Tuesday, January 6, 2009

Tadaa!!



Dunia rasa gelap gelita bila internet takde. Mati kutu masing-masing. Ingatkan problem apa. Bila call telecom provider, punyalah susah nak dapat cakap dengan operator. Give up sekejap. Tapi bila dah masuk hari ke2 takde internet lagi, terpaksalah tahan telinga dengar pakcik arab tu membebel english sorang-sorang bla bla bla.... (if you bla bla.. press 1, if you bla bla... press 2.. cam tu laaa...)


Barulah kami tahu punca masalahnya semalam. Baru 5 minit lepas settle problem. Alhamdulillah. Dapatlah buat apa yang patut dengan internet ni ;).


Tinggal beberapa hari lagi Neeza nak masuk hospital. Itupun kalau takde problem sebelum tu. Sedih sebenarnya sebab ini juga bermakna, Neeza akan miss class arabic, tajweed dan fiqah. Sayang betul rasanya. Setakat ni Neeza tak pernah lagi ponteng. Nak aje rasa pergi kelas bila keluar hospital. Tapi ada orang tak bagi (sape lagi kalau bukan kawan-kawan malaysian satu kelas tu). Nanti bahaya lah.. badan nak pakai lama.. takut ini.. takut itu.. Memang betul pun apa diorang kata. Tapi Neeza ni agak degil sikit. Tengoklah, kalau larat Neeza pergi aje.. huhuuu!!! Mesti ada yang teruk kena bebel nanti ;).


Kan best kalau ustazah-ustazah tu boleh datang rumah dan ajar. Ye lah tu!!! Banyaklah songel makcik blogger ni.. :P.






25 sugar & spice:

drNO said...

x lama lg nk masuk hosp? mcmana pregnancy kali ni? harap semua okay.
kita di sini doakan semoga neeza n baby sihat je...
nanti jgn lupa announce di sini, k.

Kak Elle said...

neeza mesti ikut pantang larang ye jgn susah kan diri belakang hari nanti.

class bila2 bolih catch up insya'allah dan semoga selamat semua nya.

Yummy Yum said...

laaa...ingatkan kak neeza dah masuk spital dah..dah 2 hari tak update blog kan..hopefully everything is fine nanti...mesti kakak, coan ngan shahmey excited nak dapat adik baru

Ummi365 said...

patutlah senyap.. tak dapat nak baca celoteh neeza.

dah nak masuk hospital? kak ummi doakan semoga semuanya berjalan lancar.. pergi sihat balik pun sihat.. nak berjihad nikan..

zany said...

dah nak bersalinkan? saya doakan semuanya selamat dan berjalan lancar.

Raihah Rosli said...

igtkan kk neeza da kat spital...sbb lama x update blog!

semoga slmt semuanya nnti bila lahirkan baby :)

Tie said...

Neeza due bila?? Dah sarat ke?

noniey alias said...

ingatkan kak neeza dah bersalin.. sume kat zeta tertanya2..hehehe.. sebab tak update blog.. risau je.. nanti kalau dah bersalin jangan lupa bagitau eh..

semoga selamat sumenya..

Kujie said...

moga neeza dan baby selamat...up date cepat2 ye...

zino said...

semuga ibu dan baby akan selamat sejahtera nanti... amin.....

aNIe said...

Neeza...kenapa dah nak masuk sepital? Semoga neeza and baby sihat2...take care...

Adry said...

harap akak ok jerr takda masalah... aminn

Abang Long said...

Hospital Kerajaan ke Swasta ?

Wahai Neeza, tolong berikan nama penuh dan alamat lengkap ya. TERIMA KASIH

Kebencian_Maharaja said...

Dah due ke akak?

pB said...

jangae dok ikut sgt hati tu ...

keno patae adik oiii ....


kalu sakit , kito hok sdiri keno tanggung ....

SfKn said...

kak niza, take care tau. dah 4 anak kak niza kan? kejap je masa berlalu.

Pp said...

semoga semua selamat ye neeza....semoga neeza dan baby sihat walafiat.

yes, buat lah pantang setakat yang patut....long term effect penting kan.

manlaksam said...

Pak Man doa kan semoga semua nya selamat.Aminn.

Neeza Shahril said...

Drno,

yupp.. compulsory C-sec kena pergi serah diri kat hospital kan.. ;)

thanks ya Drno..
Insyaallah, neeza akan announce..

***********************************

Kak Elle,

hehehe.. Insyaallah kak elle..
neeza cuba jaga sebaik mungkin..

***********************************

Yam,

diorang sibuk tanya bila ummi nak mengandung (beranak dia cakap mengandung)

***********************************

Kak Ummi,

takde internet sangat rimas kan..
thanks ya kak Ummi... doakan neeza ya..

***********************************

Kak Zany,

seminggu je lagi.. nervous sangat ni..
thanks ya kak..

***********************************

Raihah,

akak agak dah mesti ada yang kata akak dah beranak..
thanks ya..

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

due hujung bulan ni tapi since kena belah, serah diri awal 2 minggu kat hospital..

***********************************

Noniey,

belum... alahai.. ada lagi ke orang ingat akak kat zeta tu?
terharu la pulak.. ;)

***********************************

Kak Jie,

thanks kak Jie..
kalau ada internet kat hospital nak je neeza update hehee..

***********************************

Zino,

thanks zino.. Insyaallah..

***********************************

Kak Anie,

sebab neeza kena operate.. schedule dah..

***********************************

Adry,

akak harap gitu jugak.. Insyaallah..

Neeza Shahril said...

Abang Long,

hospital swasta.. company bayar, Insyaallah..
nanti neeza email ya..

***********************************

KM,

dah dekat ni KM.. dup dap dup dap.. :D

***********************************

Kak Pb,

heheee.. belum beranok doh keno maghoh ni.. ;)
Insyaallah kak pb..
Ja tera jago.. (tera tuuuu.... )

***********************************

SFKN,

haah kan.. kejap aje dapat 4.. produktif sungguh kan.. hahaha!!!

***********************************

Abg Arif,

thanks abg arif..
long term effect tak nampak.. tu yang tak takut..
Insyaallah neeza jaga baik baik

***********************************

Pak Man,

Terima kasih Pak Man... :)

cHeRyNa PiReS said...

layanlah bile masuk blog kak neeza nieh...dgn cerite yg best...

kalau kak neeza masuk spital, maknenye lagi boring la sha kat sini..cepat2 sihat ye!:D

KAKTINY said...

salam..

lama tak masuk sini.. dh nk beranak dah neeza yer.. hehehhe

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum...

manje doakan yg baik2 aje utk akak... jaga diri baik2 tau ~

Tamil List said...

Rangkaian Web sosial untuk 2012 New FOSTBOOK Malaysia vs Facebook

Ramai kawan dan saudara mara melalui rangkaian memenuhi http://www.fostbook.com itu. Adalah menjadi perkara biasa kepada semua negara-satunya laman Internet di dunia yang http://www.fostbook.com. Yang http://www.fostbook.com tapak rangkaian sosial negara-negara ini tidak mempunyai sekatan. Ia semakin popular di kalangan laman web rangkaian sosial. http://www.fostbook.com menjadi mampu untuk membangunkan laman web ini tidak lama lagi.

Banyak negara mempunyai sekatan di Internet tetapi laman web rangkaian sosial ini http://www.fostbook.com Facebook telah ditubuhkan di semua negara menerima pakai.

Sekarang apa yang anda perlukan adalah http://www.fostbook.com aplikasi rangkaian sosial. Http://www.fostbook.com alamat Internet yang anda memperkenalkan kawan anda untuk melihat. Komen dan idea anda, Internet terbuka dan beban.

Dalam usaha untuk mendapatkan tangan anda pada http://www.fostbook.com hari ini Internet. Bab revolusi Teknologi Maklumat untuk mendapatkan mahkota cantik. Saya faham rasa anda. Jadi saya terus menulis aplikasi yang boleh dikaitkan dengan laman-laman web rangkaian sosial. Dirinya dengan permohonan seterusnya adalah reka bentuk web. Walaupun ia adalah satu cabaran.
http://www.fostbook.com tapak rangkaian sosial dan anda sedar ini di seluruh dunia, kita harus bertindak. Ia adalah matlamat kami.

Seperti laut laman web rangkaian sosial. Kotak Dialog untuk seorang bekas, 5,6 Objek juga dipaparkan, seperti fungsi sangat besar.

Fostbook membantu anda berhubung dan berkongsi dengan orang dalam kehidupan anda. Membuat Kawan Online dan mencari kawan online Chat Live Dengan Rakan-rakan dan Bertemu Rakyat Baru dan Video Foto Saham

Dengan pelbagai jenis cinta,
http://www.fostbook.com
info@fostbook.com


Social Networking Site for Malaysia 2012 New FOSTBOOK vs Facebook

Many friends and relatives through the network to meet the http://www.fostbook.com. It is common to all countries of the world's only Internet site that is http://www.fostbook.com. Which social networking site http://www.fostbook.com these countries have no restraints. It is gaining popularity among the social networking website. http://www.fostbook.com be able to develop this website soon.

Many countries have restrictions on Internet but this http://www.fostbook.com Facebook social networking website has been established in all countries adopt.

Now all you need is a social networking applications http://www.fostbook.com. The Internet address http://www.fostbook.com do you introduce your friends to see. Your comments and ideas, the Internet is open and a load.

In order to get your hands on the Internet today http://www.fostbook.com. Chapter of the Information Technology revolution to get it pretty crown. I understand your taste. So I continue to write applications that can be related to social networking sites. Itself with the next application is a web-design. Although it is a challenge.
http://www.fostbook.com social networking site and you realize this globally we need to act. It is our aim.

Like a sea of social networking website. Dialog Box for an ex, 5,6 Objects is also displayed, such as its functionality is very big.

Fostbook helps you connect and share with the people in your life. Make Friends Online and find friends online Chat Live With Friends and Meet New People and Share Photos Videos

With different kinds of love,
http://www.fostbook.com
info@fostbook.com