Saturday, August 23, 2008

Tok padae (Tak padan)




Adik Neeza, Shima cerita pada Neeza semalam mengenai pandangan seseorang terhadap satu pasangan pengantin ni. Bila seseorang ni tengok wajah pengantin perempuan, dia cakap

"Tok padae!"

yang bermaksud, tak padan ataupun tak match la pengantin lelaki dan perempuan tu. Pengantin lelaki handsome/kacak tetapi pengantin perempuan pula tak berapa cantik. Memang mengecewakan orang yang melihat tapi bukan pengantin lelaki lah rasanya sebab pilihan dia kan :). Neeza tak nak cerita pasal pengantin tu disini. Biarlah, dah jodoh mereka kan. Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Insyaallah...


Apa yang Neeza rasa menarik ialah, mengapa orang tak berapa mengata bila melihat pengantin lelaki tak kacak tetapi pengantin perempuannya pulak cantik menawan? Sangat menarik untuk dikaji especially since Neeza pernah ambik bidang Psychology masa belajar dulu. Kajian mengenai perangai manusia :).


Tak kuasa nak buat survey dan analisis sekarang ni haiii.. Nak masak pun naik malas dah. Ini pulak nak tulis questionnaire, pergi keluar dan dapatkan pendapat dari random subjects, rumuskan statistics (statistics?? Abah mesti fobia ni hehehehh..) dan buat analisis. Bukan itu saja, banyak lagi prosesnya. Malas.. malas.. malas.. hehehe..


Neeza nak senaraikan saja disini apa yang Neeza rasa dan observe selama ni mengenai mengapa senario ini berlaku. Senario apa? Cewah!! Macam wartawan lah pulak :P

  1. Lelaki lebih ramai dari wanita. Mereka mempunyai banyak pilihan. Contohnya, En. Hodoh nak beli ikan di pasar. Ikan ada banyak dan En. Hodoh ni sorang je. Sudah tentu dia akan pilih ikan yang comel, cute, segar dan yang pasti mata tak merah. Kalau En. Hodoh ni bersama-sama dengan encik encik lain yang mana jumlah ikannya sama banyak dengan encik-encik tu, susahlah En. Hodoh. Terpaksalah dia pilih yang mana ada saja. Kesimpulannya, walaupun dia hodoh, dia masih dapat membeli ikan yang menarikkk!! (Jangan pula ada yang kata Neeza samakan wanita dengan ikan. Neeza pun wanita juga tauuuuu dan Neeza bukan ikan.. hehehhh).

  2. Orang yang berduit boleh menentukan apa yang dia nak beli. Kalau bab kahwin, biasanya lelaki yang bagi duit (bayar mas kahwin dan duit hantaran). Dia boleh lah pilih, nak yang macam mana. Kalau lah wanita yang dia pilih tu tak lawa, orang akan kata "bayar mahal2 tapi dapat yang hmmm.. tak tahu nak kata". Tapi kalau lelaki hodoh kahwin wanita cantik, orang akan kata, berbaloi lah dengan duit yang dia bayar.. hahaha!!

  3. Cuba kita tengok sekeliling, lebih ramai lelaki handsome ke, lelaki tak handsome? Abis tu, kalau dah ramai yang tak handsome, mestilah banyak kebarangkalian untuk dapat wanita cantik kan. Kiranya, tak reti pilih lah pada yang dapat wanita tak cantik tu :P.

  4. Zaman IT ni, macam-macam boleh buat untuk jadi cantik dan kebanyakannya dilakukan oleh wanita. Dari sekecik-kecik buang jerawat dimuka, hinggalah menukar rupa gorila jadi c1ndy crawford (hah?? lebih2 banyak nih..). Selalunya wanita lah yang buat ni kan. Kiranya, senang lah untuk wanita nampak cantik. Lelaki? Ada jugak yang buat segala treatment ni tapi jarang sangat sebab lelaki tak kisah sangat bab nak melawa ni.. Lagipun kebanyakan lelaki sibuk cari duit, sesuailah dengan tugas diorang sebagai 'breadwinner'. Wanita apa pulak? Breadloser ke?? hahahaa!! (Jangan dilayan statement tu)



Pelik juga kenapa lelaki kacak pilih wanita tak cantik kan. Agak-agaknya kenapa lah diorang pilih wanita tak cantik tu ye? Mari kita lihat apa yang Neeza observe dan rasa (tak semestinya betul la kan..)




  1. Kecantikan semata bukanlah penjamin kebahagian. Bahagiakah kita kalau isteri kita asyik dijeling dan diusha lelaki mata juling keranjang? Bahagiakah kita kalau setiap kali keluar, orang, tak kiralah lelaki mahupun wanita berbisik-bisik mengatakan betapa cantiknya isteri kita? Dan senang kah hati kita untuk tinggalkan isteri sendirian keluar membeli lauk pauk dikedai ketika kita terpaksa outstation berminggu-minggu lamanya? Susah kan dapat isteri cantik sangat. Jadi, biarlah isteri tu tak berapa cantik - suam suam kuku aje janji hati senang dan bebas bergerak tanpa ada mata yang menjulingjeling!

  2. Salah satu faktor kebahagian ialah agama. Jika seseorang itu berpegang teguh pada agama, maka selamat dia dan keluarganya dari api neraka. Jadi, pilihlah wanita yang beragama walaupun dia tak cantik sangat.

  3. Lelaki tadi mungkin terpikat dengan kematangan yang dilihat ada/wujud didalam wanita pilihannya. Tak seperti wanita-wanita lain yang ditemuinya, wanita yang tak berapa cantik ini lebih memahami dirinya dan lebih bertolak ansur.

  4. Terhutang budi - ada orang rasa terhutang budi, jadi perlu lah di balas. Mungkin wanita berkenaan telah banyak menabur budi ke atas lelaki itu. Jadi, lelaki itu rasa bertanggungjawab untuk membalasnya. Nak balas dengan apa yang telah diberi, mungkin tak mampu. Jadi, jalan penyelesaiannya ialah kahwin. Untung-untung, wanita itu akan terus menabur budi hehee..



Walau bagaimanapun, perlulah kita ingat lagi sekali, jodoh pertempuan, ajal dan maut Allah yang tentukan. Apa yang telah dijodohkan oleh Allah, adalah yang terbaik buat kita. Bagi orang yang mengata/mengumpat tu, setakat itu sajalah. Bukan mereka yang akan hidup dengan pasangan pengantin tu. Pandangan itu akan berubah juga satu hari nanti, bila orang itu melihat lebih banyak kebaikan yang ada daripada keburukan (tak cantik) yang satu itu. Harap-harapnya begitulah kan. Janganlah pulak nanti orang kata, dah lah tak cantik, perangai tak elok pulak tu! Ish.. tak sedapnya lah telinga kan...

21 sugar & spice:

أم الليث said...

ish tak baiknya perangai yg mengata org tak padan tu kan.

dah la mengutuk ciptaan Allah. org yg mengutuk tu cantik sgt ke?

cantik tu relative. takkan ada org cantik tanpa ada org tak berapa cantik. kalau semua org cantik, tak akan ada org yg cantik. hahaha

Nazali Noor said...

Neeza..

Teringat abah satu pantun..tak ingat sapa penciptanya..

Sungguh enak buah belimbing,
Sayang pohonnya banyak kerengga,
Sungguh elok berbini sumbing,
Walau dimarah tertawa juga.

Mulut orang kan Neeza...cantik salah..tak cantik salah..nampak orang lain senangpun dikata..orang susahpun kena kata juga....manalah dapat tutup mulut orang kan...

Tapi..bila abah baca N3 ni..bila sampai jer kat satu perkataan KEBARANGKALIAN...Terus abah nervous..hahahahaha

Adry said...

huhu... kalau saya... saya tak pilih berdasarkan rupa semata mata... cukup dia tu manis dah kira ok da... sebaik baiknya kita pilih pasangan ikut apa yang Rasulullah ajar la kan.. (Kalau bolehla...)

mmmmmm tak padae ko padae ko tok kisahlo... yang penting dio suko... tok sah lo dok ngato ore.. ahaks (Saje nak try berklantan)

:: Leeza Joe :: said...

akak....
liza ni x brp comey...dan joe pun x brp nak kacak...so kami ni matching arr...hahhaha...ngak kisah la...sbb klu udah cinta...seme bende nmpak indah...love is blind..tul tak????cantik tu akan pdr juga dimamah usia...yg penting hati dan sifat seseorang....pd org yg suke umpat2 psl cantik x cantik ni hrp2 insaflah.......mulianya hamba disisi Allah adalah krn amal/perbuatan..bukan krn rupa paras/kedudukan.....

Wanpetunjuk said...

Salam akak....lupo pulok hok akak nih pakar sikologi...memea doh...gitu lah menuso...hok lawa dio puji, hok huduh dia keji...sayo stuju ngn akak, jodoh prtemuan tu di tangea Tuhan...

Waduhhh...berbelih doh nih, kalu bercakap tuh laju lah plak...nak menaip rasa mcm lain plak....

Akak...Meneka Dalam Kesamaran tuh pun lagu kesukaan sy...lirik dia cukup puitis...susunan musicnya...mmg sampai ke hati dan sedih...

Selamat berhujung minggu akak :)

Kak Elle said...

neeza beauty in the eyes of the beholder kan?kita tengok tak cantik tapi dimata dia 100% cantik ... betul jodoh pertemuan di tangan Nya....cuma saya yg melepas nak kata hodoh cantik juga apa .... hehehhee

Unknown said...

neeza :-)

biasanya semasa di atas pelamin tu...akan nampak seperti padae....tapi bila dah ada anok mulo lah napok tock padae!!
hehehe
samaada, suami dah boroi banget atau isteri dah ermmmmmm, terlalu busy jaga anak lah agaknya kan.

padae doh!!!

Pp

Mak Teh said...

Neeza, orang bercakap tu mulut dia cepat sikitlah. Memang sebagai manusia kita suka tengok yang elok-elok dan padan sahaja. Tapi kalau kita tengok kurang padan tu simpanlah dalam hati.

Semuanya itu kejadian Allah SWT. Neeza pernah tengok tak ada yang parents taklah berapa cantik tetapi Allah kurniakan anak cantik-cantik. Dan juga di sebaliknyapun ada kan?

Tie said...

Biasalah Neeza...lain orang lain cara pandangannya..Namun tuhan dah tetapkan jodoh seseorang.. Pasangan suami isteri sebenarnya saling lengkap melengkapi.. Kalau suami kacak, mungkin isteri tidak cantik, kalau suami pendiam, isteri pula peramah, dan kalau suami pemarah, siisteri pula penyabar..Barulah aman hidup berumahtangga..

silversarina said...

salam,

baru semalam ada orang baitau akak ada pengantin tak padan sebab isteri dia tua dari suami dan wajah isteri tak cantik , manusia memang suka mengata, yang mengata tu pulak biasanya yang tak cantik tapi perasan cantik... tak pernah puas dan syukur dengan ciptaan Tuhan.

Neeza Shahril said...

Aliya,

hehee.. betul tu Aliya.. kalau semuanya cantik, takdelah cantiknya lagi kan.. :)

===================================

Abah,

waahhh.. abah dah berpantun tu..

betul tu Abah, orang memang suka bercakap dan mengata aje kan..

hahaha!! tahan nervous tu abah... ;)

===================================

Adry,

rupa semata tak bawa kemana kan Adry..

hahaha!! akak bagi markah 6/10. Lulus sikit untuk cari mek klate ;)

Neeza Shahril said...

Liza,

betul tu.. cantik ke tak cantik ke, yang penting bahagia kan..
tapi kan, orang yang mengata tu bukan kata tak cantik.. cuma dia kata tak padan..
akak yang pandai2 definasi sendiri maksud dia hahaha!!!

===================================

Dayat,

ish.. malu nih.. akak bukannya pakar saikologi dik.. cuma pernah la belajar benda tu.. hehee..
hahha!! memang cakap kelantan senang sikit dari nak mengeja kan ;)

ops!! perasan ye entry lagu tu ;)
akak suka sebab banyak menyentuh perasaan.. akak ni jiwang... hahaha!!!

Salam hujung minggu Dayat... :)

===================================

Kak elle,

betul tu.. beauty lies in the eyes the beholder.. suka hati kita lah kan.. kita yang pandang.. biarlah orang nak kata apa..
kak elle.. memang cute dan comel ;)

===================================

Pak payne,

hah?? ggitu kor? kalu ggitu, neeza keno gi make up comey comey lagi lah ggitu.. hahahah!!
anyway, kalu che' abe kito suko, ok jah dok... ;)
boroi sama boroi, memae comey hehee..

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

betul tu makteh.. seelok2nya simpan aje dalam hati kan.. sebab bula terkeluar, akan jadi panjang ceritanya... :)

ada makteh.. selalu neeza tengok, parents cantik menawan, tapi anak2 tak comel pulak dan sebaliknya pun ada jugak.. semua kejadian Allah kan Makteh..

===================================

Kak Tie,

setuju tu.. complement each other kan kak Tie..
barulah lengkap hidup kita.. :)

===================================

Kak Rina,

mesti ada sebab istimewa kenapa si suami tu pilih isteri sedemikian kan kak.. hanya dia yang tahu..
yang mengata tu, macam lah dia padan sangat dengan suami dia.. hehehehe...

Zahraa George said...

kami dua nih pun sepadan la kan kiranya..sama2 tak cantik,sama2 tak handsome :P meme tok padea ..hehe

ingat masa mula2 kenal roy...semua kawan2 as gelakkan dia..sebab muka dia mmg sarawakian dan dia pulak rambut panjanggggg...hahha...macam2
kawan2 as mengata,sampai as pun jadi sedih.sekarang macam balasan kan,orang yang dok mengata tu dia pun dapat laki yang biasa2 saja dan rumahtanga pun tak bahagia.tapi as tak pernah ungkit pun kisah2 lama.sebab bagi as allah s.w.t kurniaka as suami yang baik walaupun luaran x hensem.bersyukur..
as pun dulu slalu orang cakap hitam anak hindu...sedih tauuuuuu...orang cakap selekeh la,belengas la..adoiler..sabar jer kan..hehe...
tapi apapun,as bersyukur kurniaan allah s.w.t as cukup sifat biarpun tak lawa dan dapat suami yang baik walaupun tak hencemmm :P meme padea lor nih..hehe

zura aini said...

neeza,
agaknya perempuan tu rupa tak cantik tapi bodynya cantik kot? Itu pun satu kriteria penting jugakkan. Ingat dulu masa form 4, guru BM saya, rupanya tidaklah cantik (secara general, tapi sebenarnya salah satu part mesti cantikkan, sama ada hidung, bibir atau mata, atau dagu)tapi bodyyyynya, anak dara pun kalah dengan tinggi lampai, selalu pakai baju ada bentuklah, kebaya ke. Baik pula tu dengan anak murid. Saya yang pompuan pun suka pandang. Hubby dia doktor pakar kalau tak salah.

chekgu Bani Hassim said...

Tuhan tu Maha Adil..
Mmg gitu la resminya..
Kalau yg kureng cantik, akan dpt yg lebih cantik sedikit daripadanya...
Sebab kekurangan di sana, ditampung dengan kelebihan di sini...

Semuanya kuasa tuhan...

Neeza Shahril said...

As,

Akak pernah dengar orang kata, pasangan suami isteri akan match muka dan perangai masing2 bila dah lama kawin.. As dengan Roy baru lagi kan.. tapi dah ada nampak perangai tu match.. :)

Tak baiknya orang yang mengata tu.. best sangat ke dia tu.. kan dah dapat.. balasan Allah.. cash kan..

Sekarang kan, akak tengok as semakin berseri aje.. comel gitu.. ada apa2 ke?? ;)

===================================

Kak zany,

sebenarnya perempuan tu tak lah tak cantik kan.. (pada pandangan mata neeza la..) tapi, mungkin orang yang kata tu rasa pompuan tu tak secocok dengan lelaki tu.. agaknya laaaa.. maklumlah dia ada kaitan dengan lelaki tu.. biasalahkan.. first time tengok, mulut laju je hehehe..

tapi memang, bak kata akak, badan dia memang macam model heheheh...

===================================

Cikgu Banihassim,

setuju sangat tu cikgu..
kalau dah dua2 cantik sangat.. karang asyik jeles2an pulak kan..
parahhhh nanti hehhehe....

l i e y n said...

hmmm ntah le...manusia ni suka sgt judge org...lieyn rasa masa lieyn kawin hr tu mesti ada yg kata cam tu gak (ooopppsss kita plak kata org..)sbb nya org kata husband lieyn handsome n lieyn tau lieyn ni tak berapa cantik (sedar...)dh org ajak kita kawin nak buat camane..itulah jodoh namanya...alhamdulillah, bridge of our souls sdg membesar n we r happy...yg penting dia syg kita...

Neeza Shahril said...

Lieyn,

eh Lieyn.. orang kata husband lieyn handsome tapi takkan orang nak kata lieyn cantik.. nanti kembang pulak hehee..
sama padan tu.. tengok match aje.. anak2 pun comel2 belaka.. :)

Jie said...

Bila dah sampai berkahwin..kita tak baik bercakap lagi..itu sudah jodoh..lainlah masa masih bercouple2kan...belum ada ikatan...

Jie said...
This comment has been removed by the author.