Wednesday, August 27, 2008

Hati berbunga riang :)


Happy, gembira, suka, riang dan yang penting sekali syukur kepadaNya. Walaupun connection internet macam $^&@*% je petang semalam (malam di M'sia), lewat malam semalam dah okay. Jadi, dapatlah baca berita detail di blog-blog pilihan dan juga M@laysiakini.


Tak payah cerita pun ramai yang tahu apa yang jadi semalam kan :). Tak kisahlah apa orang nak kata. Bagi Neeza, kezaliman terhadap rakyat telah disedari rakyat sendiri. Yang kaya, bersuka ria. Yang miskin pulak hidup merempat, tiada pembelaan. Tapi, masih ramai lagi yang belum celik mata. Ataupun, mungkin juga kerana terpaksa lantas pihak 1 lagi masih mendapat undi.. 15,000 lebih tu kira banyak juga kan ;). Tak payah cerita lah yang 92 tu sebab kita boleh kata lah sebab itu mungkin mereka dan keluarga mereka yang memilih. Tapi, majoriti 17,000 tu memang membungakan hati :) :) Alhamdulillah...


Pagi ini juga, Neeza dapat bunga dari kawan cyber baru yang sentiasa ceria. Akak hantar bunga ni pagi tadi hehehe.. mestilah bunga gambar. Takkanlah nak hantar bunga hidup. Sampai sini aje dah layu gemalai heheheh... Terima kasih Akak. Bunga ni khas untuk kawan-kawan baru mengikut label pada bunga tu laaa..


Kategori kawan baru bagi Neeza pula ialah kawan yang baru menjejakkan mata (dalam 2-3 bulan sebelum ni la kot) membaca bebelan Neeza ni blog yang serba sederhana ini. Dengan itu, Neeza juga nak kirimkan bunga cantik ni untuk kawan-kawan baru Neeza juga :). Terima lah pemberian cyber yang tak seberapa ni ya kepada kawan-kawan di bawah:

  1. Akak

  2. Abahnajwa (Nazali)

  3. Abang Long

  4. Adry

  5. Cikgu Banihassim

  6. Eira

  7. Kak elle

  8. Kak Tie

  9. Kak Zany

  10. Tiny (kaktiny)

  11. KM

  12. Luna (kakluna)


Kalau dah pernah terima bunga ni, simpan aje bunga Neeza bagi ni dalam ingatan ye :).





28 sugar & spice:

zura aini said...

TQ Neeza, lama tak dapat bunga, last dapat masa konvo dulu, bunga hiduplah, lain2 tu kena beli sendiri, he, he....Perempuan dengan bunga memang sinonim. Anyway, happy ada cyber friends ni, tak payah nak keluar rumah bertandang selalukan, pun dapat communicate each other. Kadang terfikir juga, betapa pandainya org mencipta internet dan telekomunikasi ni kan. Ada ambil subject eng. comm ni, tak pandai-pandai. Kita berterima kasih part ni kat org kafir ni.

13may said...

saya pun selalu dapat bunga...tapi bunga bank :D

pB said...

tak ada pun nama kak pB dalam list tu ...

uhaaaaaaa ....


:(

kakLuna said...

terima kasih sbb bg bunga..nnt boleh sy gantung kat blog..berseri2 le blog menjelang raya ni..hehe


kak neeza..kemenangan tu titik permulaan..tp pd stgh org itu mungkin titik pengakhiran..


insyaAllah lps ni malaysia baru :)

l i e y n said...

seronok bila gembira kan???(mcm redundant je...)semoga nasib rakyat akan terbela!!!

Kak Elle said...

terima kasih dpt hadiah lagi hari ni ... dpt 2 dlm sehari ni mmg lah happy sesangat.

tentang smlm tu saya org luar tak leh komen..sori ye.

Mak Teh said...

Neeza, mak teh tak dapat bungapun! Agaknya kerana mak teh dah dapat yang best lagi di alam nyata maka buga-bunga di alam siber ni tak dapatpun takpelah kut. Hehehe!

Terima kasih bebanyak yang dah dapat dulu tu. Syukran Jazeelan!

Neeza Shahril said...

Kak Zany,

bagi neeza yang susah nak keluar rumah ni kak, memang rasa terhibur bila ada cyber friends ni..
tak payah nak bertenggek kat rumah orang pun boleh berkawan kan :)

===================================

May,

bunga bank tu menyakitkan ati jeee.. :P

===================================

Kak pb,

alo la kak pb sayangku comel..
bunga ni utk kawan yang baru kenal..
Ja kenal lamo doh kak pb..

nati Ja buwi bunga betul deh ;)

===================================

Luna,

betul tu.. semoga perubahan besar akan berlaku.. :)

Neeza Shahril said...

Lieyn,

dan gembira bila seronok hehehe..

===================================

Kak elle,

syyyy.. diam2 dan tengok2 aje pun ok.. ;)

===================================

Mak Teh,

Mak teh sayang... Mak Teh dah masuk kategori kawan lama Neeza...
dah boleh bagi bunga betul ni :)

Fadzilayaty Ramli said...

Yeay...Allahuakbar...

Shah CJ said...

pas DSAI menang nih, dia kena buktikan apa yg dia ckp betul. cnth ada AP nk join PR. nk tubuhkan kerajaan baru..

kalau tak berlaku.. rakyat akan kata DSAI ..... hehe

cikMilah said...

Ja, jika dia benar rakyat naikkan dia, jika dia tersasar, rakyat turunkan dia. Kakcik cuma mampu sujud syukur...Alhamdulillah.
Permatang Pauh hari ini, tenang.
Market Seberang Jaya yang gamat 10 hari lepas, sunyi sikit hari ni..
Petang tadi nampak bbrp orang turunkan bendera PKR..Tak sabar nak tengok DSAI di dewan parlimen.

Zahraa George said...

baru tau cerita...2 hari tak tau apa cerita :)

Abang Long said...

Syukur Alhamdulillah, TERIMA KASIH kerana sudi memberikan bunga itu. Terasa amat dihargai.

Nak sentuh sikit. Tentang undi 92. Abang Long dan para sahabat memang ketawa tak henti, siapalah agaknya yang 'buat kerja' tu...hehehehe

:: Leeza Joe :: said...

akak....
nak mungeeee gak!!!sobsob...bunga2 cinta pun takpe la...heheh...

so 1P...dah terealisasi...tunggu 2P lagi...

utk blogger yg name abang long : undi 92 tu family die ler yg pangkah...hehhehe...

Abahnajwa said...

Wahhhh...

Bestnya dapat bunga..abah ni last sekali dapat bunga masa konvo MSc dulu..Ain bagi sejambak..kikiki

Ni dapat bunga cyber ni buat hati abah sangatlah gumbiranya..gumbiraaaa

Tq besan..tqqqqq

Adry said...

Terima kasih bebanyak kak... hehehe... i'm very happy!! :)

Adry @ http://www.adrysabry.com/

Tie said...

Ooo kak tie pun dapat ke..hi hi..sukanya...thanks alot.

YuszTieY said...

nok gatek la bunga dr k.ja....tapi tak po la terubat la jugok coz ader dapat jugok bunag cam k.ja tuh...

k.ja ...byk ari dah ko tok kaur umah..ore dah seminggu lebih da...boringgg tahap cipan dah ni...

Unknown said...

:) .. malaysia semakin boleh!!!

errrr nakkkkkkkkkkkkk jugak bunge tu....

Neeza Shahril said...

Fadzila,

Allahuakbar!!!

===================================

Cikgu Jawe,

betul tu.. semoga dia tidak mengecewakan rakyat yang dah lama kecewa :)

===================================

Kak Cik,

yes!! DSAI dah masuk parlimen :)

===================================

As,

banyak cerita menarik di M'sia ;)

Neeza Shahril said...

Abang long,

sama-sama2 :)

yang undi 92 tu, dah tentu dia, mereka dan keluarga mereka ;)

===================================

Liza,

liza dah masuk kawan veteran dah.. nanti dapat bunga lain.. bunga kek nak?? hehehe..

===================================

Abah,

neeza pun dah lama tak dapat bunga dan tak ingat dah bila last dapat pun :)

dapat bunga cyber ni kira dah okay kan :)

sama2 besannnnn..

===================================

adry,

sesama Adry... :)

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

mesti2.. sebab Kak Tie kawan cyber baru neeza :)

===================================

Tiey,

Tiey ni pun kawan doh lama... nati Kak Ja bungat betul la deh.. bila tu? hmmmmm...

Kak Ja baru tubik smalae Tiey.. gi airport :)

===================================

Pak Payne,

yes!! hehehe..

bunga tu untuk kengkawan cyber baru ajeee...

nak bunga?? nanti neeza tanam rose kat sini.. dah bunga nanti, neeza bagi ye :)

noniey said...

hopefully adalah something yang bagus tuk rakyat malaysia. jangan sama je macam sebelum nih. rasanya2 boleh berubah kot malaysia nih..

Neeza Shahril said...

Noniey,

Insyaallah noniey :)

Jie said...

Kak jie pun rasa lega dgn keputusan tu....

Akak said...

Salam Neeza...

terima kasih sudi menerima & bagi kat akak juga..

Neeza Shahril said...

Kak Jie,

best kan.. :)

===================================

Akak,

salam akak :)
sama2 kasih ;)