Monday, September 8, 2008

Ada pesta!


Kalau tengok entry yang lepas bertajuk 'Charity during Ramadhan', keadaan Al Jubail ni nampak lengang. Macam padang pasir yang tiada berpenghuni. Sebenarnya khemah tu didirikan di tanah lapang. Memang di situ masih kosong tanahnya. Belum ada bangunan naik. Tempat-tempat lain banyak bangunan. Orang pun ramai. Cuma, kalau siang hari, di sesetengah tempat memang lengang sikit. Mereka hanya berada di tengah-tengah bandar sahaja.


Pada hari yang sama (Jumaat), Neeza sempat snap 2 gambar 'pesta' di Al Jubail ni. Pesta apa pulak lah kan bulan-bulan puasa ni? Hari Jumaat ialah hari kebanyakan pekerja asing bercuti. Boleh dikatakan 90% pekerja daripada pelbagai negara bercuti dan mereka akan datang berkumpul di bandar. Untuk apa mereka berkumpul ramai-ramai macam ni? Pada hari-hari biasa, mereka sangatlah sibuk bekerja. Mereka tinggal didalam camp, satu bilik 2-4 orang. Ada sesetengah tu bukan bilik pun tapi cargo cabin yang diubahsuai jadi bilik. Berbelas-belas orang satu cabin. Tiada anak, tiada isteri bersama. Hanya mereka dan kawan-kawan mereka. Jadi, pada hari Jumaat tu, mereka akan ke bandar (bas camp hantar mereka) dan berjumpa dengan kawan-kawan senegara. Kiranya masa ni lah mereka bersosial. Tapi kalau diperhatikan, rata-rata lelaki aje semuanya.






Pada hari Jumaat ni jugalah mereka akan datang ke bank untuk hantar duit kepada keluarga mereka di Ind1a, Pak1stan, B@ngladesh, dan lain-lain. Dari serata dunia mereka ni. Mereka perlu beratur panjang sebab sistem di negara mereka tiada yang macam di Malaysia - online semuanya. Kalau pun ada, mereka tersangatlah illiterate untuk semua tu. Kesian jugak dengan mereka sebenarnya. Datang jauh untuk cari rezeki. Kadang-kadang, 3 4 tahun baru balik negara melawat anak isteri.


Bila mereka berkumpul begini, yang seronok ialah Neeza lah sebab tengok ramai sangat orang. Cuma satu yang kurang seronok. Kalau kereta lalu dekat dengan mereka ni, mata mereka pasti akan pandang ke dalam kereta. Maklumlah ada perempuan tak tutup muka dalam kereta kami ni. Siapa lagi kalau bukan yang tengah dok menulis ni. Tapi, Neeza selamba aje. Kalau tak selesa, pandanglah ke tempat lain. Kadang-kadang Neeza bagi tahu anak-anak, jom kita tengok pesta! Diorang mesti tertanya-tanya, pesta apa Ummi?? Pesta orang.. hahahah!!!


Dibawah ini ialah gambar salah satu daripada kedai jual daging di pasar daging. Kedai dia bertutup, tak macam di Malaysia. Ada dalam 6-7 kedai rasanya jual daging. Kedai jual ayam tak pasti lah pulak ada berapa. Anyway, ayam dan daging ada juga dijual di grocery stores. Biasanya, Neeza beli ayam dan daging di grocery stores saja. Tapi kali ni sebab dah terlupa beli, jadi kami singgah disini. Nak pergi pasar ikan disebelah sana sikit, tak sanggup sebab tengok banyak betul kereta. Lain kali lah ambik gambar pasar ikan :).





********************************************
********************************************


Habis pasal tu, kita cerita pasal berbuka puasa semalam. Simple betul semalam. Cuma ikan tenggiri masak lemak kuning dan kangkung goreng belacan. Neeza buat kuih keria (ini kali ke 3 rasanya sejak puasa ni) sebab ada orang tu suka sangat kuih keria. Hari-hari pun takpe. Kalau di Malaysia, dia dah tahu dah kat mana kuih keria yang sedap iaitu lembut dan tak banyak tepung :).


Haaa.. Neeza nak cuba model lelaki semalam dan tengoklah hasilnya. Tangan dia dah pegang kuih kat dalam tupperware tu ;). Punyalah susah nak suruh dia pandang camera. Last-last dia pandang jugak tapi badan dia dah atas meja. Suka hati lah Shahmey... asalkan Shahmey bahagia... hehehe..







.

26 sugar & spice:

noniey said...

time orang berbuka, syahmey duk kat mana? coan kena jaga ke? siap panjat meja lagi tu. hehehe

l i e y n said...

kak neeza, kt mana kuih keria yg sedap tu?teringin gak nak buat sendiri...kak neeza sira, or letak gula halus?

♥~ir@~♥ said...

wah anak kak neeza tuh,,siap panjat meja lg,,agaknya dia tk sabar nak merasa juada berbuka puasa masakan ibunya tuh

nurie said...

Wah! Dah tak sabar betul model tu...nak makan ke nak kecah? Anyway semoga Kak Neeza gembira sekeluarga di negara orang.

Kak Elle said...

neeza mereka tu semua nampak pompan mata nak terkeluarkan? hehehe

Shahmey jadi model pulak baik2 jangan jatug dah...

nj said...

Salam

Neeza, this is Normawati from Dungun Terenganu. I've been reading your blog for quite some time now. Including those the other blogs of the Malaysian at KSA. Salam perkenalan. If saya nak dapatkan maklumat berkenaan tempat Neeza di Jubail tu boleh ke tanya kat sini atau neeza ada email yang boleh digunakan untuk kongsi maklumat lanjut? Terima kasih.

:: Leeza Joe :: said...

pilih!pilih!pilih!..bangla ade...pakistan ade...indon ade...filipino ade...aik??..masia pun ade gak...hhahahah.... same2 cr rezeki tul tak?

hahha...model hr ni x poseeee...muhahha.... model lain2 mesti jeles sbb x blh interframe...kikiki...takpe pose ade 22 hr lg.....

Neeza Shahril said...

Noniey,

kalau Coan dah makan dulu, dia jaga. Kalau tidak, join sekali..
Ummi lah yang kena jaga huhuuuuu...

===================================

Lieyn,

banyak tempat.. kiranya 1 tempat di setiap bazaar lah.. hehee..
lieyn boleh rasa dengan penyepit.. kalau keras kejung aje.. memang lah banyak tepung ;)
kak neeza sira sendiri je lieyn..

===================================

Ira,

hehehe.. dia memang tak boleh tengok meja ada makanan ;)

===================================

Nurie,

nak kecah la tu.. thanks ye :)

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

bukan mata aje.. semuanya nak terkeluar hahaha!!
dia dah jatuh dah pun kak elle.. luka sikit bibir.. tapi tak teruk..

===================================

Normawati,

thanks for reading.. kalau nak tahu maklumat lanjut (setakat yang Neeza tahu la), boleh email ke neeza_ramli@yahoo.com

Kalau kat blog susah sikit nak jawab..

===================================

Liza,

akak nak yang malaysia jugak hehee.. dah ada dah puunnnn :P

model tu memang tak reti pose.. hehe..

Shima said...

amboi..amboi..model lelaki tu doh pandai action ye...ummi kan suruh duk mcm patung..takpe..takpe..bediri je atas meja tu..baru la best..ummi tak marah..kan bln pose,tak baik marah2..

misz_A said...

alaaa kiuttt nyer shahmey...tu air apa tu? laici ker?? sib baik dah buka posa td...

neomesuff said...

ni macam scenery bila Malaysia public holiday...

KakNi said...

Ish ish ish model ni... kena bagi diskaun 70% sebab banyak shot tak jadi... heh heh heh...

Mulan said...

oh keria... lamanya tak makan.. nak buat malas.. nak beli tak nampak pun.

zino said...

ramai juga rakyat luar yg bekerja di sana ya..

Neeza Shahril said...

Shimanoseki,

model tu memang tak makan saman.. sebab dia makan nasi hehee..
ummi tak marah dia sebab dia kecik lagi.. tunggu besar esok.. haaaaa... jagalaaahhhhh :P

===================================

Aniz,

tu air.. jap nak tengok.. air rambutan.. dalam tin la tapinya.. hehee..

===================================

Neome,

sama macam kat KL kan..:)

Neeza Shahril said...

Akuni,

model ni paling susah nak dikawal.. umur tak cukup hehe..

===================================

Mulan,

kat area sana jarang jual keria.. kuantan banyak :)

===================================

Zino,

bukan ramai tapi kebanyakannya orang luar..

Eddie Putera said...

bagus..kecik kecik di ajar duduk dapur..dah besar jadi macam Chef Wan..

Mak Teh said...

Wow ada model lelaki hensem! Maknya jagalah anak-anak tu elok-elok mana tau nanti boleh jadi cucu menantu mak teh. Hehehe.

Mak teh pula kurang sukan tengok ramai pekerja asing di negara kita. Maksud mak teh yang buruh tu. Kadang-kadang rasnya merekalah yang membawa masaalah disini. Maaf ye ... kalau pandangan ini tak berapa tepat. Itulah orang panggil prejudice... mak teh lah tu! nak buat camne, sebab banyak jenayah berlaku di sini melibatkan mereka.

Adry said...

hahhaa.. akhirnya model lelaki kuar... hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com/

Neeza Shahril said...

Adiejin,

tak mo lah jadi cam chef wan ;)

===================================

Mak Teh,

cucu menantu?? hehe.. good idea tu Makteh hehee.. Insyaallah..

sama la dengan neeza Makteh.. ramai yang buat hal. Ada yang baik dah kita pandang serong sebab ada yang ambik kesempatan.. datang negara orang, pastu buat perangai..

Kat sini ada jugak nampak yang buat perangai tapi undang2 kat sini ketat.. jadi diorang takleh buat sesuka hati...

===================================

Adry,

hehee.. model lelaki tu sekali sekala je boleh keluar.. hehee..

zura aini said...

neeza,
ayoooo itu model manyak lasak oooo, model dua org lagi dah resign ke?

Neeza Shahril said...

Kak zany,

mode lagi 2 orang direhatkan.. tunggu pass baton nanti hehe..

Zahraa George said...

mmg bandar jubail nih jumaat jer jadi pesta..nak2 kat rumah as nih..hehe..jadi pusat sehenti..ngeri2...

amboi budak shahmey tu..bukan main dia tu...dulu suka sangat kalau orang ambik gambar dia,sekarang tukar hobi pulak...hobi memanjattttttt......hehehehe....

chekgu Bani Hassim said...

xpe kak, bulih train lagik model tu..
sket hari lagi, expertla tu...bulih dpt tahap supermodel...
hehe...

pati ke bukan pati ni kak dorg yg ramai2 tu???

Neeza Shahril said...

As,

hehe.. rumah as tu memang pusat sehenti tetap. Kalau nak jamu mata, duduk aje kat bawah tu kan hehee..

adulaaa.. penat lah dengan dia.. tadi akak tengah solat, dia naik duduk atas meja make up, habis barang dia punggah.. letih letih...

======================================

Cikgu,

tak nak akak dia jadi supermodel.. I tak rela you... hehee...

kebanyakannya pati cikgu.. kalau bukan pati, diorang ni sengsorang je biasanya..