Wednesday, February 6, 2008

pendayung sampan :)

I'm not in the mood of writing (still haven't fully recovered - Shahmey asyik merengek..) but still, I want to update my blog. So, I thought of putting an email that sent by a friend (it was sent to a group email actually). She attached this article that I'd love to share with everyone who happen to read my blog. It's rather a reminder to myself...


Sometimes, we don't realize how we think very highly of ourselves. We thought, we are better than everyone else and forget those people that we regard as 'less important' are actually much better than us at certain times.


I'm putting a few cartoons in between the article to cheer up my your day. Enjoy reading!



PENDAYUNG SAMPAN


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.





Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?"

Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itubertanya lagi,

"Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi,

"Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"

Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan."






Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.



Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?



9 sugar & spice:

silversarina said...

How true it is ,high IQ doesn't mean we are knowledgeable in everything. Everyone has his/her own strength .

Get well soon !!

Neeza Shahril said...

Kak Rina, that's why we should be kind to everyone kan... thank you.. :)

aNIe said...

Neeza...tu le pasal ...lain orang lain kelebihan mereka...keistimewaan itu Allah yang beri...pasti ada kebaikannya...

Haram neeza dah sihat sepenuhnya...

Anonymous said...

Salam Neeza,
Jika Profesor itu tidak menyombong tentu pendayung sampan itu akan membantunya berenang bersama ke darat.
Pandai tapi sombong, tiada pengikut.
Bodoh dan juga sombong, jangan diikut.

Neeza Shahril said...

kak Lady, neeza setuju tu. terima kasih. neeza pun doa supaya recover cepat :)



zabs, bodoh sombong tu patut campak kat laut je.. heheheeee

Unknown said...

neeza...:-)

setelah membaca - saya nak gi belajar berenang lah! hehehe

being street smart is as important if not more important than class room smart!

alahai - tak hilang bisa ular menyusur akar!

idham

Neeza Shahril said...

Idham, both are important. Btw, myself pun tak reti berenang.. heheee.. takut telinga masuk air.. heheee..

aNIe said...

neeza...hahaha...baru terbaca haram tu sebenarnya harap...tersilap taip pulak...adoiii...

Neeza Shahril said...

kak Lady, hahahaaa!!! neeza dah tau ni mesti kes salah type.. hehee.. kalau haram, tak baik la demam neeza nampaknya.. heheee... alhamdulillah, demam lega sikit.. thank you :)