Monday, March 3, 2008

Unresolved Love


Mok,

Ja tujukan entry ni untuk Mok, yang Ja sayang dan rindu buat selama-lamanya. Mula-mula Ja ingat nak buat puisi untuk Mok tapi... Ja tak reti tulis puisi la Mok. Ja tak pernah ambil Sastera Melayu (eh, iye ke nama subject tu cam tu heheheeee..). Kalau bahasa melayu biasa ni boleh la. Lepas tu Ja ingat nak tulis dalam Bahasa Inggeris. Tapi, Ja takut Mok tak paham pulok. Lagipun, tak best la nanti entry ni. Tak real sebab banyak perkataan yang Ja rasa lebih menarik bunyinya kalau Ja tulis dalam bahasa melayu. Kalau Ja tulis bahasa kelantan, Ja takut lambat pulok Ja nak eja heheheee... so, Ja guna campur rojak la ye Mok. Tapi kebanyakannya bahasa melayu la ye...


Kalau Mok nak tahu, Ja menangis tadi. Menangis sebab Ja rindukan Mok. Dan sekarang pun Ja menangis sebab bila Ja ingat Mok, Ja rasa sedih, sedih sangat. Ja tak sempat nak ucap selamat tinggal buat kali terakhir pada Mok. Memang lama dah kan tapi Ja masih ingat muka Mok kali terakhir kita jumpa...


4 Ogos 1994, itu lah kali terakhir kita jumpa kan Mok. Masa tu, Mok, Ayoh, Ma, Opah dan adik adik hantar Ja di airport sebab Ja nak sambung belajar di US. Masa Ja peluk Mok, Ja tak tahu pun itu akan jadi pelukan terakhir Ja untuk Mok. Masa Mok cium Ja, Ja tak sangka itulah ciuman terakhir Mok pada Ja. Hari tu di rumah Mak Lang (kita kan tidur rumah Mak Lang malam sebelum tu...), Mok bagi Ja kain batik merah dan kain telekung. Kain telekung tu ada lagi Ja simpan di rumah Ja di Kuantan. Tapi, kain batik merah tu, Ja bawa ke sini, Mok. Bila Ja tengok kain tu, Ja akan ingat Mok. Ja jarang pakai kain batik tu sebab Ja takut kain tu koyak. Itu pun dah koyak sikit Mok. Maklum lah, dah 14 tahun kan... takkan lah elok lagi kot.. heheheee... sempat lagi Ja buat lawak kan Mok..


Ja tak ingat saat Mok bawak balik Ja ke Kelantan masa umur Ja 3 bulan tapi memang itu lah yang Mok cakap dan semua orang cakap. Masa tu Ma kerja dan Mok tak nak duduk di Jengka sepanjang masa. Jadi, Mok bawa Ja balik Kelantan. Ja besar atas keretapi, Mok kata. Mula-mula Ja tak faham maksud Mok. Rupanya, Mok selalu ulang alik dari Kelantan ke Jengka naik kereta api, dengan Ja sekali la tu. Itu lah sebab Mok kata Ja ni besar atas keretapi. Masa Ja menangis atas keretapi, ramai orang tengok dan kesian. Tapi, memang Ja suka menangis pun. Ja kan manja.. Mok pun tahu tu. Ja selalu menangis. Sekarang pun Ja selalu menangis. Tak tahu lah Ja ni ikut sape tapi hati Ja ni sangat sensitif.. senang tersentuh.


Mok ingat tak masa Ja kecil, Ja suka minum air milo (dalam botol) sampaikan Mok bawak jumpa mokcik sorang ni. Dia makan sirih lepas tu ludah atas puting botol tu. Ja menjerit masa tu. Lepas tu, Ja tak nak minum botol lagi. Heheheee.. berkesan jugak ya cara mokcik tu. Tapi, air milo memang jadi minuman kegemaran Ja sampai sekarang (kalau Ja teringin minum air panas la). Maklum lah, dari kecik Ja tak minum susu tapi minum milo aje. Sihat dan kuat!! hehehee...


Ada sekali tu, Ja nak potong kulit jering (Ja suka makan jering muda cicah budu - dulu laa...). Kak Mah (sepupu Ja tu) offer diri dia nak kupaskan kulit jering tapi Ja biasa lah, nak buat sendiri. Sekali, pisau tu terkena jari telunjuk kiri Ja. Aduuhhhh!!! Ja tak nampak apa dah tapi darah aje keluar dari jari tu. Menjerit jerit Ja masa tu "Mok!!! putus dah jari Ja!!! putus dah jari Ja!!! Uwwaaaaa!!!" sambil berlari dalam rumah. Mok nak tengok jari Ja pun, Ja tak bagi sebab takut jari Ja putus. Bila Ja ingat balik, rasa kelakar pun ada sebab sebenarnya luka tu tak la teruk sangat walaupun kesannya masih ada sampai sekarang.


Mok ingat tak, Mok bawa Ja pergi kebun getah. Masa tu rasanya Mok nak mesin getah. Ja tengok la Mok pijak pijak getah tu, lepas tu gelek dekat apa benda entah nama mesin tu. Lembik aje getah tu.. best pulak Ja tengok hehehee.. tu la first time Ja tengok orang mesin getah. Lepas pada tu Ja tak pernah tengok lagi. Sambil Mok mesin getah tu, Ja pergi panjat pokok rambutan. Ohhhh... memang lah Ja ni kuat memanjat kan Mok (masa Ja kecik la). Agaknya anak-anak Ja ni menurun Ja lah kot suka memanjat.. heheheee like mother like daughters.. Masa Ja kat Jengka pun, Ja selalu panjat pokok ceri (buah ceri kecil tu), pokok Jambu, pokok rambutan dan pokok mangga. Tapi, pokok mangga Ayoh tu Ja takut sikit nak panjat sebab banyak kerengga. Kalau Ja nak panjat, Mok mesti sediakan api untuk bakar sarang kerengga tu. Sayang betul Mok pada Ja. Mestilah.. Ja kan cucu manja Mok Lijoh heheheee..


Malam malam (masa di Ketereh), Ja tidur dengan Mok. Ja memang suka tidur dengan Mok sebab Ja boleh suruh Mok garu Ja. heheheee... kelakar kan bunyinya. Walau pun tak gatal, mesti Ja suruh Mok garu, sampai lah Ja tidur. Tak aci betul kan Mok. Ja sedap tidur, Mok pulak tak lena kena garu Ja... takpelah.. cucu kesayangan Mok Lijoh...


Kalau Ja pening kepala, Mok letak minyak cap kapak! Mok tahu, sampai sekarang Ja guna minyak cap kapak. Memang selalu ada dalam handbag (kalau husband Ja tak keluar kan laaa..) Kat rumah ada 1. Tapi kat sini takde jual. Jadi, balik Malaysia nanti, Ja kena beli lagi (kalau yang sekarang dah habis laa). Ja dan minyak cap kapak memang tak boleh berenggang. Ada orang tak suka bau dia tapi Ja suka!!


Ja selalu sakit masa Ja kecil. Ja selalu kena demam campak (orang sekarang panggil measles Mok..). Maklumlah, dulu mana ada imunisasi untuk measles tu. Sekarang dah ada tau Mok! Bila Ja demam, Mok lah yang jaga Ja. Mok akan duduk dekat Ja dan kipas badan Ja. Masa dulu bila demam, badan terasa panas. Sekarang ni je, bila demam terasa sejuk. Yang tu Ja tak tahu lah kenapa sebab Ja bukan doctor heheheee... Ada sekali tu, kami (Ayoh, Ma, Ja dan adik-adik) balik raya kat Ketereh. Ja kena demam campak lagi. Orang lain sibuk nak beraya tapi Ja sibuk demam. Mok la yang duduk dan teman Ja sambil kipas badan Ja. Mok tau, ada lagi Ja simpan gambar masa Mok kipas badan Ja kat rumah Ayoh. Masa tu Ja baring pakai seluar pendek aje dan Mok pulok berkemban. Kurus aje badan Ja sebab selalu demam. Bila Ja tengok gambar tu, air mata Ja akan mengalir. Sayu hati Ja, Mok. Ja rindukan Mok....


Mok ingat tak, yang Ja ni rajin pergi sekolah? Ja paling takut ponteng sekolah sebab nanti cikgu tanya, "kenapa tak datang semalam?" Cikgu tu sibuk aje kan Mok. Heheheee.. Ada sekali tu (masa di Jengka), Ja bangun pagi sangat. Rasanya 3 atau 4 pagi. Masa tu Ja baru darjah 1 atau Darjah 2. Ja bangun mandi dan bersiap pakai baju. Mok dah cakap pada Ja "awal lagi Ja. Tido la dulu" tapi Ja tak dengar. Ja bersiap juga. Bila dah siap, Ja tengok kat luar tak siang siang pun. Last last Ja terlentok kat kaki katil sampai lah pagi... heheheee...


Oh ya, Ja lupa nak cerita. Dulu kan Mok selalu suruh Ja jual buah jambu kat sekolah. Ja yang panjat. Mok kata, "Kalu Ja nok pitih, Ja juwa la woh jambu ni di skoloh". hehehehee.. Ja pun bawak lah jambu tu. tak sangka, ada orang beli pulak tu. Hehehee.. Tapi, kalau Mok suruh Ja buat macam tu lagi sekarang, Ja tak buat dah kot. Apa taknya, jual buah jambu sebijik dua aje. Kalau jual sekilo ke, okay lah jugak.. Heheheee..


Selalu, bila Ma marah Ja, Ja mesti pergi mengadu kat Mok. Mok pulak selalu aje backing Ja sampai Ma naik geram. Heheheee.. Kalau Ma suruh Ja buat kerja rumah, Ja mengadu kat Mok. Lepas tu Mok akan suruh Bada (adik Ja) yang buat. hahahaaa!!! memang Bada akan bagi satu jelingan yang tajam pada Ja sambil mulut dia bising dan Ja akan tersengih sengih.. heheheee.. selamat cucu kesayangan Mok Lijoh...


Kalau Ja balik cuti sekolah di Ketereh (Ja mana pernah tak balik Kelantan kalau cuti sekolah kan Mok..), Mok akan pastikan Ja dapat apa yang Ja nak. Mok akan belikan Ja nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, laksam atau pun mee hoon goreng. Errrr.. bukanlah semua sekaligus. Tapi, Mok akan penuhi permintaan Ja. Kalau kita pergi kedai Ketereh tu, dan orang tanya, "ni sapo ni Mok Su?" Mok akan jawab "Ni la Neeza.. anok Umar, hok aku pegho kecik kecik dulu..." dengan bangga!! Dan Ja pun akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila Ja dah anak dara sikit, orang pun akan tanya macam tu dan tambah sikit lagi kat belakang tu.. "Weiii laaa.. besar doh diyo nih.. Dulu, kechek lagi dih. Mok Su dok dukung gi maghi" heheheee... Bestnya Ja rasa bila orang ingat Ja.


Mok rajin bercucuk tanam walaupun Mok doh tua. Ada aje yang Mok nak tanam dan Ja sayang Mok pun sebab tu lah. Mok tanam ubi kayu, ubi keledek, jagung, cili, timun, petola, kacang panjang, bendi, terung.. ish.. banyak la. Ja pun tak ingat dah. Sampai sekarang Ja jadi pencinta flora Mok. Kalau Ja nampak pokok, mesti Ja nak tahu nama pokok tu. Baru lah Ja tahu kenapa. Sebab, Ja besar dengan pokok pokok yang Mok tanam. Ja rindukan Mok...


Masa Ayoh pindah ke Kemaman buat pertama kali, kita duduk rumah kayu aje. Belakang rumah tu ada semak sikit. Belakang kebun Mok tu la. Bila Ja pergi dapur, Ja tengok ada binatang ke apa ke, tak tahu lah Ja nak cakap sebab Ja tak pernah tengok benda tu. Itu lah pertama kali. Ja tengok dia tengah makan sesuatu kat belakang. Ja panggil Mok. Ja tanya Mok "apa tu Mok?" Mok jawab "Tu la babi tunggaa" Hahahaa!!! jakun Ja tengok benda tu sebab first time tengok kan. Hmmm.. banyak benda first time dengan Mok ni...


Ada lagi satu benda yang first time Ja tengok. Buah delima! Ja ada di MRSM (asrama) masa Mok balik Mekah (kali ke 3 Mok pergi rasanya). Ja telefon Mok dan Mok bagi tahu "Mok ado wak balik woh delimo ni Ja". Ja bagi tahu Mok yang Ja nak tengok rupa buah delima tu. Mok simpan buah delima tu sampai dekat 3 bulan dalam peti ais Ma. Bila adik adik Ja nak makan buah tu, Mok tak bagi. Punya lah Mok sayang Ja. Maklum lah, Ja kan cucu kesayangan Mok Lijoh... hehehee. Sampai sekarang, Ja memang suka buah delima. Walaupun masa dulu tu, Ja tak makan biji buah delima sebab Ja rasa pelik, sekarang Ja dah gigit dan makan semuanya...


Ja ingat lagi first time Ja berpisah dengan Mok (selepas 6 tahun Mok bela Ja sepenuhnya). Ayoh tak bagi Ja tadika di Kelantan. Dia nak Ja tadika di Jengka dengan dia. Tapi Mok tak boleh selalu duduk di Jengka sebab Mok berniaga kain. Mok mesti sekali sekala balik Kelantan ambil stok. Jadi, Mok terpaksa lah jugak balik Kelantan hari tu. Ja tengok Mok bersiap (kemas baju). Ja tanya "Mok nok gi mana?" Mok kata, "nok kelik Klate. Nati Mok maghi la smula". Ja dah sedih masa tu. Ja kata, "Mok tok soh la balik..". Mok kata, "Mok kelik sbetar jahh..". Ja kata, "Ja nok ikut mok balik" dan memang Ja dah meraung dah masa tu. Ayoh bagi tahu, suruh bawak baju Ja skali tapi sekarang ni Ja tau, Ayoh tipu je. Bila sampai kat Maran (masa tu Bandar Pusat Jengka takde tempat bas langsung), Ja nampak bas tu. Mula mula Mok naik. Ja menjerit nak ikut. Lepas tu Ja berlari naik bas. Ayoh pun naik bas sama. Lepas tu, bila bas nak jalan, Ayoh dukung Ja turun. Ja menjerit-jerit sampai lah dalam kereta. Ja tengok bas yang Mok naik tu dari dalam kereta sambil meraung. Adik-adik (Fuad dan Bada) terkelip kelip tengok Ja. Hehehee...


Mok rajin mengaji. Ada sekali tu, Mok mengaji dan keluar lah nama Nabi Musa A.S. Lepas tu Mok kata, "Haaa.. ni tok chik mu.." Mok rindu kan Tok Chik ya. Walaupun dah bertahun-tahun Tok Chik 'pergi', Mok masih ingat Tok Chik. Ja senyum sambil mengalirkan air mata. Sayu hati bila Mok cakap macam tu sebab Ja pun rindu Tok Chik juga. Mok selalu suruh Ja mengaji. Banyak banyak surah yang Mok suruh baca adalah seperti surah Yaasin dan Surah Al Mulk. Surah Yaasin dan Al Mulk tu Ja selalu la baca dan setiap kali Ja baca, Ja takkan lupa sedekahkan untuk Mok. Semoga roh Mok aman disana...


Ja memang rindukan Mok. Sangat rindu. Ja selalu mimpikan Mok. Dalam mimpi tu, Ja rasa pelik, kenapa Mok masih ada sedangkan setahu Ja, Mok dah 'pergi'. Tapi Ja tak tanya pulak Mok sebab Ja rasa happy sangat. Rupanya Mok masih ada. Ja masih boleh bermanja dengan Mok. Ja boleh jaga Mok sepertimana janji Ja pada Mok suatu ketika dulu. Tapi, bila Ja sedar, Ja rasa sedih dan menangis buat kesekian kalinya. Mok dah tiada cuma Ja yang masih belum dapat terima hakikat itu sebab Ja tak sempat memberi ucapan Selamat Tinggal buat kali terakhir untuk Mok.


Beberapa hari sebelum Mok 'pergi', Ja ada telefon Mok dari US. Ja bertanya khabar Mok. Mok kata, Mok sihat walaupun Ja tahu Mok tak lah sihat sangat sebab Mok baru aje keluar dari hospital. Satu petanda yang masih Ja ingat, Mok bagi tahu Ja yang Mok nak minum susu (tepung) sedangkan Ja tahu Mok memang tak minum dan tak suka pun susu tepung. Ja bagi tahu Ayoh mengenai permintaan Mok dan Ayoh kata, dah beli pun.


Beberapa hari selepas itu, semasa Ja sedang bertugas (Ja kerja part time untuk cari duit shopping hehehee..) Ja tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang berlaku. Tapi Ja tak tahu kenapa Ja terasa macam tu. Hanya 2 hari selepas itu, baru lah Bada telefon Ja dan bagi tahu "Kakok, Mok dah takde..". Air mata Ja terus mengalir tanpa di paksa. Ja tanya Bada "Kenapa takde sape bagi tahu Kakok?" Bada cerita pada mulanya Ma tak nak bagi tahu lagi tapi Bada curi curi telefon sebab dia rasa Ja patut tahu. Tujuan Ma tak nak bagi tahu adalah sebab takut pelajaran Ja terganggu. Lagipun Ja jauh. Takkan Ja boleh balik pun. Lagipun, kalau balik pun, dah tentu jasad Mok dah selamat dikebumikan. Takkan lah orang semua nak tunggu Ja balik baru nak kebumikan Mok kan. Jadi, Ma pun tak bagi tahu Ja...


Tapi kan Mok, selepas Ja tahu Mok dah takde, Ja tak henti henti menangis. Sebulan, 2 bulan, 3 bulan... lama betul Ja ambil masa untuk kembali normal. Sehingga sekarang Ja masih rindukan Mok walaupun Ja telah dapat terima yang Mok dah tiada. Telah pergi buat selama-lamanya dan tak mungkin akan kembali...


Kenangan bersama Mok akan Ja simpan buat selama-lamanya. Biar apa pun orang kata mengenai Mok, Ja tetap sanjung dan sayangkan Mok. Kalau orang tanya, siapa kah yang Ja paling sayang, Ma atau Ayoh? Ja pasti akan jawab... MOK!!!



35 sugar & spice:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Kasih ibu membawa ke syurga...anak-anak Neeza pasti juga akan berperasaan begitu pada Neeza...disebabkan kasih Neeza sebagai ibu yang melimpah ruah terhadap mereka..

Wasalam...

Unknown said...

neeza..MOK = nenek neeza kan? Mok tu mother tu ur ayah la kan...betul ko?
tapi MOK jaga neeza dari kecil sampai besar la kan...

tulisan neeza ni cukup berkesan. Abe id baca sampai habih....buleh bayangkan satu kehidupan....buleh terdengar2 injin keretapi....buleh terpandang2 neeza kecik atah dukong MOK.

cuba2 lah tulis novel....bukukan kisah neeza dengan MOK!

doa dan alfatihah untuk MOK.

abe id

maklang said...

moga2 Mok dicucuri rahmatNya...

Fadzilayaty Ramli said...

al-fatihah..InsyaAllah keikhlasan Mok menjaga kak neeza dibalas dengan kesenangan dan kemudahan di akhirat..ameeen..

Ummi said...

pepagi lagi dh terasa sayu di hati akak buat :P

seronok pn ada dgn perjalanan hidup akak dgn Mok akak. mcm cerpen.

now i miss my Tok...

pB said...

Kak pB pun panggil nenek MOK.

Rasonyor orghe klate memea panggil MOK ....

N3 Neeza ni buak kak pB teringat kor arwoh mok kak pB (beloh ayoh).

Maso dio meninggal , kak pB ado di P.Pinae ....

IKHWANI said...

Ja, kak Oo tokleh peghabih entry Ja ni, keno kelik baco drumoh. Air mato tubik lecu-lecu...sedih nyoo..

Semoga Mok Ja ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Ameen.

Wanpetunjuk said...

Salam akak...entry akak kali ini benar2 menyentuh perasaan sy...tak trkata akak...akak telah melalui pengalaman sebegitu....hikmah yang tidak tercapai oleh akal....dan sememangnya akak seorang yang tabah dan kuat...jika tidak akak tdk akan berada di tempat akak berada sekarang....doa sy buat akak agar akak sentiasa tabh hati dan kuat....buat 'Mok'...semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat Illahi dan tergolong dalam golongan org2 yang beriman dan soleh....~amin~

Neeza Shahril said...

Kak Umi,

waalaikumsalam. Mok tu nenek neeza sebenarnya. Tapi memang macam tu orang Kelantan. Biasa panggil nenek Mok...

-----------------------------------

Abe Id,

betul, betul dan betul hehehee..

tulis novel? awal lagi tu rasanya untuk neeza. Neeza tulis blog pun lintang pukang bahasa. Kalau nak tulis novel, neeza kena attend kelas bahasa dulu kot. Tapi, the idea seems interesting kan :)

thanks ye..

-----------------------------------

Mak Lang,

Insyaallah...

-----------------------------------

Fadzila,

macam tu lah akak harapkan...

Neeza Shahril said...

Ummi,

kenangan yang paling bermakna dalam hidup akak tu ummi dan yang menjadi teman akak bila kesunyian...

-----------------------------------

Kak pB,

nenek neeza ni pun beloh ayoh jugok. Neeza terkilan sebab neeza takdok maso Mok 'pergi' selama-lamanya...

-----------------------------------

Kak OO,

Ja pun gitu kak OO. Maso dok tulih nih, jejey air mato sappa meghoh padae muko

-----------------------------------

Dayat,

akak tulis entry ni sebab akak terasa sangat rindu dengan nenek akak. Akak nampak tambah tadi didalam ni Dia saje yang tahu :). Thanks ye Dayat.

MAMAMIA said...

Envy you, ada one extra person who really took care of U selain dari mak ayah..

Akak tak pernah jumpa nenek belah mak yang meninggal sebelum akak lahir. Nenek belah ayah lebih rapat pada keluarga sepupu.

Boleh rasa betapa rindunya Neeza pada arwah Mok...

Mak Teh said...

Assalamualaikum! Saya bloghop dari blog OO. Saya faham perasaan neeza. Saya telah kehilangan ayah semasa berumur 12 tahun. Sampai umur lebih 30 tahun baru mak teh hilang kerinduan itu setelah bermimpi nampak sekujur mayat arwah seperti hari dia meninggal dan seseorang datang memberitahu ayah telah meninggal dunia dan ayah sangat sayang pada anak perempuannya (saya lah tu). Bila dia beritahu begitu saya meraung habis-habisan seraya berkata kepada orang itu "kenapa sekarang baru beri tahu saya" Sedang menangis itu saya terjaga dan dapati bantal basah dengan air mata. Selepas mimpi itu saya tidak kerinduan ayah lagi.

Diharap neezapun akan dapat mengatasi kerinduan itu. Bila ingatkan arwah hadiahkan bacaan ayat-ayat suci padanya. InsyaAllah akan dapat rahmat dan hidayah dariNya.

13may said...

blues plak baca entri...hehhe

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Neeza,

Ya kah begitu?

Tidak mengapa..beruntungnya dapat merasai kasih nenek.

Saya tidak sempat..sebelah almarhum ayah mahupun sebelah bonda..Kedua-duanya yatim piatu semenjak kecil..

Kisah ayah bonda yang menyayat hati ini saya abadikan dalam 'Seungu Lavendar'..

Apapun ide Idham itu memang bagus..bukukan kisah yang menyentuh hati..buat tatapan anak cucu..

Masalah bahasa boleh dibereskan nanti oleh penyunting...yang pentingnya pengkisahan, ide dan pengalaman hidup setiap seorang itu unik...Mengapa tidak pula Neeza mahu bukukan? (Amalan pengkisahan ini adalah amalan rakyat Jepun sejak mereka kecil-kecil..tidak percaya tanyalah Encik Idham kita itu!)

Wasalam...

Neeza Shahril said...

Mamamia,

rasanya kasih sayang nenek neeza tak dapat dibanding dengan kasih sayang mak dan ayah neeza sendiri (mungkin neeza yang terasa macam tu kot). Sebab, di kala neeza kecil dan amat perlukan belaian kasih sayang, yang ada pada kebanyakan masa ialah nenek neeza. Neeza rapat dengan mak dan ayah cuma lepas sekolah menengah..

betul tu, neeza sangat rindukan dia..

-----------------------------------

Mak Teh,

waalaikumsalam. terima kasih sudi singgah sini ya.

Macam Mak Teh waktu dulu, neeza belum dapat terima sepenuhnya yang nenek neeza dah tiada. Neeza selalu mimpikan dia dan dalam mimpi neeza, dia masih sihat dan masih membelai neeza macam masa neeza kecil dulu. Tapi bila neeza bangun, neeza rasa terlalu sedih sebab itu cuma lah mimpi. Alangkah baiknya kalau itu sebenarnya reliti kan...

Masa neeza ziarah kubur dia, rasa sayu yang teramat sangat tapi neeza tak pasti, betul ke itu tempat persemadian dia sebab neeza tak nampak dengan mata neeza semasa dia pergi....

-----------------------------------

13may,

kisah seorang cucu yang rindukan nenek kesayangan saja :)

-----------------------------------

Kak Umi,

Bunyi macam menarik cerita Kak Umi tu. Neeza teringin nak baca. Nanti, balik Malaysia, Insyaallah neeza dapatkan senaskhah.

Betul ke macam tu Kak Umi? hehehee... bersemangat pulak neeza nak buat novel ni. Takpe, nanti bila neeza dah ready, neeza akan minta pandangan pakar pakar termasuk lah Kak Umi... :)

YuszTieY said...

salamm...tumpang masuk komen gatekk...
waaaaa.baca kisah k.ja ni wak kito teringat kat arwah mok la jugak..

Shah CJ said...

n3 neeza tlh kembalikan ingatan aku kt arwah nenek aku.. dulu aku juga cucu kesayangan nenek. ceritanya hampir sama. waaaaaa!! sedih..

Unknown said...

neeza...abe idhae pung baghu nok start tulih novel tu...di atas galakan dari umi jugok...hehehe

belum ado tajuk lagi...tapi lebih kurangnya, 'Jauh merantau - peminjam kasut'
hehehe

neeza harus beli lima naskhak nanti...

Jomm laa kita start sama2...

idham

Neeza Shahril said...

Yusztiey,

maghi la, silokae :) maghi la kita sama sama rindu ye...

-----------------------------------

Cikgu,

alamak.. sama ke kita nih? takpe takpe... nah tissue ni.. buat lap hingus eh.. air mata tu hehee...

-----------------------------------

Idham,

masalahnya kan..... neeza tak tahu nak start macam mana. payah tu.. tapi macam interested sebenarnya ni. alamak!! neeza kena beli 5 naskah ke? nak bagi souvenir kat orang ke tu.. hehehe..

start sesama? neeza kena cari cikgu dulu ni.. sape la yang sudi jadi cikgu ni.. hehehee..

ummu al hanafi said...

neeza sahabatku....

aduhhhh.... sedihlah pulok entry kali ni!

hidup kt dunia biar jd manusia yg berbakti sehingga bertahun-tahun kembali sudah tetapi masih dikenang orang..

AL-FATIHAH.....
AMIN....

SEMOGA ALLAH SWT LETAKKAN 'MOK' Neeza dlm golongan org2 yg beriman dan bertaqwa...
AMIN....

:)
:)

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Neeza tercari-cari cikgu bagi tunjuk ajar menulis?

Saudara Idham,

Apa kata, saudara panjangkan sahaja contoh sinopsis manuskrip yang saudara terima daripada Puan Ainon itu kepada Cik Neeza kita...

Untung-untung, tercetus sinopsis yang menjela pula daripada Neeza...('cc'kan emel minta izin daripada Puan SifuPTS, nyatakan emel Neeza dan katakan ada orang juga amat berminat mula menulis..sepertimana yang saya lakukan kepada saudara..Setiap sesuatu itu ada langkah pertamanya...begitu juga usaha ini ;-D )

"Sharing is caring..."

Wasalam...

zino said...

al-fatihah... amin..

ada bakat menjadi penulis novel..

Neeza Shahril said...

Nana,

memang sedih Nana... bila neeza rasa sunyi, pasti neeza teringat belaian nenek neeza tu. thanks ye Nana :)

-----------------------------------

Kak Umi,

hehee.. kalau ada cikgu yang sudi (alamak, cikgu pulak cari anak murid ni..) terima kasih banyak ya. Sebenarnya neeza tak faham apa itu manuskrip tu. Tapi takpe, mungkin dalam sikit masa lagi, neeza boleh belajar.

Kiranya, neeza ni belajar dari A ni tau. Neeza memang tak tahu apa apa mengenai tulis novel. Tak pernah terfikir langsung tapi sekarang ni, memang rasa berminat :)

-----------------------------------

Zino,

penulis novel?? entah la... baru nak merisik hehee..

Anonymous said...

entri k.neeza nih wat manje terkenangkan tok manje... manje pon same rindukan arwah tok... tapi nak wat mcmane Allah lebih sayangkan tok... manje redha kehilangan org yg manje paling syg dlm dunia nih... pemberi semangat dan segala2nye...

Kuatkan semangat k.neeza... Kita same2 doakan dia berada dikalangan kekasih Allah... Amin

p/s: thnkz for your advices... manje da rasa bersemangat semule... :)

Ummi said...

Menitis airmata baca entri neeza kali ini.. nasib baik kat office terpaksa kawal..kalau kat umah dah terburai kut..

Semoga roh mok berada didalam golongan orang yang bertaqwa.

Mok pun mesti happy dapat cucu yang pandai dan sayang kan dia.

Unknown said...

neeza....insyaallah nanti contoh menuskrip akan di hantar...;-)

Ummi Kalthum,
saya mengambil sedikit masa untuk membaca dulu novel melayu sebelum menulis. Sudah meminta kawan ynag pulang mengundi supaya bawakkan buku2 nukilan ummi itu.

:-)

IDHAM

Neeza Shahril said...

Manje,

samalah macam akak manje. Mok kak neeza itu lah orang paling akak sayang. Banyak benda yang akak buat adalah di atas nasihat dia... kita sama2 doakan mereka ya...

Manje dah bersemangat? akak tumpang happy :)

-----------------------------------

Kak Ummi,

Neeza tak sangka pulak orang lain pun turut rasa sedih.. mungkin kenangan tu menyentuh perasaan... kesian kak Ummi kena cover kat office..hehehee..

arwah nenek neeza memang bangga dengan neeza (walaupun neeza ni tak ada apa pun yang boleh dibanggakan). Tapi, apa saja yang neeza buat untuk dia, satu kampung dia cerita...

thanks kak Ummi :)

-----------------------------------

Idham,

neeza tunggu manuskrip tu ye :)

silversarina said...

sebak baca kisah Ja dan Mok.Tersa betapa untungnya neeza Ja ada Mok yang besarkan Ja kerana kasihnya terpancar dari apa yang Ja lakarkan di sini.

Semoga roh Mok dicucuri rahmat selamanya.Amin.

cikMilah said...

Salam kenal Neeza
syahdu syahdan kisah kasih tuan hamba. Hamba berendam si ayaq mata.. Alfatihah...

aNIe said...

Neeza...sedihnya akak baca...terlalu banyak kenangan mengusik jiwa neeza bersama mok tu...Mok neeza tu dah macam Ma Neeza...sebab dia yang membesarkan neeza dan memanjakan neeza kan...

Al-Fatihah buat mok Neeza...semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman

KakNi said...

Panjang nya entry.

Al Fatihah buat Mok Neeza.

Anonymous said...

Salam Neeza,
Al-Fatehah untuk Allhyarhamah. Saya tidak daapt merasa kenangan begitu kerana emk saya meninggal semasa say berumur 5 tahun. Takda dalam ingatan langsung. Alhamdulillah, saya dapat emak tiri yang sungguh baik hati.
Bapa pula meninggal semasa saya (bersama keluarga)bertugas di NZ. Walaupun saya seorang dapat balik pada hari itu juga, arwah telah selamat di kebumikan, apabila saya sampai. Al-Fatehah untuk mereka semua. Semoga mereka semua ditempatkan bersama orang2 yang yang beriman. InsyaAllah.

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

kasihnya akan neeza kenang sampai bila-bila. terima kasih kak Rina :)

-----------------------------------

Cikmilah,

terima kasih sudi bertandang. Tak sangka entry neeza boleh buat akak sedih sama. thanks ye :)

-----------------------------------

Kak Lady,

terlalu banyak kenangan bersama dia kak. Dia dah lebih dari Ma neeza sendiri. Cuma dia tak lahirkan neeza aje..

Thanks ye kak :)

-----------------------------------

Ahni,

thanks :)

-----------------------------------

Zabs,

Mok tu nenek neeza pak zabs. orang kelantan biasa panggil nenek tu 'Mok'.

Kita sama sama doakan roh mereka tenang di sana... :)

Anonymous said...

Salam lagi Neeza,
Itu yang saya keliru tu, ada satu Ma dan ada satu MOK. Apa pun kita sayang semua mereka kan, walaupun sekejap dapat bersama.
Mok saya dan emak saya, meninggal selang deberapa bulan je rasa saya. Tak pasti siapa yang dahulu, tetapi kubur mereka bersebelahan.
Semakin tua semakin banyak yang kita pelajari dan masih banyak lagi yang kita tidak ketahui.

Neeza Shahril said...

Zabs,

hehehe.. dah agak dah. pening kepala baca ye..betul tu. kita sayang kedua-duanya. Macam pak zabs, lagi la tak dapat rasa kasih sayang keduanya kan. nasib la mak tiri baik. Jarang dapat mak tiri baik tu..