Wednesday, November 26, 2008

Nak cari rumah ke?



Kelmarin dalam kelas Bahasa Arab, kami belajar conversation (temubual) antara mustakjir (tenant) dan muajjir (landlord) - Sorry! kami tak install character arabic di laptop ni. Jadi tak boleh tulis arab lagi disini :). Baiti ialah rumah (yang didirikan di atas tanah dan Shaqqah ialah apartment ataupun flat. Tapi entry ni bukanlah untuk belajar bahasa arab sebenarnya.


Tujuan entry ini ditulis ialah untuk menjawab pertanyaan seorang insan yang mungkin akan kesini tak lama lagi. Bertambah lagi rakyat Malaysia di Al Jubail. Ahlan Wasahlan :).


Since pertanyaan itu berkaitan dengan Al Jubail, biarlah Neeza tulis secara category. Itupun setakat pengetahuan Neeza lah ya. Bila Neeza kata Al Jubail, ini bermakna, ianya relevant di sini sahaja. Kalau tempat-tempat lain di Saudi ni, memang lain lah. Banyak juga bezanya.




  1. Rumah (Baiti)

    Kebanyakan rumah ditempatkan di area lebih kurang 15-30 minit dari Jubail Town. Kami panggil area tu Fanateer. Ada juga yang panggil Royal Commmission area. Ada rumah teres, berkembar, banglo (single storey atau double storey). Triple storey mungkin ada tapi rasanya tuan dia duduk sendiri. Yang pastinya semua penempatan untuk rakyat luar adalah secara SEWA. Warga luar memang tak boleh ada real estate disini. Lagipun, bukannya murah nak buat rumah disini. Kalau takde SR1 juta ke atas, duduk diam-diam aje lah. Lagi pun bukan besar pun rumah yang dibuat dengan nilai SR1 juta tu.

    Range harga rumah sewa adalah dari SR40K - SR60K setahun. Kalau bernasib baik, mungkin dapat yang SR30K dan yang sekitarnya tapi sejak ekonomi tak berapa nak okay ni, rumah dah naik sewa.

    Ada rumah kosong (unfurnished), ada yang partly furnished (mungkin dia bagi sikit-sikit furniture ataupun alat elektrik yang asas seperti washing machine, fridge dan aircond. Ada juga yang fully furnished. Semuanya bergantung kepada landlord. Kadang-kadang rumah tu memang dia pernah duduk sebelumnya dan dia tak nak ambil furniture lama. Jadi, penuh lah furniture dan segala mak nenek dalam rumah tu :).

    Nak sewa rumah atau apartment, perlu melalui real estate. Di sini memang banyak real estate. Pergi aje tanya yang mana berkenan.


  2. Apartment (Shaqqah)

    Apartment memang banyak di Jubail Town. Kalau tinggal di Jubail Town, meriah sikit sebab kedai-kedai banyak di sini. Happening lah sikit especially kepada encik encik yang suka nak menge'teh' tu :). Kalau tinggal di Fanateer, ada juga tempat menge'teh' tapi mahal lah sikit sebab area rumah mahal kannnn... ;).

    Range harga Shaqqah ni daripada SR15K - SR30 setahun bergantung kepada jumlah bilik, size rumah dan beberapa aspect lain. Biasanya apartment ni adalah apartment untuk family dan biasanya unfurnished. Disini apartment tak campur family dan single. Single apartment ini adalah untuk lelaki sahaja. Tiada apartment untuk bujang perempuan sebab perempuan tak boleh datang duduk sini seorang diri melainkan mereka adalah lecturer, nurse ataupun tukang cuci (buruh kasar). Mereka memang disediakan penempatan tersendiri.

    Ada juga furnished apartment (kebanyakannya untuk single) dan harganya memang 'murah sangat' hehee.. Sebulan (BUKAN SETAHUN) dalam SR4K-SR6K. Kalau untuk sementara okaylah kot. Kalau untuk lama-lama, faham-faham aje lah kan :). Lainlah kalau memang company bagi duduk situ dan diorang tak bagi allowance.


  3. Compound area

    Rumah di compound mahal sikit sebab ada security jaga. Ada yang mencecah SR80K setahun. Pada kebiasaannya rumah compound ni company bagi kepada those yang dia tak bagi allowance rumah. Memang tak kisahlah harga dia berapa sebab company yang bayar.


  4. Cabin

    Cabin ni adalah untuk pekerja buruh. Rasanya takde lagi rakyat Malaysia yang datang sini tinggal di cabin. Tapi, kena explain juga sebab manalah tahu kot ada yang ternampak cabin santai kat tepi jalan kan... :)


  5. Tidur tepi jalan

    Siapa yang sanggup, boleh lah cuba. Kalau tak kena tangkap dengan murur (polis) kira nasib baik la.. hehee.. gurau aje tau... :)


Sekian untuk kali ini. Kami? Kami tinggal di Shaqqah saja buat masa ni. Jimat duit sikit. Biarlah orang nak kata kami kedekut ke, sayang duit ke, kami tak kisah. Yang penting kami bahagia :)). Alhamdulillah...

21 sugar & spice:

arsaili said...

salam....apa org nak kata tidak penting..yg penting kita tahu kemampuan dan apa yg kita selesa...

KM said...

Saya cari umah atas pokok, ada tak Kak Neeza? hehehe.......

Shah CJ said...

hoh! tersedak sat. mahal juga sewa rumah kt sana.. :) bln2 4K tu mcm sewa lot kedai kt alamanda.. huhu

zino said...

kat KL ni pun dah susah nak dapat rumah sewa yg mampu bilik...masa akan datang entah macam mana harga nya..

drNO said...

hehheh...sungguh details...
thanks for the info..:)

Abahnajwa said...

Wahh..Besanku...Untungnya menantu2 Neeza nanti..umminya dah mula berkira nak belikan rumah ya?

hahahahaha....

:: Leeza Joe :: said...

hahhahah... kt cni blh juga klu nak bt ran(rmh ats pokok)..ats pkk kurma...kikik.. bl dok cni mula la terkenagkn rmh sdr di tanahair...betapa indahnye malaysia...tp ade yg x reti bersyukur.... byk bersungut...hehhe...skrng rasakn bl dh tinggal di tmpt org.... ddk rmh kotak2... a bumbung2... x longkang... lps ni klu rege rmh naik dush2...makenye kenalah buka khemah dan berkampung tp pantai...hehhehe

Kak Elle said...

neeza nak beli tunggu property price turun:)

KakNi said...

Sewalah umah mengikut kemampuan masing-masing, ye tak Neeza...

Zahraa George said...

tak rugi pergi kelas arab..heheh
masa mula2 datang tekejut gila dengan harga rumah kat sini..cam tak logik jer..
tapi tu la hakikatnya...
kalau sewa rumah yg range 40-60k setahun tu,gamaknya kalau dua tahun dah 120k..bleh settle dah hutang rumah kat malaysia....hahhaha...

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Pak Man tinggal di kampung, jadi 'baiti kampung' aje lah.

Neeza Shahril said...

Arsaili,

setuju tu..kalau kita susah, bukan ada orang kisah kan.. :)

***********************************

KM,

ada! rumah tupai! hehee..

***********************************

CJ,

tu la.. sebab tu akak cari yang murah aje :))

***********************************

Zino,

rumah kat KL neeza dah rasa mahal.. di sini lagi la mencekik.. :)

***********************************

Drno,

ramai malaysian nak datang siniand bawak family.. tu yang nak tahu tu.. :)

***********************************

Abah,

hehehh.. kalau beli kat sini, tak la kot.. kat malaysia mungkin.. hehee.. mungkin jeee...

Neeza Shahril said...

Liza,

kalau rumah atas pokok kurma senang.. bila musim, petik aje.. best hahaha!!

best gak kan duduk dalam khemah.. mandi air laut minum air mineral.. makan kabsah je.. hehehe..

***********************************

Kak Elle,

kalau kat sini, memang tak mampu la kak elle.. dan tak boleh pun..

***********************************

Akuni,

betul tu.. kalau nak ikut2 orang je, poket kita yang sakit kan..

***********************************

As,

betul kan As.. baik la bayar hutang kat malaysia.. dah tentu jadi milik kita.. hehee..
kat sini sewa aje.. sayangnya la duit.. ;)

***********************************

Pak Man,

neeza lagi suka rumah kampung.. sejuk dan damai je.. :)

Adry said...

tak kisah la rumah besar atau kecik.. yang penting kita sendiri suka...

silversarina said...

Shaqqah ok aje asalkan selesa buat seisi keluarga , lagipun bukan nak menetap terus .. suami akak tinggal di cabin atas pulau , sian dia ....hehehe.

Tie said...

Oh...gitu rupanya..mahalnya sewa rumah kat sana...tak sangka, ekk.

pB said...

salam


dengar crito orghe deknun KAYO KAYO blako ....


hu hu hu

l i e y n said...

tp, shaqqah kak neeza mesti besar gak kan?
x kisah le kecik or besar asalkan selesa udah...

ZABS said...

Salam Neza,
Setuju dengan pendapat anda tu. Kita yang bayar sewa dan kita yang nak tinggal kat umah tu. Nak ikut cakap orang buat apa. Kalau kita tak mampu bayar sewa mereka nak tolong bayarkan ke?.
Kalau bayar sewa kurang sikit, tentu ada lebihan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah, seperti simpanan untu pembelajaran anak2 atau untuk amal ibadah, tak gitu?

Neeza Shahril said...

Adry,

betul tu.. kalau nak kata suka sangat tak la.. tapi ikut poket masing2 kan :)

***********************************

Kak RIna,

duduk sorang takpe.. elok duduk kecik2 gitu tak payah nak kemas..
kalau kami 1 family duduk dalam cabin, jawabnye retak cabin tu dengar suara singa neeza ni hehee..

***********************************

Kak Tie,

real estate memang mahal.. tapi kereta murah lah pulak kan :).
anyway, company bagi housing allowance kak Tie..

***********************************

Kak Pb,

pok arab mungkin lah kayo2..
tapi adok jugok ok susoh..
hok mitok sedekoh ghama jugok..

***********************************

Lieyn,

boleh la lieyn untuk kami sekeluarga..

***********************************

Pak Zabs,

betul tu.. kalau boleh jimat, apa salahnya jimat kan..
dah tentu ada guna lebihan duit tu..
kalau asyik nak bersenang lenang aje.. bila time poket sakit nanti, takut tak terbayar sewa hehee..

hidayah said...

Yang penting ikut kemampuan.. ada org punya nak ada rumah mewah smpi sanggup buat apa saja.. kalau mampu tak pe.. yg penting ada saving utk masa depan :))