Heheee.. pelik bunyi tajuk tu kan. Hari ni rasa macam nak tulis in Bahasa pulak la. Nanti lupa pulak Bahasa Malaysia. Hahahaa!!! duhhh!!! takkan lupa la Bahasa Malaysia.. it has been in me for 33 years.. ye ke? rasanya masa lahir belum pandai cakap kot. whatever la neeza...
Saje je, this entry akan jadi the shortest entry so far. Takde idea nak tulis apa tapi since myself memang jemu tengok benda yang tak berganti ni, nak update lah jugak. Nak cerita pasal food. Baru-baru semasa kami (eh.. Coan) masuk hospital, kami dapat banyak yogurt, juice dan Laban (susu masam). Juice tu okay lah. Boleh la minum. Tapi yogurt tu, plain yogurt yang masam tu. Laban tu pulak masam jugak. Rasanya orang melayu (yes! I am melayu.. hehee) tak biasa makan benda-benda ni.
Masa 4 hari kat hospital, pagi dapat 4 kotak juice (kotak kecil aje..), tengahari dapat 2 botol Laban (botol kecil juga :)) dan malam pulak dapat 2 can plain yogurt. Coan, memang la tak makan semua tu. Paling paling pun dia minum plain water dan porridge. Myself pulak, memang la kureng sikit sebab yogurt tu masam. Kalau Laban tu, abang kata sedap makan dengan nasi beriyani. Letak kat ayam and makan! Memang sedap... cumanya tak habis pun sebab banyak kan... so, the rest kami simpan aje dalam fridge.
Sehari sebelum keluar wad, myself borak dengan makcik cleaner tu. Dia tu F1lpno. Umur dia 50 (dia bagi tahu). Kesian pulak kat dia.. datang jauh jauh tapi kerja macam tu. Kalau umur gitu kerja professional okay lah jugak kan. Tapi dia kata, dia tak suka duduk diam. Kalau kerja kat tempat dia, gaji mesti kecil. Kerja kat sini dia dapat 1700 bila campur OT (banyak jugak kan.. oh ye, itu.. dia yang bagi tahu) Betul tak kat sini gaji bukan satu benda yang rahsia.. tapi UNDI ITU RAHSIA... walaupun tak jugak kan.. heheee
Melalut la pulak. Bila tengok makcik tu dok sibuk mengemop lantai, cuci toilet, terfikir pulak.. agaknya makcik ni makan tak yogurt and Laban tu. Then tergerak nak tanya dia, makcik makan tak yogurt plain ni? dia kata, makan! then tanya lagi, Laban ni? dia kata makan! Heheee.. lepas tu tanya lagi... makcik makan dengan apa? Dia pun cakap, saya letak jam kat dalam yogurt. Laban pulak, saya campur juice. Tapi, ianya boleh menggemukkan lah... lepas tu dia gelak.. Haah kan. Betul jugak cakap makcik tu. Kenapa lah tak pernah terpikir pun sebelum ni. Ye la kan, sebab tak biasa makan. Mana nak terfikir. Sebelum makcik tu keluar, myself ambik a few of each item bagi kat makcik tu. Lagipun dia kata, dia belum minum lagi. Kesian dia. Penat buat kerja tapi tak minum lagi. Oh ya, kena declare, conversation dengan makcik tu adalah menggunakan Bahasa Inggeris ye.. makcik tu tak reti cakap melayu dan myself, tak reti cakap F1lpno. Heheheeee..
The rest, kami bawa balik. Belum expired lagi tau! Dah 2 hari keluar hospital, belum sentuh pun lagi Yogurt tu. Pagi ni, myself masuk kitchen, ambik yogurt dan jam... kawinkan mereka dan makan!! Memang sedap.... sempoiii.... keh keh kehhhh...
Moral dari cerita di atas:
- Rajin menegur orang, kita boleh dapat idea baru. Tak kira lah orang tu, majistret ke doctor ke lawyer ke atau cleaner sekali pun. Tak boleh sombong...
- Jangan membazir apa yang kita dapat. Kalau kita tak suka, bagi orang.. heheee
Sekian untuk kali ini.. Take care!
15 sugar & spice:
Salam Neeza,
Satu amal bakti yang mulia. Allah tetap memberi rezeki kepada semua orang, tak kira agama.
Sebenarnya orang yang cerdik lebih banyak belajar dari orang yang bodoh (dalam hal-hal kehidupan), dari orang yang bodoh, belajar dari orang yang cerdik . Wallahua'lam.
Neeza..kita akan banyak belajar dari orang yang banyak pengalaman...macam neeza duduk kat negeri orang...bertemu pulak dengan berbagai bangsa...lagi banyak yg dpt dipelajari...kalau kak lady yogurt plain tu buat letak kat muka...hehehehe
hari2 saya belajar...:-)
sekarang di iran ada seminar. baru tadi ni PEN mont Blanc saya hilang...gelabah beb! sebab pen tu hadiah dari K LiL...setelah cari sana sini tak jumpa...
report kat reception..
after an hour, one guy - waiter - datang dengan senyuman bagi balek pen dia terjumpa dan telah menyimpan.
out of rasa berterima kasih saya buka wallet nak hadiahkan dia duit...
dia tak mau...terima dan dengan senyuman berkata
'Allah sayang awak - sbb tu dapat balek pen tu. Cukuplah awak bersyukur kpd Allah"
Sungguh aku belajar dari dia!!!!
idham
neeza,
spnjg I hidup di Riyadh ni...
LABAN lah benda I mmg x boleh masuk!
keh keh keh....
yogurt with jam ya...hmm... boleh try ni? mcm sedap je...
good for you neeza!
itulah tak rugi kalau kita bersikap humble and asked around kan?
kalau kat rumah ni plain yoghurt is one of the main ingredients for crispy ayam goreng, perap dengan rempah, garam, gula dan yoghurt, bila nak goreng tu perah sikit lemon dan gaul dengan tepung gandum+tepung kentang = deep fry! yummm!
ret mixing the laban with mango juice. kat sana mango juice pun pekat kan? three quarter mango juice amd one quartr laban. maka jadlah ianya mango lassi. kalau nak tambah lebih laban pun boleh, kalau you suka masam sikit.
laban is good for digestion.
Zabs,
setuju sangat. Orang yang cerdik pelajaran banyak tak tahu selok belok kehidupan sebenar. Mungkin sebab tu lah Allah memang cipta.. ada yang cerdik, ada yang kurang sebab yang kurang tu cerdik part lain pulak dan boleh saling membantu.. thank you..
-----------------------------------
Kak Lady,
tergelak neeza bila kak lady tulis gitu. Betul jugak kan.. neeza tak pernah terfikir pun (tak tau kot heheee). Lepas ni boleh la sapu muka jadi gebu sikit.. kehkehkehhh..
-----------------------------------
Idham,
alamak! pen orang kesayangan bagi hilang? Memang kasih sayang kak Lil ikhlas... tu yang dapat balik. Dan betul la kata waiter tu. Allah sayang Idham. Kalau tidak mungkin pen tu dah ketangan orang yang tak sepatutnya... syukur alhamdulillah..
-----------------------------------
Nana,
laban tu kalau letak kat nasi beriyani (kabsa sini la..) buat kuah, sedap. Tapi tu je lah yang neeza tahu so far.. nak minum gitu aje memang eheeemmm... entah le. heheee
----------------------------------
Ummi,
memang tak pernah terfikir. Selalu tu beli yogurt yang dah ada fruit kan. Mahal sikit kat sini.. kalau plain 1 Riyal aje.. banyak lak tu..
-----------------------------------
Kak OO,
betul tu. banyak benda yang neeza tak tahu tapi orang lain tahu.
wahhh.. 1 benda baru yg neeza tak tahu ni. Bunyi cam sedap tu. Ayam ada dalam fridge. Boleh la buat nanti.. heheehee. Rempah tu, rempah apa kak OO? Kari ke atau jintan2 tu? Thanks for the receipe :)
-----------------------------------
Lollies,
tq for drop by. betul tu. mango juice sini pekat sampai rasa tak sedap minum. Why lah neeza tak pernah terfikir pun... boleh la buat nanti.. thanks ye for the tips.. :)
Duduk negara orang kena cuba segala yang baru... laban ... rindu pulak, dulu pernah try kuruskan badan makan laban tapi bila banyak sangat makan naik muak dibuatnya. laban amat baik untuk kurangkan suhu badan bila demam.Orang arab sihat sebab makan laban.kawinkan laban dengan buah-buahan akan hilangkan rasa masam aslinya, tapi memang sedap.
eh lupa nak cakap. you can add sugar kalau suka manis sikit. some suka salty, then you can add salt. macam pop corn gak, ada suka manis ada suka masin.
i memang suka buat air ni sebab kat malaysia mango lassi is expensive kalau makan kat kedai syed. boleh makan rm15 satu gelas.
org tua2 kata malu bertanya sesat jalan.. lebih kurang serupa lah tu..
yg suka jogart ni si hazwan tu ..
Jin muntah kalau makan yougurt..ergghhh..
Kak Rina,
laban boleh kurus badan ke? hehee... nak makan la cam tu. hmmm.. macam salad la kot bila kawinkan dia tu ye. thanks ya.. :)
-----------------------------------
Lollies,
neeza suka manis rasanya sebab kalau masin, rasa cam minum air laut je.. mak oii sampai RM15? mahal tu. Kalau kat sini, nak buat manggo lassi tu.. tak sampai 3 Riyal kot kan... :)
-----------------------------------
Zino,
hazwan suka yogurt? bagus.. susah budak suka yogurt ni..
-----------------------------------
Adiejin,
muntah ke? heheee.. sian dia...
REMPAH TU BOLEH GUNA PELBAGAI - kalau rasa nak style "mat saleh" sikit gunalah oregano, rosemary, lada hitam, garam dan gula sikit..sama jugak boleh substitute dengan rempah tempatan kita - kari, both of jintan mesti letak, paprika flakes sikit...neeza boleh buat experiment sendiri mano hok sedap!
Kak OO, thank you. nanti neeza cuba cuba walaupun sebenarnya neeza tak pernah beli pun oregano dengan rosemary tu. Takpe, nanti boleh beli la tak mahal sangat pun. Kalau neeza dah experiment dan sedap, neeza post sini. Kalau tidak, cuba lagi heheee...
Post a Comment