Thursday, November 27, 2008

Sekolah mana yang terbaik?



Sometimes ago, Neeza ada cerita pasal sekolah di blog ni. Mungkin caranya berbeza kali ini. Lagipun, setelah setahun lebih sikit berada di sini, Neeza boleh ulas lebih sikit daripada dulu. Sekali lagi Neeza perlu ingatkan kepada sesiapa yang bertanya, apa yang Neeza tulis disini hanyalah applicable untuk Al Jubail sahaja. Di tempat-tempat lain di Arab Saudi ni, keadaan mungkin berbeza sedikit atau banyak :).


Biarlah Neeza senaraikan nama sekolah yang terdapat (setakat yang Neeza tahu) disini sebagai perbandingan. Walau bagaimanapun, ada yang Neeza tahu yurannya ada ada yang Neeza tak tahu.


  1. Al H00sam Arabic School

    Sekolah ini sudah agak lama di tubuhkan dan agak establish di Al Jubail. Ia adalah international school tapi bahasa penghantarnya ialah 100% arabic. Kalau anak-anak ada asas bahasa arab, mungkin membantu. Kalau tiada asas bahasa arab, mungkin susah sikit sebab memang segala subjek diajar dalam bahasa arab. Tapi, rasanya mungkin ada 1 subjek English di ajar. Tenaga pengajar, sudah tentunya berbangsa arab juga.

    Yuran, Neeza tak pasti. Rasanya tak sampai SR15K setahun. Kebanyakan pelajar sekolah ini adalah arab yang bukan dari Arab Saudi.


  2. Mar1ya International School

    Usia sekolah ini baru mencecah 1 tahun lebih sikit. Memang sangat baru. In fact, anak-anak Neeza dulu masuk sekolah ini. Ada beberapa sebab kami masukkan anak-anak sekolah ini dulu. Pertama ialah, ia adalah yang paling dekat dengan kediaman kami. Cuma 10 minit jalan kaki (kalau nak jalan la.. tapi diorang naik bas). Tahun ni ada seramai 5 orang pelajar Malaysia disekolah ini.

    Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari pelbagai negara. Guru-guru pula adalah dari India dan Filipino. Ada guru bahasa arab juga yang datangnya mungkin dari salah satu negara arab. Tahun lepas sekolah ni ada ajar asas French. Tahun ni tak pasti pula sebab anak-anak Neeza tak sekolah disitu lagi. Kurikulumnya banyak mengikut kurikulum sekolah Pakistan sebab Vice Principlenya adalah Pakistan. Pelajaran Agama Islam asas ada diajar.

    Yurannya, kalau tahun lepas, setahun hanyalah SR10K bagi pelajar bawah 9 tahun. Ini termasuklah yuran bas dan baju sekolah. Kami tak pasti tahun ini dia cover atau tak lagi baju sekolah tu.

    Ada personal opinion yang kurang best didengar mengenai sekolah ini tapi biarlah ianya tidak ditulis disini. Lagipun personal opinion kan :). Kalau sesiapa yang berkenaan nak tahu, datang nanti boleh bercerita panjang :).


  3. Eqra International School

    Sekolah ini lebih besar daripada Mariya Int School dan telah agak lama ditubuhkan. In fact, kami pernah tengok ada iklan di sekolah ini yang menghantar pelajar mereka ke Malaysia untuk sertai 1 exhibition. Scince exhibition kalau tak silap. Tenaga pengajar datang dari pelbagai negara tapi yang ramainya Filip1na dan Ind1a lah.

    Jumlah pelajar pun lebih ramai dan nampak lebih terbuka berbanding dengan Mar1ya Int School. Rasanya sekolah ini ada pelajar sekolah menengah juga. Kurikulumnya Neeza tak pasti ikut negara mana.

    Yurannya ialah SR12K ke atas bergantung kepada umur. Bus fee tak termasuk kalau tak silap. Sekolah ini agak dekat Jubail Town.


  4. Pakistan International School

    Seperti namanya, kebanyakan pelajar sekolah ini datang dari Pakistan dan rasanya guru-guru juga dari sana. Yuran Neeza tak pasti pula. Setakat ni takde Malaysian yang hantar anak kesini lagi.

    Location sekolah ini jauh sikit je dari Jubail Town tapi dekat dengan kedai kereta Toyota hehee..


  5. Indian Internatioanl School

    Sama seperti Pakistan Int School juga. Cuma, sekolah ini lebih besar dan lebih ramai sebab masyarakat Ind1a di sini memang ramai. Yurannya tak pasti pula. Setakat ni memang tiada pelajar Malaysia disini.


  6. Jubail International School (JIS)

    Sekolah ini antara favorite school Malaysian disini. Kenapa? Tak pastilah pula. Sekolah ini dulunya ada beberapa branch tapi semenjak tahun lepas, selepas kerajaan Arab Saudi mewajibkan sekolah mengasingkan lelaki dan perempuan, branchnya dipecahkan kepada sekolah lelaki dan sekolah perempuan sahaja.

    Kurikulumnya adalah mengikut British curriculum tapi tenaga pengajar kebanyakannya datang dari India. Tak pasti sama ada sekolah tu ada western teachers atau tak. Pelajaran agama Islam (asas) ada diajar disekolah ini.

    Disebabkan teachers kebanyakannya dari Ind1a, mereka juga result oriented. Ada juga personal opinion tentang sekolah ini tapi tak sesuai untuk cerita disini.

    Yuran sekolah ini bermula dari SR14K ke SR20K setahun (kalau tak silap). Lokasi sekolah ini dekat dengan Fanateer (Royal Comission). Lebih kurang 15-30 minit dari Jubail Town.


  7. International Scool Group (ISG)

    Sekolah ini mempunyai pelajar antarabangsa yang paling ramai (dari semua pelusuk dunia). Tenaga pengajarnya pula dalam 80% adalah westerners yang datang dari US, UK dan South Africa.

    Kurikulumnya adalah 100% American/British. Tiada pelajaran agama Islam kepada pelajar primary di ajar buat masa ini tapi ada diajar asas bahasa arab. Sekolah ini lain daripada sekolah yang lain sebab pelajarnya bercampur lelaki dan perempuan (macam di Malaysia lah). Oleh sebab itu juga lah rasanya setiap pelajar yang hendak mendaftar disini perlu mendapatkan muslim approval daripada kementerian pelajaran arab saudi di Riyadh. Proses ni cepat saja kalau kita pergi sendiri ke Riyadh tu. Tapi, kalau tunggu pihak sekolah yang tolong hantar, mungkin memakan masa berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun selama-lamanya ;).

    Boleh dikatakan sekolah ini adalah yang paling leisure sebab tiada uniform khusus. Hanya t-shirt putih dan dark blue pants. Pelajar primary ada yang pakai jeans biru pun :). Memang santai pelajar-pelajarnya.

    Yuran pula adalah dari SR40K - SR60K setahun bergantung kepada umur. Sekolah ini ada pelajar sampai Grade 9 (junior high).


Itu sahaja lah sekolah yang Neeza tahu. Mungkin ada beberapa sekolah lain yang kecil-kecil tapi memang tiada Malaysian disitu. Kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin boleh datang sendiri ke sekolah berkenaan dan bertanya dengan administrator di situ.

Juga, setiap pelajar perlu menduduki placement test sebelum masuk sekolah untuk menentukan grade yang sesuai.


14 sugar & spice:

hidayah said...

hmm.. kalau nak cakap sekolah yg terbaik ni byk aspek kita kena tgk, kan.. but still it depends on what we actually want our child to learn.. then of course la, kena tgk dari segi financial pulak.. so.. kalau saya, huhu.. tak tau mana satu..mesti tnya org2 yg hntar anak2 kat sekolah2 tu then leh buat judgement mana yg terbaik :P

Kak Elle said...

neeza meh belajar kat sekolah saya ACS International...4%malaysian...hehe

nurie said...

Wow! Survey habis-habisan nampaknya! Apapun, minat untuk menuntut ilmu tu yang penting...semoga anak kak neeza bole buat yang terbaik demi ibunya yg dh bsungguh-sungguh ni.

MAMAMIA said...

Boleh tahan jugak ya their school fees....

Kalau akak lah, prefer sek yg established sikit, ada track record. Preferably ada other Msians, senang sikit nak berkongsi pengalaman & masalah.

Jie said...

bagus info neeza... setahun tu kira dah banyak yang neeza tahu

Tie said...

Hmm... macam susah je nak antar anak2 ke sekolah tu..susah nak pilih lak..hihi..

drNO said...

ada lagi satu sekolah neeza x mention...home-schooling..hehehhe
seperti biasa....entry neeza sentiasa informative...:):):)

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Bagus, maklumat agak terperinci. Pak Man bukanlah nak hantar anak ke sana, tapi sekadar untuk tambah pengetahuan Pak Man.

Zahraa George said...

info yang bagus...boleh digunakan untuk 5 tahun akan datang bila anak as dah nak ke sekolah :P

semua ibubapa nak pendidikan yang bagus dan terbaik untuk anak2..tak salah kalau kita pilih sekolah yang bagus..
Cikgu2 yang mengajar pun kena pilih yang terbaik,baru la nnti anak2 tak kira "one hundred and one,one hundred and two" (di baca dalam slang !nd1@ ) :P
Lagipun company yang tanggung sekolah kan,so,alang2 baik pilih yang terbaik dan gunakan sepenuhnya benefit yang ada...hehe..

Tak sabar nak hantar anak ke sekolah..hehe...berangan

Neeza Shahril said...

Hida,

kalau nak ikutkan takde 1 sekolah pun yang memenuhi citarasa semua orang.. tapi kena terima lah kan..
anyway, since company bayar, kita pilih yang terbaik antara yang average tu.. :)

***********************************

Kak Elle,

4% Malaysian tu kira ramai Kak Elle.. :)

***********************************

Nurie,

tak survey pun.. tanya kawan-kawan aje.. :)

***********************************

Mamamia,

betul tu mamamia..cuma bila ramai sangat malaysia, takut budak2 ni tak bercampur dengan orang lain ;)

***********************************

Kak Jie,

tahu tu pun sebab anak neeza kena sekolah hehee..

tulipurple said...

ermm....mcmanalah gayanye bila anak2ku pula nk ke sekolah 5thn akan dtg....sekolah 'org' tu ngaji arabic tak masuk dlm ulasan ke?hehe

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

kalau semua proses lengkap, takde masalah.. yuran, company bayar.. :)

***********************************

Drno,

homeschooling? hehee.. kalau neeza la yang jadi cikgunya, memang meraung je la budak2 ni.. ;)

***********************************

Pak Man,

mungkin ada jiran Pak Man nak datang sini kan..
boleh gak Pak Man cerita kan.. :)

***********************************

As,

betul As.. kalau slang nya dah macam slank Kaj0l, susah kan.. kita pulak pening nak memahamkannya hehee...

sabar As.. 5 tahun tu tak lama. Pejam celik dan 5 tahun. Masa tu baru havoc, nak sediakan lunch box and sebagainya hehee..

***********************************

Tulip,

sekolah 'ngaji' arabic tu untuk orang2 tua aje..
kecik2 tak nak belajar.. tu la akibatnya heheee..

:: Leeza Joe :: said...

ee...akak lupe ke nak mention sebuah sekolah yg ngajor org2 veteran..ibu2 mengandung...hhehe... ape? x msk list erk...heheh...wat eve pun liza pun kena berkira2 utk choose which school are the best 4 rian...ade sethn lg ni b4 rian msk pra... klu i'm still here la...hehhe...klu x pun htr jer sekolah kt kpg.. Malaysia tanahairku...

Neeza Shahril said...

Liza,

sekolah tu untuk ibu-ibu yang tak reti-reti nak pergi sekolah awal-awal dulu. Dah tua baru nak belajar hehee...
nak cari the best school memang takde yang sama dengan tempat kita liza.. at least better than worse kan.. :)