke, Neeza tetap suka buah berangan ni. Tapi satu benda yang Neeza musykil, kenapa nama dia buah berangan? dan dalam English pulak chestnuts? Boleh tak kita panggil dia daydream fruit (buah berangan) atau kacang dada (chest nuts)?? hahaha!! sesuka hati Neeza aje kan :P.


Edited to post:

Di atas permintaan my dearest adik yang katanya my beloved niece and nephew suka makan buah berangan ni, neeza tuliskan cara-cara nak masak buah berangan ni. Oh well... bukan lah bermakna Neeza pernah buat ya. Tadi, g00gle dan dapat cara toast dia. Sila lah ikut kalau rasa best hehehhh..

Cara membakar buah berangan ada 2:

1. Bakar dalam oven

Basuh buah berangan tu. Kemudian, hiris sikit kat bahagian yang ada macam circle (bulatan) kat muncung buah tu. Sikit saja tau. Ini untuk elakkan buah tu daripada meletup macam mercun bola kat dalam oven tu. Lepas tu, susunkan buah berangan dalam oven. Seelok-eloknya alas lah sikit dengan baking pan. Then sprinkle buah tu dengan air garam. (Kak M ajar, rendam dulu buah berangan dengan air garam sebelum bakar. Tapi Kak M tak kerat pun buah tu rasanya). Boleh cuba lah. Lepas tu bakar pada suhu 400 F selama 20 minit. Kalau ikut cara Kak M yang tak kerat buah tu, dia bakar dengan suhu 350 F selama sejam. Logiklah kot sebab tak kerat kan. Jadi, lama lah sikit nak masak.


2. Goreng guna pasir

Ambil pasir pantai atau apa apa pasir yang bersih (Jangan pulak curi pasir kat kawasan binaan ya. Nanti kena kejar dengan bangla kerja kat situ). Lepas tu masukkan buah-buah berangan dan goreng sampailah masak. Yang ni leceh sebab kena berdiri kat kuali tu macam pak pacak!


Itu aje ye dik. Cuba lah.. nanti kalau jadi, tolong post ke Jubail ni hehehhh...



17 sugar & spice:

cheryna zamrinor said...

dekat belakang belukar umah sha ade pokok nieh dulu....sha slalu pungut ngan arwah nenek...best! skang sha rindu sangat nak makan buah nieh sbb tak tinggal situ lagik:(

nice topic kak neeza!

cheryna zamrinor said...
This comment has been removed by the author.
Tie said...

Buah berangan ni memang sedap. kak tie pun suka..tapi tak tau lak boleh masak dlm oven..berapa lama tu?? tak meletup ke?? Hi hi..

silversarina said...

chest nuts, sedap dipanggang dalam oven makan dengan butter, buah daydream ni buah orang kaya sebab tu mahal, kalau di Jordan buah berangan dari turki paling mahal , besar buahnya dan memang best, sebab tu kat malaysia buah ni mahal, susah nak dapat ..kacang dada tu yang berbulu kot ...hahaha.

Kak Elle said...

neeza saya suka buah berangan yg di goreng ngan pasir rasa dia lain dr kita bakar kat oven...arwah bapak suka beli yg mentah dah dia bakar kat oven meletup2 bolih dengar ..pop..pop...

Unknown said...

neeza...:-)

nak minta tolong tukar link url ko abe arif tu...bakpo boleh balek doh.

1tosix tu dah jadi blog mamat tu..hehehe

abg arif

Ummi365 said...

hehehe... ada2 je neeza ni.. tapi oklah lah berangan nama kan buah tu...tak tau pulak buah berangan tu ada kulit luar berbulu..

ish ish k.ummi suka buah berangan tu..mahal tau kalau jual kat kl ni..tapi tak tahan sangat sebab lepas makan mesti perut berangin..

:: Leeza Joe :: said...

hrp2 kak neeza x tkr name2 buah tu erk... buah rambu ramba plk dh...hhehe...org tua2 kt sape yg suke mkn buah berangan suke berangan2 mcm mat jenin...betul ke? hehhe..jgn jatuh pokok kurma udah lerrr...

Neeza Shahril said...

Sha,

akak selalu dengar orang kutip buah ni kat kampung aje.. jeles betul la sebab tak pernah akak jumpa..
balik la Sha kampung, gi kutip.. pas tu hantar kat akak hehee..

***********************************

Kak Tie,

neeza baru jumpa cara nak masak dia.. nanti neeza edit post ya.. :)

***********************************

Kak Rina,

kat sini murah sangat.. yang besar2 pulak tu. puas betul makan..
tapi neeza makan yang kakak M tu bagi je la..
nanti nak beli kacang dada tu nak bakar sendiri hehee..

***********************************

Kak Elle,

bila neeza rasa kan.. macam sama je rasa dia..
mungkin sebab tekak neeza dah laaammaaaa sangat tak makan daydream fruit ni ;)

***********************************

Abg Arif,

orait.. nanti neeza tukar smula..
bakpo lah jadi lagu tu dih? hmmm...

***********************************

Kak Ummi,

tu la.. bila tengok bulu tu, cam geli lah pulak hahaha!!
ooo.. banyak angin rupanya.. patutlah pening kepala neeza kelmarin.. sekarang ni neeza sensitif betul dengan food yang banyak angin.. :)

***********************************

Liza,

best jugak buah rambu ramba kan.. species rambutan lah jadinye :P
haaaa... best jugok tu dapat panjat pokok kurma.. hehehe...

tulipurple said...

buanh ni memang feberettt saya..sbb dia mahal kat sini kan,kalo beli sepeket tu memang sy takmo kongsi..haha.tp..kenapa org kata tu buah kg ek?kan ke mahal...?!
hubby sy pun selalu tanya kenapa bukan 'daydreamnut'..hehe

cikMilah said...

ketuk sikit kasi kulit retak sebelum masuk oven - InsyaAllah tak meletop!
Mai Penang, rata-rata ada, kat Gurney Dr, Kota Lama, Jelutong, Penang Road, Chowrasta lagi la...
Selalunya apek jual dengan kereta tolak berasap lagi dalam kuali besar, goreng dengan batu sampai dah hitam batu pasir tu macam biji kopi arab! Lately dah jumpa berangan goreng ala-apek ni diusahakan remaja Melayu...
Hokkien panggil lak chi.. he he he

Ja....pst.. teringat pulak, cerita chesnut kakLil belanja Abang Arif kita masa depa dating...he he he..syyyy.!

noniey said...

saya tak pernah makan buah berangan ni. sebab kalau kat genting sempah tu, cina je yang jual kan. n rasanya mostly memang cina pun yang jual kan. huhuhu

zura aini said...

neeza,
susah tu nak tukar nama, orang dulu-dulu mesti dah fikir panjang kot,
just imagine, jadi kacang dada, lepas tu ada yang tersyasyul jadi buah @#$%, ha, ha....

buah hutan ni mahal, di depan pasaraya sekarang ni ada jual, 100 gram je lebih drp RM2.00. Sedapkan.

Dulu-dulu kat pekan di kg ada jual yang jenis kecik-kecik tu. Yang jenis berambut dalam gambar neeza tu saya pernah lihat di kampung kawan, jenis kecik sangat. Yang tak berambut tu jenis besar agaknya.

kakLuna said...

ya..betui tu cikMilah...kat penang, tepi bazar chowrasta tu la femes buah berangan nya.. :)

Zahraa George said...

as tak suka buah nih sangat,sebab tak sedap..kah kah kah

akak,jangan bagi coan makan tau buah nih!!nnti lagi kuat dia berangan ..hehe :P

Neeza Shahril said...

Tulip,

sedap kan..
mungkin sebab asal dia dari kampung.. bukan macam buah apple.. dari oversea.. macam lah oversea takde kampung kan! hehe..

***********************************

Kak Cik,

Ja try buat dah cam tu.. nampak okay yang dikerat sikit tu..
yang tak terbelah tu, memang meletup tup! hehe..

best tu cerita tu.. nak gi korek dalam blog dia lah ;P

***********************************

Noniey,

akak beli aje sebab tengok macam okay aje.. hopefully la.. :))

***********************************

Kak Zany,

kahkahkah!!! kalau tersasul memang masalah.. hehe.. dah rupa dia pun ada iras2 hahaha!!

Oooo.. yang berambut tu yang kecik ke? neeza biasa tengok yang dah bulat gelap tu je hehe..

***********************************

Kak Luna,

kalau di Pahang, genting sempah la.. :)

***********************************

As,

akak suka lah pulak hehee..

Coan memang suka sangat.. sebab tu suka berangan kot ;)

Karimah yusoff said...

Ya saya pun suka